Bismillah..
Assalamu'alaikum..
lama tak update...bukan tak mahu..tapi bertangguh..(alhamdulillah,mujur ALLAH masih beri tempoh dan boleh menulis lagi...)
jom kita sama-sama teliti firman ALLAH ini (al a'araf : 19)
وَيَـٰٓـَٔادَمُ ٱسۡكُنۡ أَنتَ وَزَوۡجُكَ ٱلۡجَنَّةَ فَكُلَا مِنۡ حَيۡثُ شِئۡتُمَا وَلَا تَقۡرَبَا هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
And "O Adam, dwell, you and your wife, in Paradise and eat from wherever you will but do not approach this tree, lest you be among the wrongdoers."
"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan jadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
Pengenalan
1-Bahasa
2.Kisah Nabi Adam a.s dan Iblis.
ayat 11-27 dalam surah al A'araf (mohon pembaca meneliti setiap ayat ini) menceritakan mengenai kisah penciptaan nabi Adam a.s ,keingkaran Iblis kepada ALLAH dan hasutannya terhadap Adam dan Hawa dan peringatan ALLAH kepada keturunan nabi Adam a.s (manusia) terhadap gangguan syaitan.
1. Pokok hanyalah simbolik larangan ALLAH manakala larangan ولا تقربا "..janganlah kamu hampiri.." adalah untuk melindungi diri dari terjerumus dalam perkara-perkara maksiat dan larangan ALLAH. Maka perisai utama yang perlu dihayati dalam menghadapi maksiat adalah "....janganlah kamu hampiri..."
akibat tindakan nabi Adam a.s menghampiri pohon itu dan tertipu dengan idea dan hasutan Iblis kibat, beliau terjatuh dalam maksiat seterusnya yaitu memakan buah dari pohon yang dilarang ALLAH.Maka auratnya terbuka apabila ALLAH menghilangkan cahaya yang menutupinya..aib menyelubungi nabi Adam ketika itu namun ALLAH yang Maha Pengampun telah menerima taubat hambanya yang Ikhlas..maka terlerailah nabi Adam dari belenggu dosa tadi dan kembali pada ALLAH dengan ketaatan.
Dalam keghairahan nafsu dan kelesuan iman (gabungan bahaya!), kita mudah terjerat dengan tipu daya syaitan. Andai nasihat dari ALLAH agar 'tidak mendekati' perkara maksiat diabaikan maka kita akan memberi pelbagai alasan untuk membenarkan atau memberi green light kepada muqaddiamah untuk melakukan maksiat tidak kiralah maksiat itu berat apa lagi yang ringan. Sikap ignorance/tak endah ini menyebabkan kita telah menipu diri kita kerana conscious/hati sedar kita menyatakan maksiat itu salah tetapi kerana keengganan kita untuk mematuhi perintah kita telah terjerumus. Sekali kita terjerumus menyebabkan kita berasa selesa dengan maksiat..Maka terkikis sedikit demi sedikit 'conscious bersalah' pada ALLAH dan akhirnya kita akan hanyut lebih jauh sekiranya 'concious bersalah' tadi di abaikan..Akhirnya kita terus mengumpul bom-bom kebinasaan..dan rentetan ini menyebabkan kita menjadi manusia zalim kepada diri kita sendiri...mampukah kita menanggung ledakan 'bom-bom' ini di akhirat malahan lebih dahsyat lagi?

تقربا menggunakan fi'il Mudhori' (kata kerja sekarang atau yang akan datang) dari perkataan قرب yg membawa maksud dekat/hampir.
Keistimewaan kata kerja di dalam penggunaan bahasa arab ialah penggabungan kata kerja(fi'il) bersama-sama dgn kata ganti nama diri (dhomir) . Maka satu perkataan sudah cukup untuk menyatakan perbuatan mewakili si pelaku..contohnya فَعَلَ- dia(lelaki) melakukan, instead of meletakkan هُوَ(dia) di awal ayat.
Kata kerja تقربا membawa maksud 'kamu(tunggal) menghampiri' iaitu suatu perlakuan 'menuju ke arah sesuatu untuk memendekkan jarak'...
penambahan huruf لا bermaksud 'jangan' di awal membawa maksud larangan.
ok..hope boleh faham..erm...saya tak reti nak buat explaination secara ringkas...cuma untuk intro sebelum kita masuk dalam tadabbur ayat.
2.Kisah Nabi Adam a.s dan Iblis.
ayat 11-27 dalam surah al A'araf (mohon pembaca meneliti setiap ayat ini) menceritakan mengenai kisah penciptaan nabi Adam a.s ,keingkaran Iblis kepada ALLAH dan hasutannya terhadap Adam dan Hawa dan peringatan ALLAH kepada keturunan nabi Adam a.s (manusia) terhadap gangguan syaitan.
Pengajaran
Tujuan perkongsian saya kali ini bukan untuk membincangkan keseluruhan ayat-ayat firman ALLAH ini,tetapi untuk kita selami nasihat dan panduan dari ALLAH dalam kita melayari hidup di dunia yang penuh dengan tipu daya syaitan.Mudah-mudahan kita selamat dan dapat memelihara diri daripada hasutan syaitan. Saya fokuskan pada ayat 19 kerana pada ayat ini terkandung satu perkataan yang signifikan melalui peristiwa yang ALLAH rakamkan dengan kebijaksanaanNya.

peristiwa Nabi Adam memakan buah larangan ini berlaku di dalam syurga sepertimana awal ayat 19 yg bermaksud "Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga...."Ini bermakna tidak ada perlakuan maksiat mahupun kejahatan sekelilingnya untuk menguji ketaatan Adam kepada Tuhannya kerana peristiwa ini berlaku di dalam syurga. Pokok larangan ini telah ALLAH ciptakan sebagai satu situasi untuk menguji hambanya Adam a.s .Allah telah melarangnya dari mendekati sepohon pokok sepertimana perintahnya وَلَا تَقۡرَبَا هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ "....dan janganlah kamu hampiri pokok ini...".
1. Pokok hanyalah simbolik larangan ALLAH manakala larangan ولا تقربا "..janganlah kamu hampiri.." adalah untuk melindungi diri dari terjerumus dalam perkara-perkara maksiat dan larangan ALLAH. Maka perisai utama yang perlu dihayati dalam menghadapi maksiat adalah "....janganlah kamu hampiri..."
akibat tindakan nabi Adam a.s menghampiri pohon itu dan tertipu dengan idea dan hasutan Iblis kibat, beliau terjatuh dalam maksiat seterusnya yaitu memakan buah dari pohon yang dilarang ALLAH.Maka auratnya terbuka apabila ALLAH menghilangkan cahaya yang menutupinya..aib menyelubungi nabi Adam ketika itu namun ALLAH yang Maha Pengampun telah menerima taubat hambanya yang Ikhlas..maka terlerailah nabi Adam dari belenggu dosa tadi dan kembali pada ALLAH dengan ketaatan.
2. sekiranya kita lalai akan nasihat ALLAH ini, maka kata ALLAH فتكونا (maka jadilah) membawa penegasan "PASTI termasuk!".. من الظالمين (dari kalangan mereka yang zalim)...kerana kesudahan bagi orang yang melakukan maksiat adalah dosa dan hukuman dunia mahupun akhirat sehinggalah dia bertaubat kepada ALLAH..dosa-dosa kita seumpama bom hidup yang dipikul ke sana ke mari yang akan membinasakan diri kita sendiri..andai bom ini tidak dilupuskan dengan taubat,maka binasalah kita..kita menzalimi diri kita sendiri dan termasuk dalam mereka yang terperangkap dalam tipu daya syaitan.
Dalam keghairahan nafsu dan kelesuan iman (gabungan bahaya!), kita mudah terjerat dengan tipu daya syaitan. Andai nasihat dari ALLAH agar 'tidak mendekati' perkara maksiat diabaikan maka kita akan memberi pelbagai alasan untuk membenarkan atau memberi green light kepada muqaddiamah untuk melakukan maksiat tidak kiralah maksiat itu berat apa lagi yang ringan. Sikap ignorance/tak endah ini menyebabkan kita telah menipu diri kita kerana conscious/hati sedar kita menyatakan maksiat itu salah tetapi kerana keengganan kita untuk mematuhi perintah kita telah terjerumus. Sekali kita terjerumus menyebabkan kita berasa selesa dengan maksiat..Maka terkikis sedikit demi sedikit 'conscious bersalah' pada ALLAH dan akhirnya kita akan hanyut lebih jauh sekiranya 'concious bersalah' tadi di abaikan..Akhirnya kita terus mengumpul bom-bom kebinasaan..dan rentetan ini menyebabkan kita menjadi manusia zalim kepada diri kita sendiri...mampukah kita menanggung ledakan 'bom-bom' ini di akhirat malahan lebih dahsyat lagi?
Dengatkan kisah ini..seorang kanak-kanak berusia 10 tahun sedang mengayuh basikal bersama ibu bapanya..kemudian mereka menemui di hadapan mereka ada sungai yang besar dan dalam..si ibu berhenti berkayuh...si bapa turut berhenti berkayuh..si anak masih berkayuh tetapi perlahan...si ibu berteriak memberi panduan "anakku,berhentilah!"..si ayah juga "anakku sayang,berhentilah..jika engkau terus berkayuh,pasti engkau akan terjatuh..kesakitan..dan luka"..Namun si anak meneruskan juga dengan sangkaan sungai itu selamat..malangnya dia terjatuh...kesakitan...lebih malang lagi arus sungai itu membawanya...anda fikir-fikirkan kesudahannya..moga pelampung taubat menyelamatkannya sebelum tiba Hari Besar nanti.
wallahuta'ala a'lam..
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_
0 pesanan:
Post a Comment