Bismillahirrahmanirraheem.
A’uzhubillahiminasyyaithonirrojeem.
Alhamdulillah atas peluang yg diberikan untuk sentiasa
berusaha menjadi hamba Allah .
Terlalu lama ana
meninggalkan dunia penulisan. Pelbagai sebab yang boleh disenaraikan tetapi
yang paling terkesan dan membangkitkan rasa segan pada diri sendiri adalah
terasa saat hampir futur kerana asakan dunia yang menghentam dan menghumban.
Di saat tiada
tempat dan aduan yang memahami melainkan Allah.
Di saat dihentak
dengan pelbagai tribulasi.
Di saat sempit dari
masa lapang.
Di saat lesu dan
diuji dengan sakit yang bertimpa.
Ana tidak kisah
andai ’futur’ itu suatu label yang hina.
Hampir futur??
Ya.. mungkin..
kerana ana merelakan diri untuk meletakkan label paling rendah tatkala
muhasabah, agar cepat kembali bangkit dari lembah yang mungkin tak terdaki
andai dibiar terus tenggelam. Mungkin pada yang melihat tidak merasakan ana
hampir futur (memujuk), tetapi biarlah label ’hampir futur’ itu ana gunakan
sebagai muhasabah.
Allah sebaik baik
peneman setia dan pemangkin semangat. Allah menghadiahkan ana kasih sayang dari
kalangan hamba-hamba yang mencintaiNya. Berbicara denganNya di saat senang
mahupun sulit sangat membahagiakan. Kerana pasti terasa diberi perhatian
sepenuhnya olehNya, biarpun ketika solat terkadang kurang khusyuk dan hilang
perhatian. Astaghfirullah.
Cukuplah dahulu
’sinopsis’ asbab ana menyepi dari penulisan. Biarlah Dia sahaja mengetahui.
Alhamdulillah
Ana tertarik
dengan satu frasa ” carilah ilmu pendorong amal..bukan hanya ilmu untuk amal”..
Frasa ini buat
ana tersentak. Hati dan aqal ana dipalu kuat kerana kebenaran di sebalik frasa
ini, seolahnya terbebas dari botol kaca yang retak kerana paluannya.
Ada benar frasa
ini.
Seringkali kita
mencari dan menambah ilmu yang boleh diamalkan. Pasti terlalu banyak ilmu yang
dipelajari baik dari sisi akhirat mahupun dunia. Tetapi berapakah peratusan
yang diamalkan? Mengapa dibiar begitu?
Apa lagi jika
anda dalam kelompok da’i/ da’iah (baca : penyeru manusia kembali pada Allah)???
Ana merenung jauh
ke dalam diri. Mungkin bukan org lain.. bukan tertuju kepada antum/antunna yg
membaca penulisan ini.. tapi buat ana.. terlalu banyak rasanya ilmu yang
diperoleh tapi belum diamalkan.
Setelah berfikir
sendirian, ana memahami ilmu pendorong amal adalah ilmu ‘tujuan hidup’
Betapa ana belum
menguasainya.
Ana terhenti
mencarinya kerana ‘tahu’..tapi belum tentu benar2 memahaminya
Ana terhenti
membaca berkenaanya kerana terlalu alpa dan cemas dengan asakan kehidupan
baru sebagai ’pegawai rumah’ (baca : house officer).
Ana terhenti
meminta kepadaNya tentang ilmu ini kerana kekaburan dari menyedari
kepentingannya.
Alhamdulillah.
Paluan frasa ini
cukup keras!
Cukup keras!!
Ana merasakan
setiap da’i/ da’iah perlukan paluan ini!
Kerana kita
sering tertipu dengan upaya dan pencapaian kita.
Kita sering selesa
dengan apa yang kita terima turun temurun hingga terabai ’pati’ nya.
Ana belum ada
solusi terbaik untuk peroleh jalan mengenggam ilmu pendorong amal ini.
Ilmu tujuan
hidup!
Apa yang ana
lakukan selepas paluan ini adalah
- perbanyak muhasabah
- menanam rasa tercari-cari kepada
ilmu, bukan hanya menunggu daurah/usrah/ta’lim dll
- perbanyak doa agar tidak menzalimi
manusia lain yang telah ana serukan ke jalanNya
- menanam dan merasai kebersamaan Allah
dalam setiap tindakan
- tadabbur sirah para rasul/ sahabat
kerana mereka contoh tauladan yang tidak boleh dinafikan telah beroleh dan
menguasai ‘ilmu pendorong amal’.
- berkongsi dengan da’i/da’iah lainnya
berulang2 kali segala ilmu yang telah dicurahkan oleh para syuyukh/naqibah,
terlebih lebih lagi yang berkait dengan tauhid.
- menanam rasa cinta dan sayang kepada
mereka yang mencintai Allah tetapi TIDAK sekali kali MEMANDANG RENDAH
SESAMA MAKHLUK kerana, tiap org soleh pasti ada masa silamnya dan tiap
pendosa masih ada peluang perbaikan di masa depannya.
- infaq kerana itu antara ’ilmu
pendorong amal’ yang sekaligus beroleh nilai amalnya.
- mendorong diri untuk inovasi dan
kreatif dalam menyampaikan risalah (bukan bermaksud menokok tambah syariat
atau menjadi ahli bid’ah)
- perbanyakkan tsaqafah dengan
pembacaan/ perbincangan dan bersama orang2 soleh/ para syuyukh.
Ana sedang
berusaha dengan yang sepuluh ini. Ana senaraikan 10 input in sebagai nasihat
kepada diri ana kerana sangat perlunya untuk diri ana mencari jalan menggenggam
ilmu pendorong amal. Ana memohon pada Allah agar mampu menggenggamnya dan
mewasiatkannya kepada yang lain hingga hari di mana ana menjadi saksi atas
manusia2 sekeliling ana dan moga Rasulullah yang dicintai sudi dan tidak segan
menjadi saksi bagi ana (cita2 ini terlalu besar tapi ana sangat
mengimpikannya). Betapa manisnya andai ’ilmu pendorong amal’ ini sebati dalam
kehidupan. Moga Allah permudahkan.
Ana tangguhkan
disini kerana tiada apa untuk disimpulkan. Ini adalah permulaan untuk
pengakhiran yang kekal abadi.
Andai ada manfaat
dari penulisan ini, moga Allah mudahkan, mengampuni dan membersihkan tiap jiwa
yang menuju kpd Nya.
Maaf, ana tidak
memberi contoh dari firman Allah , mahupun dari sirah para sahabat biarpun
sedang menggelegak dalam hati dan aqal untuk menulis firman Allah dan kisah-
kisahnya. Kerana ana malu...ana segan.. ana merasakan hina di sisi Allah.
Paluan ini cukup kuat. Moga cukuplah dengan paluan ini!
Segala khilaf
daripada kelemahan diri ana. Ana memohon perlindungan daripada Allah agar pati
dari penulisan ini tidak menzalimi kalian yang membaca, dan tidak pula menambah
jauh dariNya.
Mohon didoakan
kita bertemu dan menjadi saksi yang benar antara satu sama lain.
Assalamu’alaikum
warahmatullah.
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_