"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Wednesday, July 9, 2008

cendawan sama tumbuh dgn kulat...aduhai..


Assalamualaikum wbt..apa khabar hati kita hr ni??

kali ni saya terpanggil utk menulis sedikit ttg matlamat da'wah,jemaah dan kesedaran di kalangan kita sbg 'little' khalifah..
dah lama ingin berdiskusi..cuma memikirkan corak bahasa yg perlu diolah..
entry ini timbul tika mana saya tertanya2 pd diri..mengapa saya lihat terlalu byk organisasi bercorak Islamic yg kita sebut sbg 'jemaah' di dunia ini amnya dan Malaysia khasnya..gambar hiasan..mulimat badar KTT
namun..pertumbuhan organisasi ini sama naiknya dgn kenaikan statistik gejala sosial..mungkin jika saya umpamakan 'jemaah' ini sbg cendawan,gejala sosial pula spt kulat..pertumbuhannya sama..

  • apa kekurangan kita?..saya tidak melihat khusus pd 'jemaah'2 tertentu tetapi secara keseluruhannya..
  • apa aspek yg sebenarnya kita sudah terlepas pandang?
  • apa kekurangan di sebalik matlamat yg sama?
  • mengapa kita tidak berjaya mendekati golongan yg kita label sbg 'runtuh akhlaq'?
  • sejauh mana peranan yg sudah kita ambil?

saya kongsikan dgn kalian satu pengalaman saya bersama seorang junior semasa di kolej dulu,Ema(bukan nama sebenar)..gambar hiasan..nurul di bandung yg sgt dirindui
ptg hr kejadian,saya tgh best main badminton bersama seorang teman...lepas beberapa minit,saya dpt panggilan yg tidak sempat saya jwb..kemudian disusuli messge dr Ema..
"kak naufa,akak bz tak..saya nak jumpa akak..sgt nk jumpa akak..kalau akak ada masa,message saya ye"gambar hiasan..ereen comel yg dirindui..(2 dr kanan)
terus saya stop main..kebetulan dh letih..saya call Ema semula.."assalamualaikum,dik..kenapa ni?ada msalah ke?"
"adik saya kak(sambil teresa-esak)..boleh saya jumpa akak?nk cerita something n nk minta pandangan"
"owh..ok..boleh2..be calm,dik..akak tggu kt belakang bangunan..baru lepas main td..maaf ye"
..saya pun tggu kedatangan Ema..maklumlah,kolej kami bangunannye mmg straight je..takde tempat lain..mungkin ada perkara privacy Ema nk sampaikan..jd saya pilih belakang bangunan..kebetulan baru lepas main badminton kt situ..
sampai saja Ema,saya lihat ada kekusutan di wajahnya..dia memulakan cerita..
"kak,saya baru lepas kol rumah..mak saya nangis teresak2..dia baru lepas marah adik saya,kak..mak ckp adik bohong dia..adik ckp dh solat tp rupa2 nya dia bohong..adik tak mcm ni kak dulu..dia duduk asrama..skrg dia tgh cuti..saya igt adik dok asrama ajar dia lebih berdisiplin..saya sedih dengar mak saya nangis..geramnya saya dgn adik saya.."

"skrg ni,apa yg Ema rasa?"
"marah sgt dgn adik,kak"..sambil mengalir air mata Ema menceritakan kisah adiknya..
"Ema dah ckp dgn adik?"
"belum,kak..dia merajuk..tak nak keluar bilik"
"bagusla belum..Ema,tenang ye..manusia ni iman kita naik turun..kadang kita tewas..if jd kat adik akak,akak pn rasa cam nk cubittttttt je dia...mungkin lg aggressive tindakan tu..tp cuba kita lihat dr sudut lain..bila kita realise manusia tu sifatnya lemah,mungkin ada sebab dia bertindak demikian..dan cara kita bertindak dgn sikap dia pun kena berhati2..if ur mum dah marah dia..sure hati dia tak tenteram dan memberontak..sbb ada benda yg dia nak org lain phm..bukan akak bermaksud kita sokong perbuatan dia tak solat..cuma kita counter masalah dgn menelusi hati manusia..adik Ema mungkin ada reason tersmbunyi kenapa dia buat camtu..bila mak dh marah,kita jgn tambah marah dia..kita jd pelembut hati dia walau pahit utk ditelan..beginilah da'wah..kadang,kerana terlalu ikutkan hati atas dasar amal' ma'ruf nahi mungkar,kita cepat utk bertindak tanpa menelusi dilemma manusia yg sebenarnya mudah dilentur dgn kasih sayang dan memahami mereka..mlm ni Ema call adik..tanya khabar dia..sampaikan pd dia yg Ema sgt rindu pd dia..mungkin dari situ dia mula nk ceritakan apa yg berlaku disebalik tindakan dia..buat masa ni..itu pandangan akak..ok Ema?"
Ema mula nampak lega..sambil tersenyum,"ok,kak..anything saya btau akak.."
(sebenarnya pjg lagi perbualan,tp saya ringkaskan je la..)
gambar hiasan..aqil dan abg ngah..
mlm tu saya mesge Ema tanya khabarnya..
reply dari Ema.."salam,akak..betul ckp akak..adik buat mcm tu sbb dia rasa marah dan sedih kenapa saya yg diberi penyakit tu,bukan dia..dia sgt sedih bila dpt tahu saya ada penyakit tu n tak dpt cure..dia protes dgn ketentuan pd saya.sbb tu dia tak nak solat..mungkin adik belum phm dan dpt terima.kak,dia buat mcm tu sbb sayangkan saya kak..syukur saya belum sempat marah dia ptg td..mungkin keadaan jd lebih buruk if saya marah dia td.weekend ni saya balik nk jumpa adik.saya dh jelaskan sikit sebanyak pd adik..dia mula phm..thnks,kak"
(*Ema mengidap penyakit yg tak dpt cure..saya rahsiakan atas dasar peribadi..alhamdulillah dia etetap menjalani hidup yg normal)

apa yg saya ingin kongsikan melalui cerita td(tidak merujuk kpd Ema) ialah kita sering terlepas pandang tujuan dan cara da'wah..kerana mungkin kita rasa secure dgn keadaan sekeliling kita yg rata2 menyeru ke arah ma'ruf..lebih2 lagi bila kita berada dlm sesuatu organisasi a.k.a 'jemaah'..gambar adik2 di chezch..ukhuwwah itu indah..
  1. kita cepat menilai insan2 yg lain haluannya dr kita..
  2. kita SELALU melabel insan2 lain yg tidak sefikrah dgn kita..
  3. kita TERLALU berprasangka mengapa mereka tidak berminat dgn aktiviti yg kita buat..
  4. kita rasa CUKUP dgn kaedah da'wah yg kita buat..
  5. kita rasa SELESA dgn aktiviti yg kita anjurkan
  6. kita rasa SUDAH TUNAIKAN bahagian kita dlm menyampaikan yg ma'ruf..
hakikatnya..kita terlupa yang
  1. kita TIDAK BERINTERAKSI dgn mad'u dlm suasana ukhuwwah dan kasih sayang
  2. kita sebenarnya TIDAK BERINTERAKSI dgn HATI manusia..
  3. kita TIDAK MENYELAMI MASALAH sebenar mad'u.
  4. kita tidak menyedari DILEMMA insan2 ini
  5. kita sebenarnya HANYA MELIHAT MATLAMAT KITA berbanding punca permasalahan
  6. mungkin juga kita tidak memahami suasana da'wah
  7. atau mungkin kita lupa hikmah dlm da'wah kerana terlalu menuju kpd penyelesaian..
  8. mungkin juga kita rasa selesa@cukup islah dgn suasana secure yg kita lalui dlm organisasi
ini hanyalah apa yg saya lihat melalui pengalaman yg sedikit dan diri yg masih lagi menagih ilmu..
saya juga pernah dan cukup lama berada dlm organisasi..kadang2,ada beberapa persoalan yg saya terlepas pandang..dan hanya saya dpt jawapannya dgn berinteraksi dgn insan2 disekeliling..bila kenal hati budi..tahu cara nk merapati..bila sudah ada bond kasih sayang..mudah utk menyelami..akhirnya mudah untuk memberi..cukup indah da'wah ini..biarpun pahit ditelan..

namun,kita sering tidak melihat da'wah dari sudut ukhuwwah secara keseluruhan..kadang kala kita menumpukan ukhuwwah kpd rakan2 di dlm organisasi sahaja..itu sudah tidak dinamakan ukhuwwah..mungkin saya memanggil fenomena itu sbg assabiyah..sedikit tidak mengapa tetapi bila terlalu ukhuwwah itu disempitkan dgn assabiyah..kesan da'wah makin sukar biarpun beratus2 aktiviti yg kita lakukan..tanpa sedar,kita membina batas antara kita..mungkin kerana terlalu selesa dgn berada diantara rakan2 'seperjuangan' sahaja..cth,pelajar2 bertudung ada kelompoknya..pelajar2 tidak bertudung ada kelompoknya..padahal kita sama2 memiliki pegangan yg sama..laa ilaha illallah..muhammad rasaulullah..
mana tidaknya..kita tidak mengenal rakan2 seagama biarpun belajar di tempat yg sama..tinggal di bangunan yg sama,makan di tempat yang sama..bereakriasi di tempat yg sama..hampir bertembung setiap hari tapi nama tak pernah diketahui..bagimana pula dgn ucapan salam atau senyuman kecil yg mmg diajar dan terkandung dlm hadith...aduhai da'ie..fenomena ini berlaku di setiap kelompok masyarakat biarpun ada berpuluh2 'jemaah'..'jemaah' tetap 'jemaah'..sosial tetap sosial..ada batas..tiada penyelesaian..

"Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. [al-Rum 30:31-32] "



satu lagi fenomena yg dilihat seperti viral infection di kalangan ahli2 yg berada dlm 'jamaah' ialah kelangsungan untuk me'label' insan2 sekeliling..cthnya..if ada rakan menceritakan keaiban dia pada kita (cth:dia tidak berpuasa di bulan ramadhan tanpa uzur yg harus mahupun uzur syar'ie)..kita lantas melihat dia dgn satu pandangan yg tidak menyenangkan..atas dasar mencari penyelesaian, tanpa kita sedari kita buka keaiban itu..ya..kerana atas dasar mencari penyelesaian..mungkin meminta pendapat rakan satu 'jamaah' yg lebih 'afdhal'..=)
..hakikatnya..cerita keaiban dia itu adalah amanah buat kita..seharusnya kita mencari penyelesaian dgn megetahui punca sebenar tindakan dia..(ada insan yg belum faham mengapa dia perlu beribadah,ada insan meninggalkan ibadah kerana protes..mungkin kerana iman yg menurun..dan mungkin juga masih belum memahami hakikat hidup yg tak terduga..)..insan2 ini memerlukan bimbingan insan2 yg sedar..bukan bimbingan semata,tetapi perhatian..
mungkin penceritaan ttg keaiban dia itu kerana tidak rasa senang dlm hati..
namun sedarilah dirinya sedang mencari penyelesaian...tutuplah keaibannya..bimbinglah dgn kasih sayang...bukan dgn hati yg dikaburi matlamat perjuangan semata..
kita sama2 ingatkan diri bahawa insan2 disekeliling kita memiliki latar belakang yg berbeza..tinkatan ilmu agama yg berbeza..tingkatan aplikasi yg berbeza..kefahaman yg berbeza..

"sesungguhnya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka dan mereka menjadi bergolongan-golongan, tiadalah engkau (Wahai Muhammad) terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada Hari Kiamat kelak) apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya). [al-An’aam 6:159]

da'wah itu bukan sekadar menyampaikan..da'wah mengandungi tindakan,reaksi dan hubungan..
da'wah ada kemesraan,pengorbanan,kerahsiaan dan kepahitan..
matlamat da'wah bukan sehari dua boleh dicapai..memimpin mad'u bukan untuk sebulan dua utk melihat kesan..mungkin mengambil masa bertahun tahun,berpuluh tahun..mungkin juga sepanjang hayat..
peringatkan diri..usah terlalu tertumpu melihat kesan kerana kesan tidak akan dtg jika kita melompat..seperti mana kita melompat dari bati ke batu..mungkin sekali di antara batu2 itu ada lopak2 air..mungkin airnya jernih..mungkin ada airnya seperti lumpur..ada yg panas,ada yg sejuk..ada yg berselut..mcm2 ada...andai terus melompat,tidak merasalah kita kesan dari keadaan air itu ..sejukkah,panaskah,baikkah,baguskah..kerana terlalu menumpu kpd destinasi yg belum tentu kita tiba..

mungkin ada yg tertanya,mengapa saya tidak terus type word jemaah..mengapa perlu ada dlm column..
apa yg difahami,jemaah refer selagi mana seseorang insan itu berada dlm kebenaran walaupun seorang dan ada jg dimaksudkan kpd golongan ulama' hadith/feqh..
jd tidak kurang kena nk panggil jemaah..mungkin lebih tepat kita panggil organisasi Islam/da'wah...
sbb itu ada pilihan untuk bersama organisasi ataupun tidak,tidak menjadi hukum..
tidak menyertai organisasi juga bukan bererti tidak menyumbang secara jama'i(jamak/berkumpulan)..
itu sahaja..=)


perkongsian di atas hanyalah sebagai renungan buat diri dan rakan2..pasti ada kekurangan tetapi inilah pandangan dr pengalaman saya menyertai organisasi..penulisan ini tidak mengkhususkan kpd mana2 organisasi termasuk yg pernah saya sertai dan juga yg masih lagi saya bergiat ('exco pemerhati' Semashur Islamic Society) mahupun yang akan saya sertai....hanyalah semata kerana kasihkan saudara2 segama dan mencari jawapan kepada persoalan yg timbul..sama2 kita melihat apa lg kekuranagan yg perlu sama2 kita tampung dan apa lagi yg mampu kita lakukan..tidak kepada apa yg sudah kita lakukan dan berpa byk yg sudah kita jayakan..
"andai ummat terbeban dgn masalah keruntuhan akhlaq,siapakan yg mahu bertanggungjawab?
andai tiada yg menyusul,biarlah kita yg memikulnya...biar sedikit yg mampu dilakukan..biar pahit utk ditelan.."
salam ukhuwwah,salam perjungan..
berjuang ertinya terkorban..rela terhina kerana kebenaran..
hijrah ini memang susah..
hijrah ini memeang payah..
hijrah ini menuju ALLAH..
dihujungnya hasanah..

'wahai tuhan yg Maha Pemurah,
terangi kami dgn nur iman MU,
hanya Engkau tempat kami berserah,
memohon maghfirah di dalam syahdu,

Wahai tuhan yg Maaha Pengasih,
Ampunilah segala dosa kami,
laksana buih di laut memutih,
hanyut ditelan gelombang nafsu,
hari2 yg telah kami lalui,
ingin kami tinggalkan terus bersemadi,
ingin kami kembali kpd fitrah insani,
tak sanggup kami jelajahi rimba duniawi,
bebaskanlah diri kami,
dari dibelenggu dosa,
noda,nafsu durjana,
terimalah taubat kami ya ALLAH,
terangi kami di jalan redhamu,
moga sinarMu terangi
hidup kami yg didalam kegelapan,
kami kembali padaMu ya Rabbi,
Mengadap Mu ya Rabbul Izzati..
segala ketentuan kami pasrahkan,
di hujung penghayatan..'


_people dont care how much we know untill they know how much we care_
_ISLAM MILIK BERSAMA_

2 pesanan:

izzah on Jul 9, 2008, 8:28:00 AM said...

salam..

saje nak tepuk belakang.tapi jauh sangatla pulak..kat kelas nanti jela..hoho..bagus.

kadang2 kiter lupe mereka yang lari dari islam or mereka yang belum faham islam,sebenarnya ALlah bukan je menguji mereka , tapi juga menguji mereka yang berada disekeliling mereka.

setiap dari kiter, ada benda yang kiter kena tanggung kat dunia dan jawabkat akhirat nanti..

insya'Allah,usaha naufa ada ganjarannya.sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi luas kurniaNya..=)

Elham on Jul 9, 2008, 12:34:00 PM said...

we missed our flight to KB and one of the good things that came out of it is i found YOUR blog!! ( aisyah was reading it @ c.nor's)
anyway..... tak sangka Pai ni pandai betul menulis,siap ala2 sastrawan lagi. Very unsankarable!! good work,keep it up!And we are very sorry to hear abt ur illness...semoga ianya dijadikan asbab unt keampunan dosa dan dinaikkan darjat disisiNya.

luv ya!
mama

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template