"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Friday, July 10, 2009

I've to get ready...till when????

0 pesanan
video
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, June 28, 2009

ya 'ibadullah...DIA mencintaimu..

4 pesanan
Bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah...ALLAH menyempatkan diri saya melabuhkan tinta di sini..
terlalu lama dibiarkan...

bicara soal hidup...
pasti banyak dugaan...
jatuh...diri ini jatuh..emosi..fizikal...mental....
hmmm...harap rohaniku masih utuh...
YA ALLAH yg memiliki hati..tetapkan hatiku dan tetapkan hati mereka2 yang bersamaku dijalanMU...hanya dijalanMU..

"ya 'ibadullah...DIA mencintaimu.."
kata yang ringkas...namun itulah bisikan hati dalam diri..
motivasi yang tidak perlu dicari...
pernah ada...tapi diriku pelupa...
DIA mencintaiku...
kerana itu diri ini diduga...
banyak..
hebat...
bukan semua yg mampu diceritakan..
result exam yg jatuh merudum....
hairan...tidak setitis air mata luruh..
hanya kesal bertandang...namun cepat diri beristighfar...
andai ini ujian...ia hanya sementara...
andai masa ini dihabiskan utk rasa kesal dan kecewa...
habis lah untuk akan datang...
cepat2 bangkit...
sungguh!!!sgt teruk...merudum...teruk...jatuh teruk...
jatuh...bangkitlah kembali!!

DIA mencintaiku...
diuji dgn fizikal yang lemah...
makhluknya yg kecil..sgt sgt sgt kecil...
tak mampu dilihat dgn mata kasar..telah menceroboh diriku dgn jaya dan bangga!
ah!
lemah..
sekali lagi...diriku hanya 'ibad!
abdiku hanya untukNYA..
DIA mengingatkanku tentang kekuasanNya..
diriku tewas!
suhu mencecah 39 degree celcius..
badan menggigil..
dua hari sudah begini...
virus...virus...

terlepas muktamar...
hanya kerana virus...terlepas sesuatu yg besar..kerana ciptaanMU yg kecil!!

alhamdulillah..mereka menyayangiku...mereka yg tetap bersamaku..
malahan,yg tidak pernah dikenali turut mari memberi kasih..
terubat emosiku..
terharu...
terima kasih untuk kalian..osmet yg dikasihi...sahabat2...adik2 batch 23 n 24..

muk(izzah),thnks for this reminder...

"dan janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya JIKA KAMU ORANG YANG BERIMAN"
<>
adik dear,thnks a lot for ur care n love..
kak long and adik2 yg AMAT dirindui..mohon doa kalian..jgn alirkan air mata..simpanlah dan luruhkannya tika pertemuan nnti....

ya Rabb..mudahkanlah urusan mereka yg telah memudahkan urusanku...
PASTI!!!..'ibad ini tidak pernah keseorangan..
ya 'IBADULLAH,DIA MENCINTAImu(kerdilnya diriku...)..

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, June 14, 2009

menjelang muktamar...

3 pesanan
corentan hati...sungguh sedang hiba..sayu mengenangkan amanah yang bakal digalas...

Hati ini milikNYa..

hidayah milikNya..

kenapa tidak meminta dariNYa..

kerana kamu manusia...

LUPA dan LEKA..

peluang luas terbuka..

berbuatlah semahunya...sesukanya..

bertaubatlah semula..

tapi ingat...

expired date kita hampir tiba..

bila sampai ke kerongkongan..

tidak mungkin berpaling semula..

kamu ,aku dan dia...

kita semua sama..

yang membezakan hanya ketaatan kepadaNya..

mahu hidup mulia mati sengsara..

atau sebaliknya??

keduanya mahu yang baik pastinya..

tapi sudahkan usaha?

yang hidup pasti musnah semuanya..

itu termaktub sudah dalam kalam yg Esa..

wa likulli ummatin ajal..

sudahkah bersedia???

aku masih sedia tega dalam jalanNya..

andai runtun hati hiba..

aku masih punya DIA..

diriku akan kembali bertemu dgn Nya..

sungguh syahid yang kudamba..

YA ALLAH,terimalah uzlah ini bersama mereka..

naufa azhari,MMMC,India


cerita di bawah ini diambil dari arkib Utusan Malaysia..

sekadar perkongsian..

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

"Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.

zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

"Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

"Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

"Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

"Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

"Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

"Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

"Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

"Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

"Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah," kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

"Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

"Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, May 31, 2009

"macam kita makan kuih"--saje2...haih...

7 pesanan
Assalamualaikum...

huhu..saje2 je entry kali ni..
nak release urat yang berselirat nih...
alhamdulillah..getting better demam yg baru kemuncak semalam..
demam mcm2 sebab..

haih..lega juga rasa lepas berforum...
mana tak nye...first time!!!..huhu...nk ukur diri ni dgn pembaris meter,sure la pembaris tu kurang tinggi...erk!!!apa daa merepek nih!!(sorry..tgh mode demam)..
sebenarnya nak cakap...malu sgt2...diri ni tak layak untuk jadi org rujukan..apa lagi ahli panel...lately ni banyak lalai...ralit pun banyak..cuma masa banyak habis kt meeting...meeeting MSA..apa taknya...dh jadi Head of Welfare..kena la jaga tepi kain org!!..hehe..tepi kain 'tempe'(nama manja utk locals indian)pn nak ke jaga..alahai...berseloroh je..charity work sebenarnya...

erm...nak share dgn pembaca..semalam kena jadi panel forum.."min aina ila aina"...huhu..tak puas hati dgn encik pengerusi..ade ke patut kasi masa sikit je!!..haih..panjang lebar nk ckp nih...tak smpi isi lagi dh kena stop...baru start enjin..panas pun tak..tu yang 'koho' demey tuh!(makin teruk demam)...
menarik forum semalam..tahniah kepada ahli2 panel dan encik Amin yg sgt bersemangat..cuma saya je hilang fokus...mana taknya..'sok sek'(saya selesema,cikgu!!) sepanjang berforum..malu pun ada..maaf buat para pendengar..terima kasih la dtg ek..tadah telinga dgr kami berceloteh..moga2..ada la input yang korang bawa balik..tau tau!!!...

pengurusan cinta...haih..topik ni sebenarnya tak cukup nk dibincang kan dlm forum..dah tu satu round je..plus hanya diberi masa 10 minit je...tak cukuppppppp!!...tak pasai kena lable panel tak berdisiplin...huhu...memang tak cukup...tajuk ni patutnya buat untuk ceramah..harap2 ada la can ek tajuk ni dibawa dlm ceramah...kena ada ceramah khas untuk topik 'pengurusan cinta' nih...tapi bukan la saya yg bagi ceramah..cari la org yg lebih 'afdhal'...hehehe..siapa la saya ni...diri ni ntah di mana...'ila aina'-->ke mana??...hmm...tajuk ni pun saya kena sampaikan masa round pertama forum semalam..
tajuk ni menusuj jiwa sendiri..'aku nak ke mana pas nih?????'...haih..nk syarah dlm forum tp diri sendiri baru nk jawab persoalan ni...tak kena..tak kena..kan kan??
korang yang dtg forum smlm dpt ke input tu?dah la Encik Amin kasi 2 minit je!!..serius tak cukup...panjang lg sebenarnya input..nak bagi kita sama2 zuuuuuqqqqqqqqqqqqqq dlm hati..if boleh sampai nangis...sampai semua yg hadir takleh tdo malam pikirkan yg persoalan nih..'ke mana kome sume nak pegi pas nih????!!!'

jazakumullah khair kepada semua yang hadir...thnks so much!...

ya ALLAH,kami ini belum layak untuk mencium syurgaMu..apa lagi melangkah masuk..menikmati dan mendiami ..untuk satu tempoh yang kekal...
tapi ya RAB..kami tak mampu untuk berada dalam 'oven'Mu...walau seketika atau masa yang kurang daripada itu...
Ya ALLAH..amat lemah tautan kami kpdMu...kami lebih byk bergantung pd makhluq berbandingMu..padahal apa yg ada pada makhluq adalah pemberianMu...
ya 'Alim..engkau lebih mengetahui perlakuan kami..tapi kami lebih malu kepada makhluq berbandingMu...malah ada antara kami yang tidak langsung terdetik sifat malu tika melakukan maksiat...
ya 'Azhim...Engkau terlalu agung..namun kami lebih taksub lagi cenderung mengagungkan manusia..malah ramai antara kami mengagungkan bukan dikalangan kami yakni kafirun yang Engkau cela..
ya ALLAH..terlalu jauh kami menyimpang namun masih Engkau curahkan nikmatMu..sgt luas pemberianMu dan pengampunanMu..namun makin leka pula kami dengan kehidupan yang tidak menjamin kami untuk kesudahan yang lebih baik...kami terlalu panjang angan2 sehinggakan ada antara kami tidak lagi menitik beratkan solat...kami leka..kami hina..tapi kami masih lagi tidak menyedari ya ALLAH...kami berkumpul kononnya untuk melamar redhaMu..namun hakikatnya kami masih seperti buih..perkumpulan kami juga seperti buih...kami mengingatiMu dalam waktu yang sgt singkat kemudian kami melupakanMu...arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!....
apa lah nasib kami ya ALLAH?????
tolonglah kami...tolonglah sahabat2 kami...
kurniakan kami hidayah..dan kurniakan juga mereka hidayah...
tolong selamatkan kami ya ALLAH...dan selamatkan mereka juga!!!
please ya ALLAH...please...
kami takut...kami buih2 yang semakin dibawa arus...kuat sungguh arus itu!!!!!
hanyut...hanyuttt...arghhh....kami..mereka..dia...hanyuttt....!!!
tolong kami ya Rasulullah..Kau imam kami...
Ya ALLAH...biarlah kami meraung tika ini menagih pertolonganMu untuk kembali kpdMu...
jangan nanti kami meraung dalam aib,hina dan siksa mengharapkan ampunanMu..namun ketika itu tiada yang dpt menyelamatkan kami..
ya ALLAH...
syurga itu benar...
NERAKA itu benar!!
AZAB MU itu BENAR!!!!
AKHIRAT itu BENAR!!!!!!!
FIRMAN MU BENAR!!!!
'Azifatil azifah' itu BENAR!!!!!-->(kiamat itu sudah dekat)
kami memahami firmanMU....tapi kami dlm 'lena' mendustakannya...
kami tahu kami wajib solat....tapi kami melewatkannya..malah ada antara kami tidak menunaikannya...itu juga mendustakan bukan????dalam diam kami mendustakan ayatMU..
arghhhhhhhhhhhhhhhhhh...sakitnyaaaaaaaaaaaa.....tolong ya ALLAH...jangan azab kami!!...tunjukkan kami jalanMU...kami mahu ta'at...kami mahu ta'at..kami mahu taaaaaaaaa'aaaaaaaaaaaaattttttt!!!

kami tahu kami harus menghormati ikhtilat(pegaulan lelaki dan perempuan) yang Engkau benarkan...tapi kami membantah firmanMU....kerana kami tertalu asyik dengan keasyikan cinta..cinta kami disulam nafsu...kami mendustakan kata2MU ini.."la taqrabuzzina"-->jangan kamu mengahmpiri zina...ya ALLAH..betapa ramainya dikalangan kami yang sudah mempertikaikan ayat ini...pesanan ini...tidakkah itu namanya mendustakan???
kami mendustakan ayatMU???

arghhhhhhhhhh....kenapa kami begini??
kenapa kami tidak lagi Taqwa kepada MU...mengapa hati kami ini seperti besi yang karat???
mana iman kami???mana?mana???
kenapa kami tidak lagi malu kepadaMu?
kenapa kami ingkar???
padahal kami tidak memiliki apa2 pun di dunia ini...tidak satupun yang kami miliki...tidak suatupun....takde...serius...kami miskin malah lebih teruk dari si miskin...
kami hidup dgn 'biaya' dariMU...jika tidak..pasti dah lama kami masuk dalam tanah...digigit ulat...membusuk...eeee..gelinya!!!jijiknya!!!...
tapi Engkau membiarkan kami hidup dalam kemuliaan..tapi kami memilih jln kehinaan....
mengapa kami begini!!!!....

konon melamar redhamu..."kita bercinta kerana ALLAH"
arghhhhhhhh..palsu...kami tidak mendahulukanMu dlm setiap tindakan...
kami penipu!!!
kami khianati janji kami!!
bodoh!
cis!
mana ketenangan yang dulu???!
pesanMU terkesan sekelumit masa sahaja...
erm.."macam kita makan kuih"...terasa sedap...tapi sekejap..telan..kenyang...hadam...BUANGGG???
betulkah aku begitu??
(menggigil)..takut...terganggu gugat urusanku...
benarkah begitu????


tak puas lagi...nak mengadu lagi...byk lagi kecacatan kami...
kami mabuk...kami sakit...
Engkau bagi kami prescription dlm kitabMu..
tp kami abaikan~...

inilah kami...
hambaMU...
terimalah kami kembali...

YA ALLAH...pertemukanlah kami kembali dlm keadaan ketika itu Engkau redha akan kami...

innal muhibba lima yuhibbu muthi'........adakah diriku yang serba kurang ini akan bersamaMU???cukupkah cintaku padaMU untuk 'terizin' disampinganMU???....T_T

P/S:nurani..ana rindu enti..ana rindu saat peroses tarbiyah bersama...ana rindu enti..tapi hakikat kita pasti berpisah...dulu 6 bulan..pastinya selepas ini makin panjang....

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Saturday, May 23, 2009

diri dan kecenderungan..hmmmm...prt 3

0 pesanan
sambungan dari entry sebelumnya....

kemudian,ALLAH tampakkan pula pada kita pada kecenderungan kedua...
untuk menyedarkan kita betapa mudah kita ini untuk menjadi :

2. Ingkar dan tidak berterima kasih(tidak bersyukur)..
berdasarkan firman ALLAH dlm surah al 'adiyat:6

Truly Man is, to his Lord, ungrateful; (6) And to that (fact) he bears witness (by his deeds); (7) And violent is he in his love of wealth. (8)

sesungguhnya manusia itu sangat ingkar tidak berterima kasih kepada Tuhannya, (6) dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan [sendiri] keingkarannya, (7) dan sesungguhnya dia sangat bakhil karena cintanya kepada harta. (8)


seterusnya...yang sering kita lalui tanpa sedari...yang selalu diperlakui tanpa henti....
kita ini sering dan cenderung dgn sifat yang disebut sebagai..
3. Keluh kesah dan kikir

pengakuan ALLAH tentang sifat ini dalam makhluk ciptaanNya bernama 'manusia' dinukilkan dalam ayat berikut..
al ma'arij : 19-23

Truly man was created, very impatient― (19) Fretful when evil touches him; (20) And niggardly when good reaches him― (21) Not so those devoted to Prayer― (22) Those who remain steadfast to their prayer; (23)

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). (19) Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. (20) Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut. (21) Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. (22) Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. (23)

demikianlah fitrah sifat manusia..tercipta dalam keadaan lemah dan ada kelemahan2 tersembunyi...sesungguhnya terciptanya kelemahan2 ini adalah untuk menguji siapa diantara kita yang baik amalnya...yang kenal diri...lalu cuba untuk mengenali tuhannya...lantas berusaha untuk mentaati dan menyandarkan segala amal dan taat kpd ALLAH..

renunglah firman ini..

He Who created Death and Life, that He may try which of you is best in deed: and He is the Exalted in Might, Oft-Forgiving― (2)

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (2)

al mulk:2


sudahkah anda kenal diri anda?
sudahkah saya mengenal diri saya??

adakah kita semua sudah mengenali tuhan kita??

adakah sudah terjawab atau kita masih dalam proses mengenali.....

sahabat2 yang dikasihi...

manusia tetaplah manusia..
memiliki aqal,qalbu dan nafsu...
kita bukanlah malaikat..makhluqNya yang taat selamanya kerana imannya tetap tidak bertambah apa lagi berkurang...
dan tidak sekali kali kita adalah syaitan yang selalu mencari teman khianat untuk menemaninya di hari kiamat nanti...

KITA ADALAH ahsanu taqwim(sebaik-baik ciptaan ALLAH)...mampu lebih mulia dari malaikat dengan meningkatkan keupayaan taqwa dan berlaku taat..
namun kita juga boleh tergelincir lebih jauh dari syaitan apabila jalan futhur dan fujur(kefasikan) yang kita pilih...

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu [jalan] kefasikan dan ketakwaannya, (8) -as shams

di hadapan kita ada bermacam pilihan...gunakanlah aqal dan qalbu untuk kenal tuhan...didiklah nafsu agar cenderung pada keimanan dan ketaatan...

moga ALLAH kurniakan kita hidayah dan taufiq(jalan ikhtiyar pada kebenaran) dalam kembara kehidupan duni yag tersisa ini...

salam sayang buat antunna...

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, May 17, 2009

diri dan kecenderungan...hmmmm....(part 2)

0 pesanan
ayuh terus kenal diri...

sepertimana diceritakan dalam entry sebelum ini...
manusia tercipta dari unsur yang hina...turab(tanah)...
kemudian dimuliakan dengan Ruh..
semalam saya berkesempatan menghadiri 2 sesi autopsi(post mortem)..
satu kes kemalangan ketika turun bas...mayat menghadapi bilateral cereberal hemorrhage(pendarahan dlm kedua2 belah otak)..menjadikan lebih parah adalah subdural and sub arachnoid hemorrhage...kemudian setelah kajian pada abdominal cavity dan thorax,findings shows that he have abdominal hemorrahge,cardiac congestion,lungs congestion,adrenal hemorrhage...
dan banyak lagi sehingga badan tidak mampu menampung all the injury...
lelaki tersebut jatuh dari bas ketika hendak turun(sudah sampai ke destinasi)...jatuh dan terus dlm keadaan unconcious(tak sedar)...hanya mampu bertahan sehari sebelum menghembus nafas yang terakhir..
tak dapat dibayangkan pendarahan yang berlaku..akibat pendarahan dalam otak yang terlalu serius,otak beliau mengahadapi sub frontal necrosis(tisu otak tidak berfungsi dan mati)...sungguh cepat proses manusia kembali kpd 'TANAH'!!!

baiklah..saya continue perbincangan..
setelah manusia dimuliakan dengan ruh...kita telah diberi kemampuan untuk memilih dalam menjalankan tugas2 di dunia sebagai ar-ria'yah(pengelola bumi),khalifah(memakmurkan bumi),I'marah(memimpin bumi dan segala isinya)..
choice to choose ini disebut sebagai kafa'atul ikhtiyar (diberi dua jalan)
sepertimana yang difirmankan ALLAH dalam ayat berikut..bermaksud..

And shown him the two ways (good and evil)? (10)

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? (10)

surah Al Balad : 10


dan dan dalam firman seterusnya..

And by Nafs (Adam or a person or a soul), and Him Who perfected him in proportion; (7) Then He showed him what is wrong for him and what is right for him; (8) Indeed he succeeds who purifies his ownself (i.e. obeys and performs all that Allâh ordered, by following the true Faith of Islâmic Monotheism and by doing righteous good deeds). (9) And indeed he fails who corrupts his ownself (i.e. disobeys what Allâh has ordered by rejecting the true Faith of Islâmic Monotheism or by following polytheism or by doing every kind of evil wicked deeds) (10)

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (tazkiyatun nafs), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (mengotorkan jiwa dengan maksiat). (10)

surah As Syams : 7-10


iaitu secara ringkasnya...dua jalan ini adalah JALAN TAQWA yang membawa kepada tertunainya amanah dan JALAN FASIK yang menjerumuskan diri kepada sifat khianat kepada diri sendiri dan kepada amanah yang diberi...
kemudian dijelaskan pula akan bahagian mereka yang beruntung yakni mereka yang menyucikan jiwa...serta rugilah bagi mereka yang mengotori jiwanya...
astaghfirullahal azhim...

sejauh mana telahku koreksi diri..periksa jiwa...membersih hati??
astaghfirullah..
diri terdiam sebentar..
terlalu banyak kelalaian yang dialalui dengan lewa...tidak disusuli dengan pembersihan hati(tazkiyatun nafs)...
melalui hari2 dengan sia2...
Allahurabbi..masihkan belum diri ini mengenal diri...apa lagi mengenal dzatMu ya Rabb...
kerdil diriku..
hina martabatku..
adakah masih mahu di takuk ini...

baiklah..ayuh kita susuli dengan kecenderungan2 yang diceritakan ALLAH tentang penciptaanNya yang paling besar ini..
sepertimana pembuat kereta mengetahui kelemahan kereta yang dicipta...dengan menyediakan manual**sila rujuk post ini**...begitu juga ALLAH mengetahui kelemahan kita...malah kenalnya ALLAH terhadap manusia lebih daripada manusia itu sendiri mengenali dirinya..sepertimana tersebut dalam firmanNya-->"innallahaya'lamu wa antum la ta'lamun"(sesungguhnya ALLAH mengetahui sedang kamu tidak tahu) dan "Innallaha 'alimun khabir"(sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHI lagi MAHA MENGENAL)..

mungkin kerana ini saidina Ali menukilkan kata-kata ini...
"BARANGSIAPA MENGENALI DIRINYA MAKA DIA TELAH MENGENALI TUHANNYA"-->Saidina Ali Karamallahuwajhah

Kecenderungan dan peringatan ALLAH tentang sifat manusia...ayuh renung bersama...ini bukan kata mainan..ini adalah kata dari TUHAN..


1.Manusia cenderung dengan sifat Zalim dan Bodoh..sepertimana yang ALLAH pesan dalam firmanNya:

We did indeed offer the Trust to the Heavens and the Earth and the Mountains: but they refused to undertake , it being afraid thereof: but man undertook it― he was indeed unjust and foolish (72)

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat [1] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, (72)

Al-Ahzab : 72

to be continue..'asif...ada perkara perlu saya lunaskan ketika ini...sampai disini sahaja masa yang mampu saya luangkan kali ini...akan disusuli..insyaALLAH..

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Thursday, May 14, 2009

diri dan kecenderungan...hmmm

1 pesanan
"BARANGSIAPA MENGENALI DIRINYA MAKA DIA TELAH MENGENALI TUHANNYA"-->Saidina Ali Karamallahuwajhah

Pernahkah kita merenung siapa diri kita?
menjawab persolan 'man ana?' dgn kefahaman dari hati yang luhur disulam rasa pengabdian yg menyeluruh kpd ALLAH..


terjawabkah sudah persoalan...dari mana kita? dan ke mana tujuan kita?...serta untuk apa kehidupan ini?

pastikah setiap persoalan ini bermain2 dlm ingatan kita dalam SISA-SISA hari yg berlalu..
atau adakah hari-hari itu berlalu dengan SIA-SIA??


adakah terasa aneh bila cuba merungkai persoalan ini?-->"Who actually am I??"
terasa diri hilang akal sebentar...
dlm medical term,pathologically it may due to something abnormal or lesion that may occured inside the brain..
Physiologically,we can conclude that as 'hilang ingatan' @ GILA..


hmmm....


Saidina Ali r.a adalah antara sahabat terhampir nabi kita...malah beliau juga merupakan sepupu dan merangkap menantu baginda...sgt akrab pertalian mereka..dari sehampir hubungan darah sehinggalah silaturrahim...
Beliau juga memiliki tingkatan ilmu yg sgt tinggi sehingga mendapat pengiktirafan nabi dan juga ummat manusia sehingga ke hari ini..

jadi...mengapa sehebat-hebat insan berilmu seperti saidina Ali r.a mengeluarkan persoalan sedemikian...
Masih belum cukupkah seseorang manusia mengenali dirnya?
masih tidak cukupkah dengan kalimah tauhid untuk mengatakan kita sudah mengenal ALLAH??
apakah kesinambungan mengenali diri dengan mengenali tuhan?

Yuk KENALI DIRI...ayuh bincangkan..habiskan pembacaan anda...merungkai persoalan ini..

Kenali diri kita di sisi ALLAH dalam menunaikan hakNya..

ALLAH telah memberi kita petunjuk untuk mengenal diri dari ayat kauniyah daripada pemerhatian terhadap alam semesta dan juga ayat qauliyah daripada Quran..

Dalam ayat qauliyah...ALLAH telah menyebut manusia dalam 3 istilah

1.Al - Insan

~memberitahu perihal jatidiri manusia..siapa manusia?apa yang dizahirkan tentang makhluq yang bernama manusia


maka,telah ALLAH sebutkan dalam surah Al-Hujurat,ayat 13

"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan . Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13)

O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things).(13)



2.An-Naas

Menyebut tentang peranan manusia dalam misi mengesakan ALLAH secara bersendirian mahupun secara jama'i serta menyatakan hakikat manusia secara hak(total) dalam hal ibadah(pengabdian) kpd ALLAH..

sepertimana yang difirmankan dalam surah An Naas

"Say: I seek refuge with the Lord and Cherisher of Mankind, (1) The King (or Ruler) of Mankind― (2) The Allah (or Judge) of Mankind― (3) From the mischief of the Whisperer (of Evil), who withdraws (after his whisper)― (4) (The same) who whispers into the hearts of Mankind― (5) Among Jinns and among Men. (6) "


3.Al-Basyariyah

Menceritakan perihal kejadian dan asal usul manusia dari tanah yang kemudiannya dibentuk menjadi sekujur jasad dengan proses2 yang kompleks jauh dari pemikiran manusia..
Seperti yang ALLAH nukilkan dalam surah Al-Hijr,ayat 28-29

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. (28) Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (29)

"Behold! Thy Lord said to the angels: "I am about to create man, from sounding clay from mud moulded into shape; (28) "When I have fashioned him (in due proportion) and breathed into him of My spirit, fall ye down in obeisance unto him." (29)"

kemudian disebutkan bahawa telah ALLAH tiupkan ruh ke dalam jasad tersebut dalam menyempurnakan kejadian kita..

pernahkan terfikir...sedang kita tercipta dari tanah..serendah-rendah kedudukan...seburuk-buruk keadaan asal...
yang mana tanah bisanya kita pijak...dan di tanah juga terdampar pelbagai jenis kekotoran..
pernahkah kita mengambil tanah untuk dilumurkan pada badan sebagai tanda kemuliaan???
pasti TIDAK bukan?

begitulah hakikat kejadian asal usul kita..
dari unsur turab(tanah) yang menyebabkan manusia bisa tergelincir ke lembah kehinaan..
kemudian ALLAH telah muliakan kita apabila ditiupkan ruhNYa ...maka hiduplah kita sebagai manusia dgn jasad yang 'hidup'

as medical student..kami telah didedahkan dengan pelbagai jenis cadaver(mayat) sbg pendedahan dan juga dalam proses pembelajaran..
hampir setiap hari bau yang tidak enak menusuk hidung kerana mayat2 ini telah mula reput..tidak bergerak..dan berlaku proses decomposition yang menyebabkan bau2 yang kurang enak terbebas...

apatah lagi jika menghadiri autopsy..melihat pelbagai mayat..datang dalam keadaan yang juga pelbagai...reput...terbakar...busuk...berulat dan pelbagai lagi..
inilah kita...inilah manusia....tercipta dalam keadaan HINA...namun ALLAH Maha Pengasih memuliakan kita dgn ruhNya..

to be continue...insyaALLAH..

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Monday, May 11, 2009

ALLAHuGhayatuna...

0 pesanan

Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata(Lauh Mahfuz). -Al-An'am 6:59.


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Thursday, May 7, 2009

isi,mengisi dan terisi....

1 pesanan
Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..hr ni masih bernyawa...
bukan mudah utk merasa nikmat bangun di pagi hari dlm keadaan masih mampu bernafas dengan normal..apalagi menyedari masih hidup dan berpeluang memperbaiki diri...

kehidupan saya semakin sibuk dengan muamalah..ini belum lagi jadi pegawai perubatan..apa lagi cita2 sebagai seorang pakar..

alhamdulillah,walau sibuk..masih terisi dengan usrah-usrah..
seronok,gembira...tenang bila bersama adik2 usrah..bermuzakarah dalam kasih sayang anugerah ALLAH...

tempoh hari saya ditanya oleh adik usrah yang bakal mempin usrah..

"kak naufa,macammana nak bagi pengisian?nak cari sumber kat mana?"

jawab saya senang...
dalam usrah,tidak semetinya naqib/naqibah yang beri pengisian...
'isi' adalah ilmu...harusnya ilmu yang sahih..
usah fikir isi yang rumit dan susah..akhirnya belum tentu sedap dan mudah dihadam..

berilah atau kongsilah isi yang anda sendiri sudah terkesan atau sudah memberi kesan dalam hidup anda mencari redha ALLAH...
tak perlu ada assignment pada diri sendiri...macam PBL (problem based learning) yang kita perlu cari learning objective dan sebagainya untuk present pada lecturer....

berilah sesuatu dari hati kita sendiri..
yang kita fahami..
bukan yang kita cari untuk memberi tapi kita sendiri belum terkesan dengan pengisian tersebut..

isi yang sudah terkesan dgn jiwa kita lebih mudah disampaikan..lebih zuqqq pada hati..dan insyaALLAH isi yg disampaikan dari hati akan sampai pada hati...

berilah yang mudah..usah disusah-susahkan..menyusahkan diri..merumitakan adik2..

biar isinya sedikit,tetapi kesannya....teksturnya...rasanya...lekat dalam hati hingga ke akhirnya...

kadang saya sendiri tertanya...
kenapa perlu bila ada usrah baru mahu cari pengisian?
bukankah firman ALLAH,.."dengan mengingati ALLAH,hati akan tenang"?...
mengapa 'kepala' usrah masih belum memahami...tapi sudah mahu memberi...
mencari yang belum difahami semata utk sebuah pengisian yang entah ke mana...cari serba-serbi tapi hati sendiri belum terisi...

sekadar perkongsian...
dari hati..ke hati...
salam sayang untuk semua...

"batu yang keras...air yang jernih..
dua kejadian amat berbeza...
tiada siapa dapat menyangka...
air yang mengalir nun di kali..
berupaya melembutkan batu...
KESANNYA MENJADI ILHAMKU..."


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, April 26, 2009

Hati jangan dibiar mati..

0 pesanan
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah...

lebih seminggu saya biarkan blog ni berhabuk dan hampir bersawang..

pokok yang kering layu harus di'hidupkan' kembali dengan siraman air,baja dan cahaya..
untuk terus mekar dan subur,harus sentiasa dibelai dengan teliti...teliti...teliti...siraman air,baja,cahaya yang teliti dengan kuantiti yang seimbang...

begitu juga hati manusia..malah ketelitian harus lebih lagi..

hati dalam bahasa arab dipanggil qalbu...
'direct' translation hati(liver) tidak menepati maksud qalbu..
hati@liver=>kibdun@kibdatun.
jantung@heart=>qalbu..

qalbu disebutkan dlm riwayat hadis dgn 2 definisi:

1.qalbu dlm bentuk organ(jisim)

Abu Nu`aym menceritakan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di dalam jasad ada sebongkah daging; jika ia baik maka baiklah jasad seluruhnya, jika ia rosak maka rosaklah jasad seluruhnya; bongkahan daging itu adalah QALBU”.

~bongkahan daging yg dimaksudkan adalah jantung..organ mana yg biasanya menjadi 'indicator' penentu berakhirnya kehidupan seseorang manusia...
teringat seketikan ilmu yg di cedok dari kelas forensik.."thanatology"->study of death,antara kriteria untuk menetukan kematian sesorang itu adalah bila berakhirnya heart beat...

2.Qalbu ruhani, yaitu hati nurani..atau disebut hati ruh..
sepertimana yang digambarkan dalam hadith berikut:

“Sesungguhnya orang beriman itu, sekiranya berdosa, akan terbentuk tompok hitam di qalbunya”. (HR Ibnu Majah)


daripada hadis tersebut,sekiranya kita mengambil maksud secara direct atau secara fizikal,adakah bermaksud jantung org2 jahat itu bertompokan hitam?hati2 pembohong,pencuri,org yang zalim,rasuah,penzina itu dapat dilihat dgn melihat jantung mereka berwarna hitam???

Qalbu yang dimaksud dalam hadith itu adalah qalbu ruhani. Ruh (jiwa) memiliki 'inti', itulah qalbu...andai sesuatu itu bernilai dengan inti,begitu juga ruh kita....hidupnya ruh kita dengan inti qalbu ini..ruh menikmati hidup dengan inti qalbu...dan inti ini perlu dijaga kualitinya..tompokan hitam harus dibersihkan dengan zikrullah...-->mengingati ALLAH dengan aplikasi melalui anggota,penghayatan dan pergantungan hanya padaNya..bukan lidah semata..

Qalbu orang yang berdosa akan dihiasi tompokan hitam.Ungkapan ‘menghitam’ di sini adalah ungkapan perumpamaan (majazi)@metafora bukan ungkapan hakiki(haq).
Jadi,tidak bermakna tompokan hitam itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar,kita mengandaikan tidak berdosa dan berasa senang untuk melakukan maksiat..

ingatlah akan 'wasiat-wasiat ini'..

inna akramakum `indallahi atqakum
[The most honorable of you in Allah's sight are the most Godwary] (49:13)

Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuh kalian dan tidak pula rupa kalian, tetapi Allah melihat qalbu kalian. (HR Muslim)

Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat disempurnakan balasan kalian. Barang siapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia telah berjaya. Dan tidaklah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang mempedayakan.

[Ali 'Imran, 3: 185].


sekadar perkongsian...

Mata Hati..
munsyid: Hijjaz

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Thursday, April 16, 2009

buat kalian..

0 pesanan
Bismillahirrahmanirrahim..

salam hangat buat semua...
kaifalaluk??
moga semua tetap sejahtera rohani,nurani dan jasmani...

dah lama tiada coretan...
terlalu sibuk dgn urusan-urusan...dunia mahupun agama..
diri ini terasa terlalu kerdil dengan setiap langkah yang diambil..
belum layak menjadi rujukan..namun sebaiknya akan membantu sekiranya diperlukan..
asif kepada rakan2 dan adik2 yang mohon sesuatu tetapi belum dapat ditunaikan...
hati terasa berat bukan kerana pertolongan yang diminta tetapi akan apa yang akan disampaikan kelak akan ditanya oleh ALLAH...
moga ALLAH permudahkan urusan kalian dan urusan saya dunia dan akhirat...

hati ini sayu dengan apa yang berlaku di sekeliling...
sesuatu yang dahulunya cantik,kini pudar warnanya..
andai saya analogikan maruah seorang muslimah itu umpama pelangi yang cantik...kelihatan hanya ketika sesudah gerimis...dan kemunculannya menggembirakan setiap hati yang melihat...

namun kini mungkin tidak lagi...
warna pelangi semakin pudar kerana sentiasa sang diri mempamirkan kecantikannya...
hati2 yang dahulunya melonjak kini semakin lali...kemeriahan dgn kemunculan pelangi tidak lagi diraikan dan dirasai...

begitulah situasi yg berlaku..
maaf rakan2 dan adik2 yang dikasihi...
kalian ada pilihan yg baik tetapi telah memilih untuk jadi demikian rupa..
kalian menggadaikan maruah tanpa sedar demi mempamirkan kecantikan..
kalian mengabaikan anugerah Ilahi demi berkasih kasihan tanpa ikatan yang direstuiNya..
kalian umpama bintang..tapi kalian memilih untuk menjadi 'sisa' bintang yang jatuh ke bumi..cantiknya hanya ketika bercahaya tatkala bergeser dgn atmosfera...namun kemudian anda kecundang dan terperuk hodoh di dataran lapang...rosak dam merosakkan...

adik-adik,diri ini sgt menyayangi kalian..biarpun kasih sayang tidak dipamirkan secara terus..namun melihat keadaan kalian buatkan hati ini sebak dan hiba...
sebak yang terlalu lama..
entah bila hati ini akan redup kembali...
kasihlah diri kalian terlebih dahulu sebelum berkasih kasihan...
hindarilah fitnah yang menunggu dgn bukaan untuk menerkam..
kalian harus kuat...
keindahan kalian adalah keindahan Islam..

masih terngiang pesan ayah...
"bawalah diri sepertimana kita bawa agama..ingatlah apa yang kita lakukan memberi impak pada agama..imej agama dipikul bersama-sama dgn akhlaq yang dibawa...jadilah uswah dan qudwah..jangan sampai perlakuan kita memburukkan Islam kerana keingkaran kita menuruti apa yang telah ditetapkan...biarlah apa yang buruk pada diri hanya kerana kelemahan diri..bukan kelemahan agama..hindarilah fitnah semampu diri..."

ingatlah pesan rasulullah wahai bidadari2 yang kusayangi....

"min husni islamil mar' i tarkuhu maa la ya'nih"
~tanda kebaikan keislaman seseorang itu adalah apabila dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya~
(hadis hasan)


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Saturday, March 28, 2009

mabit yang indah...

3 pesanan
Bismillahirrahmanirraheem

alhamdulillah,saya masih mampu mencoretkan tinta kerdil..

asif kpd sahabat2...
sudah seminggu saya kembali ke bumi manipal setelah bercuti selama sebulan..
alhamdulillah...
once again,i've been admitted to Kasturba Hospital due to persistent stomach pain..alhamdulillah,am getting much better now..jazakumullah khair to all yg mendoakan dan supportive..hanya ALLAH yang mampu membalas..
terlalu banyak tugasan yang menanti..namun terasa terlalu sedikit masa yang ada untuk melunaskan..

last nite saya mabit(bermalam) di rumah adik2 usrah..sblm pergi,badan start panas n i suffered from dyspnea(difficulty in breathing) starting asar smpi maghrib..
janji dgn adik2 usrah akan isya berjemaah bersama..
hampir2 saya membatalkan saat2 akhir namun semangat mereka mengentalkan niat saya..
akhirnya pertemuan diizinkanNya dgn cukup harmoni dan mahabbah..tiap2 mereka bawa makanan masing2..
kami mulakan pertemuan dengan solat isya berjemaah dan disusuli muzakarah..
bahagianya berada dalam majlis ilmu..
senyuman dan riak wajah mereka menyejukkan hati..penat dan sakit yang terasa tenggelam sedikit demi sedikit..
(^_^)

beginilah kehidupan seorang hamba kerdil...

masih terasa lebih banyak ruang masa yg diisi dgn kelalaian..

kemudian perbincangan kami berterusan dgn tafsir quran dan hadis...
seronok terasa belajar hadis...adik2 semua menunjukkan minat yang mendalam..
rupanya jiwa2 kontang sentiasa menagih utk diisi..jiwa2 ini mahu terasa manis belajar hadis..
penghujung halaqah mlm itu,saya minta mereka hafal sebuah hadis yang mudah dan ringkas..
tidak ada seorang pun terasa berat malah berlumba2 utk hafal..

"la yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu linafsih"
-tidak beriman(sempurna iman) sesorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri-

dlm tempoh kurang 10 minit,mereka sudah mampu melafazkan matan walaupun sedikit terhenti henti..

dan kami bertekad akan teruskan untuk hafal hadis2 lain..insyaALLAH...

adik2,betapa gembiranya hati ini bila melihat setiap dari kalian berupaya menghafal dan menyelami maksud hadis tersebut...

betapa besarnya nilai muhasabah kita semua dalam persaudaraan bila hadis ini menjadi sandaran..pesan rasulullah menjadi tujuan...

pagi esoknya disusuli qiamullail..walau ada di antara kami yg tak terjaga,namun subuh tetap tepat dlm waktunya...

andai apa yang berlaku semalaman yg lalu menjadi rutin kita semua,alangkah redupnya hati terasa...sentiasa diingatkan dan mengingatkan..

moga masih ada lagi masa untuk kita semua bersama2 dlm taman ilmu..

ahli2 rumah yang tersayang,terima kasih atas kesanggupan kalian melayan keinginan diri yg kerdil ini utk berjemaah bersama...
terasa malu tatkala memimpin solat jemaah..sungguh malu..sungguh..sungguh malu..
ALLAH Maha Mengetahui betapa terasa diri ini sgt2 kerdil..sgt hina dgn kelemahan diri dan dosa2..
bukan sengaja terkadang diri mengelat untuk memimpin solat..
bantulah diri saya untuk dekat denganNya..
pimpinlah juga diri ini...
untuk memimpin dan dipimpin...

P/S:adik,thnks so much for ur time solat jemaah with me..and allow me to remind myself for anything that i've miss..sayang adik!...hubban lillah..



..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Wednesday, March 18, 2009

kosong...mampukah diisi..mengisi...terisi?

1 pesanan

snap dari dlm pesawat..on d way to bandung


Assalamualaikum warahmatullah..

salam hangat buat semua..

ptg tadi saya tertidur dlm bacaan buku ESQ bekalan dari kak dila dari Bandung..

"mak teh,angkat telepon...mak teh,cepat angkat telepon!!"

kedengaran bertubi2...

terasa malas...

terpampang di skrin..

'phone call from 019-73_ _ _ _ _ '

no yang tak dikenali..

sekali lagi kedengaran..ringing tone suara Aqil.."mak teh,angkat telepon...mak teh,cepat angkat telepon!!"

masih kubiarkan..sengaja dibiarkan..badan letih..layu..

akhirnya saya terima servis pesanan ringkas (SMS)..

"salam,naufa..Sara nak tanya something..perlu cakap dengan naufa..tadi Sara kol tapi tak berjawab..insyaALLAH lepas isya' Sara kol lg"

lantas hati ini terkedu..."astaghfirullah..erm..apa aku dah buat ni..ini da'wah fardhiah yang sedang aku jalani..mad'u itu sgt memerlukan..dan aku masih bisa melayan tidur dan lelah??"

lantas SMS td saya jawab dgn ringkas..minta return kol dilakukan segera kerana malam itu juga saya perlu ziarah ke rumah makcik di sungai buluh..takut tak sempat 'melayan' perbualan dgn Sara.

'message delivered'

seusai lebih kurang 5 minit,handphone kembali bising..

Rupanya sepeninggalan saya jaulah ke Bandung,Sara cuba memandu dirinya sendiri untuk mendekati Islam..dia mencari sendiri artikel2 di internet dan sebagainya..
adunya,jiwanya kosong..kosong setelah terisi dgn ketenangan solat dan pengenalan tentang Islam..
katanya..dirinya terasa kosong..hanya terisi sementara..kemudian perasaan tersebut tergantung..seolah tiada kesinambungan..
namun jelasnya,kosong yg dilalui kini tidak seperti dulu..
dulunya,kosong yg mencari untuk diisi..kosong yang mengelirukan..
tapi kini kekosongan yang dialami kerana butuh panduan dan pengisian..

dpt saya analogikan keadaan Sara seperti org yang kelaparan..di hadapannya tersedia hidangan yang enak dan sedap..telah dilihat dan dibau..tapi belum mampu untuk menggapai,merasa dan mengisi kekosongan perut itu..

Tambahan..pencariannya bersendirian tiada guideline..artikel2 di internet yang berselerakan..tak ditapis menambah kekeliruan dan kebuntuan dalam dirinya..

saya lebih byk mendengar..cuba merungkai segala rumit dan sulit..kusut yang menyuntuk..

panjang kami bercerita..hingga hampir maghrib..saya hentikan perbualan di situ dan berjanji akan menghubunginya semula A.S.A.P..

dalam perjalanan ke sg buluh...diri kerdil ini termenung sejenak....terlalu byk kerja yg menanti..terasa tidak sebanding dgn masa 24 jam yg dimiliki...

maaf teman2..tak sempat saya continue travelog jaulah ke bandung dan jakarta..akan saya kongsikan kemudian..insyaALLAH..

mohon iringan doa kalian..

sedikit perkongsian..
teringat sekeping kertas tersimpan rapi di dinding kamar ayah dan mak..
pesanan ini jugalah yang selalu ayah titipkan sbg bekal pergaulan...agar menjadi orang yang ikhlas,jujur dan rendah hati..berlapang dada dalam setiap permasalahan..

kemas di dinding kamar ayah dan makhasil tulisan ruqayyah..yang tersemat di pintu refrigerator


ya Rabbana,
ajari kami tersenyum..
meski berat pundak ini memikul..
ajari kami berlapang dada..
meski banyak hal menyesakkan jiwa..
ajari kami memaafkan..
meski banyak kesalahan dilakukan..
ajari kami agar tetap rendah hati dalam ketaatan..
agar kami tetap bersyukur dlm kegetiran..
turunkan nikmat dalam tiap ibadah kami..
turunkanlah kegetaran dalam langkah kami..
menapaki jalan terjal..
mendaki kala sendiri..
kukuhkan ruh mawaddah hubban lillah dlm ikatan kami..

~jaulah bandung & jakarta 2009~



..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Monday, March 16, 2009

laut pemisah,namun hati terpaut sudah...

0 pesanan
Bismillahirrahmanirrahim..

kaifahaluk akhuwat dan akhawat?
kabare?

moga semua dlm keadaaan sejahtera jasmani dan rohani..insyaALLAH..

hampir sebulan saya meninggalkan bumi manipal..untuk pulang ke m'sia..
di m'sia,saya jaulah ke bumi jakarta dan bandung lebih seminggu..
terlalu banyak yang mahu dikongsikan..
menimbun manis madu sepanjang cuti kali ini..
hati runtun sayu mengenang sisa hari di m'sia..
pilu melihat wajah ayah dan mak..
pilu menatap setiap mata yang bergenang air jernih..
kak long dan keluarga,abg long dan kak ema yg belum sempat kutatap semenjak menjadi raja sehari..
kak cik..
naheed..
abdullah..
Im..
zainab..
ruqayya..
hafsa...
safiya..

keluarga di kelantan dan melaka yang belum sempat ku lewati..
hampir utk mampir di bumi Sabak...tapi izin ALLAH menentukan segalnya..
perjalanan terbatas...
namun kehadiran mereka menceriakan...
tak sabar menanti hari mendatang..moga terus diizinkanNya..

letih..jerih..perjalanan jaulah yang tak mungkin dilupakan..
fizikal yg lelah dan lemah melalui hari2 di sana..
namun semangat ukhuwah dan spirit muslim mengatasi segalanya..
alhamdulillah..syukur lillah..ALLAH mengizinkan segalaNya..
rapi...
cantik..

pertama kali jejak di bumi bandung..terasa asing..
airport kecil Husein Sastranegara menyambut layu..
namun mekar terasa akan ramah mereka..
adik2 KTT yg dikasihi..terima kasih atas sambutan kalian..
hangat terasa kasih kalian...
nurul,ereen,fatin,duha,sarifah,ayu,muniri,wewe,nurul keciq,yati gemuk pink,teng aisyah,lala,syuhada,badihah,izzati,ecah,fae,mus..
adik2 KTT FK 07..

rindu melambai2 untuk kembali ke sana..
sakit demam ditemani..
alhamdulillah..
hebatnya ukhuwah..

fatin,perjalanan pergi dan pulang sentiasa terisi...biar kita bertemu dlm masa terbatas..biar sembang kita hanya dalam jalan pulang..yang pasti..tiap detik itu sentiasa bermain2 seperti tayangan gambar lewat 60-an...bersama adik2 UNPAD FK08 after majlis hafazan..

kak dila n kak zahidah..syukur lillah..pertemuan yang tak dijangka..
thanks for d food..laziizah.. ya Rabbana,
ajari kami tersenyum..
meski berat pundak ini memikul..
ajari kami berlapang dada..
meski banyak hal menyesakkan jiwa..
ajari kami memaafkan..
meski banyak kesalahan dilakukan..
ajari kami agar tetap rendah hati dalam ketaatan..
agar kami tetap bersyukur dlm kegetiran..
turunkan nikmat dalam tiap ibadah kami..
turunkanlah kegetaran dalam langkah kami..
menapaki jalan terjal..
mendaki kala sendiri..
kukuhkan ruh mawaddah hubban lillah dlm ikatan kami..

~jaulah bandung & jakarta 2009~

to be continue...


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Thursday, February 26, 2009

suRpriseD!!

6 pesanan
Bismillahirrahmanirrahim..

jizayyak/yik akhi wa ukhti?
moga semua dlm SELAMAT dan sihat..insyaALLAH..

Alhamdulillah..saya kini berada di tanah air sehingga 20 mac..
Kepulangan kali ni dirahsiakan dari family..alhamdulillah..syukur lillah..kejutan saya utk keluarga berjaya!..thnks kpd yg membantu!..

suasana bermakna bertambah syahdu dgn reaksi mak ayah dan adik2..

my SMS to ayah during KTM ride from KL sentral to subang jaya..

naufa:assalamualaikum ayah..surprised!naufa kt kl sentral ni..balik naik air asia..ayah kat ofis lg ke?nk minta ayah tolong ayah or anyone available to fetch me..

ayah:waalaikumussalam..what?dis was a crazy surprised!..ayah in Miri now..go and call home..go surprised them!(ayah was in d meeting!i wonder how he behave...hehe..)

then i call home..after fail to reach kak cik(my elder sister)

naufa:assalamualaikum mak..mak sihat ko?
mak:alhamdulillah..sihat..
naufa:mak..buleh tak amik naufa kt subang?
mak:subang??..subang mano?
naufa:subang jaya..KTM subang..
mak:ha?!*nawok!
naufa:sungguh* nih!dok atah* komuter doh nih..dari KL sentral..
mak:nawok!..keto takdok..
naufa:ha?!!(dah bimbang takde org nk fetch)..sapo amik keto?duo2 ko takdok?sungguh nih..
mak:ho laa..mak tipu jugok la..keto ado..royak molek..dok mano?
naufa:sungguh..kt malaysia..dok atah komuter ni...(nak nangis dah...)td try kol kak cik dio tok angkat..surprised!!!!..naufa balik ni!
mak:laaa....sungguh?dok mano doh ni?nok sapa doh ko?
naufa:dok lg..baru naik..
mak:ok2..mak gerak skrg...

(tersenyum lega..hati berbunga2...menanti utk tiba..hujan petang memeriahkan suasana..dah lama tak rasa hujan..)

sampai saja di rumah,kelihatan zainab sedang mutolaah pelajaran..zainab adik saya..anak ke-8 dari 11 org adik beradik kami..saya beranggapan zainab telah pun dimaklumkan kepulangan saya yang mengejut..dgn selamba saya menyapa zainab..

naufa:hai nab!..wat gapo tuh mek?
zainab:(terpinga2)..kak tehhhh!!!!...kak tehhhhhhh!!!...kak tehhhhh!...(she screamed sooo loud that make me puzzled on her reaction!)
naufa:aik..nab belum tahu ke?laa...(sambil melapangkan kedua belah tgn)

zainab bangun dan memeluk saya dgn erat...hati jadi sayu melihat air mata jernih bergenang dari kelopak mata adik saya yang meningkat remaja..saya sambut pelukan eratnya..air mata jatuh tak henti..nab dear..kata tak terucap..namun akak terharu dan sayu..sayang nab!

then i ask her..
naufa:nape nab nangis?
zainab:ye la..nab tak percaya..betul ke ni kak teh??nape tak bagi tahu nk balik?
naufa:(senyum bahagia..)..if bagitahu tak jadi la surprised...
zainab:kak teh tipu..kate nk jalan2..tak balik..(sambil memeluk erat seperti tak mahu dilepaskan)

alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..cuma masih menanti2..bila la nak jumpa naheed....kami membesar bersama..tp makin dewasa kami makin terpisah dek jarak dan masa..sibuk dgn urusan dan study masing..
"naheed..balik la...akak tak lama ni..."

menunggu juga untuk bertemu abg ngah(the only abang in my life) dan kak emma yang selamat diijabkabulkan 25 oktober tahun lepas tanpa kehadiran saya...
pulanglah...

Ya ALLAH..syukur tak terhingga..masih diizinkan untuk menatap wajah2 yg kupendam rindu..yg bersama darah mengalir ku harungi hidup...darah istimewa...^_^

InsyaALLAH,saya bakal ke Bandung dan Jakarata untuk ikuti program dan daurah di sana..sisters bandung dan jakarta,ana juga tak sabar untuk bertemu kalian..mohon pertemuan ini diizinkanNya..

Mengenai perkembangan Sara,saya sudah menghubungi beliau dan telah menetapkan masa dan tarikh untuk berjumpa beliau..insyaALLAH selepas pulang dari Bandung..
Baru2 ini Sara telah bertanyakan kemusykilannya tentang rukun syahadah..dia berasa keliru apa yang dimaksudkan dgn rukun syahadah..katanya dia diberitahu rukun syahadah ada dua..
jadi...apa yang dua rukun itu????
sebenarnya,tidak harus ada kekeliruan sekirang kita benar memahami pengertian syahadatain...syhadatul haq..
mengapa syahdah itu ada dua?
apa yg dimaksudkan dgn syahadah?
apa pula syahdatul haq?

hakikat persoalan yang diberikan sudah jelas..namun kerana persoalan dan mungkin kurang ambil tahu pada peringkat asas,sesiapa juga boleh mengeluarkan pelbagai soalan yang mengelirukan diri sendiri..
betapa pentingnya memahami syahadah agar iman kita tidak goyah..
jika dalam huraian dari Abu Al'Ala AL maududi menyebutkan iman itu adalah cantuman ilmu,faham dan yakin..begitu juga la dlm hal syahadah...ianya berkait dgn iman..
perlu ilmu,faham dan yakin...
penyaksian(confession) yang sgt perlu dgn rasa zuqq dlm hati..diiringi kesaksian dgn jasmani melalui perlakuan yang memenuhi syahadah..

naufa azhari (2/23/2009 6:21:37 PM): Sara ni tak menjawab soalan naufa
naufa azhari (2/23/2009 6:21:41 PM): about ur life
naufa azhari (2/23/2009 6:21:55 PM): ur keyakinan pada ALLAH dan rasulullah
Sara (2/23/2009 6:21:58 PM): kena jwb ke?
naufa azhari (2/23/2009 6:23:53 PM): kena la
naufa azhari (2/23/2009 6:24:04 PM): naufa nk tahu juga..ada progress positive ke
Sara (2/23/2009 6:24:19 PM): ok..ok.. bos
Sara (2/23/2009 6:24:25 PM): jujur Sara kata
Sara (2/23/2009 6:24:40 PM): sekrg keyakinan pd Allah alhamdulillah
Sara (2/23/2009 6:24:44 PM): Sara stress je Sara solat
Sara (2/23/2009 6:25:00 PM): Sara tension je Sara cool then amik wuduk
naufa azhari (2/23/2009 6:25:05 PM): ada tak Sara rasa Sara jumpa diri Sara yg baru?
Sara (2/23/2009 6:25:07 PM): buat cam Naufa ajar
naufa azhari (2/23/2009 6:25:11 PM): yg dulu Sara tak jumpa lg?
Sara (2/23/2009 6:25:30 PM): separuh buat masa ni
Sara (2/23/2009 6:25:46 PM): bila ingat semula buat Sara senyum sorang
Sara (2/23/2009 6:25:47 PM): hehehe
Sara (2/23/2009 6:25:55 PM): tp at least solat la
naufa azhari (2/23/2009 6:26:17 PM): yup
Sara (2/23/2009 6:26:25 PM): dan baca quran..Sara pun tak percaya bila masuk time solat jika tak solat..mcm bersalah la pula
Sara (2/23/2009 6:26:40 PM): so malas ke tak..Sara solat then baru buat perkara lain
naufa azhari (2/23/2009 6:26:44 PM): solat tu antara Sara dgn ALLAH..org yg tak solat seolah2 tak jumpa hubungan dgn ALLAH..
naufa azhari (2/23/2009 6:26:50 PM): alhamdulillah
naufa azhari (2/23/2009 6:26:59 PM): mudah mudahan perkara baik yg lain menyusul
Sara (2/23/2009 6:27:03 PM): Sara setuju
Sara (2/23/2009 6:27:10 PM): harap begitu arr...
Sara (2/23/2009 6:27:28 PM): buat apa yg Sara yakin sekrg
Sara (2/23/2009 6:27:36 PM): kalau Sara nak grab semua..
Sara (2/23/2009 6:27:51 PM): pening la
Sara (2/23/2009 6:27:54 PM): hehehe
Sara (2/23/2009 6:28:16 PM): buku Fadhilat Amal tu..ingat Sara nak pulang balik pd kwn Sara
Sara (2/23/2009 6:28:21 PM): tka bole baca la NAufa
Sara (2/23/2009 6:28:36 PM): makin baca..makin keliru..sampai rasa mcm islam ni teruk sgt la pulak
Sara (2/23/2009 6:30:07 PM): jd Sara ikut apa Naufa ckp yg kata islam ini indah
naufa azhari (2/23/2009 6:30:12 PM): hmm..kitab tu perlu guru juga utk org yg sedang jinak2 dlm kefahaman
Sara (2/23/2009 6:30:47 PM): ala...mintak tolong org semua org ckp..apa yg ada persoalan kepala tu tak leh layan..baca jer
Sara (2/23/2009 6:31:13 PM): nnt Allah talbiah..naik bosan Sara dgr...
Sara (2/23/2009 6:31:42 PM): jd Sara rasa Sara ni masih kekurangan..tak pe la lum ada rezki nak baca buku zuhud mcm ni
Sara (2/23/2009 6:32:03 PM): Sara stress je Sara ingat nasihat Naufa
Sara (2/23/2009 6:32:13 PM): sabo..sabo..dan sabo
Sara (2/23/2009 6:32:20 PM): hehehe
naufa azhari (2/23/2009 6:32:36 PM): sabar lillah
naufa azhari (2/23/2009 6:32:46 PM): insyaALLAH ada jalan ALLAH buka utk Sara
Sara (2/23/2009 6:33:01 PM): insya-allah Naufa...moga2 ada arr

Sara (2/23/2009 6:33:17 PM): tp Sara cool je
Sara (2/23/2009 6:33:21 PM): sbb siang Sara bz dgn keje
Sara (2/23/2009 6:33:31 PM): mlm baru la nak muhasabah diri
Sara (2/23/2009 6:34:33 PM): ehh Sara nak tahu
Sara (2/23/2009 6:34:42 PM): betul ke syahadah ada rukun?
Sara (2/23/2009 6:34:54 PM): selama ni Sara tau rukun iman dan rukun islam
Sara (2/23/2009 6:35:00 PM): tambah dgn rukun solat je
Sara (2/23/2009 6:35:35 PM): dan betul ke..kalau tak yakin sepenuhnya pd apa rukun syahadah tu
Sara (2/23/2009 6:35:41 PM): lum lengkap lagi
naufa azhari (2/23/2009 6:39:21 PM): maaf Sara
Sara (2/23/2009 6:39:33 PM): tak pe..kalau tak leh jwb
naufa azhari (2/23/2009 6:39:36 PM): td ckp telefon jap..huhu..sedikit gangguan
naufa azhari (2/23/2009 6:39:41 PM): nk jawab la ni
naufa azhari (2/23/2009 6:39:42 PM): Sara nih
naufa azhari (2/23/2009 6:39:44 PM): sabor la
Sara (2/23/2009 6:39:45 PM): ohh..ingat kan apa td
Sara (2/23/2009 6:39:49 PM): (senyum)
Sara (2/23/2009 6:39:53 PM): ok..ok
naufa azhari (2/23/2009 6:40:44 PM): ok..let make it simple and understandable
naufa azhari (2/23/2009 6:40:54 PM): apa yg Sara fhm dgn syahadah?
Sara (2/23/2009 6:41:09 PM): ok..ucap dua kalimah syahadah
Sara (2/23/2009 6:41:21 PM): betul kan?
Sara (2/23/2009 6:41:27 PM): tu jer kan?
naufa azhari (2/23/2009 6:43:00 PM): apa dua kalimah tu?
Sara (2/23/2009 6:43:31 PM): 'Tiada Tuhan melainkan Allah,dan NAbi muhammad pesuruh Allah
Sara (2/23/2009 6:43:43 PM): betul kan?
naufa azhari (2/23/2009 6:43:51 PM):Sara rasa betul ke?(provoke her)
Sara (2/23/2009 6:43:52 PM): tu jer kan?
Sara (2/23/2009 6:44:03 PM): yup...
Sara (2/23/2009 6:44:09 PM): 100%
Sara (2/23/2009 6:44:16 PM): tu la yg Sara sebut dlm solat Sara
Sara (2/23/2009 6:44:21 PM): takkan ada lain pula?
naufa azhari (2/23/2009 6:44:22 PM): ok...Sara yakin dgn kedua duanya?
Sara (2/23/2009 6:44:45 PM): nak jwb jujur ke x?
naufa azhari (2/23/2009 6:44:53 PM): jujur la
Sara (2/23/2009 6:45:09 PM): serius jujur ni?
naufa azhari (2/23/2009 6:45:36 PM): yup
Sara (2/23/2009 6:45:42 PM): ok..
Sara (2/23/2009 6:45:45 PM): secara jujur..
Sara (2/23/2009 6:46:25 PM): Sara sgtt yakin pada bhwsanya Tiada Tuhan yg ku sembah adalah Allah'
Sara (2/23/2009 6:46:25 PM): yup
Sara (2/23/2009 6:46:25 PM): tu pengakuan jujur Sara

naufa azhari (2/23/2009 6:49:02 PM): teruskan
Sara (2/23/2009 6:49:25 PM): emm...yg kedua tu...
Sara (2/23/2009 6:50:42 PM): Sara kalau sebut shj tp...
Sara (2/23/2009 6:51:16 PM): tak kuat percaya lg
naufa azhari (2/23/2009 6:51:47 PM): ok

naufa azhari (2/23/2009 6:52:01 PM): rukun yg dimaksudkan dlm syahadah adalah dua kalimah tu
naufa azhari (2/23/2009 6:52:21 PM): keduanya kena kuat keyakinannya
naufa azhari (2/23/2009 6:52:28 PM): tanpa berbelah bahagi
naufa azhari (2/23/2009 6:52:46 PM): kerana kalimah kedua juga membuktikan keyakinan pada kalimah pertama
naufa azhari (2/23/2009 6:54:05 PM): meyakini ALLAH sbg tuhan utk ditaati bermakna juga mentaati perintah ALLAH yakni perintahnya utk meyakini rasulullah sebagai nabi(pesuruh) ALLAH yg terakhir
naufa azhari (2/23/2009 6:54:28 PM): dan meyakini nabi yang terakhir turut bermakna meyakini nabi2 yg sebelumnya
Sara (2/23/2009 6:55:21 PM): meyakini nabi yang terakhir bermakna meyakini nabi2 yg sebelumnya..
“Sesiapa yang mentaati Rasul maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah.” (An-Nisa’: 80)

naufa azhari (2/23/2009 6:55:28 PM): yup
Anis Sa (2/23/2009 6:55:28 PM): maksudnya?

(sedikit gangguan beberapa ketika..)

naufa azhari (2/23/2009 7:01:19 PM): kita kembali pd persoalan asal
Sara (2/23/2009 7:01:23 PM): wokeh
naufa azhari (2/23/2009 7:01:59 PM): nabi muhammad membenarkan ajaran2 ALLAH yg disampaikan oleh nabi2 sebelumnya..bermakna membenarkn nabi muhammad juga kita telah memebenaarkan nabi2 ALLAh yg lain
Sara (2/23/2009 7:03:55 PM): ok
Sara (2/23/2009 7:05:39 PM): telah memebenaarkan nabi2 ALLAh yg lain
Sara (2/23/2009 7:05:39 PM): bermakna suruh menyembah Allah yg satu kan?
Sara (2/23/2009 7:05:44 PM): dan melakukan yg disuruh berlandaskan Al-quran
naufa azhari (2/23/2009 7:05:47 PM): ye saya
naufa azhari (2/23/2009 7:05:50 PM): benar
Sara (2/23/2009 7:06:22 PM): kita hanya perlu percayai dia shj kerana dia penyampai ajaran islam kan?
naufa azhari (2/23/2009 7:11:04 PM): maksud Sara?(mahu tahu apa yg difahami Sara)
naufa azhari (2/23/2009 7:11:15 PM): percaya mcmana?
Sara (2/23/2009 7:11:22 PM): iye la..
Sara (2/23/2009 7:11:36 PM): Sara pelik sikit
Sara (2/23/2009 7:11:51 PM): masa nabi musa atau ibrahim atau nabi2 lain
Sara (2/23/2009 7:12:01 PM): sampaikan ajaran Allah
Sara (2/23/2009 7:12:14 PM): Allah hanya kata 'sembah pd-Nya shj'
Sara (2/23/2009 7:12:45 PM): tak wujud pula dua kalimah syahadah utk mereka yg nak peluk islam
Sara (2/23/2009 7:13:08 PM): kenapa bila zmn N.Muhamamd jer kena dua kalimah syahadah?
naufa azhari (2/23/2009 7:14:12 PM): ok...
naufa azhari (2/23/2009 7:14:41 PM): utk nabi2 yg sebelumnya..secara tak langsung dengan ALLAH mengutus Nabi pada sesuatu kaum tu,ALLAH telah perintahkan ummat pada masa tu utk taat pada nabi mereka
Sara (2/23/2009 7:14:57 PM): ok..
Sara (2/23/2009 7:15:01 PM): lepas tu
naufa azhari (2/23/2009 7:15:04 PM): bezanya dgn zaman nabi muhammad..nabi muhammad ditentukan ALLAH sbg nabi terakhir
naufa azhari (2/23/2009 7:15:14 PM): bermakna tiada lagi nabi selepas baginda
naufa azhari (2/23/2009 7:17:14 PM): mengakui baginda sbg pesuruh ALLAH yg terakhir bermaksud mengakui juga bahawa agama ALLAH yg disampaikan oleh baginda tu jg yg sempurna dan tiada lagi selepasnya.penambahan atau penolakan..
naufa azhari (2/23/2009 7:17:38 PM): sbb tu pengakuan syahadah ni penting dlm keyakinan kita..

saya telah hentikan perbincangan setelah beberapa minit...perbincangan kali ini hanya untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan Sara tentang syahdatain..
Perbincangan ini juga membuat saya menilai semula sejah mana saya membawa syahadah dalam kehidupan saya...

mohon doa kalian untuk sesi2 seterusnya..rupa2nya ramai lagi mereka seperti Sara...bila persoalan mereka tak ketemu jawapan tapi dibalas kemarahan,tohmah dan kelangsungan untuk melabel..akhirnya golongan ini mengambil jalan mudah untuk meninggalkan cahaya dan memilih 'short cut' untuk berada dalam samar..
Allahurabbuna..berharganya sebuah Iman dan kefahaman aqidah...
Thsabbit qulubana 'ala deenik..'ala tho'atik..

moga bertemu lagi..
insyaALLAH..

teratak AzHuda..32..seksyen 27...shah alam.....Malaysia..

Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_
 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template