"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Sunday, August 23, 2009

muhasabah diri..tergur,ikhlas dan hikmah...



kisah ni pengajaran dari perbualan adik beradik (my siblings)..dicantumkan oleh naheed(my younger sister-a year younger) dlm blognya sbg analogi dakwah..moga bermanfaat..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ingin mengajak kita bersama muhasabah diri. Petang ini, petang Ramadhan yang pertama. Aku bersama akhawati berkumpul di dapur sambil membantu Mak menyiapkan juadah berbuka. Sedang memotong ayam aku ditegur oleh Ruqayya, adik perempuanku berusia 13 tahun.

"Bukan macam tu la Kak Naheed, salah, salah."

Aku mendongak memandangnya yang setia berdiri di sisi, "kamu pernah potong ayam?"

Dia tersenyum, menggeleng, "tak pernah".

Kak Cik mengomel kecil, "Qayya, kamu ni kalau nak tegur pun jangan la ikut suka aje. Fikirlah perasaan orang lain. Lagi satu, kamu tu muda lagi."

Qayya menunduk sambil membalas, "Qayya tegur je".

Ruqayya, atau lebih manja dipanggil Qayya seorang gadis genit yang lebih matang dari umurnya. Tutur katanya kadang mampu membuat aku mengimbas diri, amalannya sehari-hari yang sering membuatkan aku kagum dan insaf. Hatinya penuh dengan keikhlasan. Dirinya sentiasa inginkan yang terbaik buat ahli keluarganya. Solatnya sentiasa semampu boleh dilakukan di awal waktu. Hatta pada satu ketika, sedang dia membersih meja selepas makan, tika mendengar azan zohor berkumandang, terus dia berhenti. Katanya, "Qayya nak solat, ni boleh sambung nanti."

MasyaAllah, SubhanAllah. Ruqayya. Aku bangga punya seorang adik perempuan seperti dia. Malah dialah juga yang sering mengingatkan adik-adik dan kakak-kakaknya ketika mereka leka dan terlupa. Kerana itu dia mudah menutur teguran yang dirasakan ikhlas.

"Qayya, betul kata Kak Cik. Qayya memang bagus. Kakak suka. Qayya nak tegur untuk kebaikan kan?" Soalku.

Qayya mengangguk. Kelihatan matanya bergenang.

"Kakak tahu niat Qayya nak tegur tu baik. Tapi kan Qayya, bila kita tegur, kita harap orang ikut kan? Kita harap dia terima kan teguran kita?" "Bukan melenting marah lepas tu tak buat, ye tak?"

Aku cuba membawa dia mengenal makna hikmah. Ruqayyah mengangguk lagi. Kali ini air mata sudah membasahi pipi. Aku terkesan. Tak terniat untuk menyentuh hatinya hingga mengalirkan air mata.

"Takpe Qayya... Apa yang Qayya nak buat tu betul. Cuma cara pun kena betul.."

Aku cuba memujuk. Qayya mengalihkan mukanya. Mungkin hendak menyorokkan mukanya yang basah dengan air mata.

"Hmmm. Menangis dah dia. Dah, dah." Kak Cik pun ikut memujuk.

Antara teguran dan perasaan, antara tanggungjawab dan ukhuwwah, antara umur dan kewajipan. Ruqayya telah memilih untuk memberi teguran, melaksanakan tanggungjawab, memikul kewajipan. Tapi sering disalah erti. Bukan Qayya sahaja yang menghadapi situasi ini. Aku percaya ramai lagi insan-insan di luar sana yang bergelar da'ie terpaksa bergulat dengan dua keutamaan, yang mana lebih utama.

Apa yang telah Qayya lakukan bertepatan dengan dua ayat terakhir surah Al 'Asr:

"Dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran. Dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran"

Benar, dalam memberi teguran dan nasihat perlu ada hikmah agar ukhuwwah yang terbina tidak musnah. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
Memberi teguran juga perlukan ketegasan bilamana teguran yang lembut tidak lagi memberi kesan malah dipersendakan, lebih-lebih lagi sesuatu yang berkaitan dengan 'ibadah dan 'aqidah. Sememmangnya keperluan untuk bersikap tegas dalam teguran itu sangat tinggi.

‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
Tapi, dalam memberi teguran atau nasihat, kita seharusnya berfikir dan merenung; "Apakah yang bakal aku lakukan mampu mebawa kabaikan?" Andai mendatangkan kebaikan, bolehlah niat diteruskan. Rasulullah s.a.w bersabda,

"Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan".
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan bodoh seperti disedbutkan dalam hadith ini. Semoga teguran yang diberikan dan diterima mambawa kesan positif dalam diri, tidak menjadikan kita semakin jauh daripada saudara yang memberi teguran.

Pemberi nasihat juga perlu mengetahui bahawa dalam menghulurkan nasihat dan teguran, punya tingkatan-tingkatan yang berbeza berdasarkan tahap ilmu dan pengetahuan yang berbeza. Peringkat umur bukan lagi persoalan bilamana telah difahami cara-cara dan kesan-kesan memberi teguran dan nasihat.

Tidaklah sempurna keimanan seseorang di antara kalian hingga ia mencintai kebaikan bagi saudaranya sebagaimana ia mencintai kebaikan itu bagi dirinya sendiri.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Hadith di atas mengakhiri perkongsian kali ini. Marilah kita sama muhasabah diri kita yang penuh kelemahan. Dengan kemuliaan Ramadhan, marilah kita sama-sama mencari Hidayah dan MaghfirahNya semoga kita sentiasa dalam Rahmat dan MardhiahNya.

Allahu ta'ala 'a'lam.

Sisipan terakhir... 'Kasih Sayang'

Marilah kita jalinkan
Kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang
Tambah gersang di hati ini

Kita siram kembali
Dengan air iman yang suci
Dengan menabur budi
Kepada semua manusia

Bila hati gembur dan subur semula
Benih mahmudah akan tumbuh kembali
Dia kan berdaun subur dan berbuah
Memberi manfaat semula
Kepada penghuni taman yang resah

Jangan kita biarkan hati ini
Gersang dari kasih sayang
Manusia akan terumbang ambing
Hidup di dunia ini
Pangkat dan kekayaan tiada erti
Bila kasih sayang tak dimiliki

Berkasih sayang perintah Allah
Di antara sifat Allah
Kasih kepada hambaNya
Allah sangat sayang
Kepada hamba yang berkasih sayang
Jalinkanlah kasih sayang untuk keredhaanNya

Hati sudah lama menderita
Kekosongan kasih sayang
Tanamkan semula jangan biarkan
Jangan biarkan berlama-lama
Sudah lama manusia hidup
Dalam derita lagi sengsara
Ayuh kita suburkan semula
Kasihkan sesama sama manusia


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

2 pesanan:

imanulhassan on Aug 23, 2009, 5:05:00 PM said...

hebat qayya ni!

islahnafsi on Aug 23, 2009, 8:40:00 PM said...

best sgt2...huhu=)...thanks k.naufa ats perkongsian.

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template