"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Sunday, October 12, 2014

ilmu pendorong amal?


Bismillahirrahmanirraheem.
A’uzhubillahiminasyyaithonirrojeem.

Alhamdulillah atas peluang yg diberikan untuk sentiasa berusaha menjadi hamba Allah .

Terlalu lama ana meninggalkan dunia penulisan. Pelbagai sebab yang boleh disenaraikan tetapi yang paling terkesan dan membangkitkan rasa segan pada diri sendiri adalah terasa saat hampir futur kerana asakan dunia yang menghentam dan menghumban.
Di saat tiada tempat dan aduan yang memahami melainkan Allah.
Di saat dihentak dengan pelbagai tribulasi.
Di saat sempit dari masa lapang.
Di saat lesu dan diuji dengan sakit yang bertimpa.

Ana tidak kisah andai ’futur’ itu suatu label yang hina.

Hampir futur??

Ya.. mungkin.. kerana ana merelakan diri untuk meletakkan label paling rendah tatkala muhasabah, agar cepat kembali bangkit dari lembah yang mungkin tak terdaki andai dibiar terus tenggelam. Mungkin pada yang melihat tidak merasakan ana hampir futur (memujuk), tetapi biarlah label ’hampir futur’ itu ana gunakan sebagai muhasabah.

Allah sebaik baik peneman setia dan pemangkin semangat. Allah menghadiahkan ana kasih sayang dari kalangan hamba-hamba yang mencintaiNya. Berbicara denganNya di saat senang mahupun sulit sangat membahagiakan. Kerana pasti terasa diberi perhatian sepenuhnya olehNya, biarpun ketika solat terkadang kurang khusyuk dan hilang perhatian. Astaghfirullah.

Cukuplah dahulu ’sinopsis’ asbab ana menyepi dari penulisan. Biarlah Dia sahaja mengetahui.

Alhamdulillah

Ana tertarik dengan satu frasa ” carilah ilmu pendorong amal..bukan hanya ilmu untuk amal”..

Frasa ini buat ana tersentak. Hati dan aqal ana dipalu kuat kerana kebenaran di sebalik frasa ini, seolahnya terbebas dari botol kaca yang retak kerana paluannya.

Ada benar frasa ini.

Seringkali kita mencari dan menambah ilmu yang boleh diamalkan. Pasti terlalu banyak ilmu yang dipelajari baik dari sisi akhirat mahupun dunia. Tetapi berapakah peratusan yang diamalkan? Mengapa dibiar begitu?

Apa lagi jika anda dalam kelompok da’i/ da’iah (baca : penyeru manusia kembali pada Allah)???

Ana merenung jauh ke dalam diri. Mungkin bukan org lain.. bukan tertuju kepada antum/antunna yg membaca penulisan ini.. tapi buat ana.. terlalu banyak rasanya ilmu yang diperoleh tapi belum diamalkan.

Setelah berfikir sendirian, ana memahami ilmu pendorong amal adalah ilmu ‘tujuan hidup’

Betapa ana belum menguasainya.
Ana terhenti mencarinya kerana ‘tahu’..tapi belum tentu benar2 memahaminya
Ana terhenti membaca berkenaanya kerana terlalu alpa dan cemas dengan asakan kehidupan baru sebagai ’pegawai rumah’ (baca : house officer).
Ana terhenti meminta kepadaNya tentang ilmu ini kerana kekaburan dari menyedari kepentingannya.

Alhamdulillah.

Paluan frasa ini cukup keras!
Cukup keras!!

Ana merasakan setiap da’i/ da’iah perlukan paluan ini!
Kerana kita sering tertipu dengan upaya dan pencapaian kita.
Kita sering selesa dengan apa yang kita terima turun temurun hingga terabai ’pati’ nya.

Ana belum ada solusi terbaik untuk peroleh jalan mengenggam ilmu pendorong amal ini.

Ilmu tujuan hidup!

Apa yang ana lakukan selepas paluan ini adalah
  1. perbanyak muhasabah
  2. menanam rasa tercari-cari kepada ilmu, bukan hanya menunggu daurah/usrah/ta’lim dll
  3. perbanyak doa agar tidak menzalimi manusia lain yang telah ana serukan ke jalanNya
  4. menanam dan merasai kebersamaan Allah dalam setiap tindakan
  5. tadabbur sirah para rasul/ sahabat kerana mereka contoh tauladan yang tidak boleh dinafikan telah beroleh dan menguasai ‘ilmu pendorong amal’.
  6. berkongsi dengan da’i/da’iah lainnya berulang2 kali segala ilmu yang telah dicurahkan oleh para syuyukh/naqibah, terlebih lebih lagi yang berkait dengan tauhid.
  7. menanam rasa cinta dan sayang kepada mereka yang mencintai Allah tetapi TIDAK sekali kali MEMANDANG RENDAH SESAMA MAKHLUK kerana, tiap org soleh pasti ada masa silamnya dan tiap pendosa masih ada peluang perbaikan di masa depannya.
  8. infaq kerana itu antara ’ilmu pendorong amal’ yang sekaligus beroleh nilai amalnya.
  9. mendorong diri untuk inovasi dan kreatif dalam menyampaikan risalah (bukan bermaksud menokok tambah syariat atau menjadi ahli bid’ah)
  10. perbanyakkan tsaqafah dengan pembacaan/ perbincangan dan bersama orang2 soleh/ para syuyukh.

Ana sedang berusaha dengan yang sepuluh ini. Ana senaraikan 10 input in sebagai nasihat kepada diri ana kerana sangat perlunya untuk diri ana mencari jalan menggenggam ilmu pendorong amal. Ana memohon pada Allah agar mampu menggenggamnya dan mewasiatkannya kepada yang lain hingga hari di mana ana menjadi saksi atas manusia2 sekeliling ana dan moga Rasulullah yang dicintai sudi dan tidak segan menjadi saksi bagi ana (cita2 ini terlalu besar tapi ana sangat mengimpikannya). Betapa manisnya andai ’ilmu pendorong amal’ ini sebati dalam kehidupan. Moga Allah permudahkan.

Ana tangguhkan disini kerana tiada apa untuk disimpulkan. Ini adalah permulaan untuk pengakhiran yang kekal abadi.

Andai ada manfaat dari penulisan ini, moga Allah mudahkan, mengampuni dan membersihkan tiap jiwa yang menuju kpd Nya.

Maaf, ana tidak memberi contoh dari firman Allah , mahupun dari sirah para sahabat biarpun sedang menggelegak dalam hati dan aqal untuk menulis firman Allah dan kisah- kisahnya. Kerana ana malu...ana segan.. ana merasakan hina di sisi Allah. Paluan ini cukup kuat. Moga cukuplah dengan paluan ini!

Segala khilaf daripada kelemahan diri ana. Ana memohon perlindungan daripada Allah agar pati dari penulisan ini tidak menzalimi kalian yang membaca, dan tidak pula menambah jauh dariNya.

Mohon didoakan kita bertemu dan menjadi saksi yang benar antara satu sama lain.


Assalamu’alaikum warahmatullah.


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

0 pesanan:

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template