"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Tuesday, October 27, 2009

Kisah Kaab bin Malik jadi teladan..


Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Taubat Ka’ab ibn Malik (Analisa Fiqh Dakwah)

Dakwah & Semasa
Kisah Ka’ab ini merupakan sebahagian daripada episod dalam kisah Perang Tabuk. Ka’ab merupakan salah seorang daripada 3 mukmin yang tidak turut serta dalam kempen itu walaupun berkemampuan.

Mereka mengakui kesilapan itu dengan tidak mengemukakan apa-apa alasan apabila disoal oleh Rasul sekembalinya tentera dari kempen itu dan hanya mengaku bersalah dengan jujur. Ini bertentangan dengan golongan Munafiqin yang tidak turut serta tetapi mengemukakan pelbagai alasan untuk melepaskan diri. Rasululllah saw tetap menerima alasan mereka walaupun tahu tentang kemunafiqan mereka. Taubat Kaab diceritakan dalam Surah Taubah, ayat 118. Terdapat juga sekumpulan yg betul-betul uzur dan terlepas daripada menyertai kempen ini. Golongan ini dihuraikan dalam Surah Taubah, ayat 91.

Ka’ab dan 2 lagi mukmin ini (Mararah al Rabi’, Hilal b Umaiyah) dihukum boikot oleh Allah swt sehingga Allah swt menerima taubat mereka. Dan Allah menerima taubat mereka pada waktu Subuh selepas berlalu malam yang ke-50.

Dalam tempoh boikot yang tidak diketahui hujungnya itu, Ka’ab menanggung beban dugaan yang sungguh besar. Antaranya:

1) Orang-orang mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dengan mereka, hatta menjawab salamnya sekalipun.

2) Isteri-isteri mereka diasingkan daripada mereka bermula dari malam yg ke-40.

3) Raja Ghassan cuba untuk menghasut Ka’ab menyertai mereka serta dijanjikan dengan habuan jika meninggalkan barisan saf muslim.

4) Cubaan untuk kekal thabat dalam iman walaupun dihukum untuk tempoh yang tidak pasti (boleh jadi diboikot sehingga akhir hayat mereka)

Boikot ini diangkat oleh Allah dengan turunnya ayat 118 surah Taubah dan keindahan ukhuwwah di kalangan mukminin jelas terpancar apabila seluruh Madinah bergembira pada subuh ayat itu diturunkan. Mereka berkejaran mendapatkan Ka’ab untuk memaklumkan penerimaan taubatnya dan ukhuwwah mereka bersambung kembali.

Berikut merupakan isi-isi penting dari sudut Fiqh Dakwah berdasarkan kisah Ka’ab tersebut.

1. Kenapa Ka’ab dihukum?

Ekspedisi Tabuk berakhir tanpa ada satu pertempuran pun (rujuk Raheeq Makhtum) tetapi Ka’ab tetap juga dihukum. Pada sesetengah kita, kehadiran Ka’ab tidak memberi beza pun kerana tiada pertempuran berlaku, jadi tidak perlulah dihukum sebegitu.

Dalam hal ini, bukan perjalanan sesuatu peristiwa itu yang perlu dijadikan ukuran, tetapi isu tanggungjawab dan peranan yg digalaskan itu lebih bererti, sama ada ianya dilaksanakan atau tidak. Peranan mesti dilaksanakan dalam apa situasi sekalipun dan tanggungjawab tetap kekal sehingga sesuatu misi itu tamat.

2. Bai’ah berjihad dengan Allah

Kesilapan Ka’ab ialah melanggar Bai’ah berjihad dengan Allah . Beliau dikira meninggalkan jihad tanpa alasan semasa kempen Tabuk - satu kesalahan yg sangat-sangat besar. Ayat baiah berjihad terkandung di dalam surah At-Taubah, ayat 111.

3. Pengorbanan pada masa paling runcing

Keadaan Madinah pada ketika Rasul melancarkan persiapan ke Tabuk sangat meruncing. Kemarau sedang melanda, bekalan makanan berkurangan, lokasi Tabuk yang sungguh jauh, keluarga yang perlu ditinggalkan dan bermacam-macam lagi. Semua ini benar-benar menguji pertimbangan mukminin untuk mempersiapkan diri pergi berperang. Perasaan berbelah bagi mungkin timbul. Pengorbanan yang besar sungguh diperlukan pada ketika ini. Mampukah kita berkorban walaupun dalam keadaan yg tersepit?

4. Ka’ab buta di hujung hayatnya

Hadith ini diriwayatkan oleh cucu Ka’ab yang menjaganya kerana beliau buta di hujung usia. Pengajarannya, para du’at tidak terlepas daripada kelemahan dan penyakit walau sehebat manapun rekod amalnya. Jangan sesekali berasa kehebatan kita di bidang dakwah menjadi sebab Allah jauhkan penyakit dan kelemahan daripada kita.

5. Senioriti dan kesolehan bukan jaminan tidak membuat kesilapan

Jangan berasa selesa dan yakin bahawa senioriti dan kesolehan kita tidak akan membuatkan kita tersilap. Ka’ab merupakan seorang sahabat yang agung (ahli Badar) dan senior tetapi turut tersilap dalam perkiraannya. Hendaklah sentiasa bermusahabah dengan tindakan dan keputusan kita, dan juga bermutabaah. Jangan lemas dalam status senior.

6. Antara Bai’ah Aqabah dan Badar

Ka’ab pernah memberitahu beliau lebih suka kepada Bai’ah Aqabah berbanding Perang Badar (kedua-duanya disertai Ka’ab) walaupun Badar lebih masyhur dan mulia. Ini kerana Bai’ah Aqabah adalah peristiwa perjanjian (memberi bai’ah) untuk mewakafkan seluruh hidup kepada islam sebagai seorang da'ei dan jauh lebih besar ertinya, manakala peperangan merupakan sebahagian daripada perjanjian itu.

7. Kepentingan persediaan secukupnya

Peristiwa Tabuk membuktikan persediaan yang cukup amat penting terutamanya bagi sesuatu kerja yang besar. Ini dapat dilihat apabila Rasul buat pertama kali mengumumkan destinasi peperangan, walhal dlm kempen-kempen sebelum ini Rasul sentiasa rahsiakan sehingga saat akhir. Dan rasul juga memberi tempoh yang agak lama untuk setiap mukmin bersiap siaga. Ini kerana Tabuk sangat jauh dan musuh kali ini ialah tentera empayar Rom.

8. Bertangguh itu bahaya

Jangan amalkan sikap ‘I can if want to do it now’, kerana itulah kesilapan Ka’ab. Ka’ab seorang yang berkemampuan tetapi sentiasa bertangguh untuk bersiap hingga semuanya sudah terlambat. Usahakan untuk terus lakukan perkara yang mampu dilakukan terutamanya dalam bidang dakwah seperti berjumpa mad’u, menyiapkan bahan, merencana program.

9. Perselisihan pendapat itu dibolehkan

Perselisihan pendapat diterima dalam menilai kesilapan seseorang. Dalam kes Ka’ab, kaumnya dari Bani Salamiah mengkritik keras kecuaian Ka’ab tetapi Muadz Jabal mengambil pendekatan bersangka baik dan cuba mencari keuzuran Ka’ab. Rasul tidak menegur kedua-dua sikap ini - tandanya Rasul iktiraf keduanya. Ada fiqh sendiri dalam kedua-dua sikap yang diambil dan perbezaan pendapat dibolehkan.

10. Berwaspada dengan kecenderungan memberi alasan

Allah telah membuka pekung para munafiqin yg memberi alasan tidak menyertai Tabuk (melalui ayat Quran) walaupun mereka sangka telah terlepas apabila Rasul terima alasan-alasan itu. Para du’at hendaklah mempunyai azam kuat dan kukuh bertahan walaupun membuat silap. Kesilapan berlaku sesekali dan jalan keluar ialah dengan bertaubat, bukan dengan memberi alasan. Ka’ab memilih jalan taubat walaupun beliau berkata ‘Akulah orang yg paling pandai dalam memberi alasan jika aku mahu ketika peristiwa itu’.

11. Kepentingan berkata benar

Ditekankan juga tentang kepentingan berkata benar - kepada diri sendiri dan kepada pemimpin. Jawab Rasul setelah Ka’ab mengakui kesilapannya tanpa cuba memberi alasan: ‘Inilah dia org yang jujur’. Secara tidak langsung Rasul menempelak para munafiqin yang cuba membodohkan Rasul dengan alasan mereka. Implikasi apabila tidak berkata benar itu sentiasa ada.

12. Pendirian kepimpinan terhadap kesalahan besar

Pengajaran melalui hukuman walaupun yang melakukan kesalahan itu berkata benar. Ka’ab tetap menerima hukumannya walaupun berkata benar dan beliau tidak memberontak kerana itu.

13. Berhati-hati memberi nasihat

Berhati-hati dengan pengaruh emosi dan sentimen ketika memberi nasihat. Dalam kisah ini, kaum Ka’ab iaitu Bani Salamiah menasihati Ka’ab agar turut memberi alasan untuk melepaskan diri sekalipun mereka berniat ikhlas dan merupakan sebahagian daripada pasukan jihad islam yang pulang dari Tabuk. Mereka menasihati Ka’ab supaya memberikan alasan dan membaiki kesilapan itu pada masa hadapan. Nyata nasihat mereka dipengaruhi sentimen ‘menjaga kaum kerabat’ walaupun niat mereka baik. Tidak semua nasihat baik terutamanya yang bersifat emosional. Dan kalau cuba memberi nasihat, berilah dengan pertimbangan rasional dan adil.

14. Pertimbangan emosi dalam menerima hukuman

Hendaklah cuba sedayanya untuk menerima hukuman dan ujian Allah dengan redha dan jauhi pengaruh emosi yang berlebihan kerana selalunya pertimbangan kita cenderung untuk salah ketika dikuasai perasaan. Dan jangan terlalu tenggelam melayan perasaan sedih dalam tempoh itu. Ka’ab contoh keteguhan peribadi ketika menjalani hukuman walaupun cubaannya begitu berat seperti tidak dijawab salamnya oleh para mukminin termasuk sahabat paling rapat dengannya. Pemulauan mutlak oleh Nabi saw dan para sahabat.

15. Konspirasi musuh Islam sentiasa berjalan

Ka’ab menerima surat jemputan khas dari Raja Ghassan (kerajaan kafir yang kuat di semenanjung arab) untuk menyertai mereka dan dijanjikan pelbagai habuan. Pihak musuh Islam cuba memecahkan saf muslimin dengan menghasut mereka yang dalam keadaan tersepit seperti Ka’ab supaya membelot. Mereka yang lemah iman atau gopoh sudah tentu mudah terpengaruh, contohnya seperti sesetengah golongan di Palestin kini yang terpedaya dengan habuan segera untuk bekerjasama dengan penjajah. Ka’ab sebaliknya memandang pelawaan itu sebagai ujian yang istimewa dari Allah khas untuknya.

16. Iltizam sepenuhnya walaupun dalam menjalani hukuman

Walaupun dalam tempoh hukuman, Ka’b tidak mengeluh atau cuba untuk berunding meringankan hukumannya. Sebaliknya, beliau cuba untuk memastikan beliau mematuhi perintah hukuman dengan sepenuhnya. Contohnya, apabila diberitahu beliau perlu diasingkan daripada isterinya bermula malam ke-40, Ka’ab bertanya sama ada arahan itu memerlukannya menceraikan isteri atau hanya diasingkan (akan diceraikan jika perlu). Isterinya menawarkan diri untuk datang sesekali menguruskan makan pakainya dalam tempoh pengasingan itu tetapi disuruh oleh Ka’ab supaya jauhkan diri sehingga perintah mengatakan sebaliknya.

17. Kesabaran seorang daei sehingga Allah menyelamatkannya

Kesabaran itu pasak kepada peribadi seorang muslim. Berkat kesabaran Ka’ab, Allah menerima taubatnya setelah tamat malam ke-50 dan itulah peristiwa paling manis dalam hidupnya menurut Ka’ab.

18. Ukhuwwah yang agung

Ukhuwwahlah yg menjamin perpaduan sesama mukmin dan menghindarkan keretakan saf barisan orang-orang yang beriman. Para sahabat yang lain berkongsi kegusaran dalam menunggu tamatnya hukuman ke atas Ka’ab dan nyata apabila diangkat hukuman itu seluruh sahabat bergembira dan berebut-rebut menemui Ka’ab untuk memberitahunya. Ka’ab tidak lupa kepada sahabatnya Talhah yg berkejaran menemuinya lalu memeluknya dan mengumumkan berita itu dengan gembira. Rasul turut gembira dengan penerimaan taubat Ka’ab, ‘Bergembiralah dgn hari yang paling baik pernah kau lalui’.

19. Pengorbanan dan peningkatan diri bukti taubat diterima

Ka’ab melepaskan hartanya setelah taubatnya diterima, sebagai berkorban untuk kesilapannya. Rasul memintanya simpan sebahagian untuk keluargnya. Keteguhan Ka’ab ketika diboikot juga membuktikan peningkatan dirinya dan ini adalah hasil taubat yang diterima.

20. Tiada perkataan ‘cukup’ dalam dakwah

Jangan berasa selesa/ cukup setelah selesai sesuatu misi/objektif. Ka’ab tidak berasa cukup dengan taubatnya walau diterima lalu sentiasa sedekahkan hartanya dengan niat menebus kesilapannya.

21. Enam peringkat keimanan muslim

Terbahagi kepada 3 peringkat mukmin dan 3 lagi peringkat munafiq.

3 peringkat mukmin:

i. taat sepenuhnya

ii. golongan yang mungkin goyah pada sesetengah keadaan/situasi tetapi diteguhkan kembali pendiriannya.

iii. tidak menyertai jihad bukan kerana lemah dari segi iman tetapi kerana ada penghalang.

3 peringkat munafiq:

i. nifaq yang berlembut tetapi tetap tidak jujur, sering beralasan untuk berlepas diri.

ii. nifaq yang berlebihan dan berani mengumumkannya. Juga berani membangkang arahan.

iii. nifaq yang berkonspirasi untuk menjatuhkan Islam - contohnya perjumpaan munafiqin di rumah Suwailim (seorang yahudi) merancang tindakan yang boleh melemahkan semangat muslim ketika kempen. Rasul mendapat tahu tentang hal ini lalu baginda mengarahkan rumah itu dibakar.



Sumber: www.dakwah.info

p/s: Kaab dihukum kerana ngelat dari jihad...kita-kita ni dh berapa kali lari dari dakwah dan jihad???...TARBIAH PERLU tapi MEREKA KELU...
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

1 pesanan:

syahadahrabitah on Oct 28, 2009, 9:52:00 PM said...

salam ukhti yg dirindui selalu..
hope segalanya dipermudahkan utk enti di sana. terasa ingin saja terbang..sekalipun jauh beribu batu..
moga enti terus kuat! hanya doa menjadi penghubung buat enti di sana.
bidadari besi tough kan? ^_~

cepat2lah pulang..ana rinduuuuu!!!

Allah sentiasa dekat [2:18]

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template