sekadar mengisi kekosongan sementara menunggu kepulangan ayah dan mak..
ku ambil berkat dari tulisan ustaz Hassan al Banna..
lewat petang semalam sementara menuggu sampai ke destinasi... mata milik Allah kusempatkan menatap buah fikiran dari hasil penulisan sang ustaz ..
ku ketepikan segala macam pandangan tentangnya...hasil tulisannya yang diterjemahkan ini bagus membawaku zikrullah(mengingati ALLAH) dengan tafakur(berfikir).
ku rumuskan..
Akhlaq Rasulullah ialah al Quran..apa yang dilarang ALLAH ditinggalkan,ditegah..apa yang memakmurkan mengikut kehendak ALLAH dipersembahkan dengan berbagai cara..
Akhlaq mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam dakwah ini...
Ilmu yang mendalam dan tinggi tanpa akhlak seumpama kereta yang hebat laju meluncur...mebawa tujuan yang baik dengan penumpang yang sarat mahu melangkah ke arah wilayah selamat...tapi malang,kenderaan itu tiada brek yang menahan,..maka boleh jadi terlajak simpang yang sepatutnya ditujui..atau boleh juga menyumbang bahaya tatkala berdepan dengan bahaya.
Menjadi sia-sia apabila kita berusaha memperbaiki lahiriah manusia dan menuntut mereka melakukan amal sedangkan kita membiarkan nuraninya menjadi mangsa kepada akhlaqnya yang keji..begitu juga diri kita. Andai hanya ilmu yang dicari tanpa akhlaq diperbaiki,maka kasihanilah diri nurani kita yang terpenjara dalam akhlaq yang lemah dan rendah.
Akhlaq bukan hanya melingkungi sifat-sifat mulia yang diketahui umum seperti lemah lembut,merendah diri dan sebagainya. Akhlaq terlalu luas untuk dibataskan sedemikian. Segala sifat-sifat mulia yang dituntut oleh al Quran adalah termasuk dalam pengertian akhlaq..
Ini termasuklah sabar,tetap pendirian,kejujuran yang tinggi,benar dalam apa jua keadaan yang mendesak,menunaikan janji,memiliki himmah yang tinggi, ikhlas dan apa sahaja yang disarankan oleh al Quran..malah menjauhi dan berusaha meninggalkan kemungkaran juga adalah akhlaq..
demikianlah Rasulullah dalam sabda baginda :
“Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak, dan akhlak Islam itu perangai malu”.
(HR. Imam Malik)
Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu".
Para sahabat berkata:
"Sesungguhnya kami semua telah pun malu kepada Allah swt, alhamdulillah".
Selanjutnya baginda bersabda lagi yang bermaksud:
"Bukan begitu, tetapi malu kepada Allah sebenar-benar malu ialah engkau memelihara kepala dan apa yang ada diatasnya dan engkau memelihara perut dan apa yang ada di dalamnya(apa yang dimakan), meningati mati dan kebusukannya. Barangsiapa menhendaki akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia dan barangsiapa yang melakukan pekara tersebut, maka ia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya".
(Riwayat at-Tarmizi)

dengan sifat ini,kita terlatih untuk menahan diri dari mendekati perkara mungkar..apa lagi mahu terjerumus kedalamnya..dari hati,lisan hinggalah perbuatan anggota..semuanya semahunya kita akan pelihara..itulah serba ringkas yang dimaknai dengan malu sebagai akhlaq..
Akhlaq menjadi suatu ikatan yang padu dengan Islam..akhlaq menggambarkan Islam dari hati nurani yang bersih dizahirkan dengan lahiriah yang terpelihara..
Apabila akhlaq terpelihara maka diri bersih dari yang keji...seorang Islam itu akan memiliki peribadi yang kuat,tetap dan mengutamakan haq dan menjauhi kebatilan..malah dirinya akan menjadi kuat memelihara diri tatkala desakan kebatilan menyeksanya..
tidakkah kita malu mengaku Islam tetapi kita tidak memiliki sebahagian dari pelengkapnya??
seolahnya seperti mengakui memiliki sesuatu yang berharga tapi nilainya palsu..
kerana kepalsuan yang dibiarkan terus menerus itu, kita tanpa sedar telah menurut kebatilan dan menolak kemuliaan yang diberikan ALLAH kepada kita sebagai ummat Islam.
mahu tunggu lagi?
atau sudah timbul himmah untuk memupuk akhlaq al Quran sesuai contoh yang diberikan oleh Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam..
sama-sama kita memupuk akhlaq bersesuaian dengan didikan al Quran.
teringat bait-bait dalam buku karangan imam Al Ghazali,

Bersungguh-sunggguhlah kamu dalam menjaga adab supaya ALLAH tidak melihat kamu di tempat yang Dia larang, dan jangan sampai ALLAH tidak melihatmu di tempat yang Dia mahukan kehadiranmu..
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_
_ISLAM MILIK BERSAMA_