"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Friday, March 12, 2010

Kebersamaan dalam perjuangan 4

4 pesanan
Bismillahirrahmanirraheem

Selalu berbisik di hati...mampukah aku meneraju tarbiyah di bumi manipal ini?
Mereka melihat diriku ada 'air' untuk diberi pada insan-insan dalam dahaga...
haus kerana mengikut arus..
termenung selalu...bingkisan ini kucoret sendirian..dan kukongsi dgn mereka yang kusayangi..

"Sahabat yang dicintai,lamunan ini mahu dikongsi,
kadang lisan sendiri membuat jiwa lain mengenang diri.
selalu juga tingkahmu dicontohi mereka yang mencari fitrah insani.
Tapi sedarkah kita yang selalu memberi?
Kadang mereka yang diberi menginsafi perbuatan diri,
jiwa menangisi dosa sendiri,
air mata berjuaraian taubat diiringi,
Tapi tatkala mampu memberi kesan di hati insan2 ini,
adakah kita turut menginsafi diri?
berjuraian sama mengenang diri disoal nanti?
atau hanya puas kerana sudah menyentuh hati?"


Saya terpana dengan mendengar offer dari seorang sahabat...
"naufa,kami nk buat program...last slot ingat nak minta naufa bagi...share dgn adik2..bagi yg kow-kow punya!...sampai boleh diorang menangis"

Ya RABB...ku tak boleh lupa permintaan ini..
aku merenung berkali-kali...refleksi diri...
adakah selama ini, perkataanku membuat mereka menangis??
adakah diri ini menangis bersama?
adakah istiqamah yang kutanam dalam jiwaku dan mereka atau hanya tangisan semata..

ku biarkan offer tidak berjawab..berkali-kali juga ku ditanya..tapi ku diam tanpa kata..

apa yang biasa ku sematkan dalam niat...
"sampaikan apa yang terkesan di hatimu...insyaALLAH akan terkesan juga di hati mad'u "
&
"sampaikan apa yang engkau amalkan terlebih dahulu..kerana perbuatan sampai dahulu ....kemudian akan menyusul apa yang dikata"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
alhamdulillah...

bersama batch 22,
ada selit-selit masa yang kami isi dengan halaqah..
pengisian ringkas berpusat konsep pengabdian pada yang TUNGGAL..
kemudian isu-isu semasa yang kian meranapkan iman..
buatkan gegar hati kami untuk kembali pada Tuhan.

batch 24...gurau senda..senyum manis...kami sulam bersama
namun masih perlu ku isi dan asak dengan semangat dan tujahan..
ayuh melangkah adik-adik!!

25 yang dikasihi..
setiap minggu..ada sahaja sms ringkas dari adik-adik usrah"kak naufa yang dirahmati,bila nak usrah?"
ku tersentuh dengan sms adik Madeeha.."kak naufa yang dirahmati"..subhanallah..diselitkan doa dalam pertanyaan penuh kasih..
ku tinggalkan kumpulan usrah yang lalu dengan hati berat dan hiba..
bukan kerana mahu..
tapi korban untuk menanam benih-benih baru..
adik-adik 25, akak tinggalkan mereka sementara untuk kamu semua..

gabungan usrah di saat semuanya letih..namun berakhir dgn SESUATU biarpun mereka bertatih..
ayuh!biar masa mengejar kita...jangan sampai kita mengejar masa yang berlalu

pahit perjalanan ini disulam manis...cantik benar anyaman tikar dakwah ini..

adik-adik KTT yang jauh merata...

mangalore umpamanya..
oh..rindu untuk halaqah bersama kembali..
Fizi,An,Ayu,Kaiyisah,Asma',Nura....(oh..belum dapat lupakan kalian...)
berkumpul sejenak mengenang 'kita berada di tahap hamba' pada Ramadhan lalu meninggalkan rindu berpanjangan..

di jakarta pula..
indahnya melihat kalian dengan tarbiyah tersusun
moga kita bertemu lagi untuk menyusun..^_^

rehat dulu..
insyaALLAH kita sembang lagi!




..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, March 7, 2010

Kebersamaan dalam perjuangan 3

4 pesanan
Bismillah..

Termenung juga sekali-sekala..
Organisasi dah ada..
1,2,3...semua elok2 belaka..
islamic ada..campuran ada...macam-macam ada...
masalah pun bertimapa-timpa..

aduhai...
mcm org duduk dlm kerajaan...jd tukang sapu pun dah cukup..mesti tahu sikit sebanyak rahsia kerajaan..
macam tu juga la diriku ini..
MSA...Bilangan muslim dah ramai..yang duduk dalam posisi tertinggi pun kita lah..
tapi bila meeting ada la dalam 5-6 org..
jadi J.K.R.M(JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MANIPAL) ni yang paling tak best dengar masalah sosial..
Ya ALLAH..yang bertudung dah buang tudung...
yang dulu ketat dah nampak pusat..
dulu berseluar panjang dah berbulu panjang...
yang dulu duduk sendirian dah tinggal berdua lelaki perempuan(BUKAN MUHRIM!!!)...
dulu elok bersopan dah terkinja-kinja masuk tarian...
yang dulu naik motor seorang dah bonceng anak dara orang!!
yang dok pegang jawatan persatuan islam dating berdua-duaan...konon belajar di bawah lampu terang benderang!!
bermesej-mesej yang geli-geleman...
ada pula berjinak-jinak dengan kelab malam...dok 'qiam' beramai-ramai dengan iblis syaitan!

Presiden MSA alert!..aku diarahkan tulis surat untuk makluman pihak atasan..
Surat siap dihantar segera...
kami menunggu jawapan dan tindakan...
masih menunggu dan menunggu..

Saya tahu ada yang mengata di belakang..
Mana tidaknya...orang beranggapan macam-macam..
Naufa Azhari-Naib Pengerusi IYA II...orang yang sama,Biro Kebajikan MSA...'dia ni tak istiqamah la'...
saya sendiri akui MSA kebanyakannya buat program campur aduk halal haram..

Tapi dengar dulu ya..
jika dah tahu MSA byk karut marut...siapa yang rasa tahu dan faham..mari jom masuk gelanggang kita tarbiyah bersama...ayuh...kita perlukan anda!
Mungkin yang menerajui organisasi ketika ini belum atau kurang menyedari dan perlu nasihat bimbingan kalian..
Dakwah itu kan dengan hikmah...takkan baru 6 bulan pegang jawatan dan boleh ubah serba serbi..semua masih baru...tuan presiden dan naib presidennya juga baru...Syukur alhamdulillah keduanya muslim...
Islamic values kita baja sikit-sikit..biar orang terima rela hati dan subur selepasnya..
Jangan kita terikut-ikut rentak jahiliah...

Tapi sayang sangat sayang...kita yang ramai lemah longlai...
meeting tak datang..tak puas hati cakap belakang....hujah dalil sana sini tapi masalah tak selesai..
macammana kita berjuang?bagaimana kita berdakwah?beginikah?
adakah dakwah kita hanya untuk yang sudah Islam?
oh...patutlah kita selalu berada di 'zon selesa'...

sibuk dengan 2-3 halaqah usrah..
nak program mantap-mantap..nak ubah itu dan ini..
tapi lihat diri kita...usrah kita tidak menyumbang kepada dakwah yang berkembang...
rakan kita keciciran...
orang tgk movie korea...kita tengok movie korea...alasan..tak mahu ketinggalan...
orang download filem..kita nak download filem...boleh tukar-tukar...best!

maaf saya mahu berterus terang!
->anda suka download movie at the same time anda tinggalkan pesan nabi!!!!
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.
(Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sepertinya)

anda menangis berjurai-jurai melihat filem-filem buatan orang kafir..anda habiskan masa,bazir elektrik berjam-jam untuk download dan menonton berkali-kali filem yang anda gemari..
mereka berlakon dan mencipta 'alam' tiruan..anda pula tersedu sedan....
tidakkan rasa bodoh dan diperbodohkan??
andai ada terselit moral value ,adakah anda benar-benar menghayatinya dan aplikasi dalam kehidupan anda..

kita ghairah tonton filem tanpa sedar kita berkawan dengan syaitan...
usrah kita hanya di awangan...hanya rutin mingguan...
kemudian membazir jadi amalan harian..

jika duit kita nampak makin dibazir makin sedikit tersimpan..
jika IMAN bagaimana???

Berkata pada diri ...
kita duduk berjam-jam mengadap laptop melakar sedikit hikmah di blog masing-masing...
tapi aplikasinya.....jaaaaaaauhhhhhhh benar dari yang dibicara...
oh...pedas menikam qalbu...aku terasa!!...pedih...acu pistol di qalbu sendiri...

mari dengar cerita ini...

ku sayu...seorang gadis yang ku anggap sudah seperti adik sendiri...
marah..geram..nasihat..kata-kata indah mahupun pedas..kulontarkan padanya hari ke hari seperti adik sendiri..
Satu hari sebelum tiba hari kelahirannya..
A:adik,S:saya
A : "Kakak, adik taknak birthday party mcm yang org lain selalu buat"
S : Eh..mana adik tahu diorang nak buat..perasan la adik ni..
A : Adik tahu la..kwn2 adik mmg biasa buat majlis macam ni...ada tema & mcm2 la..if kakak ada sure kakak sedih & marah..
S : Tapi diorang mesti tahu adik macammana..takkan la diorang nak buat..
A : Takpela diorang tak kenal adik tapi adik kenal diorang...adik tahu diorang nak buat..mcmana adik nak ckp kat diorang adik taknak?
S : Macam ni la..kita bersangka baik dulu..mungkin diorang nak buat tu sebab nak hargai adik..if belum apa-apa lagi adik cakap tak nak..macammana pula respond diorang?macammana adik nak berdakwah dengan diorang if hati diorang dah jauh dari adik..
mungkin dalam majlis tu adik boleh buat sesuatu perubahan..daripada dok nyanyi,adik minta la one of them doakan untuk semua dalam majlis tu..then someone yang bagus among you all give short tazkirah..at the same time dont forget to praise ALLAH and ucapkan kata2 penghargaan kepada kawan2 adik yang adik menghargai persahabatan dari mereka..
A : *diam dengan mata bergenang*

masa pun berlalu..adik menjadi teman setia dalam liku dakwah ku..tempat menangis dan ketawa..

KA-kawan adik, *****-nama adik
KA : sms (kak naufa,ada kat rumah tak?nak dtg ambik jersey ***** untuk birthday surprise dia nnti)
S : ada2..
Jersey adik pun diberi pada KA..
kemudian SMS dihantar ke KA...berkongsi cara2 terbaik meraikan majlis harijadi dan memberitahu KA apa yang adik tidak suka dalam majlisnya...

reply : (thanks kak naufa..insyaALLAH )

ku hela nafas lega..

namun ku salah dalam tafsiran..
ada rentetan-rentetan yang berlaku...adik seperti tidak mahu pergi..ada saja alasan diberikan..

bila hari itu berlaku...adik masih dengan bermacam-macam alasan kerana tidak mahu pergi ke majlis tersebut..akhirnya dia akur..

adik pulang dengan wajah masam mencuka...mukanya sebak menahan amarah dan luka

S : kenapa adik?ok tak?(dengan nada gembira beranggapan yang baik berlaku seperti yang direncana)
A : Kakak berpakat dengan diorang kan?Adik dah cakap diorang boleh plan apa je yang kita tak terfikir...
S : Eh,betul ke ni?apa yang tak kena?
A :(adik menceritakan apa yang berlaku dengan juraian air mata)
S : Astaghfirullah..adik,kakak minta maaf sangat2..kakak dah beritahu one of them but it still turn out the other way round..(berjurai sama dgn sugul kesal bersalah)

lebih setengah jam adik meluahkan apa yang berlaku..rakannya yang berusrah malah lebih tahu darinya juga turut sama girang gembira..apa yang lebih menyedihkan adik,permintaan untuk sang sahabat mendoakannya ditolak mentah...

akhirnya aku berkata..
S : Adik..kesat air mata..(padahal aku berjuraian sama tak henti2)...Ucap Alhamdulillah..
JOM kita syukur pada ALLAH yang tidak biarkan hati kita leka dalam karut marut jahiliah ini..ALLAH izinkan hati kita tersentuh untuk istighfar dan menangisi apa yang berlaku yang mengundang kelalaian padaNYA malah mungkin kemurkaanNya...usia yang ALLAH izinkan untuk kita telah dimulakan dengan karut marut yahudi dan nasrani..kita taubat dik..kita kesal dan sedih..jangan tunggu lagi..usia kita berjalan nih...jom do something better!

cukup ku berleter...huhu...nanti sambung lagi..

p/s : kak yani...naufa nak balik sangat-sangat...insyaALLAH..doakan..




..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Thursday, March 4, 2010

kebersamaan dalam perjuangan 2

3 pesanan
Rupanya ada misi yg harus kupenuhi..ALLAH takdirkan masa yg lebih untuk tinggal di Manipal..
menyambung urusan mereka yang telah pergi kembali ke tanah air..

Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing..

Kecil hati,guris hati kulalui...maaf ku menulis di sini..siapa tidak terasa hati ketika benar-benar diri tidak merasa upaya memikul amanah berada dalam organisasi,tiada rakan yang tampil sedia jadi pengganti..
kutinggalkan jejak kenangan itu dgn hati yang berat dan pedih..di mana sang sahabat ketika diri memerlukan..
sebaik saja bebas ku menapak keluar dgn tohmah segala...rupanya mereka mampu utk akur memberi khidmat..

ALLAH...pedih..
namun kusambut kepedihan ini dgn istighfar...ku ucapkan sokongan atas kesediaan mereka memberi khidmat..biarlah perasaan lalu...
ingat..ini hanya mahu bercerita..tidak tersimpan kecil hati atau luka lama..

melangkah demi langkah...rupanya ada yg mengekori dlm jejak yang kutinggalkan..
syukur amat ya ALLAH..menyulam benang-benang persaudaraan dengan adik-adik 22 rupanya semangat baru dan pembantu baru dalam perjuangan..kesetiaan mereka belum pernah kurasakan..
Eh...sahabat yang lain!aku tak pernah melupakan kalian...nurani,maisarah,eena,izzah dan seangkatan...
cuma mahu berkongsi manis yg dilalui bersama prebet2 muda 22,23,24...25..26 insyaALLAH menyusul...tak lupa sokongan doa dari mangalore dan davangere!

maisarah hanim...ku kenal sejak awal dia melangkah ke Kolej Teknologi Timur..
mudah bergaul dengan siapa sahaja..amanah dalam urusan..
bijak..pandai..tp bukan bijak seorang diri..kawan-kawan cuba dipastikannya tidak keciciran..
sama juga khuzaimah@kuja..hatinya mudah tersentuh tapi kuat!
rupanya dia kenalan adikku di Faris Petra..
dan yang lain-lain..mariam,horiah,nida,tikah,dila,wan,murni,izah...

tak lama selepas ALLAH izinkan aku menyertai batch 22, seorang teman mempelawa bekerja bersama dalam Malaysian Student Association...katanya,pelajar muslim berkurangan dalam organisasi-organisasi yang mentadbir...
ku fikir berkali-kali sebelum menerima..andai sudah sampai kepada fardhu ain, maka aku perlu masuk gelanggang!

rupanya banyak masalah...sosial...dan sebagainya...
selepas election, dipertanggungjawabkan memikul posisi kebajikan (alasannya aku sudah biasa selok belok hospital...haih..rasa kena perli pun ada)..
ku terima..mungkin pengalaman lalu boleh membantu..sikit pun jadilah..
seronok jg...jika dulu, aku diziarahi...sekarang giliran aku menziarahi...
dalam seminggu..sibuk dengan meeting dan ziarah student..sampai kena perli pun dengan adik(ainun jariah-housemate).."kak naufa ni macam YB...asyik tgk rakyat je...diri sendiri kena la ada masa juga"..
mampu tersenyum..dalam hati.."nak buat mcmana dik oi..sendiri dah terima amanah..nak bagi kat org lain..haih..teringat pengalaman lalu"

tak pernah gagal untuk hadiri mesyuarat sekiranya tiada hal yang mudharat..itu prinsipku..
ha la...dh terima amanah...takmo dtg meeting...boleh kira salah laku/tak tunaikan amanah...BERAT nih!

rupanya byk masalah...

nanti bersambung lagi..insyaALLAH..




..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Tuesday, March 2, 2010

kebersamaan dalam perjuangan

0 pesanan
Bismillahiawwaluhu wa akhiruhu..bismillahirrahmanirraheem..bismillahitawakkalna 'alaALLAH..

Hanya mahu berkongsi pengalaman lalu..
Siapa kata tidak merasa pahit melalui kegaagalan?
Siapa kata jalan kemenangan itu mudah?
Siapa kata 'berjual beli' dgn ALLAH itu mudah?

Siapa pula boleh berkata ketika diuji -berasa lemah itu indah?

Tanya pada diri...jawablah sendiri....

Kegagalan dalam berusaha dengan simpang siur tribulasi hidup fizikal dan mental..tak ketinggalan rohani..

Pangalaman lalu membuatkan diriku terlalu lama merenung..
Alhamdulillah...masyaALLAH...Subhanallah...
ini ungkapan yg layak kulafazkan..
Bicara dan hatiku terkunci rapi mengenangkan indah taqdir Ilahi..tak terkata...kelu..bisu..

merasai kegagalan ku tafsirkan dengan pengalaman...
Pengalaman yg memberatkan jiwa raga..pengalaman merasa resah tapi berserah..
pengalaman merasa tidak berdaya tapi mampu berusaha..
pengalaman yg diriku rasa tapi bukan mereka...
pengalaman yg mengingatkan berulangkali diri sebagai hamba yang menerima segala..
pengalaman yg org lain lari dari merasainya tapi berharga..

Ku tinggalkan jejak sudah...tapi kukendong pengalaman yg rakanku sendiri tak mahu menadah..
Ucap simpati ku biar pergi...ku tepis...ku tepis...ku tepis...
hanya yang seangkatan merasainya...samada merintih atau meraikannya..

mungkin hidup ini dpt kudefinisikan seperti bahtera di tengah lautan dalam layaran ke tempat tujuan..namun tidak diketahui badai mendatang..pengmudi harus kuat dan tabah meredah ombak segala macam..dan pasti harus sentiasa berpandu kitab panduan yang berbekal..

bersambung...insyaALLAH




..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_
 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template