Kehadiran bulan Syawal kerap diraikan bukan sekadar majlis hari raya dan rumah terbuka,malah sentiasa meriah dengan jemputan walimah baitul muslim.
“Di antara tanda-tanda (kebesaran dan kekuasaan) Allah adalah Dia menciptakan dari jenismu pasangan-pasangan agar kamu (masing-masing) memperoleh ketentraman dari (pasangan-pasangan)-nya, dan dijadikannya di antara kamu mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir. (QS.al-Rum [30]:21)"
Disebalik Syawal,berlaku peristiwa bersejarah pernikahan Rasulullah S.A.W dengan Saidatina Ai'syah r.a.
Tanggal tahun pertama Hijrah,Ai'syah r.a menjadi suri hidup Rasulullah SAW..
Pada usia seawal 9 tahun,saidatina Ai'syah r.a telah pun memasuki alam kematangan dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga.Sebelum pinangan Rasulullah SAW diterima oleh saidina Abu Bakar(ayahanda Ai'syah), Ai'syah telah pun dipinang oleh keluarga Mut'im bin A'di untuk anaknya,Jabir bin Mut'im.Ketika Rasulullah menyampaikan hasrat baginda,Abu Bakar telah menangguhkan dahulu penerimaan bagi pihak Ai'syah.
Abu Bakar telah menemui keluarga Mut'im untuk memastikan penerimaan di pihak Jabir..Namun,setelah rundungan dilakukan dengan keluarga Jabir,org tua Jabir telah memutuskan untuk tidak menikahkan anak mereka dgn Ai'syah kerana khuatir Jabir akan keluar dari agama asal mereka dan turut serta memeluk Islam.
Selepas ternyata bebas,Ai'syah dinikahkan dengan Rasulullah SAW.
Kisah ini juga membuktikan bahawa ketika Rasulullah menyatakan hasrat untuk menyunting Ai'syah menjadi suri hidup baginda,Ai'syah telah pun bersedia untuk memasuki alam rumah tangga..Bukan seperti fitnah yang dilemparkan oleh org2 Kafir yang menuduh baginda sebagai pedophile(adult with sexual desire for children).
Tambahan,tuduhan yang dilemparkan atas alasan Ai'syah tidak terus menetap bersama Rasulullah selepas perkahwinan kerana masih kanak-kanak adalah tidak berasas sama sekali.
Jika dikaji sejarah pernikahan baginda dan Ai'syah,hakikat sebenar di sebalik pengasingan Rasulullah dari Ai'syah adalah kerana Rasulullah belum lg menyempurnakan mahar kepada Ai'syah.
dalam sebuah riwayat menceritakan bahawa Abu Bakar bertanya kpd Rasulullah,"apakah sebab yang menghalang tuan dari bersama isteri tuan?"
Rasulullah lalu menjawab,"mahar adalah halangannya"
Lalu Abu Bakar memberikan beberapa Nash(bentuk wang yang bersamaan lebih dari 500 dirham) kepada Rasulullah untuk menyempurnakan mahar perkahwinan baginda.
Tindakan Abu Bakar ini juga telah membuktikan bahawa Ai'syah sememangnya dlm keadaan yg sudah sedia untuk bersama suaminya(ie:alam berumahtanngga) dan bukan lagi menjalani kehidupan kanak2 yang perlu dijaga oleh orang tunya.
Sekadar ini sahaja perkongsian saya dengan kajian yg sedikit..Mohon informasi tambahan dari rakan2 yang lebih arif dengan sejarah Islam..Sedikit sebanyak,saya harap perkongsian ini membantu menjawab persolan-persoalan yang mungkin berlegar2 di minda kita semua akibat tidak mengenal sejarah Islam..
Kesempatan ini juga ingin saya ucapkan selamat pengantin baru buat pasangan2 yang baru sahaja diijab qabul sepanjang syawal ini...especially to:
1 pesanan:
naheed ade ajak pegi abang ngah kawen..
tapi so close to the final examination :D
and im sick that time
hehe
barakallahulakum!
Post a Comment