"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Sunday, February 8, 2009

tak settle lg isu ni??apa kisah student full time Manipal?


Ijazah perubatan Manipal tak diiktiraf

NEW DELHI 7 Feb. – Agensi perubatan India enggan mengiktiraf ijazah perubatan yang ditawarkan oleh Universiti Manipal, atas alasan kemudahan pengajaran dan klinikal institusi berkenaan tidak memenuhi piawaian kerajaan.

“Penarikan balik pengiktirafan itu kekal. Kami telah pun meminta mereka supaya mematuhi peraturan dan memberi mereka satu tahun (mulai 2008) untuk menangani masalah itu,” kata Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga India, Naresh Dayal kepada Bernama.

Ogos lepas, Majlis Perubatan India (MCI) memeranjatkan fraterniti perubatan apabila mengumumkan ia tidak akan mengiktiraf kursus Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) yang ditawarkan di Kasturba Medical College di Manipal serta Mangalore.

MCI, sebuah badan pengawal institusi perubatan yang sangat berpengaruh di India, turut menggesa kementerian berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap Manipal, yang didakwa tidak dilengkapi secukupnya daripada segi kemudahan dan kakitangan.

Pada masa ini, lebih 500 pelajar Malaysia mengikuti kursus perubatan dan pergigian di Universiti Manipal, yang terletak di negeri selatan, Karnataka.

– BERNAMA


Berita di atas adalah kiriman sahabat di Malaysia..saya sendiri tak aware hal ni..al maklum,tgh buzy nk exam dan mcm2 urusan yg pending..plus internet connection pun belum ada..ni tumpang PC library...^_^

Untuk pengetahuan yang membaca,kami di india study bagai nak rak..setelah kajian dan perbandingan dibuat,kondisi pembelajaran kami di sina jauh lebih detail dan mencabar berbanding di indonesia dan malaysia..bermula dari jadual belajar,kelas sehinggalah internal assesment,block exam dan university exam..

bukan mahu mengeluh tapi sgt terkilan bila ada suara2 sumbang yang memandang rendah usaha kami di sini tanpa belum melalui kepayahan kami di sini..itupun hanya kerana isu di atas..

bayangkan kelas bermula seawal 8pagi dan berakhir 5ptg..kadang kala 5.30 ptg...dan rutin ini berulang selama 6 hari seminggu except for student second year yang dpt cuti hari Sabtu..namun cuti sabtu bukan semata cuti..longgokan IL,SDL,class notes yang perlu buat sendiri dan dihantar,MSP project dan sebagainya lagi yg menanti untuk disiapkan..Bagi student first year pula hampir setiap hari mengadap cadaver selama 2 jam..belum lagi ditambah assignment PBL,SDL dan sebagainya..ini belum diceritakan lagi sistem peperiksaan kami..

bukan berniat utk mengungkit..tapi kasihan mendengar keluhan kawan2 yang akhirnya dibalas dgn pandangan remeh oleh sesetengah pihak yg hanya sekali lalu mendengar perihal isu 'Manipal tak diiktiraf'...

sahabat2 seperjuangan di India under kelolaan Manipal University..jgn putus harap..terus berusaha..we know our conditon here better..and He knows Best for us..so,let's strive!..

am high..strive for success..trust in ALLAH for only His knows Best!..

all the best to all docs in da making..especially to those sitting for UNIS..insyaALLAH

Naufa-pai

Library Manipal,Manipal

Karnataka,India


P/S:Kementerian Pengajian Luar Negara...apa tindakan selanjutnya??..

..people dont care how much we know untill they know how much we care..

0 pesanan:

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template