Sblm saya masuk kpd topic diskusi,sgt peringatkan antunna bhw saya bukanlah ahli dlm mengetengahkan soal Taqwa..dosa saya mungkin lg tinggi lambakannya dr kalian..namun atas dasar perkongsian buat peringatan kita bersama,saya include topic ini agar sama2 kita mengenal apa itu taqwa sambil bermuhasabah dan meletakkan himmah(cita-cita tinggi/spiritual resolves) utk merasai nikmat bertaqwa kpd ALLAH..agar beroleh selamat dlm hidup ini..
Sabda Rasulullah s.a.w
“Aku berwasiat(berpesan) kepada kamu dgn bertaqwa kpd ALLAH ‘Azzawajalla dan mendengarkan serta ta’at,sekalipun kpd seorang hamba yg memerintahkan(menasihati) kamu.Kerana sesungguhnya barangsiapa yg hidup daripada kamu,maka ia akan melihat byk perselisihan.Oleh itu,hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunah para khalifah ar-rasyidin al-mahdiyyin(yg mengetahui kebenaran serta mengikutinya,yg mendapat pimpinan ke jln yg benar) dan gigitlah kamu dgn geraham gigi kamu.
Dan jauhilah kamu akan perkara-perkara yg baru diada-adakan.Kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat”
[riwayat Abu Dawud dan Tirmizi_tingkatan hadith:hasan sahih]
Dalam hadith di atas,ingin saya tekankan pd bahagian hadith “..dgn bertaqwa kpd ALLAH ‘Azzawajalla dan mendengarkan serta ta’at,sekalipun kpd seorang hamba yg memerintahkan(menasihati) kamu..”
Apa itu taqwa?
Melalui perkongsian dlm halaqah bersama adik2 dan seoran rakan,soalan ini ditanyakan mengikut kefahaman mereka..hasilnya,jwp2 yg diberi..
adakah taqwa itu semata 'takut'??bagaimana utk merasa 'takut' melakukan kemungkaran??adakah perlu utk diacu pistol seperti ini??
- Takut kpd ALLAH
- Amal makruf nahi mungkar
- Meninggalkan larangan ALLAH (nahi mungkar)
- (diam…merenung mungkin)..=)
Melalui hadith ini,mari kita lihat definisi taqwa?
àtaqwa kpd ALLAH bererti memelihara diri dari segala perbuatan yg menyebabkan terkena bencana di dunia dan azab di akhirat.Orang yg beriman diwajibkan taqwa itu atas mereka demi keselamatan hidupnya.
Taqwanya adlh dgn perbuatannya yg diperintahkan oleh agama,dari sekecil2 perbuatan spt sabda rasulullah s.a.w: Takutilah api neraka walaupun dgn sebelah buah tamar,jika tidak mampu maka dgn sepatah kata yg baik
Demikianlah ‘bicara’ taqwa yg sering kita sebut..
Sejauh mana nilai taqwa tersemat dlm hati kita ketika berseorangan mahupun dlm keramaian utk usaha memelihara diri dari segala perbuatan yg menyebabkan terkena bencana di dunia dan azab di akhirat.
Hadith ini cukup emphasize betapa pentingnya pemeliharaan peribadi dari azab dgn konsep taqwa kpd ALLAH..Malahan dlm Quran sendiri sgt menekankan konsep taqwa melalui firman ALLAH di dalamnya:
Allah Ta'ala berfirman: "Hai sekalian orang yang beriman, bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan." (ali-lmran: 102)
Allah Ta'ala berfirman lagi: "Bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan sehabis kemampuan kamu." (at-Taghabun: 16)
Allah Ta'ala berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah dengan kata-kata yang betul - sesuai dengan apa yang sesungguhnya." (al-Ahzab: 70)
Disebalik gossip terkandung umpatan kpd insan lain,andaian tanpa asas,fitnah dan keseronokan yg tiada tujuan..
Bermula dr perbualan biasa yg akhirnya bisa menggoyahkan hubungan persaudaraan..
Bisa juga menghumban kita kpd perbuatan yg dihina Rasulullah s.a.w..
Maksudnya?bertambahkah iman atau berkurangkah?
Jom kita Tanya diri masing2..saya percaya..most of the reader sudah faham,mungkin kita jarang diingatkan dan mengingatkan antara satu sama lain..
Sama juga dlm memelihara batas pergaulan..sering kita cenderung kpd arguement berbanding utk memahami hukum yg ditetapkan..segalanya argue seboleh mungkin utk ‘mengizinkan’ perbuatan yg dilakukan sedangkan konsep taqwa mengajar kita sebaik mungkin memelihara diri dari azab ALLAH…kerana itu di dalam Al-quran Allah pesan..jgn dekati zina..(memelihara diri dgn taqwa dr terjebak dlm maksiat ini)
Bagaimana pula dlm konteks ibadah fardhu?bagaimana tingkatan taqwa ini membantu kita mengutamakan urusan kefardhuan tanpa sebarang alasan?
Cth dlm menunaikan solat..tiada alasan bg kta utk menangguhkan solat tanpa sebarang keuzuran yg memudharatkan..even terlantar di atas katil dgn hanya mata yg mampu digerakkan,solat tetap wajib dilaksanakan di awal waktu.
Juga semasa bermusafir,di mana sahaja seandainya tiba waktu,wajib ditunaikan sesempurna mungkin..
seperti mana yg diceritakan oleh seorang adik di republic chezch,(nur syakirin zakirah)..terpakasa beratur semalaman utk menguruskan prosedur pulang ke tanah air..solat tetap wajib dilaksanakan..biarpun di tepi jalan..
usah tggu berada di katil...telantar sepi...baru teringat utk solat..baru taqwa hendak dibajai...
(cukup jerih pengalaman hendak menunaikan solat ketika terbaring di atas katil di wad ICU Kasturba Hospital...)
Saya yakin,kalian semua memiliki ilmu yg mungkin lebih jauh tinggi dr sang kerdil ini..sama2 kita manfaatkan ilmu ini agar bercahaya kelak di akhirat..
Mohon rakan2 topup andai ada pengisian yg lebih ‘mengesankan hati’ dan jika ada kekurangan dari apa yg disampaikan,harap diberikan teguran dan pembetulan..
Moga kita sama2 beroleh kefahaman ttg taqwa dan aplikasikan dlm setiap saat yg dilalui..
Ayuh kita igt kembali bahawa usia ini tidak menanti tahun atau ulangtahun kelahiran utk membuktikan usia sudah meningkat tetapi setiap saat yg berlalu sudah cukup menggerunkan hati ini bahawa saat meningalkan dunia semakin hampir..namun andai taqwa masih belum difhami,kasihanilah diri kita yg entah apa nasibnya di hadapan ALLAH yg Maha BERKUASA..
Jika hati ini cukup cuak dan gerun melihat setiap masa yg berlalu dlm countdown exam,seharusnya hati ni lebih gerun menghadapi saat kematian yg melambai lambai…beza cuma kita tidak mampu utk mengira bila waktu itu akan tiba!
Namun yakinlah kita bahawa ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang…
Sgt berharap agar kita semua sentiasa berada dlm keredhaan ALLAH…
Igtkanlah diri ini andai apa yg dilaku bukan bagai yg dikongsi…
May HE bless us always with iman and islam till d last breath…
asiif jiddan atas kelemahan diri penulis...sama2 meraih redha ALLAH mudah mudahan..
_ISLAM MILIK BERSAMA_
Ten Sicknesses of the Heart...
1. You believe in the existance of Allah (SWT) but you do not fulfil His Commands.
2. You say you love the Prophet Mohammed (SAW) but you do not follow his Sunnah.
3. You read the Holy Qur'an but you do not put it into practice.
4. You enjoy all the benefits from Allah (SWT) but you are not grateful to him.
5. You acknowledge Shaitan as your enemy but you do not go against him.
6. You want to enter Paradise but you do not work for it.
7. You do not want to be thrown into Hell-Fire but you do not try to run away from it.
8. You believe that every living-thing will face death but you do not prepare for it.
9. You gossip and find faults in others but you forget your own faults and habits.
10. You bury the Dead but you do not take a lesson from it.
1 pesanan:
taqwa kpd ALLAH bererti memelihara diri dari segala perbuatan yg menyebabkan terkena bencana di dunia dan azab di akhirat.Orang yg beriman diwajibkan taqwa itu atas mereka demi keselamatan hidupnya.
ada jugak yang mengatakan secara mudahnya,
taqwa adalah rasa cinta pada Allah yang sehingga sampai rasa takut untuk menerima@ menghadapi kemurkaanNya.
macam dengan mak dan ayah,kiter rasa takut,bile hati mereka terluka , dengan sebab kiter sayangkan mereka..apatah lagi dengan Allah.
jadi soalan seterusnya,macam mana nak rasa cinta pada ALlah ??
kalau ada masa ulasla.kiter tunggu jawapannya.heheh.lambat pun xpe.
terima kasih for the reminder.
moga ALlah kuatkan kite dari hari ke hari.
Post a Comment