"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Sunday, March 7, 2010

Kebersamaan dalam perjuangan 3


Bismillah..

Termenung juga sekali-sekala..
Organisasi dah ada..
1,2,3...semua elok2 belaka..
islamic ada..campuran ada...macam-macam ada...
masalah pun bertimapa-timpa..

aduhai...
mcm org duduk dlm kerajaan...jd tukang sapu pun dah cukup..mesti tahu sikit sebanyak rahsia kerajaan..
macam tu juga la diriku ini..
MSA...Bilangan muslim dah ramai..yang duduk dalam posisi tertinggi pun kita lah..
tapi bila meeting ada la dalam 5-6 org..
jadi J.K.R.M(JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MANIPAL) ni yang paling tak best dengar masalah sosial..
Ya ALLAH..yang bertudung dah buang tudung...
yang dulu ketat dah nampak pusat..
dulu berseluar panjang dah berbulu panjang...
yang dulu duduk sendirian dah tinggal berdua lelaki perempuan(BUKAN MUHRIM!!!)...
dulu elok bersopan dah terkinja-kinja masuk tarian...
yang dulu naik motor seorang dah bonceng anak dara orang!!
yang dok pegang jawatan persatuan islam dating berdua-duaan...konon belajar di bawah lampu terang benderang!!
bermesej-mesej yang geli-geleman...
ada pula berjinak-jinak dengan kelab malam...dok 'qiam' beramai-ramai dengan iblis syaitan!

Presiden MSA alert!..aku diarahkan tulis surat untuk makluman pihak atasan..
Surat siap dihantar segera...
kami menunggu jawapan dan tindakan...
masih menunggu dan menunggu..

Saya tahu ada yang mengata di belakang..
Mana tidaknya...orang beranggapan macam-macam..
Naufa Azhari-Naib Pengerusi IYA II...orang yang sama,Biro Kebajikan MSA...'dia ni tak istiqamah la'...
saya sendiri akui MSA kebanyakannya buat program campur aduk halal haram..

Tapi dengar dulu ya..
jika dah tahu MSA byk karut marut...siapa yang rasa tahu dan faham..mari jom masuk gelanggang kita tarbiyah bersama...ayuh...kita perlukan anda!
Mungkin yang menerajui organisasi ketika ini belum atau kurang menyedari dan perlu nasihat bimbingan kalian..
Dakwah itu kan dengan hikmah...takkan baru 6 bulan pegang jawatan dan boleh ubah serba serbi..semua masih baru...tuan presiden dan naib presidennya juga baru...Syukur alhamdulillah keduanya muslim...
Islamic values kita baja sikit-sikit..biar orang terima rela hati dan subur selepasnya..
Jangan kita terikut-ikut rentak jahiliah...

Tapi sayang sangat sayang...kita yang ramai lemah longlai...
meeting tak datang..tak puas hati cakap belakang....hujah dalil sana sini tapi masalah tak selesai..
macammana kita berjuang?bagaimana kita berdakwah?beginikah?
adakah dakwah kita hanya untuk yang sudah Islam?
oh...patutlah kita selalu berada di 'zon selesa'...

sibuk dengan 2-3 halaqah usrah..
nak program mantap-mantap..nak ubah itu dan ini..
tapi lihat diri kita...usrah kita tidak menyumbang kepada dakwah yang berkembang...
rakan kita keciciran...
orang tgk movie korea...kita tengok movie korea...alasan..tak mahu ketinggalan...
orang download filem..kita nak download filem...boleh tukar-tukar...best!

maaf saya mahu berterus terang!
->anda suka download movie at the same time anda tinggalkan pesan nabi!!!!
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.
(Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sepertinya)

anda menangis berjurai-jurai melihat filem-filem buatan orang kafir..anda habiskan masa,bazir elektrik berjam-jam untuk download dan menonton berkali-kali filem yang anda gemari..
mereka berlakon dan mencipta 'alam' tiruan..anda pula tersedu sedan....
tidakkan rasa bodoh dan diperbodohkan??
andai ada terselit moral value ,adakah anda benar-benar menghayatinya dan aplikasi dalam kehidupan anda..

kita ghairah tonton filem tanpa sedar kita berkawan dengan syaitan...
usrah kita hanya di awangan...hanya rutin mingguan...
kemudian membazir jadi amalan harian..

jika duit kita nampak makin dibazir makin sedikit tersimpan..
jika IMAN bagaimana???

Berkata pada diri ...
kita duduk berjam-jam mengadap laptop melakar sedikit hikmah di blog masing-masing...
tapi aplikasinya.....jaaaaaaauhhhhhhh benar dari yang dibicara...
oh...pedas menikam qalbu...aku terasa!!...pedih...acu pistol di qalbu sendiri...

mari dengar cerita ini...

ku sayu...seorang gadis yang ku anggap sudah seperti adik sendiri...
marah..geram..nasihat..kata-kata indah mahupun pedas..kulontarkan padanya hari ke hari seperti adik sendiri..
Satu hari sebelum tiba hari kelahirannya..
A:adik,S:saya
A : "Kakak, adik taknak birthday party mcm yang org lain selalu buat"
S : Eh..mana adik tahu diorang nak buat..perasan la adik ni..
A : Adik tahu la..kwn2 adik mmg biasa buat majlis macam ni...ada tema & mcm2 la..if kakak ada sure kakak sedih & marah..
S : Tapi diorang mesti tahu adik macammana..takkan la diorang nak buat..
A : Takpela diorang tak kenal adik tapi adik kenal diorang...adik tahu diorang nak buat..mcmana adik nak ckp kat diorang adik taknak?
S : Macam ni la..kita bersangka baik dulu..mungkin diorang nak buat tu sebab nak hargai adik..if belum apa-apa lagi adik cakap tak nak..macammana pula respond diorang?macammana adik nak berdakwah dengan diorang if hati diorang dah jauh dari adik..
mungkin dalam majlis tu adik boleh buat sesuatu perubahan..daripada dok nyanyi,adik minta la one of them doakan untuk semua dalam majlis tu..then someone yang bagus among you all give short tazkirah..at the same time dont forget to praise ALLAH and ucapkan kata2 penghargaan kepada kawan2 adik yang adik menghargai persahabatan dari mereka..
A : *diam dengan mata bergenang*

masa pun berlalu..adik menjadi teman setia dalam liku dakwah ku..tempat menangis dan ketawa..

KA-kawan adik, *****-nama adik
KA : sms (kak naufa,ada kat rumah tak?nak dtg ambik jersey ***** untuk birthday surprise dia nnti)
S : ada2..
Jersey adik pun diberi pada KA..
kemudian SMS dihantar ke KA...berkongsi cara2 terbaik meraikan majlis harijadi dan memberitahu KA apa yang adik tidak suka dalam majlisnya...

reply : (thanks kak naufa..insyaALLAH )

ku hela nafas lega..

namun ku salah dalam tafsiran..
ada rentetan-rentetan yang berlaku...adik seperti tidak mahu pergi..ada saja alasan diberikan..

bila hari itu berlaku...adik masih dengan bermacam-macam alasan kerana tidak mahu pergi ke majlis tersebut..akhirnya dia akur..

adik pulang dengan wajah masam mencuka...mukanya sebak menahan amarah dan luka

S : kenapa adik?ok tak?(dengan nada gembira beranggapan yang baik berlaku seperti yang direncana)
A : Kakak berpakat dengan diorang kan?Adik dah cakap diorang boleh plan apa je yang kita tak terfikir...
S : Eh,betul ke ni?apa yang tak kena?
A :(adik menceritakan apa yang berlaku dengan juraian air mata)
S : Astaghfirullah..adik,kakak minta maaf sangat2..kakak dah beritahu one of them but it still turn out the other way round..(berjurai sama dgn sugul kesal bersalah)

lebih setengah jam adik meluahkan apa yang berlaku..rakannya yang berusrah malah lebih tahu darinya juga turut sama girang gembira..apa yang lebih menyedihkan adik,permintaan untuk sang sahabat mendoakannya ditolak mentah...

akhirnya aku berkata..
S : Adik..kesat air mata..(padahal aku berjuraian sama tak henti2)...Ucap Alhamdulillah..
JOM kita syukur pada ALLAH yang tidak biarkan hati kita leka dalam karut marut jahiliah ini..ALLAH izinkan hati kita tersentuh untuk istighfar dan menangisi apa yang berlaku yang mengundang kelalaian padaNYA malah mungkin kemurkaanNya...usia yang ALLAH izinkan untuk kita telah dimulakan dengan karut marut yahudi dan nasrani..kita taubat dik..kita kesal dan sedih..jangan tunggu lagi..usia kita berjalan nih...jom do something better!

cukup ku berleter...huhu...nanti sambung lagi..

p/s : kak yani...naufa nak balik sangat-sangat...insyaALLAH..doakan..




..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

4 pesanan:

Anonymous said...

salam..
moga Allah permudahkan segala urusan dan istiqamahkan hati kita atas jalan kebenaran dan kesabaran..amin.. =)

maisarah on Mar 8, 2010, 8:36:00 AM said...

salam naufa
insyaAllah, tak lama lagi balik!
kami menunggu!!

imanulhassan on Mar 8, 2010, 11:42:00 AM said...

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. [al Hajj, 22:40]

keep going kak naufa!!

Anonymous said...

Salam,

Harap Akak Naufa teguh dan istiqamah di atas jalan ini, amin!

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template