Kekasihku...
Marilah kepadaKu
Wahai hamba-hambaKu
Bersegeralah pulang, ke pangkuanKu
Aku tetap menerimamu, percayalah padaKu
Kamu hamba ciptaanKu lemah dan lalai adalah watakmu
Aku mahu akuilah kelemahan itu
Setiap kali bersalah kamu datang padaKu
Mengakulah bersalah menangislah didepanKu
Tanda penyesalan yang tidak sudah
Ketahuilah wahai hambaKu rintihan orang yang berdosa
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya'
Jangan bertangguh-tangguh lagi
Siapalah yang tidak bersalah
Kamu adalah hamba, Aku suka orang yang mengaku salah
Aku cinta pada orang yang bertaubat
Wahai hamba-hambaKu
Minta ampunlah kepadaKu
Aku tetap menerimamu, bukanlah Aku Tuhanmu
KasihKu kepadamu melebihi kasih ibu kepada anaknya
Begitulah kehendaklah Allah
Kepada hamba-hambaNya
Mengikut keterangan al-Quran dan as-Sunnah
-sumber:anonymous-
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_
_ISLAM MILIK BERSAMA_
0 pesanan:
Post a Comment