"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Thursday, December 3, 2009

Campur aduk Halal Haram...adakah ini dunia kini??


a'uzubillahiminasyaithonirrajeem...

Bismillahirrahmanirraheem..

Serasa cukup lama meninggalkan perkongsian di alam maya ini..
Alhamdulillah..Allah Maha Hebat dan segala puji bagiNya..pujian dan sanjungan dari makhluq kepada makhluq terzahir kerana aib yang disembunyikanNya..
Sungguh terlalu hebat ujian bermuamalah dengan manusia..
pelbagai ragam dari lidah yang berkata-kata hinggalah anggota yang melaksana..sungguh pelbagai gaya dari yang buat diri terpesona hingga jelik tak mampu diterima..
Hebatnya ALLAH menciptakan manusia..pelbagai serba serbi..namun dalam pelbagai itu,yang Dia pilih adalah yang paling bertaqwa..

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al Hujurat : 13)

Sabar..
ungkapan mudah namun praktiknya susah tapi penuh kesan...
Sabar ketika diuji...sokmo,(kata org kelantan ; selalu) kita melatah bila diuji...dikeji..ditohmah..
namun cpt mencipta dialog jua monolog memujuk "Aku ni dok sabar je lagi..tggu la..lebih limit..siap karate!!!" ...samada dlm nada serius mahupun gurauan..

Sabar itu nilainya ketika diuji..bukan selepas menghamburkan kata-kata...

situasi mudah..nampak cantik....tercari-cari di mana sabarnya...namun diri tak jumpa..

lihat...kita sekarang mudah meletakkan alasan...
membenarkan perilaku hodoh disalut nilai mulia...agar dinampak baik dan disanjung org..
difitnah..ditohmah...dikeji....malah diuji....itukan salah satu bentuk ujian??Berbahagilah mereka yang diuji dan bersabar...apatah lagi ujian itu terlihat jelas bukan seperti ujian diberikan harta yang banyak dan ujian dengan kesenangan..
Sabar itukan suatu ibadah..halal lg mulia...
dizalimi makhluq tp Ilahi mengasihi...
Jadi mengapa pilih reaksi yang menjerumuskan haram?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Al Imran : 200)

Ada lagi...
banyak lagi..

Lihat saja manusia mudah meluncurkan kata untuk membenarkan salah mereka...

berdiam diri dari berkata-kata dengan saudara seIslam kerana yakin itu penyelesaian terbaik dari kecamuk muamalah yang dilanda ombak badai biasa...
Padahal kecenderungan hasil tindakan itu adalah mampu MEMUTUSKAN SILATURRAHIM..
inikan HARAM??

ada lagi..

konon pergi bermusafir menziarahi rakan..takpun menyertai program yang jaraknya berbatu-batu...berjam-jam menaiki bas..
supaya dapat pergi program....sanggup bertemankan rakan dgn tujuan HARAM(mahu bertemu teman lelaki/wanita kebetulan di tempat yang sama)...
apa nilai perjalanan tersebut?
dengan bersetuju untuk pergi...anda telah meletakkan rakan anda dan diri anda dalam mudharat....tetapi dengan tidak pergi,tidak ada apa-apa mudharat pada anda malah menyelamatkan rakan tersebut..
dianalogikan seperti ada api yang marak dan panasnya masyaALLAH panasnya neraka....
dan ditepi api tersebut terdapat buku yang mungkin pada kita sgt mahu memilikinya..namun andai pergi walau setapak,pasti dsambar api...adakah anda masih mahu melangkah???

ada lagi...

bila sudah ragu-ragu terhadap sesuatu...seeloknya tinggalkanlah...
Saya hairan..bila ada yang ragu terhadap mana-mana restoran disebabkan bekalan bahan mentah mahupun bahan yang digunakan..
ramai masih mahu makan di situ...malah bertanya berulang-ulang bila tiap jawapan diterima "tak tahu" atau "ntahlah.." biarpun sudah lebih 10 orang ditanya...
Bila dpt sahaja jawapan yang kononnya hampir kepada halal..cepat sahaja bagi cop rasmi halal sendiri..
contohnya.."ntah la..tapi hari tu..A kata sumber kt kawasan kita ni mostly dari kilang halal cuma yang kedai X tu je tak pasti..tp halal kot"...hah??..kot?...
maka terus tersebar.."situ halal...sini halal..."
kenapa tidak terus bertanya sehingga benar-benar pasti??
cepat sahaja andai keinginan sudah tercapai...

ada lagi...

bila orang kata jgn hampiri zina...katanya.."dah muak dh dengar!...jelak...cukuplah...faham..faham.."
Sungguhkah faham?
inikan perintah ALLAH?
Hukum ALLAH bukan dari manusia...hak mutlaq hukum haram dan halan ini kan hak ALLAH!
ada saja alasan...
"kami jaga batas..tak pegang-pegang"

Bila ditegur naik motor sama-sama yang bukan mahram tak elok...kan haram?bawa fitnah pada agama..
lidah petah membidas.."mane ada..tak bersentuhan pun..mana ada dosa" sambil gelak terkekeh-kekeh..
Astghfirullah...dunia akhir zaman kita ni...dosa pahala kuasa individu ya?

lelaki perempuan bukan mahram duduk serumah malah ada bersekedudukan dengan non muslim...dengar pun jijik..
Bila ditegur..."jgn campur privacy hidup saya"
privacy???..cubalah...jgn mkn rezeki ALLAH...pegi la buat rumah yang dengan rumah tu dapat selamatkan dari pengetahuan ALLAH...jangan ambil sedikit pun nikmat ALLAH..buat oksigen sendiri..pergi la jauh-jauh..andai dikejar malaikat maut...cubalah lari sepantas sehingga malaikat maut tak jumpa di mana kamu bersembunyi!...boleh?
tambah sikit lagi...jantung yang selama ni berdenyut tanpa rehat..minta ALLAH hentikan dan cuba la usaha buat jantung tu berdenyut dengan kuasa sendiri...yang ini boleh?

Cukup aib...ada yang sanggup berjalan jauh berbatu-batu merentas negara dan benua hanya kerana mahu menemui teman lelaki/wanita...
romantiskah??

Manusia makin TIDAK MALU MENAMPAKKAN AIB MASING-MASING padahal ALLAH sudahpun menutup kelemahan kita dengan rahmatNYA..
terang-terangan berbuat dosa tidak malu...melakukan ma'ruf..terasa malu...

lagi dan lagi dan lagi...dan lagi....lagi.....terlalu banyak halal haram yang diabaikan..

Islam sungguh kembali dagang..bukan dagang kepada yang bukan penganutnya...dlm penganutnya sendiri Islam telah jadi dagang..asing pada mereka..
corak hidup Islam makin ditinggalkan..
Halam dan Haram tiada pemisah..bercampur aduk asal kepentingan diri terlaksana..

Dari Abu Tsa'labah al-Khusyaniy Jurtsun bin Nasyir ra. berkata, Rasulullah saw bersabda ,
Maksudnya :
"Sesungguhnya ALLAH telan menetapkan beberapa kewajipan , makan janganlah menyia-nyiaknnya.Dia telah menentukan batasan-batasan , maka janganlah kalian melanggarnya. Dia telah mengharamkan beberapa hal, maka janganlah kelian jatuh kedalamnya, Dia telah mendiamkan beberapa hal kerana kasih sayangNya kepada kalian dan bukan kerana lupa, maka janganlah kalian mencari-carinya."

(Hadith Hasan diriwayatkan Daruquthni dan lainnya)

"Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al A'raf : 33-34)"

Rakan-rakan yang dikasihi...
Atas dasar apa hingga kita bertindak sedemikian rupa?
andai terlupa...ayuh saling mengingatkan...ambil iktibar dan tinggalkanlah apa yang haram atau apa sahaja yang hanya bertujuan memperkenankan hawa nafsu..

ingat sabda Nabi...

Dari Abi Muhammad 'Abdillah bin 'Amru bin Al As ra. katanya :
Rasulullah saw bersabda :
"Tidak beriman seorang kamu sehinggalah hawa nafsunya(kecenderungan dan kemahuannya) mengikut kepada apa yang aku bawa kepadanya"

Hadith Sahih

Hadith ini mengajarkan kita agar mendahului Iman dalam kehidupan. Mengikut keseluruhan Al Quran dengan mengambil hujah-hujahnya dalam urusan kehidupan adalah keutamaan mutlak yang dituntut dalam kehidupan seorang muslim yang telah redha Islam sebagai agama.
Tuntutan asas ini tidak boleh dipisahkan antara keduanya kerana antara Iman dan Islam tidak ada perbezaan hakikat. Keduanya saling bertaut tak pisah dan tak mungkin dipisahkan dari peribadi seorang insan yang menyedari wujudnya ALLAH sebagai tuhan dengan segala kebesaranNya. Kerana kedua-duanya adalah pengertian yang bersatu dalam memusatkat keseluruhan hidup kepada hukumNya.

Imam Abu Hanifah menegaskan :
"Dan Islam itu ialah penyerahan dan kepatuhan kepada perintah-perintah ALLAH Ta'ala. Dari segi bahasa terdapat perbezaan antara Iman dan Islam. Akan tetapi tiada Iman dengan tiada Islam dan tiada didapati Islam dengan tiada Iman. Kedua-duanya seperti belakang(bahagian tubuh manusia) dengan perutnya (yg tidak boleh dipisahkan). Dan agama itu adalah nama yang meliputi Iman,Islam dan sekelian hukum syara' ."

Muhasabah diri...
Hitung diri sebelum tiba hari perhitungan..yang pastinya semakin hampir..
belum lagi kita bicarakan tentang tanda-tanda hari kiamat..yang andainya kita sebutkan satu-persatu nanti....tanpa sedar agaknya nanti terpacul kata-kata ini .."yang ni dah berlaku..yang ni pun dha..eh!yg ni dh juga..." hingga akhir jawapannya "sudah berlaku"..

bagi para dai'e...jgn sibuk memikirkan aktiviti sahaja tapi isinya kosong kerana diri sendiri kosong..
hanya terburu-buru mencari bahan...baca sana..baca sini...google sana...google sini..belek sana..belek sini bila mahu tampil untuk memberi kononnya..bila ada usrah baru mencari bahan..
inti diberi bukan dengan hati..
kerana hati sendiri belum terisi...
inti hanya tinggal inti...
jadi tidak dipeduli selepas tamat aktiviti..

ALLAHu ta'ala a'lam..

perkongsian dan teguran ini kurasa seperti cuba melepaskan batuk tapi tidak kesampaian..
tersisa lelah yang memanjang..
kuharap teman di mana sahaja duduk sefahaman..
nahi mungkar kita amalkan..
bukan hujah sahaja demi pujian..
bermuka-muka kemudian diam..
bergegar kata tapi istiqamah ditingglakan..
mula menyalahkan tidak menambah iman..
hanya fahaman mahu dipertahankan..
akhirnya termasuk diri dalam kelalaian..
Ya ALLAH..jauhkan..
Ya 'Alim...berilah pengetahuan..
Ya Khaliq..berilah panduan..
Ya Basir...dengarlah rintihan..

رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ
Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.(Al Baqarah : 250)


akhir penulisan ini...berkata kepada diri...agar sentiasa dikoreksi...
Buat kalian..selamat mengoreksi...
Berpandukan syariat Ilahi..
Salam permisi..

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

2 pesanan:

izzah on Dec 10, 2009, 12:26:00 AM said...

Sem0ga Allah mudahkan kita semua untuk mengenal yang mana baik dan yang mana buruk-yang halal itu jelas,yang haram itu jelas-iA

naim on Mar 24, 2010, 2:11:00 AM said...

alhamdulillah..
a good one

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template