"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Friday, August 1, 2008

..MAKIN BERTAMBAH MAKIN PENDEK..




APA YANG MAKIN BERTAMBAH,MAKIN pendek??

Hehe..

Antara jwp yg terpikir la..

  1. kirin
  2. acha
  3. ereen
  4. Aqil Ihsan (OBVIOUSLY!!)
  5. kak long!!(ngeehehehe)

Hehe…gurau je sume..maalish!…(tp cam betul!!ooops)

Jawapannye.:.Apa lagi if bukan usia kita yg makin bertambah tp ajal semakin hampir…maka baki usianya makin PENDEK!!

Rasanya jika dpt kita countdown usia,sure rmi tak berani nk dekati maksiat apa lg melakukannya…

Tambahan we will ‘amplify’ our amal and make taubah every second..

Tiap saat yg berlalu tak mungkin dpt diulang kembali..no such thing as jam doraemon ,nobita’s secret drawer and no such thing like time machine shown in ‘back to the future’..never..

Saya hairan bilamana sudah menjadi adat kebiasaan masyarakat menyambut ulangtahun kelahiran dgn keseronokan dan majlis yg bukan2..(tidak menjadi kesalahan jika untuk merapatkan ukhuwah tapi usahlah berlebihan sehingga melalaikan..)

Jarang saya melihat majlis ‘hari jadi’(dh jadi lama dah..) diawalkan dgn doa buat yg diraikan atau disusuli di hujung majlis..

Ya..saya hairan….setiap kali detik2 ulangtahun melangkah,saya jd kaget…

‘Sekian-sekian’ usia telah saya lalui namun dosa yg dilakukan tidak surut,ikrar pd ALLAH dan Rasulullah melalui syahadatain yg saya perbaharui setiap kali solat selalu saja dimungkiri..(dgn tidak sepenuhnya meletakkan pergantungan pd ALLAH..)

Sering diri ini leka dan lalai..

Saya bimbang..

Serius..

Tak tipu…

Saya bimbang.

Kerana mula kelahiran saya telah lama ditinggalkan…

Ajal menanti melambai2..

Malaikat maut menunggu tibanya waktu melangsaikan tugas..

Bagaimana agaknya nyawa saya diambil nnti..

Dlm keadaan bagaimana?

Apa kesudahannya di alam barzakh nanti..kemudian bagaimana pula perjalanan saya ke akhirat kelak?

Saya kan sepi..

Saya bakal keseorangan..dan pasti saya keseorangan andai tiada bekal amal..

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. ” (Surah Al-A’raaf, ayat 34).

Apa pula kesudahan di hari perhitungan kelak??

Namun yg pasti,tarikh kelahiran saya sgt bermakna

Buat insan yg bergelar mak (norulhuda Ab Wahab)

Susah payah dibawanya saya kehulu kehilir selama 9 bulan

Peritnya menangung pedih ketika bersalin dan selepasnya..

Berpantang selepas melahirkan jrg dia akur kerana menjaga kemaslahatan keluarga..

Begitu besar pengorbanan seorang ibu..

Andai disuruh saya membawa seketul batu kecil kehulu kehilir,pasti tak mampu..

Harus saja saya biarkan dr dibebankan dgn batu itu...

Namun kerana ALLAH Maha Mengetahui…diizinkannya dlm hati seorang ibu dgn nilai kasih syg yg tidak terbatas…

Belum lg diceritakan kisah selepas lahirnya insan kerdil ini ke dunia..

(mmg byk la hal…)

Tarikh ini juga menjadi saksi kasih syg ayah dan mak..

Juga menjadi saksi pengorbanan ayah(azhari mohamed) membesarkan saya..

Ayah yang memberi semangat dan kepercayaan..

Menjadi saksi keriangan 2 org kakak dan seorang abang tatkala menerima insan baru ini ke dunia..

Kerana itulah yg saya rasakan setiap kali adik2 saya dilahirkan…

(Siap main teka2 jantina lg..)

Saya hairan…

Kami juga meraikan ulangtahun kelahiran..

Tp dgn menghargai setiap insan yg diaraikan..

mak dan ayah selalu pesan...“tak perlu hadiah,cukup andai dpt jadi anak yg soleh buat mak dan ayah”

Kerana apa teman2?

Kerana anak yg soleh yg akan menjadi bekal buat ayah dan mak tersayang nanti..(tak terucap dibibir…phm2 ye apa maksud ‘nanti’ tu)

Abg,kakak2 dan adik selalu minta ‘sesuatu’..bukan barang..bukan hadiah..tetapi doa…

Kerana apa teman2?

Kerana doa menjadi penghubung ikatan kasih sayang persaudaraan..doa menjadi penguat kita..doa itu kekal…

namun sudah menjadi kebiasaan adat kita meraikan,selalu juga kami bawakan hadiah buat adik beradik yg diraikan..kurang2 pun kad ucapan...

Sudah menjadi kebiasaan kami,setiap kali ulangtahun kelahiran mana2 ahli keluarga,kami tak adakan majlis 'istimewa'..tp kami akan sebolehnya berada di samping keluarga..mungkin lebih ‘meriah’..keluar makan bersama2..bahagianya hati..

Masa inilah nasihat emas dr mak dan ayah..

Kasih sayang adik beradik makin terasa hangatnya..

ikatan ini kekal takkan putus..

teman-teman…

Usia…makin dikejar makin dibelakang…

Usah terlalu girang menanti hadiah dan majlis serba meriah..

Sambutlah kedatangan tarikh itu dgn amal dan taubat..

Syukurlah masih diberi kesempatan bernafas dan masih lagi kekal dlm iman dan islam..

Mohonlah agar 2 ni’mat ini tak lari dari sisa usia yang berbaki..

renungilah firman ALLAH s.wt..

“katakanlah: Kematian yang kamu jauhi akan segera menjemputmu, dan kamu akan dikembalikan pada Yang Mahu Tahu, baik yang rahsia maupun bukan, dan Dia memberitahumu (segala kebenaran mengenai) hal-hal yang kamu kerjakan!” (SurahAl-Jumu’a (62): 8)

Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita..semakin kita 'lari' semakin 'dia' menghampiri..

Sambutan meriah dan hadiah yg bagaimana lg mahu diminta tatkala membaca tafsir ayat ini..bismillahirrahmanirraheem…

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. ” (Surah Al-A’raaf, ayat 34)

Sebagaimana kelahiran telah dilalui dan tak dapat diulang, kematian ada di hadapan kita dan tak dapat diabaikan.

"Bertambah usia, bererti berkurang jangka hidup di dunia."

Ayuh lewati tarikh lahir kalian dgn mengingati kematian yg semakin hampir..sgt2 hampir…terlalu hampirr…


Ulang tahun kelahiran. sinonimnya,BerTambah tahun….

Apapun namanya, apapun makna asalnya,…

letaknya tetaplah sangat dekat dengan awal kelahiran dan akhir kematian…maksudnya kita kembali kepada pencipta..(awal kelahiran dr pencipta,akhirnya kembali kpdNYA)

sebagaimana kelahiran telah dilalui dan tak dapat diulang, kematian ada di depan mata dan tak dapat diabaikan.

Dan sebagaimana masa tua adalah hasil jejak langkah masa muda dan masa kini, maka kematian adalah not terakhir dalam irama muzik hidup kita…merdukah akhirnya atau sebaliknya??

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

" Bahawa malaikat maut meperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak-tawa."

Ada org kata,makin byk hadiah makin org syg tandanya..

Saya tak kisah(erti kata hadiah bukan tanda kasih)…

itu bukan menjadi matlamat…

Siapa yg memberi,ku tahu ikhlas dr hati..kpd yg tidak,ku tahu doa mengiringi..

Yg penting bg diri,nilaian ALLAH disisi

“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertakwa.” (Qs. Al-Hujurat 49:13)

Allah Swt berfirman: Dia-lah Yang menciptakanmu dari tanah, sesudah itu Dia menentukan ajal (masa hidup tertentu supaya kamu dapat menggapai kesempurnaan ciptaanmu), dan ajal yang pa sti hanya ada pada sisi-Nya (dan hanya Dia sendirilah yang mengetahuinya). Kemudian (dengan ini semua) kamu (musyrikin) masih ragu-ragu (tentang keesaan dan kekuatan-Nya).(Qs. Al-An’am [6]:2)

dalam ayat yang lain disebutkan: Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikuran gi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfûzh). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah (Qs. Fathir [35]:11)

Apa lagi utk tertawa bila terbaca hadith ini..

Abdullah bin Mas’ud berkata, Nabi SA W melukis empat segi untuk kami. Di tengahnya Baginda membua t garisan dan dekat garisan itu Baginda melukis beberapa garisan lain. Baginda juga m embuat garisan di luar kemudian be rsabda yang bermaksud: “Apakah kamu tahu apa ini? Kami menjawab: Allah swt dan Rasul-Nya lebih tahu.

Baginda bersabda: “Ini adalah insan ( garisan yang di tengah), ini adalah ajal dan ia mengepungnya. Ini adalah beberapa hal baru (garisan yang di sekitarn ya), ia menggigitnya. Jika luput terhadapnya ajal ini, maka manusia digigit oleh beberapa hal baru ini. Da n yang ini adalah angan-angan (beberapa garisan di lua r).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

“Dan kamu ragu- ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga data nglah ketetapan Allah swt dan kamu sudah ditipu terhadap Allah swt oleh syaitan yang amat penipu.” (Surah al-Hadid, a yat 14)

Apa lg yg menjadi kebanggaan dunia bila ku terkenang bicara ini..

“you can’t take it when you GO”

Buat yg meraikan ulangtahun kelahiran pd bulan ini, moga diberikan kebahagian dan keselamtan dunia dan akhirat serta kekal dlm iman dan islam till the last breath.. bicara di bawah ditujukan buat kalian yang meraikan ulangtahun kelahiran pada bulan ini..especially to:

Kak long(nurul iman azhari)

Abg ngah(abdul rahman azhari)

Nur Hasanah (moga kita dipertemukan di tanahair!)

Farah Ashikin (we have so many chemistry la dik..remember our last IC no..-5488)

Kak Sape (Nur syafinaz Ab Jalil)

Nazeel Azami

Abg long anas (yg bakal mendirikan baitul muslim tanggal 16/8..insyaALLAH)

Awan berarak ceria,
tiada titi
s hujan,
pohon melambai,

tanda sokongan,

kususuri perjalanan bertemankan senyuman,

dihari lahir mu sahabatku.


Janggut tumbuh
memanjang,
membuktikan kedewasaan,

walau tanpa madah kata dan hadiah,
namun cukup untukku sekadar ucapan.

selamat hari lahir, iringan doa kuhulur,

bersyukur kepadanya,
atas nikmat usia.


sayangku usia yg tuhan kurniakan ini,

hiasilah dgn amalan murni,
semoga ia menja di temanmu di akhirat sana. usia mu ibarat mutiara,
tiada berganti lagi,
hiaskan iman bersulam taqwa,
agar sempat mengucup,
haruman syurgawi.

selamat hari lahir,

iringan doa ku hulur,

bersyukur kpdnya,
atas nikmat usia.

Jadi,setelah pjg lebar bebelan saya,apa pula erti ulang tahun kelahiran bagi saya?

Dulu saya seperti kanak2 yang lain..menanti ulangtahun kelahiran dgn hadiah dan ucapan rakan2 dan teman..mengira2 h ari utk tiba saat girang itu..

Tapi tidak kini setelah erti hidup mengajar saya..setelah Al Quran mendidik saya..

Ulang tahun kelahiran bukan milik saya..bukan memori saya tetapi flash back pengorbanan seorang ibu mengandung selama sembilan bulan dengan penuh dugaan dan kesabaran..malah,ulangtahun kelahiran ini menjadi saksi pengorbanan si ibu melahirkan saya..bersabung nyawa demi anak tercinta..

Benar,saya jaguh dari jutaan sperma yg turut ‘mahu’ disenyawakan..namun sungguh benar lagi bahawa semua itu dengan kehendakNYA..dan asal saya seperti dlm quran hanyalah dari setitis mani..ayam tak patuk,itik tak sudi..berkali2 saya diingatkan di dalam Al Quran akan hal ini..

Ulangtahun kelahiran saya mengimbau pengorbanan ibu dan ayah yg membesarkan..lantas bertambahlah kasih sayang pada mereka..

Seharusnya,logic muamalah sesama manusia,kita lah yg kena bagi hadiah kpd ibu dan ayah tapi syg,kini sebaliknya yg berlaku bila tiba hari ulangtahun kelahiran kita..

pernahkah kita mendahulukan hari ulangtahun bersejarah itu dgn ucapan penghargaan buat 2 insan istimewa ini selagi hayat mereka masih ada??

Buat Mak dan Ayah,tiada yg lebih indah dari mengetahui naufa adalah milik kalian..darah yg mengalir dlm tubuh ini adalah dari kalian..tiada ucapan penghargaan mahupun hadiah yg setanding utk diberikan namun doa buat mak dan ayah akan terus naufa kirimkan..setiap pesanan yg diberikan akan sentisa menjadi bekal menjalani hidup ini..moga keluarga yg dibina menjadi hadiah yg paling berharga buat kita semua..seperti yang ayah pernah kata,moga keluarga kita menjadi keluraga hasanah dan keluarga qu dwah..

Ya ALLAH,di hari ku mengenang kebesaranMU dan kehebatan 2 insan dlm hidupku membesarkan ku,..ku mohon ENGAKAU kurniakan bg mereka kesejahteraan dunia dan akhirat..pengampunan dan keselamatan dari bencana dan azab dunia juga akhirat..kurniakan mereka keteguhan iman dan syurgaMU. .

Juga di hari ini,ku mohon padaMU sampaikanlah diri yg kerdil ini kpd kesempurnaan rukun ISLAM dan rukun IMAN..

Ya ALLAH diri ini sedang berusaha agarku diberikan kesempatan menunaikan haji di waktu mudaku..permudahkanlah jln ini bgku..Ya ALLAH,rahmatilah org2 yang bersamaku di waktu susah dan senangku..tempatkan mereka dlm golongan yang Engkau rahmati dgn nikmat iman dan islam..diri yg lemah ini memohon perlindungan drpdMu dari fitnah(syirik) akhir zaman dan dari segala macam fitnah yg bisa menggugah imanku..juga padaMu ku mohon keberkatan dan keredhaan usiaku yang semakin hari semakin hampir kpd ajalku..amin Ya Rabb..

#mak,ayah,kak long..thanks so much for the doa..ayah,naufa doakan ayah cepat keluar hosp..naufa akan terus kuat disini#

P/S:jom muhasabah..di usia teman2 skrg,apa perkara hebat yg sudah dilakukan utk agama,keluarga dan Negara..Sepertimana kita lihat sejarah membuktikan:

Ibnu Taimiyah: Mengeluarkan fatwa seawal usia 15 tahun.

Muhammad Al-Fatih: Menakluk Costantine pada usia 24 tahun.

Hassan Al-Banna: Menubuh Ikhwan Muslimun pada umur 22 tahun.

Apa pula khabar hati kita?

saya terkenang bicara ini:“hati kita akan berkarat jika terkena air”

hati jika diumpamakan seperti besi,akan berkarat sekiranya terken air dan dibiarkan lama..sama seperti hati yg bertompokkan dosa..makin dibiar,makin sukar untuk dibersihkan..jika boleh sekalipun,pasti meninggalkan kesan..kesan ‘degil’..

sama2 kita renungkan..mohon maaf dari teman2 dr awal ku dilahirkan hinggalah saat diriku bertemu tuhan..moga sedikit coretan ini menjadi ingatan buat diri kita yg lalai..



LA TANSA ZIKRULLAH..(jgn lupa zikrullah)
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_





4 pesanan:

izzah on Aug 1, 2008, 10:58:00 AM said...

salam.

your post never fail to touch me.

thanx a lot for the reminder.

insya'Allah,andai Allah tanya kat akhirat nanti,siapakah yang memberi peringatan kepadamu,mengenai AKU.kita akan jawab nama awak sebagai salah seorangnye.kalau kiter xcakap,tuntut nanti.you know when nanti is..

=)

protozoa_paramesium on Aug 2, 2008, 1:08:00 AM said...

sy bkn lah penglipur lara yg mmpu menceritakan ttg cinderella...
bkn juga peguam yg petah berbicara mmbela mereka yg mungkin benar...
bkn juga ayah mahupun ibu yg mmpu memujuk dan beri nasihat bila hati kite kusut...
bkn juga karyawan maupun sasterawan yg mmpu mgarang nasihat,pengalaman dan cerita utk dikongsi
tapi sy adalah hambaNya yg mmpu mncipta hanya satu senjata...iaitu doa utk smua...

Happy birthday..
semoga selalu dirahmati Allah
insyaAllah all the best dlm exam..
insyaAllah dipermudahkn
ameen ya rab

imanulhassan on Aug 2, 2008, 1:16:00 AM said...

slmt melangkah ke tahun yang ke 21! moga umur berkadar terus dgn iman.

anamunawwarah on Aug 15, 2008, 7:41:00 PM said...

salam..
kak naufa..
'orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya'
moga kita t'masuk dalam golongan ni =)

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template