"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Friday, October 31, 2008

Engkau ingin berjuang...

2 pesanan
Engkau ingin berjuang...
tapi tidak mampu menerima ujian..

Engkau ingin berjuang...
tapi rosak oleh pujian..

Engkau ingin berjuang...
tapi tidak sepenuhnya menerima bimbingan..

Engkau ingin berjuang...
tapi tidak setiakawan..

Engkau ingin berjuang...
tapi tidak sanggup berkorban..

Engkau ingin berjuang...
tapi ingin kelihatan..

Engkau ingin berjuang...
tapi menjadi pengikut engkau segan..

Engkau ingin berjuang...
tolak ansur tidak engkau amalkan..

Engkau ingin berjuang...
tapi tidak sanggup terima cabaran..

Engkau ingin berjuang...
kesihatan dan kerehatan tidak sanggup dikorbankan..

Engkau ingin berjuang...
masa tidak sanggup engkau luangkan..

Engkau ingin berjuang...
dirimu tidak engkau tinggalkan..
disiplin diri engkau abaikan..
janji kurang engkau tunaikan..
kasih sayang engkau jualkan..

Engkau ingin berjuang...
dirimu tidak engkau tinggalkan..
rasa bertuhan engkau abaikan..

Engkau ingin berjuang...
iman dan taqwa engkau lupakan..

Engkau ingin berjuang...
tapi dunia masih menjadi keutamaan..

Engkau ingin berjuang...
tapi panggilan tuhan engkau lewakan..

adakah engkau pejuang?





berjuang tidak semestinya dengan peperangan..
kadang kau jadi musuh dirimu sendiri..
namun kebejatan membunuh hatimu..
engkau diperlukan..
namun engkau sudah merasa diperlukan..
sedangkan engkau perlukan perubahan..
hampir kepada tuhan..
ingatlah ingatan dari al quran..

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (103) (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. (104) Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (105)
Al Kahfi: 103-105

Wednesday, October 29, 2008

Terbinanya BAITUL MUSLIM

1 pesanan
Bismillahirrahmanirrahim..

Kehadiran bulan Syawal kerap diraikan bukan sekadar majlis hari raya dan rumah terbuka,malah sentiasa meriah dengan jemputan walimah baitul muslim.

“Di antara tanda-tanda (kebesaran dan kekuasaan) Allah adalah Dia menciptakan dari jenismu pasangan-pasangan agar kamu (masing-masing) memperoleh ketentraman dari (pasangan-pasangan)-nya, dan dijadikannya di antara kamu mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir. (QS.al-Rum [30]:21)"

Sempurnalah sebahagian dari agama dengan sempurnanya lafaz ijab dan qabul bersaksikan manusia,malaikat dan Yang Maha Mengetahui.

Disebalik Syawal,berlaku peristiwa bersejarah pernikahan Rasulullah S.A.W dengan Saidatina Ai'syah r.a.
Tanggal tahun pertama Hijrah,Ai'syah r.a menjadi suri hidup Rasulullah SAW..

Pada usia seawal 9 tahun,saidatina Ai'syah r.a telah pun memasuki alam kematangan dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga.Sebelum pinangan Rasulullah SAW diterima oleh saidina Abu Bakar(ayahanda Ai'syah), Ai'syah telah pun dipinang oleh keluarga Mut'im bin A'di untuk anaknya,Jabir bin Mut'im.Ketika Rasulullah menyampaikan hasrat baginda,Abu Bakar telah menangguhkan dahulu penerimaan bagi pihak Ai'syah.

Abu Bakar telah menemui keluarga Mut'im untuk memastikan penerimaan di pihak Jabir..Namun,setelah rundungan dilakukan dengan keluarga Jabir,org tua Jabir telah memutuskan untuk tidak menikahkan anak mereka dgn Ai'syah kerana khuatir Jabir akan keluar dari agama asal mereka dan turut serta memeluk Islam.
Selepas ternyata bebas,Ai'syah dinikahkan dengan Rasulullah SAW.
Kisah ini juga membuktikan bahawa ketika Rasulullah menyatakan hasrat untuk menyunting Ai'syah menjadi suri hidup baginda,Ai'syah telah pun bersedia untuk memasuki alam rumah tangga..Bukan seperti fitnah yang dilemparkan oleh org2 Kafir yang menuduh baginda sebagai pedophile(
adult with sexual desire for children).
Tambahan,tuduhan yang dilemparkan atas alasan Ai'syah tidak terus menetap bersama Rasulullah selepas perkahwinan kerana masih kanak-kanak adalah tidak berasas sama sekali.
Jika dikaji sejarah pernikahan baginda dan Ai'syah,hakikat sebenar di sebalik pengasingan Rasulullah dari Ai'syah adalah kerana Rasulullah belum lg menyempurnakan mahar kepada Ai'syah.

dalam sebuah riwayat menceritakan bahawa Abu Bakar bertanya kpd Rasulullah,"apakah sebab yang menghalang tuan dari bersama isteri tuan?"
Rasulullah lalu menjawab,"mahar adalah halangannya"
Lalu Abu Bakar memberikan beberapa Nash(bentuk wang yang bersamaan lebih dari 500 dirham) kepada Rasulullah untuk menyempurnakan mahar perkahwinan baginda.
Tindakan Abu Bakar ini juga telah membuktikan bahawa Ai'syah sememangnya dlm keadaan yg sudah sedia untuk bersama suaminya(ie:alam berumahtanngga) dan bukan lagi menjalani kehidupan kanak2 yang perlu dijaga oleh orang tunya.

Sekadar ini sahaja perkongsian saya dengan kajian yg sedikit..Mohon informasi tambahan dari rakan2 yang lebih arif dengan sejarah Islam..Sedikit sebanyak,saya harap perkongsian ini membantu menjawab persolan-persoalan yang mungkin berlegar2 di minda kita semua akibat tidak mengenal sejarah Islam..

Kesempatan ini juga ingin saya ucapkan selamat pengantin baru buat pasangan2 yang baru sahaja diijab qabul sepanjang syawal ini...especially to:

ABG NGAH & KAK EMA
25 Oct 2008 , 25 Syawal 1429H


FRODO & AIN RAZAK
3rd Oct 2008 , 3 Syawal 1429H



..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, October 26, 2008

gambar proses kejadian anak ayam..Hebatnye ALLAH!

2 pesanan
Assalamualaikum semua!!
jom kita teliti salah satu dr jutaan kebesaran Ilahi...dari sekecil2 telur kuning berkembang menjadi anak ayam...
p/s:proses kejadian manusia berkali ganda hebat!..if dpt gambar,saya post kt next entry..

sambil melihat...sambil zikrullah...
























finally...cakkkk!!..

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Thursday, October 23, 2008

Kekasihku seru...

0 pesanan

Kekasihku...

Marilah kepadaKu
Wahai hamba-hambaKu
Bersegeralah pulang, ke pangkuanKu
Aku tetap menerimamu, percayalah padaKu
Kamu hamba ciptaanKu lemah dan lalai adalah watakmu

Aku mahu akuilah kelemahan itu
Setiap kali bersalah kamu datang padaKu
Mengakulah bersalah menangislah didepanKu
Tanda penyesalan yang tidak sudah

Ketahuilah wahai hambaKu rintihan orang yang berdosa
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya'
Jangan bertangguh-tangguh lagi

Siapalah yang tidak bersalah
Kamu adalah hamba, Aku suka orang yang mengaku salah
Aku cinta pada orang yang bertaubat

Wahai hamba-hambaKu
Minta ampunlah kepadaKu
Aku tetap menerimamu, bukanlah Aku Tuhanmu
KasihKu kepadamu melebihi kasih ibu kepada anaknya

Begitulah kehendaklah Allah
Kepada hamba-hambaNya
Mengikut keterangan al-Quran dan as-Sunnah

-sumber:anonymous-


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, October 19, 2008

Tuhan memanggil tanpa punch card..

1 pesanan
Salam semua..

Mari berkongsi..moga dpt manfaat bersama..
hati rasa sedih bila mendengar lagu ni(satu cinta-hasnul diwani,tuhan memanggil-nada murni)..rasa bersalah,kesal,kerdil,kurang bersyukur dan segala-galanya yg melihatkan diri ini hamba yg lemah dan alpa..


Tuhan memanggil, ku tidak menyahutnya
Tuhan memanggil , aku mendengar saja
Tuhan memanggil aku, ku sahut sekali - sekala
Tuhan memanggil aku, ku cuba menerimanya.

Tuhan memanggil, ku sahut bertalu - talu
tuhan memanggil, ku jemu menyahutnya
tapi aku memaksa diriku menerimanya
itulah diri aku belum jinak dengan tuhan
aku akan jinakkan dengan bermujahaddah.



satu cinta - hasnul jamal

Ya ghaffar....
ighfirlana zhunubana..
watub 'alaina..
wa'fu'anna...
ya Maulana..

oh tuhanku..
Engkau dengarlah rintihanku..
di waktu keheningan malam Engkau dengarlah rintihanku...
Engkau terimalah bisikanku
di waktu keseorangan Kau kabulkanlah doaku
walaupun aku tidak pandai memohon

aku hambaMu yang hina ini
dtg kpdMu di waktu waktu kegelapan malam
mengadu segala kesalahan
memohon dgn rahmatMu
ampunan dan kemaafan dipinta

aku dtg kepadaMu menyerah diri dengan penuh penyesalan
aku tersungkur ke hadratMu Tuhan
menyerah diri dgn penuh kehinaan
oh...Tuhan

sudah aku bersungguh beramal
namun banyak cacat celanya
bahkan aku andai derhaka
ditambah lagi dengan dosa-dosa
jauhariku yang belum dapat aku tinggalkan

Tuhan...
sebenarnya aku tersiksa dengan dosa
jiwaku tidak tenang dengan segala kesalahan
kerana itulah aku,dtg kepadaMu
memohon keampunan

ampunkanlah aku Tuhan
kalau Engkau tak ampunkan
hidupku sudah tiada baki apa-apa lagi
kaya pun tiada guna
apatah lagi miskin papa
segala yang aku miliki sudah tiada nilainya
hidupku tiada sempurna

Aku dtg kepadamu menyerah diri dengan penuh penyesalan
Aku tersungkur ke hadratMu tuhan
menyerah diri dgn penuh kehinaan
ooo...Tuhan terimalah..
Aku kan hambaMu....

Both senikata menyentuh hati...hakikat insan mahukan hiburan..syukur hiburan spt ini menjadi pilihan...
Namun hati lebih mudah tersentuh dgn ayat Quran biarpun tidak dilagukan...sugguh hebat Kalamullah..benarlah maksud ayat..."diturunkan Al Quran sbg pengubat hati"

Sedarkah kita dlm kehidupan seharian,kita sering 'tersangkut' dgn demand or command to be on time...ke kelas,kerja,usrah,meeting,study mahupun dlm menjalani rutin harian.ie:ke bilik air,memasak,...etc..etc..
sering kita dahulukan setiap pekerjaan kerana patuh kpd 'tuan' keadaan...ie:lecturer,organisasi,naqibah,buku,exam....etc..etc..without failure,we succeed to give excellent attendance each day..perhaps only a few negligence..
we can have distinction or 100% attendance..
we able to get award for 'the most on time employee'...
we manage to punch card as early as possible..

Tapi bila tiba waktu solat..waktu memenuhi panggilan "TUAN segala tuan",we fail to submit on time..we neglect it as much as we could..as much reason we give for not to give merit to the call..
but to realise for whatever negligence,He never fail to grant us with life,wealth,health..etc..etc..(lots of nikmat and rahmat)..

Cth:if kita terbangun or sengaja tanak bangun for Subuh,still kita dikurniakan rezeki..masih diberi belas ihsan...
dlm melalui hidup seharian,kita sering utamakan urusan dunia dari akhirat..sedangkan jika kita dahulukan akhirat,dunia akan 'tunduk' dan bersama2 kita...
if clash antara waktu study dan solat,kita selalu lebihkan study....sering kita lewatkan panggilan 'TUAN segala tuan'...padahal kita sering mengharap kpdNYa..
cth lain,seandainya anda terlepas satu rancangan TV yg sangat kita minat(exmple to those yg minat dgn drama bersiri) disebabkan ada kelas yg mesti dihadiri...tentu most of you rasa kecewa,sedih,hampa...habis je kelas terus bergegas cari sumber2 yg boleh sampaikan jln ceritanya...
tapi lain pula bila kita terpaksa melewatkan solat atau terlepas waktu solat kerana keadaan yang sama...jarang untuk kita bertemu dgn insan yg akan menangisi keadaan tersebut lalu terus-terusan beristighfar...namun saya pasti masih ada hati2 lembut yang merasai kesayuan berada dlm keadaan tersebut...pernah berlaku sewaktu belajar di Kolej Teknologi Timur...jr yg takkan saya lupa sehingga ke hari ini...F.Z..bertembung di koridor tak pernah kontang lidahnya memberi salam pada saya,lalu izin untuk dahulukan solat yg dipinta dalam keadaan apa sekali pun..
saya pasti,masih ramai lagi yg memiliki hati sepertinya...memiliki hati untuk hampir denganNya dan hampir dgn panggilanNya..

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha to punch card on time!...always be on time!!..in any circumstances...we obey...obey to answer the call...

Something for us to ponder...Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan(tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Saturday, October 18, 2008

DIAM!!..nape kena diam??-->"Silent is Bliss"

1 pesanan

tichého je blaženost
मूक परमानंद है



salam sume 'penerjah2 terhormat'...

mari kita kurangkan bicara..bekata2 bila perlu...
kadang2(sebenarnye most of the time),kte sgt cenderung kpd khabar2 angin atau sgt suke berbincang perkara2 'hangat'..hmm...gossip...bleh jd macam2 isu..isu negara,isu politik,isu keluarga,persahabatan...dll yg tak sepatutnye dibualkan...

sedar tak sedar sebenarnya setiap 'hujah2' yg terkeluar akibat khabar angin ni if nk dijadikan bukti kt mahkamah pun tak laku....ni kan pula nk jadi saksi dari setiap percakapan...sering bersangka2 dan menjadikan ianya suatu cerita atau topik perbualan....
pasti...setiap minggu ada sahaja topik baru...yang belum terbukti validity...
yang pasti,diri yang menyampaikan pun tak tentu mampu menjadi saksi atas setiap percakapan yg di'muntahkan'...
malang sekali bagi kita di akhirat nnti...lidah yg berkata2 menjadi saksi akan setiap 'hujah2' palsu tersebut...ada org kata...ada mulut,kita cakap...ada suara,kita lantangkan..
inilah konsep yang diguna pakai bg kita2 yg tidak bersyukur dgn nikmat pancaindera yang diberikan..sgt payah bila sudah sebati dgn nikmat yg diberikan,nikmat tesebut digunakan secara hentam keromo sahaja..'hentam' dan terus 'hentam'....hujungnya kita yg di'hentam' semula dgn 'azab ALLAH yg Maha Hebat...na'uzubillah...
adakah dengan diam bererti kita tidak punya suara?adakah dgn diam bermakna manusia itu cacat?
apa hikmah disebalik diam seperti yd Rasulullah sebut melalui hadith baginda?
“Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

“Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya”.( RW AT-TARMIZI )

bahaya yg bagaimana kita akan terlepas daripadanya tanpa berkata2?
#bahaya mengumpat
#bahaya menipu(salah satu sifat munafiq)
#bahaya fitnah(yg boleh mengancam diri kita dan keluarga even di dunia lagi)
#bahaya permusuhan antara saudara
#bahaya LUNTURNYA IMAN

diam...
tanpa kata aku mampu...
tapi selalu saja aku layu..
hanya dengan satu usikan 'hai'..
hanya dengan satu pertemuan...
aku muntahkan bicara pleonasme..
tanpa sedar aku layu dengan bicara..
lidahku basah yang kontang...
terus terusan memuntahkan debu-debu..
yang mungkin dengannya bersama 'jisim2' palsu..
mungkin juga padanya dilambak virus2 liar..
jahat...
benci..
hasad...
dengki...
tanpa tapis yg murni..
itulah aku bila tidak mampu diam lagi..
sampai masa aku menjadi kaku..
tubuhku layu...selamanya layu..
akhirnya aku mampu diam..
diam dalam kesakitan...
diam disalut kerugian...
akibat dulu aku tidak mahu untuk diam..
diam...satu hikmah yang sangat besar..
aku kerugian..
mungkin dulu aku mampu untung dengan diam..
tapi kini aku diam aku diam si muflis..
muflis di hadapan tuhan...
dek kata seperti machine gun tanpa sasaran..
aku iri melihat pencinta diam..
diam dlm erti...
berkata bila dihajati..
hikmahnya tersembunyi..
bg diri yang mahu koreksi...
diam...
hikmah yg wujud tanpa bicara...

-pai-171008-Manipal-

people dont care how much we know untill they know how much we care.._ISLAM MILIK BERSAMA_

Monday, October 13, 2008

मित्र صديق. Freund приятель

1 pesanan
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”
(H.R al-Hakim)
Bismillahirrahmanirraheem...

10 0ct yg lepas,i have halaqah with juniors..(horiah,dila,maisarah,aisyah,munirah,syu,hajar...& jr which i cant recall ur name..very sorry!)
Izah,amy,tikah,pearl,auz and a few more cant join us coz they have something else to do...tikah pi jogging!=)

For horiah and dila,we revised a simple question that i have asked them before their previous vacation...the same question i've asked few jrs in jogja during my visit there..

'an abi hurairah r.a qol..qola Rasulullah s.a.w,qola..:
"inna ahadakum mir'ata(mir'ah-cermin) akhi.fain ra a bihi aazha wa yum thihi 'anhu"
-sesunngguhnya dari seorang daripada kamu itu cermin kepada saudaranya.jika terlihat akan dia dengan cermin itu satu kemudharatan,maka dibuangkan daripadanya-
*hadith ini dhaif(lemah) dari segi sanadnya(sambungan dari perawi-perawi) tetapi sahih(benar/baik) dari segi matannya(isi/kandungannya)..

Persoalan yg ditanya kpd adik2 ni adalah?
-apa significant Rasulullah umpamakan sahabat kpd sahabatnya adalah umpama cermin..kenapa cermin?kenapa tidak seperti helmet ke yg bleh melindungi kepala?or kenapa tak seperti minyak wangi seperti yg disebut dlm pepatah arab.....“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

to those yg baru first time(batch 23:hajar,aisyah,mun,syu and jr-i-cant-recall-her-name)having discussion in our so called 'halaqah',some of them never heard about this hadith(maybe sbb hadith ni lemah) and some of them heard it but never thought to think about the significant of the mirror mention in the hadith..
for dila and horiah,they hardly can recall what i've told them before,maybe due to excitement of going home rather than reminding themselves on the 'pengisian'..
but to be truth,i expect this will happen ..hehe..coz--->Rasulullah SAW bersabda: "Sesunguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cobaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa' (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat". [Silsilah Hadits Shahih No. 2276]

jadi masing2 pun having their calories burn to come out with their answer...come on,dik!critical thinking!!..
most of them came out with similar answer..just differ in the way they convey it in words..
the most part which make me satisfied with them is their eagerness to think and not hesitate to come out with their own oppinion..i remember mun relate it with 'sahabat umpama minyak wangi' while others emphasize more on mirror as reflector of the other sahabat...

kenapa ye Rasulullah emphasize yg sahabat tu ibarat cermin?why cermin?
jom kita lihat sifat2 cermin dan relate dgn sifat2 sahabat yg ideal dicontohi..

1.cermin ni act as reflector:
a)if kita ada something yg slack kt anggota badan kita,eg:parut/luka accident ke..cermin ni terus akan bagitahu kehadiran parut/luka tu and where exactly it situated...so that boleh la sape2 nk touch up or dptkan rawatan..

-means that sahabat yg diumpamakan seperti cermin ni akan memberitahu secara jujur keburukan kita untuk diperbaiki..dan apa yg ditegur itu bukan menambah buruk keadaan dan perasaan kita-

b)if kita ada keelokan rupa paras,cantik,comel,hidung lawa,mata lawa etc etc (setiap org memiliki kelebihan yg variasi),cermin ini akan menampakkannya secara jelas kpd kita..

-pengajarannya,sahabat ini menghargai setiap kelebihan sahabatnya malah meraikannya juga..bestnye ada sahabat mcm ni...takde dengki2,hasad.....etc etc..-

c)cermin akan menampakkan secara langsung riak wajah kita yg menggambarkan emosi kita ketika itu..

-sahabat ibarat cermin ni akan memahami atau cuba memahami keadaan kita(i.e:emosi)..dan akan bersama2 kita dalam situasi apa sekali pun..

2.Cermin ni sifatnye bisu...if kita ckp depan cermin pun takde la kita dengar suara kita dlm cermin..or if ada org sekeliling kita yg tgh bercakap2,kita takkan dengar suara mereka keluar dr cermin..
cth:if kita bercakap ttg kelemahan kita depan cermin...rasa2,ada org lain akan tahu tak?
maksud yg nak disampaikan ialah sahabat yg baik akan menyimpan keburukan,kelemahan atau keaiban sahabatnya dari pengetahuan org lain..cukuplah antara mereka mengetahuinya dan cuba perbaikinya...inilah sahabat yg kita impikan...cuba kita muhasabah diri kita,adakah kita seperti yg dikatakan 'sahabat ibarat cermin' ini..adakah kita sentiasa menutup keaiban sahabat kita??atau sebaliknya?...fenomena gossiping byk merendahkan sifat2 sbg seorang sahabat yg baik..mudah mudahan kita dijauhkan drpd sifat ini...






3.Cermin sgt istimewa even bila dh pecah seribu
...kenapa ya?..ok...cuba kita baling cermin tu..or kita tumbuk2 cermin sampai cermin tu retak or pecah seribu...hmmm...rasa2nya,apa pengajaran yg kita dpt dr sifat cermin ni?.......utk yg ke-3 ni,saya tak nak bg jawapan dulu..mungkin ada rakan2 yg boleh elaborate apa yg nk saya sampaikan..saya yakin ada rakan2 yg igt ttg perbincangan ni especially kak yani,kak fid,izzah,ziilal,anaconda.....sahabat2 lain pun boleh turut berikan jawapan!!...ayuh...kita fikirkan bersama ke arah kesempurnaan akhlaq seorang sahabat kepada sahabatnya yg Rasulullah pesan kpd kita...


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, October 12, 2008

mata awan....

0 pesanan

Bismillahirrahmanirrahim...sobahul khair!


Alhamdulillah dah genap seminggu berada di india after long holiday...
Sebelum balik hari tu cuaca di sini hujan yg sangat lebat dan jarang berhenti tp kali ni langit kembali terik dgn panahan sinar matahari.i've a very bad head ache since 3 days..maybe migrain,dehydrated and effect from bleeding..steadfast in consuming madu and supplement really help me to gain energy to stand whole day long..

Talking about matahari(aqil called it 'mata awan'),saya teringat satu conversation dgn ayah masa atas kereta on our way back to Kota Bharu..
Kesimpulan dari diskusi tu,buatkan saya termenung panjang sambil istighfar dan syukur silih berganti..pengisiannya lebih kurang begini..
-->nak lihat kebesaran ALLAH bukan susah..tak perlu cari perkara2 ajaib atau tunggu cerita2 misteri..cukuplah merenung keadaan sekeliling dan perjalanan hidup ini..lihat saja matahari yang memancarkan cahayanya...never fail to lit us everyday..sentiasa mengikut aturannya..bayangkan sekiranya tiba2 matahari 'buat hal'...bila pagi ia tidak memancarkan cahaya tetapi bila malam tiba2 bercahaya dgn terik sekali...tentu sekali akan terganggu norma kehidupan kita semua..

"Katakanlah: 'Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan Rasul-Rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman." {QS. Yunus: 101}
"Allah mempergantikan malam dan siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, terdapat pelajaran yang besar bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan." (QS. an-Nuur: 44)

Dari sudut matematik,kita sedia maklum Matahari adalah bintang yang terdekat dengan Bumi dengan anggaran jarak kira2 149.680.000 Km (93.026.724 mil)..jauh kan??
Namun cahaya dan bahang panas matahari tetap dapat kita rasai di bumi..lihatlah betapa luasanya kawasan yg disinari cahaya matahari..apalah yg termampu oleh kita yang termampu hanyalah menerangi ruang kamar dengan cahaya lampu yang tidak terjamin hayatnya..
tambahan untuk dibandingkan dgn kehebatan cahaya matahari yang membantu proses produksi vitamin D dalam badan kita secara ringkasnya spt di bawah,

7-Dehydrocholesterol --(action of UV light unto skin)-----> cholecalciferol(preVitaD)

--(enzyme in liver)-->25-hydroxycholecalciferol--(enzyme in kidney)-->calcitriol(active form ofVitaD)

lampu yang dicipta manusia tidak memiliki sifat cahaya yang mampu membantu proses ini..sbb tu one of the causes that lead to vitamin D deficiendy is less exposure to sunlight...

Dan dengan kehebatan cahaya matahari memancar sehingga mampu menerangi permukaan bumi dapat membantu kehidupan seharian..secara tidak langsung juga membantu makhluk2 lain umpama binatang2 dan tumbuhan hidup sempurna..kesinambungan ini juga membantu menstabilkan ekosistem manusia..
pernah terfikir tak bahawa jarak yg tersedia ada antara bumi dan matahari ini merupakan jarak yang paling sesuai untuk terciptanya suatu kehidupan yang ideal untuk kehidupan makhluk2 di bumi ini.Mungkin seandainya jaraknya ini lebih dekat dari yang sekarang, maka segala kehidupan yang ada di atasnya akan langsung terbakar dan hangus dalam sekejap...dan mungkin pula seandainya jarak itu semakin jauh,maka berkuranglah suhu dan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem yang meruncingkan..

hebat bukan??..sgt hebat pencipta sang matahari ini..

seringkali kita mengeluh akibat kepanasan dari sinaran matahari...sedarkah kita haba dari sinaran inilah yang membantu menyeimbangkan suhu bumi dan 'kepanasan' inilah yg bantu mengeringkan baju2 di ampaian!!!


matahari oh matahari...sgt jauh tapi terasa dekat...kerana sang pencipta matahari ini mahu kita merasa hampir dengan kekuasanNya..merasai nikmat dari penciptaanNya..lalu tunduk menghambakan diri hanya kepadaNya...cukuplah mengenangkan keajaiban matahari yg boleh dilihat dan dirasai tempias panas sinarannya setiap hari untuk kita bermuhasabah akan kehebatan ALLAH yg tidak mengantuk apatah lagi tidur..

Dari sudut sains pula kita lihat
dengan adanya gerakan bumi dan matahari, kita dapat menyaksikan terjadinya waktu Shubuh di suatu tempat dan waktu Zhuhur, Ashar, Maghrib, Isya’ serta pertengahan malam di tempat lain pada waktu itu juga. Setiap saat matahari dapat tenggelam, terbit, dan berada tepat di atas kepala.Oleh itu, kita dapat melewati satu hari penuh dengan sangat teratur...

cukup dgn memandang langit..melihat keajaiban sang matahari menjalankan 'tugasnya' membuatkan diri berasa kerdil dan lemah...
moga sedikit perkongsian ini membawa kita semua kpd bertambahnya iman..

"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (QS. adz-Dzariyaat: 47)
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_
 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template