"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Saturday, January 30, 2010

Penggunaan kalimah ALLAH

2 pesanan

Penggunaan Kalimah Allah

Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik menggunapakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka. Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, kedudukan masyarakat Kristian adalah dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan Allah adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Apa yang menghairankan ialah, sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut ‘tuhan’ dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan “Allah” dari kitab suci mereka (Al-Quran). Perkataan “Allah” ini tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahasa masing-masing, kerana perkataan Allah tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al-Quran.

Persoalannya ialah, adakah ianya boleh dibenarkan begitu sahaja di atas konsep kebebasan beragama? Hakikatnya, kebebasan secara saksama seharusnya mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah sehingga boleh mencetuskan perkara yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Jangan sampai kita ‘terbabas’ dalam mencari kebebasan. Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.

Apa yang perlu difahami ialah, adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain itu adalah mengikut makna perkataan “Allah” yang tepat, dengan maksudnya yang sebenar dari segi bahasa Arab? Atau adakah mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan itu dengan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya, sehingga ianya boleh menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini? Suatu hakikat yang perlu difahami dengan terang dan nyata ialah, bahawa umat Islam di serata dunia yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bercakap berbagai bahasa pula, sedang menggunakan perkataan “Allah” mengikut maksudnya yang sebenar inilah.

Perkataan Allah disebut oleh orang Arab atau pengguna bahasa Arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut Yahudi, Kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala. Al-Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agama itu menyebut dan menulis perkataan Allah.

Firman Allah bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya), sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. (Surah al-Ankabut: 61)

Firman Allah bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah al-Ankabut: 63)

Firman Allah bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah Luqman: 25)

Firman Allah bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Surah az-Zumar: 38)

Firman Allah bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". (Surah az-Zukhruf: 9)

Firman Allah bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (Surah az-Zukhruf: 87)

Ayat-ayat tersebut di atas mendedahkan bahawa orang-orang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan yang bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (adanya Tuhan Pencipta Alam) dan ianya hanya sekadar itu. Namun kepercayaan mereka sebegini tidak menepati hakikat dari makna perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, iaitu supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.

Hari ini kita melihat mukjizat Al-Quran, apabila mereka memaksa diri untuk menggunakan perkataan Allah, pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti God dan Lord; dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka ianya adalah tidak tepat dengan maksudnya.

Umat Islam tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah ini untuk mengikut ajaran dan takrifan bahasa umat Islam, walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara. Kalangan penganut Kristian dengan kepercayaan Trinity dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Suci itu. Agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.

Mengikut ajaran Islam, perkataan Allah ialah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang Maha Esa (Al-Asma Al-Husna).

Imam Al-Baihaqi menulis dalam kitabnya (Al-Asma wa Sifat).

“Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu bagiNya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja). Allah mengikut bahasa Arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadaNya. Perkataan Allah itu daripada perkataan aL-Ilah dengan menambah al kepada perkataan asal Ilah yang bermakna Tuhan secara umum. Apabila diletakkan alif dan lam (al) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf, maka disebut Allah. Penambahan al dalam bahasa Arab bertujuan makrifah (yang dikenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu "berbilang tuhan”.

Al-Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW. Penjelasan inilah yang dinamakan sebagai ‘menyampaikan dakwah’, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Tanpa melarang mereka dari menyebut perkataan Allah, tetapi kita memberi penjelasan berdasarkan ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat.

Apabila Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab, dan disebut dalam surat perutusan itu firman Allah yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (Surah Ali Imran: 64)

Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan ahli kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran tauhid, iaitu mengesakan Allah tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (pendita) dan pemimpin-pemimpin (arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah. Mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada rasul mereka sendiri, atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama sehingga boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.

Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam.

Imam Ali K.W, menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar dengan tujuan yang salah, dengan apa nama sekalipun:

(Kalimahnya benar tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah).

Kalimah Allah adalah paling benar, tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan di tengah masyarakat umat Islam, maka ianya sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Keadaan ini akan menyebabkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO), fahaman politik dan individu, bersatu untuk mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah Allah. Suasana sebegini boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita.

Al-Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-An'am: 108)

Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebebasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama.

Wallahua’alam.

7 Januari 2010


Sumber : Blog T. G. Haji Abdul Hadi Awang

sama-sama renungkan..Tafakkaru fii kulli syai'...

people dont care how much we know untill they know how much we care.._ISLAM MILIK BERSAMA_

Friday, January 29, 2010

Islam Dan Sistem Kewangan Antarabangsa- Sheikh Imran N. Hossein

1 pesanan





















..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Tuesday, January 26, 2010

untuk mereka di hari ulangtahun

2 pesanan
~Selamat Ulangtahun Kelahiran~

Khadijah Azhari @ Kak cik 25Jan 1986
Kak Yani 25 Jan 1986
Ainun Jariah Ayub @ Adik 26Jan 1988


"Dan sesungguhnya tidak ada yang dapat menambah umur seorang mukmin kecuali kebaikan yang diperbuatnya."
(HR al-Bukhari)




..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, January 24, 2010

Dakwah ini milik siapa?

0 pesanan

Dahulu, ketika Muhammad mendapatnya,
terus diberi kepada beribu-ribu manusia.

Dahulu, ketika Abu Bakar mendapatnya,
terus diberi kepada enam manusia yang kebanyakannya dijamin syurga.

Dahulu, ketika Bilal mendapatnya,
terus dibebaskan jiwanya walau tubuh dibaham belati.

Dahulu, ketika Sumaiyyah mendapatnya,
terus dikorbankan nyawanya tanpa ada rasa ragu

Dahulu, ketika Umar mendapatnya,
kasar jiwanya terus dihalusi oleh ayat-ayat Yang Maha Esa.

Itu dahulu.

Sekarang?

Kita mendapatnya,
lantas kita biarkan ia tersimpan kemas tidak ke mana-mana.

Kita mendapatnya,
lantas kita enggan semua orang merasai apa yang kita rasa.

Kita mendapatnya,
lantas kita halang mereka memberi pada yang sepatutnya

kita merasa tidak layak,
padahal kita sebenarnya dibebani tanggungjawab sejak dari langkah bermula.

Bila pula mula merasa layak,
kita melakukannya pula demi segugus nama.

Pedang yang tidak tajam harus diasah.

Pedang yang tajam bukan untuk menikam saudara.

Musuh kita al bathil,

Musuh kita bukan sesiapa yang melangkah dalam soff yang sama

Tawadhuklah.

Berusahalah

Buatlah kerana mardhatillah

Bukan kerana diri sendiri.

Oleh : SaufiahAzZahrah
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Friday, January 1, 2010

'D'ia terus meyerang...kita hanya bersarang???

1 pesanan
Assalamu'alaikum..

Saya terusik dgn status-status YM dan macam2 lagi..
Semuanya seolah sgt meraikan Tahun Baru mengikut Gregorian kalendar ini..ada yang menulis sambut tahun baru di library because have to study..exam,test dan mcm2 lg...
juga tak sedikit yang kecewa dgn sambutan yang kurang hangat di India,khususnya Manipal..
Saya terkenang tanah air..pasti bila tiba masa seperti ini..maksiat melambung tinggi...
Saya malu mengenang diri..Islam dicalar ummatnya sendiri..padahal ia lebih tinggi dan tiada yang menandingi..
Anda kecewa?
Saya turut kecewa..bulan purnama yang saya nantikan malam ke 15 Muharam mlm td tidak muncul..jatuh pula hari jumaat...selalunya saya meraikan hari raya tiap2 minggu tp kali ini suasananya lain...pilu...barangkali makhluq ALLAH ini juga kecewa..sampai tak muncul..walhal tak ada hujan mahupun mendung..malam kelmarin terang benderang..cantik menawan..
Saya terganggu dengan jerit pekik manusia..bunga api memercik di langit ALLAH dlm suasana maksiat berleluasa..

mereka kecewa dgn 'kita'..ya...saya jg kecewa dgn 'kita'.
konon membawa agama..tp mengapa kelu ketikanya perlu bersuara?
kami bersama dalam 'majlis perwakilan pelajar Malaysia' di sini...di dalamnnya ada segelintir yang faham agama..tapi lidah kelu nk bersuara..
hanya di belakang menentang mengata!
saya kecewa tidak ada sokongan ketika menyatakan perniagaan/muamalah itu tak boleh-->kesian pd pelajar..tp mereka kelu..no backup..
pasal muamalah berunsur judi...di belakang ramai sedar tp hanya mengata!guna jalan yg di rasa selesa dan selamat untuk bersuara..itukah pejuang?!
bukankah patutnya clarify dgn pimpinan dahulu..tegur pimpinan saudara kita jika dia tidak tahu atau terlepas pandang..
kenapa diam ketika peluangnya bersuara...sedangkan tika itu..saat itu..tiada yang mengancam nyawa kalian!
bersuaralah!
anda akui Islamic Law n Islamic value..tapi mengapa takut menjulangnya..
Anda duduk di kerusi-kerusi pimpinan tapi anda tak hadiri mesyuarat..
ketika itu anda mampu berdakwah..meyuarakan pendangan Islam kepada semua tak kira agama..
kenapa khuatir?mereka mendengar..bukan mengacukan pistol atau pisau rambo!
ada di anatara anda rela duduk di kerusi selasa dgn penghawa dingin bersama 'yg tercinta'...atas nama menelaah kalian 'bersama'.
Anda lontarkan kotoran pada imej agama..dlm masa yang sama suara gegar membawa agama kononnya..jgn salahkah jiwa remaja...jgn salahkan gelora cinta..
di mana anda meletakkan panduan agama sedia ada?

Berbalik pada suasana 'tahun baru' ,masing2 galak mengucapkan selamat tahun baru..sms bertali arus..lenguh jari nk delete..
inilah dunia kita..terpedaya dgn perangkap jahiliah..merasa senang dgn hiburan dan mewah..
KITA DI ERA DAJJAL yang sudah pun bertapak sebelum kita dilahirkan!!
KITA bukan lagi di ambang akhir zaman..tapi kita sudahpun di AKHIR ZAMAN!
Benar hari terjadinya hari kiamat itu hanya dlm pengetahuan ALLAH..tp dgn rahmat dan ilmuNya,ALLAH memberi kita petanda-petanda bila tiba hampirnya melalui kalam rasulnya..penghulu segala nabi..Muhammad saw...
Tentera-tentera dajjal melata di seluruh dunia,cuba menyesatkan ummat manusia...sasarannya bukan hanya Islam tapi seluruh dunia..mahu disesatkan...mahu dimusnahkan..

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.



Sayu terasa pilu dgn kalam nabi ini..fitnah(ujian/bencana) di akhir zaman ini terlalu besar..hingga kita tak merasa getarnya di hati..kita sedang diperdaya..kita sedang diperangi..tapi wahai manusia!!!!KITA MASIH LEKA!!!KITA BIAR DIPEDAYA!!
hanya sang mukmin mampu selamat dari rencana jahat dajjal laknatullah...
ayuh tepuk dada sekuatnya!rasailah gelombangnya...Dajjal memperdaya kita melalui 'orang-orang' suruhannya dan pengikutnya yang menyembah thaghut!
Tipu daya mereka berada di sekeliling kita..kaji...korek..gali...jgn biar kita di'guli'!!
Kita yakin gemilangnya Islam pasti kembali tapi kita biar diri dikeji!
apa kata kita sertai!
tentera ALLAH sehingga mati!
InsyaALLAH bersambung lagi..

Anda terasa?
Ada teluka?
Anda tahu kenapa...maaf andai kata menikam jiwa..
bukan kerana mahu berkata-kata...tapi ingin sangat kamu sedar wahai pembela agama!
kamu mampu jd pahlawan unggul kerana Islam membela!kerana itulah yang saya percaya..
usah jd bahtera tersadai,...hanya besar...penuh muatan tapi tak memberi kesan kepada keadaan yang memerlukan..


video sindiran ini untuk kalian dan saya
video

dengarkan bicara ini...
video



..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_


 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template