"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Thursday, December 3, 2009

Campur aduk Halal Haram...adakah ini dunia kini??

3 pesanan
a'uzubillahiminasyaithonirrajeem...

Bismillahirrahmanirraheem..

Serasa cukup lama meninggalkan perkongsian di alam maya ini..
Alhamdulillah..Allah Maha Hebat dan segala puji bagiNya..pujian dan sanjungan dari makhluq kepada makhluq terzahir kerana aib yang disembunyikanNya..
Sungguh terlalu hebat ujian bermuamalah dengan manusia..
pelbagai ragam dari lidah yang berkata-kata hinggalah anggota yang melaksana..sungguh pelbagai gaya dari yang buat diri terpesona hingga jelik tak mampu diterima..
Hebatnya ALLAH menciptakan manusia..pelbagai serba serbi..namun dalam pelbagai itu,yang Dia pilih adalah yang paling bertaqwa..

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al Hujurat : 13)

Sabar..
ungkapan mudah namun praktiknya susah tapi penuh kesan...
Sabar ketika diuji...sokmo,(kata org kelantan ; selalu) kita melatah bila diuji...dikeji..ditohmah..
namun cpt mencipta dialog jua monolog memujuk "Aku ni dok sabar je lagi..tggu la..lebih limit..siap karate!!!" ...samada dlm nada serius mahupun gurauan..

Sabar itu nilainya ketika diuji..bukan selepas menghamburkan kata-kata...

situasi mudah..nampak cantik....tercari-cari di mana sabarnya...namun diri tak jumpa..

lihat...kita sekarang mudah meletakkan alasan...
membenarkan perilaku hodoh disalut nilai mulia...agar dinampak baik dan disanjung org..
difitnah..ditohmah...dikeji....malah diuji....itukan salah satu bentuk ujian??Berbahagilah mereka yang diuji dan bersabar...apatah lagi ujian itu terlihat jelas bukan seperti ujian diberikan harta yang banyak dan ujian dengan kesenangan..
Sabar itukan suatu ibadah..halal lg mulia...
dizalimi makhluq tp Ilahi mengasihi...
Jadi mengapa pilih reaksi yang menjerumuskan haram?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Al Imran : 200)

Ada lagi...
banyak lagi..

Lihat saja manusia mudah meluncurkan kata untuk membenarkan salah mereka...

berdiam diri dari berkata-kata dengan saudara seIslam kerana yakin itu penyelesaian terbaik dari kecamuk muamalah yang dilanda ombak badai biasa...
Padahal kecenderungan hasil tindakan itu adalah mampu MEMUTUSKAN SILATURRAHIM..
inikan HARAM??

ada lagi..

konon pergi bermusafir menziarahi rakan..takpun menyertai program yang jaraknya berbatu-batu...berjam-jam menaiki bas..
supaya dapat pergi program....sanggup bertemankan rakan dgn tujuan HARAM(mahu bertemu teman lelaki/wanita kebetulan di tempat yang sama)...
apa nilai perjalanan tersebut?
dengan bersetuju untuk pergi...anda telah meletakkan rakan anda dan diri anda dalam mudharat....tetapi dengan tidak pergi,tidak ada apa-apa mudharat pada anda malah menyelamatkan rakan tersebut..
dianalogikan seperti ada api yang marak dan panasnya masyaALLAH panasnya neraka....
dan ditepi api tersebut terdapat buku yang mungkin pada kita sgt mahu memilikinya..namun andai pergi walau setapak,pasti dsambar api...adakah anda masih mahu melangkah???

ada lagi...

bila sudah ragu-ragu terhadap sesuatu...seeloknya tinggalkanlah...
Saya hairan..bila ada yang ragu terhadap mana-mana restoran disebabkan bekalan bahan mentah mahupun bahan yang digunakan..
ramai masih mahu makan di situ...malah bertanya berulang-ulang bila tiap jawapan diterima "tak tahu" atau "ntahlah.." biarpun sudah lebih 10 orang ditanya...
Bila dpt sahaja jawapan yang kononnya hampir kepada halal..cepat sahaja bagi cop rasmi halal sendiri..
contohnya.."ntah la..tapi hari tu..A kata sumber kt kawasan kita ni mostly dari kilang halal cuma yang kedai X tu je tak pasti..tp halal kot"...hah??..kot?...
maka terus tersebar.."situ halal...sini halal..."
kenapa tidak terus bertanya sehingga benar-benar pasti??
cepat sahaja andai keinginan sudah tercapai...

ada lagi...

bila orang kata jgn hampiri zina...katanya.."dah muak dh dengar!...jelak...cukuplah...faham..faham.."
Sungguhkah faham?
inikan perintah ALLAH?
Hukum ALLAH bukan dari manusia...hak mutlaq hukum haram dan halan ini kan hak ALLAH!
ada saja alasan...
"kami jaga batas..tak pegang-pegang"

Bila ditegur naik motor sama-sama yang bukan mahram tak elok...kan haram?bawa fitnah pada agama..
lidah petah membidas.."mane ada..tak bersentuhan pun..mana ada dosa" sambil gelak terkekeh-kekeh..
Astghfirullah...dunia akhir zaman kita ni...dosa pahala kuasa individu ya?

lelaki perempuan bukan mahram duduk serumah malah ada bersekedudukan dengan non muslim...dengar pun jijik..
Bila ditegur..."jgn campur privacy hidup saya"
privacy???..cubalah...jgn mkn rezeki ALLAH...pegi la buat rumah yang dengan rumah tu dapat selamatkan dari pengetahuan ALLAH...jangan ambil sedikit pun nikmat ALLAH..buat oksigen sendiri..pergi la jauh-jauh..andai dikejar malaikat maut...cubalah lari sepantas sehingga malaikat maut tak jumpa di mana kamu bersembunyi!...boleh?
tambah sikit lagi...jantung yang selama ni berdenyut tanpa rehat..minta ALLAH hentikan dan cuba la usaha buat jantung tu berdenyut dengan kuasa sendiri...yang ini boleh?

Cukup aib...ada yang sanggup berjalan jauh berbatu-batu merentas negara dan benua hanya kerana mahu menemui teman lelaki/wanita...
romantiskah??

Manusia makin TIDAK MALU MENAMPAKKAN AIB MASING-MASING padahal ALLAH sudahpun menutup kelemahan kita dengan rahmatNYA..
terang-terangan berbuat dosa tidak malu...melakukan ma'ruf..terasa malu...

lagi dan lagi dan lagi...dan lagi....lagi.....terlalu banyak halal haram yang diabaikan..

Islam sungguh kembali dagang..bukan dagang kepada yang bukan penganutnya...dlm penganutnya sendiri Islam telah jadi dagang..asing pada mereka..
corak hidup Islam makin ditinggalkan..
Halam dan Haram tiada pemisah..bercampur aduk asal kepentingan diri terlaksana..

Dari Abu Tsa'labah al-Khusyaniy Jurtsun bin Nasyir ra. berkata, Rasulullah saw bersabda ,
Maksudnya :
"Sesungguhnya ALLAH telan menetapkan beberapa kewajipan , makan janganlah menyia-nyiaknnya.Dia telah menentukan batasan-batasan , maka janganlah kalian melanggarnya. Dia telah mengharamkan beberapa hal, maka janganlah kelian jatuh kedalamnya, Dia telah mendiamkan beberapa hal kerana kasih sayangNya kepada kalian dan bukan kerana lupa, maka janganlah kalian mencari-carinya."

(Hadith Hasan diriwayatkan Daruquthni dan lainnya)

"Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al A'raf : 33-34)"

Rakan-rakan yang dikasihi...
Atas dasar apa hingga kita bertindak sedemikian rupa?
andai terlupa...ayuh saling mengingatkan...ambil iktibar dan tinggalkanlah apa yang haram atau apa sahaja yang hanya bertujuan memperkenankan hawa nafsu..

ingat sabda Nabi...

Dari Abi Muhammad 'Abdillah bin 'Amru bin Al As ra. katanya :
Rasulullah saw bersabda :
"Tidak beriman seorang kamu sehinggalah hawa nafsunya(kecenderungan dan kemahuannya) mengikut kepada apa yang aku bawa kepadanya"

Hadith Sahih

Hadith ini mengajarkan kita agar mendahului Iman dalam kehidupan. Mengikut keseluruhan Al Quran dengan mengambil hujah-hujahnya dalam urusan kehidupan adalah keutamaan mutlak yang dituntut dalam kehidupan seorang muslim yang telah redha Islam sebagai agama.
Tuntutan asas ini tidak boleh dipisahkan antara keduanya kerana antara Iman dan Islam tidak ada perbezaan hakikat. Keduanya saling bertaut tak pisah dan tak mungkin dipisahkan dari peribadi seorang insan yang menyedari wujudnya ALLAH sebagai tuhan dengan segala kebesaranNya. Kerana kedua-duanya adalah pengertian yang bersatu dalam memusatkat keseluruhan hidup kepada hukumNya.

Imam Abu Hanifah menegaskan :
"Dan Islam itu ialah penyerahan dan kepatuhan kepada perintah-perintah ALLAH Ta'ala. Dari segi bahasa terdapat perbezaan antara Iman dan Islam. Akan tetapi tiada Iman dengan tiada Islam dan tiada didapati Islam dengan tiada Iman. Kedua-duanya seperti belakang(bahagian tubuh manusia) dengan perutnya (yg tidak boleh dipisahkan). Dan agama itu adalah nama yang meliputi Iman,Islam dan sekelian hukum syara' ."

Muhasabah diri...
Hitung diri sebelum tiba hari perhitungan..yang pastinya semakin hampir..
belum lagi kita bicarakan tentang tanda-tanda hari kiamat..yang andainya kita sebutkan satu-persatu nanti....tanpa sedar agaknya nanti terpacul kata-kata ini .."yang ni dah berlaku..yang ni pun dha..eh!yg ni dh juga..." hingga akhir jawapannya "sudah berlaku"..

bagi para dai'e...jgn sibuk memikirkan aktiviti sahaja tapi isinya kosong kerana diri sendiri kosong..
hanya terburu-buru mencari bahan...baca sana..baca sini...google sana...google sini..belek sana..belek sini bila mahu tampil untuk memberi kononnya..bila ada usrah baru mencari bahan..
inti diberi bukan dengan hati..
kerana hati sendiri belum terisi...
inti hanya tinggal inti...
jadi tidak dipeduli selepas tamat aktiviti..

ALLAHu ta'ala a'lam..

perkongsian dan teguran ini kurasa seperti cuba melepaskan batuk tapi tidak kesampaian..
tersisa lelah yang memanjang..
kuharap teman di mana sahaja duduk sefahaman..
nahi mungkar kita amalkan..
bukan hujah sahaja demi pujian..
bermuka-muka kemudian diam..
bergegar kata tapi istiqamah ditingglakan..
mula menyalahkan tidak menambah iman..
hanya fahaman mahu dipertahankan..
akhirnya termasuk diri dalam kelalaian..
Ya ALLAH..jauhkan..
Ya 'Alim...berilah pengetahuan..
Ya Khaliq..berilah panduan..
Ya Basir...dengarlah rintihan..

رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ
Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.(Al Baqarah : 250)


akhir penulisan ini...berkata kepada diri...agar sentiasa dikoreksi...
Buat kalian..selamat mengoreksi...
Berpandukan syariat Ilahi..
Salam permisi..

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Tuesday, November 3, 2009

Dialah sebaik raja....sebaik tentera yang dijanjikan

0 pesanan


The Conquest Of Constantinople Part 1



The Conquest Of Constantinople Part 2



The Conquest Of Constantinople Part 3


The Conquest Of Constantinople Part 4


The Conquest Of Constantinople Part 5


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Tuesday, October 27, 2009

Kisah Kaab bin Malik jadi teladan..

1 pesanan
Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Taubat Ka’ab ibn Malik (Analisa Fiqh Dakwah)

Dakwah & Semasa
Kisah Ka’ab ini merupakan sebahagian daripada episod dalam kisah Perang Tabuk. Ka’ab merupakan salah seorang daripada 3 mukmin yang tidak turut serta dalam kempen itu walaupun berkemampuan.

Mereka mengakui kesilapan itu dengan tidak mengemukakan apa-apa alasan apabila disoal oleh Rasul sekembalinya tentera dari kempen itu dan hanya mengaku bersalah dengan jujur. Ini bertentangan dengan golongan Munafiqin yang tidak turut serta tetapi mengemukakan pelbagai alasan untuk melepaskan diri. Rasululllah saw tetap menerima alasan mereka walaupun tahu tentang kemunafiqan mereka. Taubat Kaab diceritakan dalam Surah Taubah, ayat 118. Terdapat juga sekumpulan yg betul-betul uzur dan terlepas daripada menyertai kempen ini. Golongan ini dihuraikan dalam Surah Taubah, ayat 91.

Ka’ab dan 2 lagi mukmin ini (Mararah al Rabi’, Hilal b Umaiyah) dihukum boikot oleh Allah swt sehingga Allah swt menerima taubat mereka. Dan Allah menerima taubat mereka pada waktu Subuh selepas berlalu malam yang ke-50.

Dalam tempoh boikot yang tidak diketahui hujungnya itu, Ka’ab menanggung beban dugaan yang sungguh besar. Antaranya:

1) Orang-orang mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dengan mereka, hatta menjawab salamnya sekalipun.

2) Isteri-isteri mereka diasingkan daripada mereka bermula dari malam yg ke-40.

3) Raja Ghassan cuba untuk menghasut Ka’ab menyertai mereka serta dijanjikan dengan habuan jika meninggalkan barisan saf muslim.

4) Cubaan untuk kekal thabat dalam iman walaupun dihukum untuk tempoh yang tidak pasti (boleh jadi diboikot sehingga akhir hayat mereka)

Boikot ini diangkat oleh Allah dengan turunnya ayat 118 surah Taubah dan keindahan ukhuwwah di kalangan mukminin jelas terpancar apabila seluruh Madinah bergembira pada subuh ayat itu diturunkan. Mereka berkejaran mendapatkan Ka’ab untuk memaklumkan penerimaan taubatnya dan ukhuwwah mereka bersambung kembali.

Berikut merupakan isi-isi penting dari sudut Fiqh Dakwah berdasarkan kisah Ka’ab tersebut.

1. Kenapa Ka’ab dihukum?

Ekspedisi Tabuk berakhir tanpa ada satu pertempuran pun (rujuk Raheeq Makhtum) tetapi Ka’ab tetap juga dihukum. Pada sesetengah kita, kehadiran Ka’ab tidak memberi beza pun kerana tiada pertempuran berlaku, jadi tidak perlulah dihukum sebegitu.

Dalam hal ini, bukan perjalanan sesuatu peristiwa itu yang perlu dijadikan ukuran, tetapi isu tanggungjawab dan peranan yg digalaskan itu lebih bererti, sama ada ianya dilaksanakan atau tidak. Peranan mesti dilaksanakan dalam apa situasi sekalipun dan tanggungjawab tetap kekal sehingga sesuatu misi itu tamat.

2. Bai’ah berjihad dengan Allah

Kesilapan Ka’ab ialah melanggar Bai’ah berjihad dengan Allah . Beliau dikira meninggalkan jihad tanpa alasan semasa kempen Tabuk - satu kesalahan yg sangat-sangat besar. Ayat baiah berjihad terkandung di dalam surah At-Taubah, ayat 111.

3. Pengorbanan pada masa paling runcing

Keadaan Madinah pada ketika Rasul melancarkan persiapan ke Tabuk sangat meruncing. Kemarau sedang melanda, bekalan makanan berkurangan, lokasi Tabuk yang sungguh jauh, keluarga yang perlu ditinggalkan dan bermacam-macam lagi. Semua ini benar-benar menguji pertimbangan mukminin untuk mempersiapkan diri pergi berperang. Perasaan berbelah bagi mungkin timbul. Pengorbanan yang besar sungguh diperlukan pada ketika ini. Mampukah kita berkorban walaupun dalam keadaan yg tersepit?

4. Ka’ab buta di hujung hayatnya

Hadith ini diriwayatkan oleh cucu Ka’ab yang menjaganya kerana beliau buta di hujung usia. Pengajarannya, para du’at tidak terlepas daripada kelemahan dan penyakit walau sehebat manapun rekod amalnya. Jangan sesekali berasa kehebatan kita di bidang dakwah menjadi sebab Allah jauhkan penyakit dan kelemahan daripada kita.

5. Senioriti dan kesolehan bukan jaminan tidak membuat kesilapan

Jangan berasa selesa dan yakin bahawa senioriti dan kesolehan kita tidak akan membuatkan kita tersilap. Ka’ab merupakan seorang sahabat yang agung (ahli Badar) dan senior tetapi turut tersilap dalam perkiraannya. Hendaklah sentiasa bermusahabah dengan tindakan dan keputusan kita, dan juga bermutabaah. Jangan lemas dalam status senior.

6. Antara Bai’ah Aqabah dan Badar

Ka’ab pernah memberitahu beliau lebih suka kepada Bai’ah Aqabah berbanding Perang Badar (kedua-duanya disertai Ka’ab) walaupun Badar lebih masyhur dan mulia. Ini kerana Bai’ah Aqabah adalah peristiwa perjanjian (memberi bai’ah) untuk mewakafkan seluruh hidup kepada islam sebagai seorang da'ei dan jauh lebih besar ertinya, manakala peperangan merupakan sebahagian daripada perjanjian itu.

7. Kepentingan persediaan secukupnya

Peristiwa Tabuk membuktikan persediaan yang cukup amat penting terutamanya bagi sesuatu kerja yang besar. Ini dapat dilihat apabila Rasul buat pertama kali mengumumkan destinasi peperangan, walhal dlm kempen-kempen sebelum ini Rasul sentiasa rahsiakan sehingga saat akhir. Dan rasul juga memberi tempoh yang agak lama untuk setiap mukmin bersiap siaga. Ini kerana Tabuk sangat jauh dan musuh kali ini ialah tentera empayar Rom.

8. Bertangguh itu bahaya

Jangan amalkan sikap ‘I can if want to do it now’, kerana itulah kesilapan Ka’ab. Ka’ab seorang yang berkemampuan tetapi sentiasa bertangguh untuk bersiap hingga semuanya sudah terlambat. Usahakan untuk terus lakukan perkara yang mampu dilakukan terutamanya dalam bidang dakwah seperti berjumpa mad’u, menyiapkan bahan, merencana program.

9. Perselisihan pendapat itu dibolehkan

Perselisihan pendapat diterima dalam menilai kesilapan seseorang. Dalam kes Ka’ab, kaumnya dari Bani Salamiah mengkritik keras kecuaian Ka’ab tetapi Muadz Jabal mengambil pendekatan bersangka baik dan cuba mencari keuzuran Ka’ab. Rasul tidak menegur kedua-dua sikap ini - tandanya Rasul iktiraf keduanya. Ada fiqh sendiri dalam kedua-dua sikap yang diambil dan perbezaan pendapat dibolehkan.

10. Berwaspada dengan kecenderungan memberi alasan

Allah telah membuka pekung para munafiqin yg memberi alasan tidak menyertai Tabuk (melalui ayat Quran) walaupun mereka sangka telah terlepas apabila Rasul terima alasan-alasan itu. Para du’at hendaklah mempunyai azam kuat dan kukuh bertahan walaupun membuat silap. Kesilapan berlaku sesekali dan jalan keluar ialah dengan bertaubat, bukan dengan memberi alasan. Ka’ab memilih jalan taubat walaupun beliau berkata ‘Akulah orang yg paling pandai dalam memberi alasan jika aku mahu ketika peristiwa itu’.

11. Kepentingan berkata benar

Ditekankan juga tentang kepentingan berkata benar - kepada diri sendiri dan kepada pemimpin. Jawab Rasul setelah Ka’ab mengakui kesilapannya tanpa cuba memberi alasan: ‘Inilah dia org yang jujur’. Secara tidak langsung Rasul menempelak para munafiqin yang cuba membodohkan Rasul dengan alasan mereka. Implikasi apabila tidak berkata benar itu sentiasa ada.

12. Pendirian kepimpinan terhadap kesalahan besar

Pengajaran melalui hukuman walaupun yang melakukan kesalahan itu berkata benar. Ka’ab tetap menerima hukumannya walaupun berkata benar dan beliau tidak memberontak kerana itu.

13. Berhati-hati memberi nasihat

Berhati-hati dengan pengaruh emosi dan sentimen ketika memberi nasihat. Dalam kisah ini, kaum Ka’ab iaitu Bani Salamiah menasihati Ka’ab agar turut memberi alasan untuk melepaskan diri sekalipun mereka berniat ikhlas dan merupakan sebahagian daripada pasukan jihad islam yang pulang dari Tabuk. Mereka menasihati Ka’ab supaya memberikan alasan dan membaiki kesilapan itu pada masa hadapan. Nyata nasihat mereka dipengaruhi sentimen ‘menjaga kaum kerabat’ walaupun niat mereka baik. Tidak semua nasihat baik terutamanya yang bersifat emosional. Dan kalau cuba memberi nasihat, berilah dengan pertimbangan rasional dan adil.

14. Pertimbangan emosi dalam menerima hukuman

Hendaklah cuba sedayanya untuk menerima hukuman dan ujian Allah dengan redha dan jauhi pengaruh emosi yang berlebihan kerana selalunya pertimbangan kita cenderung untuk salah ketika dikuasai perasaan. Dan jangan terlalu tenggelam melayan perasaan sedih dalam tempoh itu. Ka’ab contoh keteguhan peribadi ketika menjalani hukuman walaupun cubaannya begitu berat seperti tidak dijawab salamnya oleh para mukminin termasuk sahabat paling rapat dengannya. Pemulauan mutlak oleh Nabi saw dan para sahabat.

15. Konspirasi musuh Islam sentiasa berjalan

Ka’ab menerima surat jemputan khas dari Raja Ghassan (kerajaan kafir yang kuat di semenanjung arab) untuk menyertai mereka dan dijanjikan pelbagai habuan. Pihak musuh Islam cuba memecahkan saf muslimin dengan menghasut mereka yang dalam keadaan tersepit seperti Ka’ab supaya membelot. Mereka yang lemah iman atau gopoh sudah tentu mudah terpengaruh, contohnya seperti sesetengah golongan di Palestin kini yang terpedaya dengan habuan segera untuk bekerjasama dengan penjajah. Ka’ab sebaliknya memandang pelawaan itu sebagai ujian yang istimewa dari Allah khas untuknya.

16. Iltizam sepenuhnya walaupun dalam menjalani hukuman

Walaupun dalam tempoh hukuman, Ka’b tidak mengeluh atau cuba untuk berunding meringankan hukumannya. Sebaliknya, beliau cuba untuk memastikan beliau mematuhi perintah hukuman dengan sepenuhnya. Contohnya, apabila diberitahu beliau perlu diasingkan daripada isterinya bermula malam ke-40, Ka’ab bertanya sama ada arahan itu memerlukannya menceraikan isteri atau hanya diasingkan (akan diceraikan jika perlu). Isterinya menawarkan diri untuk datang sesekali menguruskan makan pakainya dalam tempoh pengasingan itu tetapi disuruh oleh Ka’ab supaya jauhkan diri sehingga perintah mengatakan sebaliknya.

17. Kesabaran seorang daei sehingga Allah menyelamatkannya

Kesabaran itu pasak kepada peribadi seorang muslim. Berkat kesabaran Ka’ab, Allah menerima taubatnya setelah tamat malam ke-50 dan itulah peristiwa paling manis dalam hidupnya menurut Ka’ab.

18. Ukhuwwah yang agung

Ukhuwwahlah yg menjamin perpaduan sesama mukmin dan menghindarkan keretakan saf barisan orang-orang yang beriman. Para sahabat yang lain berkongsi kegusaran dalam menunggu tamatnya hukuman ke atas Ka’ab dan nyata apabila diangkat hukuman itu seluruh sahabat bergembira dan berebut-rebut menemui Ka’ab untuk memberitahunya. Ka’ab tidak lupa kepada sahabatnya Talhah yg berkejaran menemuinya lalu memeluknya dan mengumumkan berita itu dengan gembira. Rasul turut gembira dengan penerimaan taubat Ka’ab, ‘Bergembiralah dgn hari yang paling baik pernah kau lalui’.

19. Pengorbanan dan peningkatan diri bukti taubat diterima

Ka’ab melepaskan hartanya setelah taubatnya diterima, sebagai berkorban untuk kesilapannya. Rasul memintanya simpan sebahagian untuk keluargnya. Keteguhan Ka’ab ketika diboikot juga membuktikan peningkatan dirinya dan ini adalah hasil taubat yang diterima.

20. Tiada perkataan ‘cukup’ dalam dakwah

Jangan berasa selesa/ cukup setelah selesai sesuatu misi/objektif. Ka’ab tidak berasa cukup dengan taubatnya walau diterima lalu sentiasa sedekahkan hartanya dengan niat menebus kesilapannya.

21. Enam peringkat keimanan muslim

Terbahagi kepada 3 peringkat mukmin dan 3 lagi peringkat munafiq.

3 peringkat mukmin:

i. taat sepenuhnya

ii. golongan yang mungkin goyah pada sesetengah keadaan/situasi tetapi diteguhkan kembali pendiriannya.

iii. tidak menyertai jihad bukan kerana lemah dari segi iman tetapi kerana ada penghalang.

3 peringkat munafiq:

i. nifaq yang berlembut tetapi tetap tidak jujur, sering beralasan untuk berlepas diri.

ii. nifaq yang berlebihan dan berani mengumumkannya. Juga berani membangkang arahan.

iii. nifaq yang berkonspirasi untuk menjatuhkan Islam - contohnya perjumpaan munafiqin di rumah Suwailim (seorang yahudi) merancang tindakan yang boleh melemahkan semangat muslim ketika kempen. Rasul mendapat tahu tentang hal ini lalu baginda mengarahkan rumah itu dibakar.



Sumber: www.dakwah.info

p/s: Kaab dihukum kerana ngelat dari jihad...kita-kita ni dh berapa kali lari dari dakwah dan jihad???...TARBIAH PERLU tapi MEREKA KELU...
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Thursday, October 22, 2009

--------

2 pesanan

Di sebuah kelas, seorang guru bertanya pelajar-pelajar di hadapannya. "Siapa nk try teka, benda apa di dunia ini yang paling baik pada manusia?"

Semua pelajar memerah otak.Ada yang meliar matanya melihat di setiap penjuru lecture hall yang luas itu, seolah mencari sesuatu. Ada yang bisik-bisik dengan rakan semeja.Dan ada yang tetap diam. "Air, cikgu!" jawab seorang budak gempal dengan suara serak basah dari arah belakang.

"Betul!" ucap cikgu Adam menyambut jawapan tadi. "Air memang menyediakan kehidupan. Tapi, tidakkah kamu perhatikan, air cuma menjadi tumpuan manusia-manusia di sekitar aliran sungai je. Manusialah yang harus pergi kepada air. Bukan sebaliknya!"Katanya memancing fikiran setiap yang mendengar. Beberapa saat, suasana kelas hening.

"Cahaya,cikgu!" ucap Hasnah yang tinggi lampai. "Kenapa cahaya?". "Karena cahaya emmbantu kita melihat.Bayangkan jika tanpa cahaya. Dunia akan gelap!" ringkas tapi bernas.

"Kamu pun betul juga!!". "Tapi..cuba kamu renung sejenak,ketika saat kita mahu tidur atau berehat,kita tak perlu dan tak mahu cahaya kan? . Ada masa kita perlu. Ada masa tidak," ungkap cikgu Adam menerangi kekaburan tadi semakin membuat suasana kelas lebih serius.

"Bagaimana ?Ada sesiapa lagi mahu tampil?" cikgu Adam memecah keheningan kelas yang mulai agak lama. Tapi, yang ditunggu tak juga muncul.Semua Pelajar mula bingung. Tiba-tiba,seorang pelajar bingkas bangun "Udara,cikgu!".Yakin sekali nada Amirul.

"Ya,saya lebih setuju dengan Amirul!", "Kenapa,cikgu!?" Tanya pelajar-pelajar dalam dewan kuliah 3C hampir serentak.

"Bagi saya" ucap cikgu Adam sambil memerhatikan setiap wajah pelajarnya. "Udara memberi kebaikan dengan kehadirannya dalam hidup manusia tanpa perlu kita pergi kepadanya atau mencarinya. Bukan sebaliknya. Tanpa mempamerkan ‘diri’ dalam bentuk zahir, udara seperti bersusah payah menyelinap di lubang sekecil jarum sekali pun, demi memenuhi keperluan manusia.Udara juga yang selalu menemani manusia dimana pun kamu berada.Udara juga mampu menjadi saksi atas apa yang kamu lakukan." jelas cikgu Adam penuh meyakinkan.Setiap kepala mengangguk setuju.

Dalam lalui kehidupan, selalu ada golongan yang melakukan kebaikan. Mereka memberi tanpa meminta balasan.Mereka berlumba untuk menjadi yang paling bermanfaat. Berusaha memberi dengan yang terbaik.

Namun, tidak semua yang baik adalah yang terbaik. Bercermin pada tiga makhluk Allah seperti air, cahaya, dan udara mungkin akan menambah nilai kebaikan bahawa, ‘produk’ kebaikan harus mengejar, bukan dikejar. Dan yang menarik, ia selalu bersama dengan yang memerlukan, walaupun orang tak menyedari kehadirannya.Imbuhan dan hasil dari kebaikan hanya diharapkan dari ALLAH (sebaik-baik pemberi balasan).Semakin diberi kebaikan,semakin kaya nilai akhirat seseorang manusia.Sentiasa kita berkira-kira untuk melakukan kebaikan.Masa,duit,tenaga sering menjadi persoalan.Padahal semua tersebut dibazirkan dalam penat lelah yang tidak bermanfaat hatta di dunia.Senang sekali kita berdepa tangan menerima kebaikan dari orang lain.Hanya menunggu disuap tetapi tidak terfikir untuk menyuap,yang mungkin dengan upaya suapan itu dapat menagih sedikit rahmat ALLAH untuk bekal akhirat nanti.

Kalau setiap manusia mampu memahami kesan dan peranan udara, kita pasti tak akan berpuas hati melakukan kebaikan jika setakat cuma air atau cahaya.Tidak cepat berbangga dgn gah sebuah pesta..Kadang kala sesuatu yang hebat terlalu banyak compang camping cacat cela...malu untuk menyata...gah hanya di mata tapi kesatuannya hancur musnah tak berdaya...poyo semata...habis segalanya yang sementara...tiada kesinambungan..hanya memori yang tertinggal di sana...

yang berpenat lelah..kamu hebat!!..biar tak nampak dek mata...tapi mantap usaha!...benar hanya keranaNYA...AMANAH juga kamu jaga!!KAMULAH sahabat setia UDARA!!

p/s:bila bekerja bersama..kita tahu siapa yang benar-benar bersama!!..anak pakcik Zainaldin...huhu..am a bit scared to be alone when you left...waaaa!..just one think you always said..."insyaALLAH"..and i hold it tight till now n forever..INSYAALLAH!


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Monday, August 31, 2009

jendela taqwa

2 pesanan
Assalamualaikum..

Penulis sgt suka berjalan sambil ziarah rakan2,kakak2,adik2...di mana pun ceruk mereka tersembunyi..pasti dicari...

Alhamdulillah...syukur hanya pada ALLAH yang padanya tiada sezarah pun kecacatan..
Rezeki dari kudrat Yang Maha Kaya,penulis diizinkan bermusafir ke mangalore,india yang jaraknya lebih kurang 2 jam(menaiki bas) atau sejam(menaiki teksi)..
Penulis bersama adik(Ainun) berangkat ke Mangalore dalam terik panas tengahari.
Perjalanan pada hari itu kurang lancar..hiruk pikuk manusia dan memakan masa yang lebih untuk tiba ke destinasi..namun tetap alhamdulillah..kami tiba lebih kurang jam 2 ptg..

Hmm...perancangan penulis sedikit kurang teratur...hotel menjadi tempat merehatkan badan yang keletihan..hotel murah...itu sahaja yang termampu oleh penulis dan adik...
tambang teksi lagi..namun tetap...alhamdulillah...

Perjalanan ini byk agendanya..
adik yang bersama2 penulis sebenarnya akan pulang ke tanahair selepas hampir setahun berhempas pulas berusaha di medan ilmu...mengutip mutiara2 ALLAH yang bertebaran...namun ingat adik!perjalanan kamu masih jauh!..tahniah!namun igt!!!-->tetap ALHAMDULILLAH...

perjalanan ini benar2 penulis serahkan pada ALLAH agar dipandu hala tujunya..
alhamdulillah..rezeki di mana2..dalam keletihan bermusafir,penulis dan adik dijemput ntuk ifthar bersama2 oleh teman adik yang juga bekas junior penulis sewaktu di kolej dahulu...
jazakumullah khair kastheera elly dan tasya...moga ALLAH menggantikannya dengan hidangan di syurga dan hilang rasa lapar ketika di akhirat nanti..amin ya Rabb..
namun tetap yg pasti alhamdulillah..

keesokannya seusai menghantar adik di Bajpe International Airport Mangalore,penulis menyusul bersama teman2 adik dan 'bermukim' di rumah mereka..hebatnya persaudaraan..
padahal penulis sudah pun lama kenal dengan adik2 di mangalore namun mesra mereka melayan penulis sebagai tetamu amat sekali menyenangkan musafir kali ini..
Malamnya penulis menyertai mereka berjemaah isya' dan tarawih...berganti-ganti rumah..
terharunya!!tiap2 kali bertemu mereka seolah disambut seperti tetamu yang baru tiba..mesra mereka tak pudar sedikit pun..yang belum mesra terus mesra..yang belum pernah disapa terus senang bergelak ketawa bersama...
bila jumpa,pasti dijemput ke rumah..berebut-rebut menjemput penulis bermalam di rumah..
Terima kasih An,sediakan juadah berbuka dan sahur yang sgt menyelerakan walaupun penat menghadiri kuliah..
Kaiyisah yang tidak putus2 minta untuk bermalam di rumahnya..rezeki Sah(panggilan utk Kaiyisah),penulis sempat bermalam di rumahnya..berjemaah tarawih bersama dan sedikit tazkirah bersahaja dikongsikan..apa yang termampu cuma...buat bekal diri juga..
..ah!apa2 aja...pasti tetap Alhamdulillah..

Dalam kesempatan itu juga..penulis sempat menghadiri usrah kak Dila yang penulis kenal sejak di Tingkatan 2 lagi..panjang sungguh jodoh dengan kak Dila!!
ha!..di sinilah bermula menjenguk-jenguk jendela taqwa..
Tajuk usrah tersebut adalah taqwa..kaitannya dengan puasa..
kata kak dila..
ALLAH berfirman dalan Al Quran
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”(Surah Al-Baqarah: 183)

....sekejap saja usrahnya namun isi nya yang membicarakan hal TAQWA membuatkan penulis terus merenung...

sebelum pulang..(alhamdulillah penulis tiba petang tadi)..penulis memanggil adik2..
kami liqa' di rumah Nora dan Ayu..maaf ya Nora,saat2 akhir baru dapat penuhi jemputan dik nora..namun kamu bertuah..kita bersama melangkah memasulki rumahmu dengan hiasan taman syurga(majlis ilmu) yang diberkatiNya dan Malaikat2 meraikannya bersama..

ringkas saja liqa' ini..
penulis bertanya kepada diri dan adik2,apa itu taqwa?
apa kefahaman kita pada taqwa?
taqwa ni rasanya(feel) macammana ek??

An menjawab-->takut..
penulis-->macammana nk takut?nak rasa takut?..taqwa ni kita definisi ringkas dengan kita buat apa ALLAH suruh,tinggalkan apa ALLAH larang...
pernah tak kita rasa sgt2 takut pada ALLAH melebihi rasa takut yang pernah kita alami pada makhluk ALLAH..
contoh mcm hari tu akak terdengar An berbual..maaf ye An..hmm...An ckp takutnye bila cikgu pathology soal2..takut kena panggil..dah la tak baca habis....
erm..kita takut sangat pada makhluk..tapi pernah tak kita rasa macam tu kepada ALLAH sedangkan ALLAH tu MAHA SEGALANYA dan tiada kecacatan pun padaNYA..
Ermmmm..mungkin pernah berlaku dikalangan kita..kena kejar anjing or tengok anjing yang macam garang..terus rasa takut..padahal anjing tu belum buat apa pun pada kita..
takut kita pada ALLAH seharusnya lebih2 lagi..sehinggakan takut itu menghindarkan kita dari dosa maksiat dan menjurus kita melaksanakan perintah..inilah Taqwa...

ALLAH sedikan pada kita syurga dan neraka..untuk kita buat perbandingan..
teringat pada lirik nasyid nadamurni..

'Bila jiwa lemah..
ingatlah ALLAH..
Bayangkan nerakaNya..
Jiwakan subur semula.."

Bulan ramadhan ini banyak menunjukkan kehebatan ALLAH secara mudah..hanya yang berfikir mampu merasainya..
hebatnya ALLAH yang mampu membelenggu syaitan..memberikan maghfirah,menutup pintu syurga,menyediakan malam yang penuh barakah malah menyembunyikannya dan segala2 keistimewaan dalam bulan ini adalah kehebatan ALLAH..

"Allah membantu mengalah musuh kita..
bertambah jiwa subur setiap masa..'

andai kita tidak mendidik diri untuk benar2 merasai taqwa..alangkah rugiNya...padahal terbentang luas di dalamnya penunjuk arah kpd taqwa..

"bila nur melimpah di hati...
manusia itu bangun...
dari alam kegelapan..
ibarat mata yang berseri..."

apalah guna tarawih andai sekadar rutin tanpa ada penghayatan..padahal di dalamnya banyak didikan..
'fastaqim kama umirta'-tetaplah kamu sepertimana yang diperintahkan

bulan ramadhan ini kita bukan sekadar diperintahkan untuk berlapar dan dahaga..
berpuasalah wahai segala pancaindera dari maksiat..
berpuasalah juga wahai hati dari prasangka2 yang tidak menambah iman..

dan istiqamahlah...istiqamahlah..istiqamahlah...sebagaimana yang diperintahkan...

"ittaqillaha haithsuma kunta..wa atbi'ssaiyiatal hasanata tamhuha..wakholoqinnaasa bi khuluqin hasanin"
~bertaqwalah kamu kepada ALLAH di mana pun kamu berada..iringilah kesalahanmu dengan berbuat baik,pasti kebaikan itu menghapuskannya..Dan berakhlaqlah(pergaulilah) dengan manusia dengan akhlak terpuji~
(Hadis Riwayat Tirmidzi,martabat Hadis:Hasan Sahih)

Tadaruslah..namun jangan lupa tadabbur...
benarlah sepertimana yang Rasulullah sebut..di akhir zaman,ramai qara'(yg pandai membaca quran) tapi sgt sedikit fuqaha'(yang faqih)..
kerana itu kita lemah..kita ramai tapi kita lemah..
segala pengajaran dalam isi al quran kita tak ambil kisah..kita baca..kita berusrah..tapi tetap akhlak tidak melambangkan apa yang kita practice..
kita masih membuang masa..gossip tak kira siapa...kebersihan tak dijaga..amanah terbengkalai tak apa...
haih...sampai bila??

dalam perjalanan pulang..penulis duduk tepat di belakang pemandu bas...
dalam 30 minit,lebih kurang 10 kali pemandu bas meludah keluar...tu belum campur dia buang sampah..
hmm..
ini lah manusia..
apatah lagi andai seorang muslim..
kita lemah...ramai bak buih2..
kerana kita tak ambil peduli isi mukjizat nabi ini..
Al Quran hanya sebagai bacaan rutin(mujur juga)..ada juga yang tak ambil kisah...
isinya terbiar tak siapa kutip..
patutlah..kita lihat orang islam..kita lihat rasuah..
kita lihat pemimpin islam..kita nampak pecah amanah..
kita lihat diri kita..???senaraikanlah akhlaq kita yang menyalahi perintah dalam Al Quran..pasti banyak bersepah2?...
jika benar begitu..sudahkah kita jenguk jendela taqwa??

seperti seorang yang melaksanakan tugas atas perintah Si Tuan empunya, dengan cctv terpasang mengawasi tiap gerak lakunya..
oooohh...pastinya si pekerja sgt berhati2...teliti melaksanaknnya..kerana tahu.."aku sedang dilihat dan dinilai"...namun ada saja kecacatan cctv..andai tiba2 putus bekalan elektrik atau Si Pengawas tadi tertidur keletihan..pasti ada kesempatan si pekerja 'tuang' dalam tugasnya..
Namun ALLAH MAHA melihat,mendengar,mengetahui..tak lemah barang sedikit pun..tak leka,lena dan alpa..

"KAMU SEDANG DIAWASI!!!!!"..awas!!!...jenguk2 jendela taqwa..
moga jadi hamba yang muttaqin dan dredhaiNYA...

JOM SAMA-SAMA kita makan cili..SAMA-SAMA kita rasa pedas...SAMA-SAMA kita bertindak..
entry kali ini 'menembak' penulis sendiri..
moga pembaca juga merasainya...

p/s:sangat merindui mak,ayah adik2 dan saudara mara di kelantan...salam sayang untuk semua..doakan perjalanan musafir naufa ke mesir 1sept ni..
Adik..moga bertemu lagi..igt...tadarus..tadabbur!!

"Usahlah engkau selindungkan bayangmu..
renungi asal kejadian dirimu..
berjalan tunduk bukan erti kau kalah..
tebarkanlah serata jiwa..

Usahlah engkau persalahkan kakimu..
andainya rebah di bumimu sendiri..
mungkinkah ada kesilapan semalam..
lafazkanlah sejujur hati..

ketulusan insan sejati..
mencerminkan budi pekerti..
kesungguhan memikat maghfirh..
kebenaran diri yang suci..

hanya jiwa tulus mengerti.
kemanisan nawaitu hati..
ketenangan dalam mencari..
keredhaan dariMU Tuhanku.."


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, August 23, 2009

muhasabah diri..tergur,ikhlas dan hikmah...

2 pesanan

kisah ni pengajaran dari perbualan adik beradik (my siblings)..dicantumkan oleh naheed(my younger sister-a year younger) dlm blognya sbg analogi dakwah..moga bermanfaat..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ingin mengajak kita bersama muhasabah diri. Petang ini, petang Ramadhan yang pertama. Aku bersama akhawati berkumpul di dapur sambil membantu Mak menyiapkan juadah berbuka. Sedang memotong ayam aku ditegur oleh Ruqayya, adik perempuanku berusia 13 tahun.

"Bukan macam tu la Kak Naheed, salah, salah."

Aku mendongak memandangnya yang setia berdiri di sisi, "kamu pernah potong ayam?"

Dia tersenyum, menggeleng, "tak pernah".

Kak Cik mengomel kecil, "Qayya, kamu ni kalau nak tegur pun jangan la ikut suka aje. Fikirlah perasaan orang lain. Lagi satu, kamu tu muda lagi."

Qayya menunduk sambil membalas, "Qayya tegur je".

Ruqayya, atau lebih manja dipanggil Qayya seorang gadis genit yang lebih matang dari umurnya. Tutur katanya kadang mampu membuat aku mengimbas diri, amalannya sehari-hari yang sering membuatkan aku kagum dan insaf. Hatinya penuh dengan keikhlasan. Dirinya sentiasa inginkan yang terbaik buat ahli keluarganya. Solatnya sentiasa semampu boleh dilakukan di awal waktu. Hatta pada satu ketika, sedang dia membersih meja selepas makan, tika mendengar azan zohor berkumandang, terus dia berhenti. Katanya, "Qayya nak solat, ni boleh sambung nanti."

MasyaAllah, SubhanAllah. Ruqayya. Aku bangga punya seorang adik perempuan seperti dia. Malah dialah juga yang sering mengingatkan adik-adik dan kakak-kakaknya ketika mereka leka dan terlupa. Kerana itu dia mudah menutur teguran yang dirasakan ikhlas.

"Qayya, betul kata Kak Cik. Qayya memang bagus. Kakak suka. Qayya nak tegur untuk kebaikan kan?" Soalku.

Qayya mengangguk. Kelihatan matanya bergenang.

"Kakak tahu niat Qayya nak tegur tu baik. Tapi kan Qayya, bila kita tegur, kita harap orang ikut kan? Kita harap dia terima kan teguran kita?" "Bukan melenting marah lepas tu tak buat, ye tak?"

Aku cuba membawa dia mengenal makna hikmah. Ruqayyah mengangguk lagi. Kali ini air mata sudah membasahi pipi. Aku terkesan. Tak terniat untuk menyentuh hatinya hingga mengalirkan air mata.

"Takpe Qayya... Apa yang Qayya nak buat tu betul. Cuma cara pun kena betul.."

Aku cuba memujuk. Qayya mengalihkan mukanya. Mungkin hendak menyorokkan mukanya yang basah dengan air mata.

"Hmmm. Menangis dah dia. Dah, dah." Kak Cik pun ikut memujuk.

Antara teguran dan perasaan, antara tanggungjawab dan ukhuwwah, antara umur dan kewajipan. Ruqayya telah memilih untuk memberi teguran, melaksanakan tanggungjawab, memikul kewajipan. Tapi sering disalah erti. Bukan Qayya sahaja yang menghadapi situasi ini. Aku percaya ramai lagi insan-insan di luar sana yang bergelar da'ie terpaksa bergulat dengan dua keutamaan, yang mana lebih utama.

Apa yang telah Qayya lakukan bertepatan dengan dua ayat terakhir surah Al 'Asr:

"Dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran. Dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran"

Benar, dalam memberi teguran dan nasihat perlu ada hikmah agar ukhuwwah yang terbina tidak musnah. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
Memberi teguran juga perlukan ketegasan bilamana teguran yang lembut tidak lagi memberi kesan malah dipersendakan, lebih-lebih lagi sesuatu yang berkaitan dengan 'ibadah dan 'aqidah. Sememmangnya keperluan untuk bersikap tegas dalam teguran itu sangat tinggi.

‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
Tapi, dalam memberi teguran atau nasihat, kita seharusnya berfikir dan merenung; "Apakah yang bakal aku lakukan mampu mebawa kabaikan?" Andai mendatangkan kebaikan, bolehlah niat diteruskan. Rasulullah s.a.w bersabda,

"Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan".
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan bodoh seperti disedbutkan dalam hadith ini. Semoga teguran yang diberikan dan diterima mambawa kesan positif dalam diri, tidak menjadikan kita semakin jauh daripada saudara yang memberi teguran.

Pemberi nasihat juga perlu mengetahui bahawa dalam menghulurkan nasihat dan teguran, punya tingkatan-tingkatan yang berbeza berdasarkan tahap ilmu dan pengetahuan yang berbeza. Peringkat umur bukan lagi persoalan bilamana telah difahami cara-cara dan kesan-kesan memberi teguran dan nasihat.

Tidaklah sempurna keimanan seseorang di antara kalian hingga ia mencintai kebaikan bagi saudaranya sebagaimana ia mencintai kebaikan itu bagi dirinya sendiri.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Hadith di atas mengakhiri perkongsian kali ini. Marilah kita sama muhasabah diri kita yang penuh kelemahan. Dengan kemuliaan Ramadhan, marilah kita sama-sama mencari Hidayah dan MaghfirahNya semoga kita sentiasa dalam Rahmat dan MardhiahNya.

Allahu ta'ala 'a'lam.

Sisipan terakhir... 'Kasih Sayang'

Marilah kita jalinkan
Kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang
Tambah gersang di hati ini

Kita siram kembali
Dengan air iman yang suci
Dengan menabur budi
Kepada semua manusia

Bila hati gembur dan subur semula
Benih mahmudah akan tumbuh kembali
Dia kan berdaun subur dan berbuah
Memberi manfaat semula
Kepada penghuni taman yang resah

Jangan kita biarkan hati ini
Gersang dari kasih sayang
Manusia akan terumbang ambing
Hidup di dunia ini
Pangkat dan kekayaan tiada erti
Bila kasih sayang tak dimiliki

Berkasih sayang perintah Allah
Di antara sifat Allah
Kasih kepada hambaNya
Allah sangat sayang
Kepada hamba yang berkasih sayang
Jalinkanlah kasih sayang untuk keredhaanNya

Hati sudah lama menderita
Kekosongan kasih sayang
Tanamkan semula jangan biarkan
Jangan biarkan berlama-lama
Sudah lama manusia hidup
Dalam derita lagi sengsara
Ayuh kita suburkan semula
Kasihkan sesama sama manusia


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Saturday, August 22, 2009

hok tahu belako doh..tinggal nok turut ko toksey..(yg dh tahu semua..tinggal nk ikut atau tak)

0 pesanan
Assalamualaikum dear all muslims..

may this benefit us...it's not too late..IF we realise it early!!

Bismillahirrahmanirrahim

Fasting in Ramadan is not merely physically restraining from the obvious food
and drink, but the total commitment of the servant's body and soul to the letter
and spirit of fasting.

1) The fast of the self, means to be free from all carnal desires.
2) The fast of mind is avoiding thoughts about things other than Allah (SWT).
3) The fast of the hand is not touching/taking what does not belong to it.
4) The fast of the nose means not sniffing or smelling unlawful things.
5) The fast of the feet is not going places where sinful acts are propagated.

6) The fast of the eye is to prevent it from seeing forbidden things.
Allah (SWT) says in Al-Qur’an, “Tell the believing men to lower their
gaze and be mindful of their chastity; this will be most conducive to
their purity. And tell the believing women to lower their gaze and be
mindful of their chastity, and not display their charms (in public) beyond
what may (decently) be apparent thereof, hence let them draw their
head-covering over their bosoms”. (Al-Qur’an 24:30-31)

7) The fast of the tongue is guarding against lying, backbiting, slandering,
reviling, abusing others, cursing, indecent conversation, swearing and false
evidence. The Prophet (pbuh) said: “A Muslim is he from whose tongue and
hands other Muslims are safe”.
The Prophet (pbuh) said, “"Whoever does not give up forged speech
and evil actions, Allah is not in need of his leaving his food and drink
(i.e. Allah will not accept his fasting.)"
(Sahih Bukhari, Volume 3, Book 31, Number 127)

8) The fast of the ears is not to listen to idle talk, gossip, lyrics and notes that
contain obscene and indecent things. Listening to Al-Qur’an bears the fruit of
faith, guidance, light and prosperity. It fills the heart with wisdom, tranquillity,
intimacy and contentment. It is a source of protection from the dangerous,
deviant and sinful thoughts.

9) The fast of the heart means casting out from it the love of worldly things
and by emptying it of all corrupt material such as, false beliefs, evil
suggestions, filthy intentions and degenerate thoughts.

The Prophet (pbuh) said: “There is a piece of flesh in the body if it
becomes good (reformed) the whole body becomes good but if it gets
spoilt the whole body gets spoilt and that is the heart.”
(Sahih Bukhari, Volume 1, Book 2, Number 49)

The believer’s heart abstains from pride and egotism as these traits breaks its
fast. Egotism is when the individual sees himself as perfect and better than
others. The cure for this self-importance is to look at one’s faults and shortcomings,
thousands of sins and misdeeds that one has committed, wrongs that
one has done and forgotten, but knowledge of which are with Allah (SWT).
Allah (SWT) says in Al-Qur’an, “do they, perchance, envy other people for
what God has granted them out of his bounty?” (Al-Qur’an 4:54)
The heart of the believer fasts and abstains from envy as envy lowers
righteous deeds and stops its progress toward Allah (SWT).

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, August 16, 2009

An email from a friend....Analogi puasa...

2 pesanan
assalamualaikum wbt.

saya nak share dari forum rindu menanti ramadhan oleh 3 ahli panel dari audotorium kejuruteraan upm malam tadi- point ini dari ustaz badlishah..

Puasa umpama permainan bola sepak... tournament la katakan..

puasa ada tiga fasa iaitu permulaan adalah rahmat , pertengahan adalah keampunan dan pengakhiran adalah hindar dari api neraka..

permainan bola sepak iaitu ada saringan kelayakan- semua orang boleh main dan ada banyak kumpulan pemain bola sepak..xder yang terkecuali. begitu juga solat tarawih dan baca quran pada permulaan adalah sangat ramai hingga tiang masjid seakan nak runtuh menunjukkan betapa ramainya manusia yang bersemangat pada permulaan puasa

seterusnya semi final- hanya yang layak yang terpilih ke semi final.. dan pemain semakin menunjukkan bakat dan meningkatkan latihan untuk maju ke hadapan...begitu juga saf solat tarawih di malam hari makin kurang safnya dan menuju ke depan line saf nya..

dan akhirnya grand final- hanya yang betul2 berkelayakan terpilih.. biasanya 2 kumpulan sahaja.. begitu juga solat tarawih .. di malam2 akhir..manusia makin berkurang..mungkin hanya imam dan bilal sahaja yang tinggal..

ke manakah yang lain di malam2 akhir ramadhan??..cuba lihat manakah manusia yang lebih ramai di bus station or di masjid? di mydin or masjid? di kamdar or di masjid?...itulah realiti umat sekarang..

bila perlawanan yang ending nya yang penting bukan permulaan... contoh berlari..maintain cool ..akhrinya sampai ..dari pecut pastuh pancit dan xboleh lari... begitu juga solat tarawih... maintain istiqamah agar solat tarawih atau ibadah lain dipertingkatkan hingga tamatnya ramadhan...bulan len xder..maka rebutlah peluang sebaiknya di bulan yang mulia ini...

Moga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya..dan jadilah puasa ini puasa yng sebenarnya bukan puasa orang awam yang hanya sekadar lapar dan dahaga...al-quran di perbanyakkan dan peliharalah anggota dari perkara yang sia2..

dan..sahabat2 ku yg dikasihi ..mungkin ini adalah ramadhan terakhir buat kita..kite xpasti date line nyawa kite diambil balik oleh Tuan Punya diri ini...

salam kasih sayang

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Tuesday, August 11, 2009

SwineFlu..4 cases..2 test positive in Manipal..

0 pesanan
MANIPAL: Two more fresh swine flu patients were quarantined in Manipal on Monday. Two persons were quarantined on Sunday, taking the total number
of cases to four in this university town.

All the four have been admitted to the isolated wards at KMC, Manipal. Of the two positive cases confirmed on Sunday, one is an MIT third year engineering student, Subrmanaiam (21). He returned to Manipal, a fortnight ago, from London after a study
tour. The other is Tarun (23), a worker in food court from Kamakshipalaya in Bangalore. The other two suspected cases are also students from MIT.

Udupi DC Prasanna Kumar, district health officer (DHO) M R Naik and district surveillance officer (DSO) Dr Rohini confirmed the status of all these four cases at the press conference called by the top brasses of Manipal University and district officers on Monday.

Officials said adequate measures have been taken for treatment of the confirmed cases and also for testing arrangements at the Virology Lab at Manipal University. Quarantine wards with 10 beds each at Udupi District Hospital, Karkala and Kundapura taluk hospitals have benn set up.

For advanced treatment, if warranted, the patients will be transferred to Kasturba Hospital.

The hospital is well stocked with enough Tamiflu tablets and also masks and over 100 testing kits. Since Manipal University is a nationally authorized virology lab in the country as per the communique from the Union health ministry there is no necessity to have the tests done at NIV, Pune, officials said.

Prof H S Ballal, pro-chancellor and Raghuraman, medical superintendent, assured the public that there is no need to panic as the situation is under control and adequate measures have been taken to curb the pandemic.
Clinic open from 9 am to 6 pm

They said the special clinic will function from 9 am to 6 pm on all days at Annapoorna Mess at 9th Block MIT Campus. A special team will attend to the suspected cases. The faculty, students
and staff members of the university can avail this facility any number of times, even if they show symptoms of common cold.

For the public of Manipal, the OPD department has started a special clinic for suspected cases. Ballal said the virology lab has the facility to test10 throat swabs at a time and more facilities will be added if the situation warrants.

Ballal said because of the presence of large number of students here, including foreigners, the university has made special arrangements to screen all the suspects and also the public.

source : http://timesofindia.indiatimes.com/news/city/mangalore/2-test-positive-in-Manipal-/articleshow/4878772.cms

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Wednesday, July 22, 2009

Israk Mi'raj..pengulangan kisah atau pengajaran sejarah??

0 pesanan
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);


Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Antaranya :


§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.


§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.


§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
.

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.


iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat,

Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

dipetik dari :http://ustaznazmi.blogspot.com/

masihkah bermimpi sedang musuh tak pernah sepi???

Misi utama kita bukanlah menjadikan kaum Muslimin beralih agama menjadi orang Kristian atau Yahudi, tapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam…Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja keras, suka berfoya-foya,senang dengan segala kemaksiatan,memburu kenikmatan hidup,& orientasi hidupnya semata untuk memuaskan hawa nafsunya...”

(Pidato Samuel Zwemmer, tokoh Yahudi, dalam Konferensi Missi Zionis di Yerusalem, 1935)


~naufa azhari nur al huda~

manipal-india

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_
 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template