Hari ini lain dari yang lain...
basah kuyup kerana hujan..
bukan tidak berpayung...tapi kudrat dan ikhtiar masih tidak mampu mengatasi kencang angin ALLAH..
payung yang biasa berguna untuk memayungi dari hujan terpaksa ditutup sepantasnya..jika tidak,pasti tersungkur...
kuat sungguh angin tadi...
mahu bertahan pun tidak mampu..
badan ditolak -tolak ke belakang...
akhirnya mampu bertahan seketika...akibatnya terpaksa meredah angin dan hujan lebat tanpa pelindung...basah kuyup...sebasah-basahnya...mujur berbaju gelap dan longgar..ditutup pula dengan jaket hitam tebal..
jika tidak,bukan diri saja melayang dek angin kencang..maruah juga pasti dicarik2 dek hujan yang lebat..terlihat seorang amoi..senasib dengan saya tapi 'anggotanya terdedah'...pelindung utama(i.e:pakaian) jadi jarang dan melekit hingga lekat di badan..tak upaya melihat..cepat berpaling...
syukur Islam bersamaku..perintah ALLAH melindungiku...
moga kalian begitu juga..
hebat benar isyarat tuhan...
mula menjejak kaki di bumi India...saya kehairanan...terlalu banyak bunyi-bunyi...terganggu ketenangan..mengapa mereka ni begitu sekali 'meminati' kebisingan...
tengoklah sahaja atas jalan raya...
pin..pin.....pinnnnnnn....ponnnn....
berbagai irama dan rentak...
jika di Malaysia..'honk' ini tandanya marah atau teguran pada pengguna tak berhemah...
tapi di sini berbeza...lama juga ambil masa untuk faham..
rupanya bunyi-bunyi bingit ini menandakan isyarat..mahu masuk loroong pun bunyi..seolah mengatakan.."saya nak lalu ni...hati-hati ye"
ada pula bunyi nak beritahu.."saya kat belakang ni..tepi la sikit..nak lalu"
dan macam2 lagi isyarat yang mahu diberikan dgn bunyi 'honk'..
kadang kala ada yang bunyi seperti lagu..macam-macam ada!!
istimewanya bunyi autorickshaw...kenderaan beroda tiga(kami gunakan seperti teksi di sini)..
bunyinya pelbagai..seolah mengatakan.."aku ada kat sini..nak naik,mari la.."
macam2 isyarat...
istimewanya manusia ALLAH ciptakan mampu mempelajari dari pengalaman dan masa...untuk mengenali isyarat2 yang melata dan pelbagai di bumi ALLAH ini..
mana tidaknya..jika orang berdehem saja,ada pelbagai maksud yang boleh difahami..
berdehem saja ada pelbagai gaya ekspresi..
Dalam dunia ini,alam kerap menampakkan kepada kita ribuan isyarat...
Getaran dari bumi..
Gelombang ombak yang memukul pantai..
Pokok yang melambai-lambai..
angin kencang...
Salji yang sejuk membeku..
Gunung yang tinggi megah berdiri...
cuaca yang silih berganti dan kini tidak lagi teratur sepertimana dulu..
kacau..kabut jadinya...
virus yang tiba-tiba muncul dan akibatkan kematian..cemas seluruh dunia..
dan bermacam-macam lagi isyarat...
inilah isyarat..
inilah 'bahasa' di tingkatan yang tinggi..
yang hanya mampu dijiwai dan difahami oleh mereka yang mengenal Tuhan..
yang hatinya dekat dengan Tuhan..seolah menggambarkan ALLAH menyentuh sanubarinya,"hai hambaku,aku berada dekat denganmu.."
yang taqwanya dimana saja berada seperti pesan nabi..
~bertaqwalah kamu kepada ALLAH di mana pun kamu berada..iringilah kesalahanmu dengan berbuat baik,pasti kebaikan itu menghapuskannya..Dan berakhlaqlah(pergaulilah) dengan manusia dengan akhlak terpuji~
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Al A'raf : 179
janganlah kita menjadi saya ketika awal menjejakkan kaki di bumi India ini..bingung tidak mengerti sebarang isyarat2 yang diberi...jangan pula kita membiarkan isyarat2 dari Tuhan tanpa mendalami apa yang tersirat...
Selamat menempuhi saat berikutnya dalam hidup kalian...
moga ALLAH perelokkan akhlaq dan agama kita..
amin Ya Rabb ya 'alim...
5 pesanan:
salam naufa, how r u sis?kak cik rindu kat naufa..kak cik pun bz sgt akhir2 ni..kak cik doakan naufa sehat selalu...anything msg kak cik tau...kami kt m'sia risau sgt...kak cir rs macam nak terbang ke india je lepas kak cik abis exam sem ni...naufa...keep writing tau...kak cik dah lama tak update blog...ok lah..kak cik nak g solat maghrib jap...miss u so much...bila nak balik.....nanti naufa balik...kita g jalan sama2 k...take care...
salam naufa~
awak sihat? hari tu tak sempat nk berbual lama...huhu
InsyaAllah minggu ni kite jumpe lagi..
Alhamdulillah. seronok baca post naufa yang ni..
terima kasih ye
moga dipermudahkan segala urusan
teruskan menulis
[menanti ur posts]
salam sayang
maisarah
naufa, ain pun sama tadi...
terperangkap dalam basah nya hujan...
menguji kekuatan mental betul td...
betul ckp awk, mula datang sini, irritated sgt dgn bunyi honk, lama2 rasa dah faham...tapi takot2 terbawak budaya sini ke msia...mau nnt kena cop sana sini...hehe
tersentuh ketika mbaca permulaan entri
memang benar
kita perlu sentiasa bersedia
sesekali kita terbabas..
menjenguk jendelA(tanpa tutup kepala yg sempurna)
kononnya ingin mghirup oksigen tulen yg segar sambil memerhati keagungan ciptaan ALLAH
namun terlupa,mungkin ada diluar sedang memerhati
samada kebetulan atau dgn kesengajaan
atau apa2 insiden lain lagi yg seangkatan
konklusinya..kene cek diri nape nk tutup aurat...kalo semata2 demi keRedhaan ALLAH
pasti kita akan sentiasa bersedia dan berjaga2
walau di mana sahaja kita berada
p/s-suka ngn gaya penulisan..ringkas,cukup puitis tapi bermakna dan mudah difahami
truskan!
p/s2-rajin2 la turun indonesia
p/s3-bai
Salam Naufa..
Apa khbr pai..udah shat ke..
Teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu Fisabilillah..be strong...betulkan niat sentiasa..moga Allah permudahkan segalanya..
Ape2 gtau kami disini...
Kalau nak borak2 dgn Ummi Arwah Ammar (Mujahid Muda)..layari
kalam-puncak.blogspot.com
Wassalam..
Abngah & Kak Ema
penang
Post a Comment