"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan(menyenangkan hati sahabat2).."
..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..
0
pesanan
tinta menari dari aqal yg tuhan beri..
pai_ilham al-adwa' on Friday, March 11, 2011
Peringatan ALLAH boleh datang kpd kamu ketika kamu tidur atau berjaga..ya ALLAH,peliharalah org beriman di kalangan mereka..Hidupkan kami dlm iman dan matikanlah kami dlm iman...
~it's not just their story,it's a reminder for us from HIM..
Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat kami), maka kami siksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.
Maka apakah penduduk negeri itu merasa aman dari siksaan kami yang datang pada malam hari ketika mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri itu merasa aman dari siksaan kami yang datang pada pagi hari ketika mereka sedang bermain? Atau apakah mereka merasa aman dari siksaan Allah (yang tidak terduga-duga)? Tidak ada yang merasa aman dari siksaan Allah selain orang-orang yang merugi. (Surat Al-Araaf: 96-99)
Wahai sekalian manusia..
alam ini makhluqNya..
laut yg tenang ,kemudiannya bergelora kerana taat kepadaNya..kita bagaimana?
mungkin laut yg tenang tidak memberi kesan utk mendalami kebesaraNya krn lemahnya rasa kehambaan kita padaNya..
kini ia bergelora,berinteraksi dgn kita...
kita semua..
bkn mereka sahaja..
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
Alhamdulillah..Allah izinkan saya ambil exam dan menyudahkannya..Tak sabar untuk balik rumah..bersama mak ayah dan adik2..
Para pengunjung blog ni yg dikasihi..moga kita dipelihara dari sifat jemu menjadi khalifah di bumi ALLAH dan moga ALLAH tidak bolak-balikkan hati kita sesudah beriman..Mohonlah perlindungan ALLAH selalu..
Saya terpanggil untuk mengingatkan diri dan rakan2 semua mengenai usia kita yg tidak pernah berhenti untuk sampai kpd yg menciptakan kita..hanya kita sahaja yg sentiasa berhenti dan leka tanpa menyedari akibat dari tindakan kita.. Kadang2 ada rasa cemburu dalam hati saya melihat kepada mereka2 yg dulunya dalam keadaan jahiliyah dan mengingkari Allah tetapi akhirnya dibukakan hati untuk kembali kepadanya..dan yg menjadikan cemburu itu datang bila melihat mereka tidak jemu untuk menyeru manusia lain kepada ALLAH..
apa sebabnya?
mudah..kerana mereka merasa manisnya iman....
buat sahabat2 yg bersama2 dlm jalan ini..jalan menyeru manusia kepada tuhannya..kita tidak menyeru kepada kumpulan tapi kita menyeru kepada Tuhan..
seharusnya kita memiliki sifat bersungguh2 ini....kerana kita sudah diberi manis itu...tinggal untuk menikmatinya dan berkongsi dengan hamba2 ALLAH yg lain..
kita dulu yang perlu mujahadah dan istiqamah..
muhasabah dan tarbiyah...
jangan bertangguh dalam berubah..
Dalam melalui jalan ini, banyak cubaan yg melemahkan,lebih2 lagi hati yg tidak dijaga dengan baik...
Hati ini tidak dibasuh dan diasuh untuk dekat kepada Pemilik Sebenarnya....Gerak amal kita dan ibadah kita tidak disandarkan sepenuhnya kepada ALLAH...terlalu banyak daki-daki dunia di dalam hati kita yang kita tidak bersungguh-sungguh membuangnya..
teringat perbualan telefon dengan ayah semalam..
Ayah dan mak plan untuk melawat anak yatim di acheh..sudah lama mereka tak ke sana semenjak ayah tak lagi bekerja dengan syarikat S. Jiwa mak dan ayah terlalu dekat dengan anak-anak yatim ini..Saya tak pernah berjumpa dengan mereka tetapi hati saya cemburu bila mendengar mak bercerita tentang mereka. Saya belum berkesempatan bermesra dengan anak-anak ini..hanya melihat gambar sahaja..InsyaALLAH, minggu depan saya akan bertemu dengan mereka..Moga ALLAH izinkan dan permudahkan perjalanan.. Kata mak,pergi buat aktiviti yang ada pengisian untuk anak-anak ini...harap juga dapat mengisi hati sendiri..hehe
ayah : Nak pergi Acheh tak
Saya : Nak..tapi ayah ni dah last minute beli tiket flight..tak mahal ke nnti?
begitulah kita saya jika tidak diingatkan..padahal rezeki itu kan dari ALLAH..tanpa sedar kadang2 kita sendiri menjadi batu penghalang kepada usaha ini..mungkin kerana itu ummat Islam lemah..kerana kita sendiri lemah..
tak sabar nak jumpa adik2 di acheh..sangat berharap abdullah dan naheed dpt join akak..boleh la kita prog bersama kan?..asek program kat luar je..
apa yang nak share dengan adik2 ni ya?...siapa2 boleh cadangkan?
yang terlintas di fikiran skrg ni nak bawa stethoscope..
stethoscope????buat apa??
saya nak bagi adik-adik ni dengar...
degup jantung mereka...
dengarkan zikir dari dalam tubuh mereka...
dengarkan suatu bunyi yang belum lg pernah berhenti semenjak ia bermula berfungsi..
memaknai hidup yang terus berjalan dan tidak mampu untuk disia-siakan walaupun sekejap kerana itu adalah sebab kerugian..
menjadi saksi terhadap ciptaan ALLAH yang maha hebat...
sahabat2 / pengunjung2 blog ini..
doakan kita semua menjadi hamba yang dekat dengan ALLAH..
hamba yang memaknai dan berbekalkan taqwa.."berbekallah kamu,sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa"-al baqarah
hamba yang akhlaqnya menjadi uswah..
hamba yang menjadi saksi keindahan Islam..
hamba yang sabiq(berlumba-lumba kepada kebaikan)..
hamba yang bercita-citakan syahid dengan usaha yang bersungguh!
Biarlah kita dilihat hina di dunia..jangan kita dihinakan ALLAH di akhirat..
jalan ini jalan kita semua..
ayuh...ayun langkah ini bersama..
tak sabar juga menunggu gerombolan yang bakal bersama kami di sini!..lebih ramai lebih meriah kita ayun langkah ini..
dulu saya cemburukan mereka melihat gerak ayunan yang tersusun...
kini saya memburu akhirat untuk menjadi yang tersusun..
dan saya mahu melangkah bersama terus menyusun..
maaflah kalau ada yang tak faham atau susah nak digest...maklumlah..yg terbuku di 'dalam' bukan mudah diluahkan..
doa ini untuk kalian-Ya Hayy..Ya Qayyoom..Aslihlana sha'na kullah..wa la takkilna ila anfusina thorfata'ain..
Rujukan(untuk doa ini) :
Sayyiduna Anas ibn Maalik (Radi`Allahu Anhu) reports that
Rasulullah (Sall`Allahu Alayhi Wasallam) once mentioned
to Sayyiduna Faatima (Radi`Allahu Anha) to
recite the following supplication morning and evening,
'Yaa hayyu yaa qayoom,
birahmatika astagheeth.
Aslih liy sha-aniy kulluhu
wa laa takilniy ilaa nafsiy tharfata ‘aynin.
Translation:
On You Who is Everliving
and Sustains and Protects everything,
I seek assistance through
the means of your mercy,
correct for me all my affairs
and do not entrust me to my Nafs (myself)
for the moment of a blink of an eye.'
(Mustadrak al-Haakim vol.1 pg.545)
selamat tinggal!
Assalamualaikum...
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
0
pesanan
tinta menari dari aqal yg tuhan beri..
pai_ilham al-adwa' on Thursday, February 03, 2011
Bismillah..
Assalamu'alaikum..
lama tak update...bukan tak mahu..tapi bertangguh..(alhamdulillah,mujur ALLAH masih beri tempoh dan boleh menulis lagi...)
jom kita sama-sama teliti firman ALLAH ini (al a'araf : 19) وَيَـٰٓـَٔادَمُ ٱسۡكُنۡ أَنتَ وَزَوۡجُكَ ٱلۡجَنَّةَ فَكُلَا مِنۡ حَيۡثُ شِئۡتُمَا وَلَا تَقۡرَبَا هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
And "O Adam, dwell, you and your wife, in Paradise and eat from wherever you will butdo not approach this tree, lest you be among the wrongdoers."
"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan jadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
Pengenalan
1-Bahasa
تقربا menggunakan fi'il Mudhori' (kata kerja sekarang atau yang akan datang) dari perkataan قرب yg membawa maksud dekat/hampir.
Keistimewaan kata kerja di dalam penggunaan bahasa arab ialah penggabungan kata kerja(fi'il) bersama-sama dgn kata ganti nama diri (dhomir) . Maka satu perkataan sudah cukup untuk menyatakan perbuatan mewakili si pelaku..contohnya فَعَلَ- dia(lelaki) melakukan, instead of meletakkan هُوَ(dia) di awal ayat.
Kata kerja تقربا membawa maksud 'kamu(tunggal) menghampiri' iaitu suatu perlakuan 'menuju ke arah sesuatu untuk memendekkan jarak'...
penambahan huruf لا bermaksud 'jangan' di awal membawa maksud larangan.
ok..hope boleh faham..erm...saya tak reti nak buat explaination secara ringkas...cuma untuk intro sebelum kita masuk dalam tadabbur ayat.
2.Kisah Nabi Adam a.s dan Iblis.
ayat 11-27 dalam surah al A'araf (mohon pembaca meneliti setiap ayat ini) menceritakan mengenai kisah penciptaan nabi Adam a.s ,keingkaran Iblis kepada ALLAH dan hasutannya terhadap Adam dan Hawa dan peringatan ALLAH kepada keturunan nabi Adam a.s (manusia) terhadap gangguan syaitan.
Pengajaran
Tujuan perkongsian saya kali ini bukan untuk membincangkan keseluruhan ayat-ayat firman ALLAH ini,tetapi untuk kita selami nasihat dan panduan dari ALLAH dalam kita melayari hidup di dunia yang penuh dengan tipu daya syaitan.Mudah-mudahan kita selamat dan dapat memelihara diri daripada hasutan syaitan. Saya fokuskan pada ayat 19 kerana pada ayat ini terkandung satu perkataan yang signifikan melalui peristiwa yang ALLAH rakamkan dengan kebijaksanaanNya.
peristiwa Nabi Adam memakan buah larangan ini berlaku di dalam syurga sepertimana awal ayat 19 yg bermaksud "Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga...."Ini bermakna tidak ada perlakuan maksiat mahupun kejahatan sekelilingnya untuk menguji ketaatan Adam kepada Tuhannya kerana peristiwa ini berlaku di dalam syurga. Pokok larangan ini telah ALLAH ciptakan sebagai satu situasi untuk menguji hambanya Adam a.s .Allah telah melarangnya dari mendekati sepohon pokok sepertimana perintahnya وَلَا تَقۡرَبَا هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ"....dan janganlah kamu hampiri pokok ini...".
1. Pokok hanyalah simbolik larangan ALLAH manakala larangan ولا تقربا "..janganlah kamu hampiri.." adalah untuk melindungi diri dari terjerumus dalam perkara-perkara maksiat dan larangan ALLAH. Maka perisai utama yang perlu dihayati dalam menghadapi maksiat adalah "....janganlah kamu hampiri..."
akibat tindakan nabi Adam a.s menghampiri pohon itu dan tertipu dengan idea dan hasutan Iblis kibat, beliau terjatuh dalam maksiat seterusnya yaitu memakan buah dari pohon yang dilarang ALLAH.Maka auratnya terbuka apabila ALLAH menghilangkan cahaya yang menutupinya..aib menyelubungi nabi Adam ketika itu namun ALLAH yang Maha Pengampun telah menerima taubat hambanya yang Ikhlas..maka terlerailah nabi Adam dari belenggu dosa tadi dan kembali pada ALLAH dengan ketaatan.
2. sekiranya kita lalai akan nasihat ALLAH ini, maka kata ALLAH فتكونا (maka jadilah) membawa penegasan "PASTI termasuk!".. من الظالمين (dari kalangan mereka yang zalim)...kerana kesudahan bagi orang yang melakukan maksiat adalah dosa dan hukuman dunia mahupun akhirat sehinggalah dia bertaubat kepada ALLAH..dosa-dosa kita seumpama bom hidup yang dipikul ke sana ke mari yang akan membinasakan diri kita sendiri..andai bom ini tidak dilupuskan dengan taubat,maka binasalah kita..kita menzalimi diri kita sendiri dan termasuk dalam mereka yang terperangkap dalam tipu daya syaitan.
Dalam keghairahan nafsu dan kelesuan iman (gabungan bahaya!), kita mudah terjerat dengan tipu daya syaitan. Andai nasihat dari ALLAH agar 'tidak mendekati' perkara maksiat diabaikan maka kita akan memberi pelbagai alasan untuk membenarkan atau memberi green light kepada muqaddiamah untuk melakukan maksiat tidak kiralah maksiat itu berat apa lagi yang ringan. Sikap ignorance/tak endah ini menyebabkan kita telah menipu diri kita kerana conscious/hati sedar kita menyatakan maksiat itu salah tetapi kerana keengganan kita untuk mematuhi perintah kita telah terjerumus. Sekali kita terjerumus menyebabkan kita berasa selesa dengan maksiat..Maka terkikis sedikit demi sedikit 'conscious bersalah' pada ALLAH dan akhirnya kita akan hanyut lebih jauh sekiranya 'concious bersalah' tadi di abaikan..Akhirnya kita terus mengumpul bom-bom kebinasaan..dan rentetan ini menyebabkan kita menjadi manusia zalim kepada diri kita sendiri...mampukah kita menanggung ledakan 'bom-bom' ini di akhirat malahan lebih dahsyat lagi?
Dengatkan kisah ini..seorang kanak-kanak berusia 10 tahun sedang mengayuh basikal bersama ibu bapanya..kemudian mereka menemui di hadapan mereka ada sungai yang besar dan dalam..si ibu berhenti berkayuh...si bapa turut berhenti berkayuh..si anak masih berkayuh tetapi perlahan...si ibu berteriak memberi panduan "anakku,berhentilah!"..si ayah juga "anakku sayang,berhentilah..jika engkau terus berkayuh,pasti engkau akan terjatuh..kesakitan..dan luka"..Namun si anak meneruskan juga dengan sangkaan sungai itu selamat..malangnya dia terjatuh...kesakitan...lebih malang lagi arus sungai itu membawanya...anda fikir-fikirkan kesudahannya..moga pelampung taubat menyelamatkannya sebelum tiba Hari Besar nanti.
wallahuta'ala a'lam..
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Haritsah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda
mafhumnya:“Di hari kiamat nanti akan didatangkan seseorang yang diseret lalu dilempar ke dalam neraka sehingga keluar usus-usus perutnya lalu dia berputar-putar padanya sebagaimana berputarnya keledai di alat penggilingan. Maka berkerumunlah ahli neraka dan mereka berkata, ‘Hai Fulan, ada apa denganmu?! Bukankah engkau yang menyuruh kepada yang baik dan melarang dari yang mungkar?’ Ia menjawab, ‘Benar, dahulu akulah yang menganjurkan kebaikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan aku melarang kemungkaran tapi aku melakukannya.’(HR. Al Bukhari dan Muslim)
..full time muslimah in a journey as little KHALIFAH in this ephemeral world..
May Allah guide us throughout life..
Ya ALLAh,
Jadikanlah keluarga kami yg Engkau berkati..
Jadikanlah hidup ini yg Engkau redhai..
Jadikanlah umat Islam yg Engkau sayangi..
Rasulullah SAW bersabda:"Sesunguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cobaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa' (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat".[Silsilah Hadits Shahih No. 2276]
sudah menjadi lumrah yg bernama manusia..
tiada terlepas dari alpa dan dosa..
nafsu yg menghalang syaitan menipu daya..
hingga terleka dgn dunia..
tiada yg abadi hidup di dunia ini..
di sana yg menanti kehidupan hakiki..
ambillah peringatan mulakan perubahan..
jazakumullah khair...tegur saya andai ada kesilapan