"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Wednesday, July 23, 2008

BOLOTO KAR ISHARAI???..BOLOTO!!!


Boloto kar isharai?
(tell me,with whose gesture?)

bismillahirrahmanirraheem..
la ilaha illa Anta,subhanaka inni kuntu minazzholimeen..

kesinambungan dari entry sblm ini,saya terima pertanyaan..

"ada jugak yang mengatakan secara mudahnya,

taqwa adalah rasa cinta pada Allah yang sehingga sampai rasa takut untuk menerima@ menghadapi kemurkaanNya.

macam dengan mak dan ayah,kiter rasa takut,bile hati mereka terluka , dengan sebab kiter sayangkan mereka..apatah lagi dengan Allah.

jadi soalan seterusnya,macam mana nak rasa cinta pada ALLAH ??"

mcmana ye?
agak sukar utk saya jwb pertanyaan ini..setiap individu berhadapan dgn mehnah dan kesenangan yg berbeza dlm menghadapi hidup seharian..
cinta pada ALLAH dtg bersama2 taqwa dan iman...tidak kira berhadapan dgn apa jenis situasi..

Ketahuilah bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Dan bertaqwalah kepada Ku, hai orang-orang yang berakal. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman. (Al-Baqarah : 223)


secara umumnya,rasa cinta pada ALLAH akan terasa bila kita merasa hamba kpd ALLAH yg KekuasaanNya meliputi segalaNya..
motivasi untuk merasa cinta pada ALLAH ada di dalam al quran..
jika kita bukan jenis yg mentadabbur al quran pun,..kesihatan aqal menyingkap hakikat sunnatullah(peraturan ALLAH yg tiada perubahan) sudah cukup menyuburkan benih2 cinta pd ALLAH..

lihat saja kejadian kita...
apa yg tgn ini inginkan?kekuatan fizikal,keizinan utk bergerak..dll
dan bila sahaja kelaparan,tgn ini inginkan sesuatu utk disuap ke mulut yg menagih makanan dan perut yg bersiul sumbang...
tgn ini juga diperlukan utk menguasai skill2..
mmg benar,skill2 kita dibwh penguasaan otak...
namun apa guna otak andai tidak disokong oleh anggota?
begitulah cantik penciptan kita jika benar2 diambil teladan..jika benar2 kita berfifkiran demikian,cukuplah rasa lapar dan kenyang silih berganti menjadi penyuntik rasa cinta kpd ALLAH kerana saling kaitannya dgn pelbagai proses anggota badan..physical reflex(ie:pergerkan anggota badan yg boleh dilihat) mahupun visceral reflex(eg:stomach emptying,Hcl secretion in stomach,salivary secretion)

dlm konsep taqwa,bagaimana utk merasa cinta?
cuba kita bayangkan,seorang yg kita tidak tahu siapa,dr mana dtgnya..setiap hari dtg kpd kita memberikan makanan..
sebolehnya kita mahu bertemu dgn si budiman itu..
sungguh pasti yg kita tidak akan lakukan sesuatu sedikitpun perbuatan dan perkataan yg boleh menyakitinya kerana mungkin kunjungan makanan itu akan berhenti dan kembali bersiul si perut ini..(aplikasi konsep taqwa:memelihara diri dari segala perbuatan yg menyebabkan terkena bencana di dunia dan azab di akhirat)
kemudian akan timbul pula rasa rindu pada si budiman td...andai selang hari tidak dikunjungi rasa bagai sebulan..
rindu makin hari memupuk rasa cinta kerana kasihnya kpd org yg telah memudahkan urusan hidup ini dan melakukan kebajikan tanpa rasa sangsi dan menginginkan balasan..
wujudlah cinta...

..dr analogi di atas,saya bawakan satu kisah si yahudi yang buta dan Rasulullah saw..
setiap hari Rasulullah tidak pernah lupa dtg kepada si yahudi ini dgn bekalan makanan...bukan sekadar itu sahaja,malah disuapkan ke mulutnya..'what you give you get back'..inilah pegangan yg ramai di antara kita pegang sbg motivasi hidup..
tapi berlainan dgn Rasulullah,...suapan demi suapan yg diberikan dibalas dgn cemuhan dan penghinaan oleh si yahudi tadi yg tidak sedar org yg dicemuh itu adalah yg sedang menyuapnya..
org yg dihina itu adalah org yg dtg setiap hari kpdnya membawa makanan..setiap hari dia berkata
“Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka
kalian akan dipengaruhinya”..

namun Rasulullah saw tidak membalas dgn kejahatan...terus dilakukannya berterusan rutinnya itu..
sehinggalah wafatnya Rasulullah saw,saidina Abu Bakar bertanyakan kpd aisyah RA jika ada apa2 lg urusan Rasulullah yg menjadi rutin baginda belum lagi ditunaikan..
“Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”.

Aisyah RA menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah
dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan
kecuali satu saja”.

“Apakah Itu?”, tanya Abubakar RA.
“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan
untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis
itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai
menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, “Siapakah kamu ?”.
Abubakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa.”
“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, bantah si
pengemis buta itu.

“Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu
menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut
setelah itu ia berikan padaku”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil
berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang
padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu
telah
tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW"

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan
Abubakar RA, dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?

Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah
memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi,
ia
begitu mulia…. “

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan
Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

begitulah kiranya semaian dari rasa syukur kpd rindu dan cinta..
namun kerana tidak prihatin kpd apa yg disekeliling,kita jauh dari cinta..

ALLAH bukan sekadar memberi kita makan,DIA kurniakan rezeki dlm pelbagai bentuk...kasih sayang,aqal yg sihat dan sebagainya yg tidak perlu kita minta dan rayu..

ayuh kita renung bersama setiap kejadiaan ALLAH yg terjadi pada diri kita dan sekeliling kita..
belum cukupkah lagi utk menanam benih cinta?..belum cukupkah lagi menjadi alasan utk kita bertaqwa??

nilai pula betapa eloknya kejadian kita..ada org lain diuji dgn kekurangan fizikal,kesihatan even mental juga..

namun kita hanya sesekali diuji dgn sekecil2 ujian..itupun kita sambut dgn beribu keluhan...

ujian yg sedikit dinilai seperti berperang di medan yg sgt getir..dibekalkan pula dgn usaha yg sedikit bahkan mengharapkan pulangan yg hebat??!...bagaimana utk merasa cinta jika begini mentalitinya?...seusai pula dari ujian itu,terasa bebas dr tanggungjawab...terasa bagai keluar dari sangkar...

namun igtlah,dgn merasa beginilah kita tidak pernah bebas dari sangkar dunia...tidak mampu merasa secalit cinta pada ALLAH....cinta di kala diuji,cinta dikalan diberikan kesenangan...cinta yang tidak ada syarat..

kita kata hidup seorang muslim bermatlamatkan akhirat..namun teman2,andai matlamat akhirat hanya bermain di bibir tp di hati tidak merasakannya...bagaimana utk merasa cinta pd ALLAH?sedang cinta dunia tak bisa padam?

jika ini terus berlaku,tinggallah kita dlm 'kitaran bodoh' melalui hari2 yg bakal menamatkan usia kita di dunia ini..

kerana kita sering lupa kewujudan yg Maha Kuasa ini sehinggakan tidak timbul rasa cinta kpd Tuhan Yang Maha Luas RezekiNya dan Maha Melindungi ini..bukan sekadar lupa hai teman2,kita juga tidak rajin mengingatkan diri..

saya tinggalkan teman2 dgn firman ALLAH...sama2 kita tadabbur maksud ayat ini..

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertaqwalah kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan.

Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepada-Nya, kemudian apabila Tuhan merasakan kepada mereka sedikit rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian daripada mereka mempersekutukan Tuhannya, sehingga mereka mengingkari akan rahmat yang telah Kami berikan kepada mereka.

Maka bersenang-senanglah kamu sekalian kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu). Atau pernahkah Kami menurunkan kepada mereka keterangan, lalu keterangan itu menunjukkan (kebenaran) apa yang mereka selalu mempersekutukan dengan Tuhan? Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu.

Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan
kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa. Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. (Ar-Ruum : 30-37)

Boloto kar isharai(Tell me, on whose gesture?)
Golap tar gondho bilai?(Does the rose give out its fragrance?)
Boloto kar isharai(Tell me, on whose gesture?)
Megher pahar brishti jhorai?(Do the clouds release their downpour?)

boloto kar isharai??
(with whose gesture?)
kita hidup di dunia ini dgn sejuta kelapangan berbanding kesususahan...
usahlah kata anda berada di medan perang kerana mujahid itu yg cintakan ALLAH..
ayuh kte rasai 'kelazatan' cinta pada ALLAH..
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

1 pesanan:

izzah on Jul 23, 2008, 9:56:00 PM said...

terima kasih bebanyak for the reply.hanya Allah yang mampu membalas..=)

banyak nak kena digest ni.

insya'Allah,hari ni lebih baik dari semalam.

banyak kerja lagi nak buat ni sebelum dapat meraih gelaran al-muflihuun..

betullah,"hidup ini perjuangan , tiada masa untuk berpangku tangan."

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template