hujan lebat di luar sana...
buat pengetahuan rakan2 di luar india,india skrg mengalami musim monsoon..hujan sgt lebat dan berhenti sekejap-sekejap..
apa khabar hati hr ini?
sebenarnya tidak ada dlm perancangan nak buat entry tapi memandangkan saya dah lama tangguh entry ni dan byk lagi yg menanti(tagged from friends)..
penangguhan disengajakan kerana saya perlu sumber yang sahih dlm jawapan yang diberi..
Sering saya berdoa pada ALLAH,izinkanlah saya menemui jawapan pd persoalan ini melalui Al Quran mahupun berguru dg sesiapa sahaja yg mengetahuinya..
Alhamdulillah,dari ceramah2 yg saya dengar dan dari pembacaan Al Quran menerusi tafsir,ak disangka2 saya come across jawapan yang saya nanti2kan..
mohon dikongsi dengan rakan2 (especially imanul hassan yg meminta dikongsi bersama)..
persoalan pokok dr apa yg bakal dikongsi ialah apa hujah kita untuk menjawab persoalan ini andai terdetik di hati sendiri atau ditanya oleh sesiapa jua..
saya copy paste dari entry saya sebelum ini..-->
ada rakan bertanya pd saya..."sejarah membuktikan org2 zaman dulu hidup tak bertamadun..tak ada pakaian sempurna..bahasa sempurna...jadi,adakah nabi2 pd awal zaman mcm nabi adam dan idris kehidupan mereka mcm tu?"
...saya terfikir...mudah menjawab "tidak"..kerana mana mungkin nabi ALLAH hidup dlm keadaan begitu...tapi bagaimana mahu menyangkal...pasti perlu bukti yg kukuh..
mula saya mencari...rupanya jwp telah tersedia dlm quran...sungguh indah jwp itu terbentang dlm quran...bukan sahaja menjawab pertanyaan tersebut..malah sejarah selepas itu juga membenarkan kewujudan manusia tanpa tamadun...hmmm..jd,manusia tanpa tamadun ni wujud..tp nabi adam alaihissalam bkn manusia tak bertamadun..hidup baginda bermula awal penciptaannya penuh ketamadunan..
dengan memetik ayat quran dari surah al baqarah(surah ke 2:ayat 31-33)..
ALLAH berfirman yg membawa maksud:
Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (32)
Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?(33)"
before i go into detail,jom kita semak balik definisi tamadun yg diberikan oleh para sejarawan...(cam masa spm dulu2..)
- Civitas/ Civilization(greek/english)- Peradaban/Bandar
- Mudun,Madain(Arab)-Tinggi budi bahasa,Pembukaan bandar
- Gordon Chide-Pencapaian lahiriah dalam masyarakat
- Darcy Riberio dan R.A Buchanan-Menekankan aspek pembangunan lahiriah
- Syed Naquib al-Attas-Pencapaian tatasusila manusia yang tinggi serta kebudayaan masyarakat yang luhur.
kerana apa ye saya erkata demkian?
kerana org yg berilmu itu memiliki darjatnya yg tertentu di sisi ALLAH..
kemudian kita ganjak pula kpd hadith tentang asal usul ucapan salam..
Sesungguhnya salam itu merupakan sunah yang telah ada sejak zaman dulu, semenjak era Nabi Adam hingga hari kiamat tiba.
Artinya: Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi Saw, beliau bersabda: Tatkala Allah menciptakan Adam Alaihis Salam, Allah berfirman kepadanya: Pergilah dan ucapkanlah salam kepada para Malaikat yang sedang duduk itu, kemudian dengarkanlah jawaban mereka kepadamu, karena sesungguhnya jawaban itu merupakan penghormatan bagimu dan penghormatan bagi anak cucumu. Maka Adam mengucapkan Assalamu ‘Alaikum. Mereka menjawab: Assalamu Alaika Warahmatullah”. (H.R Bukhari 6227, Muslim 2841).
sekali lagi..salam itu suatu ucapan yg terhormat dan suatu doa yg diajarkan kpd manusia...dlm hadith ini dpt kita lihat bahawa ucapan salam itu mengajar manusia titik permulaan muamalah sesama manusia..
cantik kan kisah awal penciptaan nabi adam?
peradaban dari segi akhlaq dan ilmu sudah jelas membuktikan nabi ALLAH Adam merupakan seorang manusia yg hidupnya dgn tamadun..
hmm..pjg lagi if kita menelusi sejarah penciptaan nabi adam sehinggalah baginda dihantar ke bumi..
akan saya sambung lagi..maaf,kekangan masa meminta saya berheni di sini..
insyaALLAH,diizinkan kesihatan dan usia akan saya sambung lagi..
post kali ini memerlukan penelitian dan perbincangan dgn org2 yg lebih tahu dan berilmu..
harap kalian semua dpt menunggu utk ulasan yg akan dtg..
masih ada exam yg berbaki memerlukan saya utk tekun dan fokus..
mohon doa dari kalian yg membaca dan melewati page ini agar saya dikukuhkan hati dan dipermudahkan urusan...
moga ALLAH merahmati kita semua dan dlm keredhaanNya..
sehingga bertemu kembali...
_ISLAM MILIK BERSAMA_
0 pesanan:
Post a Comment