"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Saturday, July 26, 2008

hatiku berbicara....imtihan...kami sedang bersiap siaga!

0 pesanan
hidup ini adalah perjuangan...tiada masa berpangku tangan...

Wahai hati,
ketika susah melanda..

kecewa menimpa..

jgn tunduk dgn kegagalan...

kerana apa mampu dirimu jawab kelak di hadapan tuhan?..

Wahai hati...
perjuangan tidak pernah berhenti..
benarlah..
hidup ini adalah perjuangan..
tiada masa untukmu berpangku tangan..


Wahai hati,
yakinlah bahawa ALLAH mengira setiap usahamu..

dan igtlah kejayaan di dunia ini milik ALLAH yg dipinjamkan kepadamu..

maka mintalah kepadanya.

Wahai hati,
kau tak pernah tewas sehinggalah kau meletakkan noktah dlm p
erjuangan ini..

Wahai hati..
usahlah berpeluk tubuh mengenang kecewamu..

kerana ramai yg menanti baktimu...

lepaskanlah lelah kecewamu...
usah kecewakan mereka..


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)


bertahanlah wahai hati!!hanya dgn kurang dr separuh badan yg tinggal,org ini masih mahu 'maju' ke hadapan!
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)




ayuh!!..we have to be ready and work our plan!
video

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Wednesday, July 23, 2008

BOLOTO KAR ISHARAI???..BOLOTO!!!

1 pesanan
Boloto kar isharai?
(tell me,with whose gesture?)

bismillahirrahmanirraheem..
la ilaha illa Anta,subhanaka inni kuntu minazzholimeen..

kesinambungan dari entry sblm ini,saya terima pertanyaan..

"ada jugak yang mengatakan secara mudahnya,

taqwa adalah rasa cinta pada Allah yang sehingga sampai rasa takut untuk menerima@ menghadapi kemurkaanNya.

macam dengan mak dan ayah,kiter rasa takut,bile hati mereka terluka , dengan sebab kiter sayangkan mereka..apatah lagi dengan Allah.

jadi soalan seterusnya,macam mana nak rasa cinta pada ALLAH ??"

mcmana ye?
agak sukar utk saya jwb pertanyaan ini..setiap individu berhadapan dgn mehnah dan kesenangan yg berbeza dlm menghadapi hidup seharian..
cinta pada ALLAH dtg bersama2 taqwa dan iman...tidak kira berhadapan dgn apa jenis situasi..

Ketahuilah bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Dan bertaqwalah kepada Ku, hai orang-orang yang berakal. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman. (Al-Baqarah : 223)


secara umumnya,rasa cinta pada ALLAH akan terasa bila kita merasa hamba kpd ALLAH yg KekuasaanNya meliputi segalaNya..
motivasi untuk merasa cinta pada ALLAH ada di dalam al quran..
jika kita bukan jenis yg mentadabbur al quran pun,..kesihatan aqal menyingkap hakikat sunnatullah(peraturan ALLAH yg tiada perubahan) sudah cukup menyuburkan benih2 cinta pd ALLAH..

lihat saja kejadian kita...
apa yg tgn ini inginkan?kekuatan fizikal,keizinan utk bergerak..dll
dan bila sahaja kelaparan,tgn ini inginkan sesuatu utk disuap ke mulut yg menagih makanan dan perut yg bersiul sumbang...
tgn ini juga diperlukan utk menguasai skill2..
mmg benar,skill2 kita dibwh penguasaan otak...
namun apa guna otak andai tidak disokong oleh anggota?
begitulah cantik penciptan kita jika benar2 diambil teladan..jika benar2 kita berfifkiran demikian,cukuplah rasa lapar dan kenyang silih berganti menjadi penyuntik rasa cinta kpd ALLAH kerana saling kaitannya dgn pelbagai proses anggota badan..physical reflex(ie:pergerkan anggota badan yg boleh dilihat) mahupun visceral reflex(eg:stomach emptying,Hcl secretion in stomach,salivary secretion)

dlm konsep taqwa,bagaimana utk merasa cinta?
cuba kita bayangkan,seorang yg kita tidak tahu siapa,dr mana dtgnya..setiap hari dtg kpd kita memberikan makanan..
sebolehnya kita mahu bertemu dgn si budiman itu..
sungguh pasti yg kita tidak akan lakukan sesuatu sedikitpun perbuatan dan perkataan yg boleh menyakitinya kerana mungkin kunjungan makanan itu akan berhenti dan kembali bersiul si perut ini..(aplikasi konsep taqwa:memelihara diri dari segala perbuatan yg menyebabkan terkena bencana di dunia dan azab di akhirat)
kemudian akan timbul pula rasa rindu pada si budiman td...andai selang hari tidak dikunjungi rasa bagai sebulan..
rindu makin hari memupuk rasa cinta kerana kasihnya kpd org yg telah memudahkan urusan hidup ini dan melakukan kebajikan tanpa rasa sangsi dan menginginkan balasan..
wujudlah cinta...

..dr analogi di atas,saya bawakan satu kisah si yahudi yang buta dan Rasulullah saw..
setiap hari Rasulullah tidak pernah lupa dtg kepada si yahudi ini dgn bekalan makanan...bukan sekadar itu sahaja,malah disuapkan ke mulutnya..'what you give you get back'..inilah pegangan yg ramai di antara kita pegang sbg motivasi hidup..
tapi berlainan dgn Rasulullah,...suapan demi suapan yg diberikan dibalas dgn cemuhan dan penghinaan oleh si yahudi tadi yg tidak sedar org yg dicemuh itu adalah yg sedang menyuapnya..
org yg dihina itu adalah org yg dtg setiap hari kpdnya membawa makanan..setiap hari dia berkata
“Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka
kalian akan dipengaruhinya”..

namun Rasulullah saw tidak membalas dgn kejahatan...terus dilakukannya berterusan rutinnya itu..
sehinggalah wafatnya Rasulullah saw,saidina Abu Bakar bertanyakan kpd aisyah RA jika ada apa2 lg urusan Rasulullah yg menjadi rutin baginda belum lagi ditunaikan..
“Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”.

Aisyah RA menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah
dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan
kecuali satu saja”.

“Apakah Itu?”, tanya Abubakar RA.
“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan
untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis
itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai
menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, “Siapakah kamu ?”.
Abubakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa.”
“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, bantah si
pengemis buta itu.

“Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu
menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut
setelah itu ia berikan padaku”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil
berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang
padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu
telah
tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW"

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan
Abubakar RA, dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?

Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah
memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi,
ia
begitu mulia…. “

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan
Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

begitulah kiranya semaian dari rasa syukur kpd rindu dan cinta..
namun kerana tidak prihatin kpd apa yg disekeliling,kita jauh dari cinta..

ALLAH bukan sekadar memberi kita makan,DIA kurniakan rezeki dlm pelbagai bentuk...kasih sayang,aqal yg sihat dan sebagainya yg tidak perlu kita minta dan rayu..

ayuh kita renung bersama setiap kejadiaan ALLAH yg terjadi pada diri kita dan sekeliling kita..
belum cukupkah lagi utk menanam benih cinta?..belum cukupkah lagi menjadi alasan utk kita bertaqwa??

nilai pula betapa eloknya kejadian kita..ada org lain diuji dgn kekurangan fizikal,kesihatan even mental juga..

namun kita hanya sesekali diuji dgn sekecil2 ujian..itupun kita sambut dgn beribu keluhan...

ujian yg sedikit dinilai seperti berperang di medan yg sgt getir..dibekalkan pula dgn usaha yg sedikit bahkan mengharapkan pulangan yg hebat??!...bagaimana utk merasa cinta jika begini mentalitinya?...seusai pula dari ujian itu,terasa bebas dr tanggungjawab...terasa bagai keluar dari sangkar...

namun igtlah,dgn merasa beginilah kita tidak pernah bebas dari sangkar dunia...tidak mampu merasa secalit cinta pada ALLAH....cinta di kala diuji,cinta dikalan diberikan kesenangan...cinta yang tidak ada syarat..

kita kata hidup seorang muslim bermatlamatkan akhirat..namun teman2,andai matlamat akhirat hanya bermain di bibir tp di hati tidak merasakannya...bagaimana utk merasa cinta pd ALLAH?sedang cinta dunia tak bisa padam?

jika ini terus berlaku,tinggallah kita dlm 'kitaran bodoh' melalui hari2 yg bakal menamatkan usia kita di dunia ini..

kerana kita sering lupa kewujudan yg Maha Kuasa ini sehinggakan tidak timbul rasa cinta kpd Tuhan Yang Maha Luas RezekiNya dan Maha Melindungi ini..bukan sekadar lupa hai teman2,kita juga tidak rajin mengingatkan diri..

saya tinggalkan teman2 dgn firman ALLAH...sama2 kita tadabbur maksud ayat ini..

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertaqwalah kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan.

Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepada-Nya, kemudian apabila Tuhan merasakan kepada mereka sedikit rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian daripada mereka mempersekutukan Tuhannya, sehingga mereka mengingkari akan rahmat yang telah Kami berikan kepada mereka.

Maka bersenang-senanglah kamu sekalian kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu). Atau pernahkah Kami menurunkan kepada mereka keterangan, lalu keterangan itu menunjukkan (kebenaran) apa yang mereka selalu mempersekutukan dengan Tuhan? Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu.

Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan
kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa. Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. (Ar-Ruum : 30-37)

Boloto kar isharai(Tell me, on whose gesture?)
Golap tar gondho bilai?(Does the rose give out its fragrance?)
Boloto kar isharai(Tell me, on whose gesture?)
Megher pahar brishti jhorai?(Do the clouds release their downpour?)

boloto kar isharai??
(with whose gesture?)
kita hidup di dunia ini dgn sejuta kelapangan berbanding kesususahan...
usahlah kata anda berada di medan perang kerana mujahid itu yg cintakan ALLAH..
ayuh kte rasai 'kelazatan' cinta pada ALLAH..
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, July 20, 2008

'bicara' TAQWA

1 pesanan
Assalamualaikum sahabat2 pembaca..

Sblm saya masuk kpd topic diskusi,sgt peringatkan antunna bhw saya bukanlah ahli dlm mengetengahkan soal Taqwa..dosa saya mungkin lg tinggi lambakannya dr kalian..namun atas dasar perkongsian buat peringatan kita bersama,saya include topic ini agar sama2 kita mengenal apa itu taqwa sambil bermuhasabah dan meletakkan himmah(cita-cita tinggi/spiritual resolves) utk merasai nikmat bertaqwa kpd ALLAH..agar beroleh selamat dlm hidup ini..

Sabda Rasulullah s.a.w

“Aku berwasiat(berpesan) kepada kamu dgn bertaqwa kpd ALLAH ‘Azzawajalla dan mendengarkan serta ta’at,sekalipun kpd seorang hamba yg memerintahkan(menasihati) kamu.Kerana sesungguhnya barangsiapa yg hidup daripada kamu,maka ia akan melihat byk perselisihan.Oleh itu,hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunah para khalifah ar-rasyidin al-mahdiyyin(yg mengetahui kebenaran serta mengikutinya,yg mendapat pimpinan ke jln yg benar) dan gigitlah kamu dgn geraham gigi kamu.

Dan jauhilah kamu akan perkara-perkara yg baru diada-adakan.Kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat”

[riwayat Abu Dawud dan Tirmizi_tingkatan hadith:hasan sahih]

Dalam hadith di atas,ingin saya tekankan pd bahagian hadith “..dgn bertaqwa kpd ALLAH ‘Azzawajalla dan mendengarkan serta ta’at,sekalipun kpd seorang hamba yg memerintahkan(menasihati) kamu..”

Apa itu taqwa?

Melalui perkongsian dlm halaqah bersama adik2 dan seoran rakan,soalan ini ditanyakan mengikut kefahaman mereka..hasilnya,jwp2 yg diberi..

adakah taqwa itu semata 'takut'??bagaimana utk merasa 'takut' melakukan kemungkaran??adakah perlu utk diacu pistol seperti ini??

  • Takut kpd ALLAH
  • Amal makruf nahi mungkar
  • Meninggalkan larangan ALLAH (nahi mungkar)
  • (diam…merenung mungkin)..=)

Melalui hadith ini,mari kita lihat definisi taqwa?

àtaqwa kpd ALLAH bererti memelihara diri dari segala perbuatan yg menyebabkan terkena bencana di dunia dan azab di akhirat.Orang yg beriman diwajibkan taqwa itu atas mereka demi keselamatan hidupnya.

Taqwanya adlh dgn perbuatannya yg diperintahkan oleh agama,dari sekecil2 perbuatan spt sabda rasulullah s.a.w: Takutilah api neraka walaupun dgn sebelah buah tamar,jika tidak mampu maka dgn sepatah kata yg baik

Demikianlah ‘bicara’ taqwa yg sering kita sebut..

Sejauh mana nilai taqwa tersemat dlm hati kita ketika berseorangan mahupun dlm keramaian utk usaha memelihara diri dari segala perbuatan yg menyebabkan terkena bencana di dunia dan azab di akhirat.

Hadith ini cukup emphasize betapa pentingnya pemeliharaan peribadi dari azab dgn konsep taqwa kpd ALLAH..Malahan dlm Quran sendiri sgt menekankan konsep taqwa melalui firman ALLAH di dalamnya:


Allah Ta'ala berfirman: "Hai sekalian orang yang beriman, bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan." (ali-lmran: 102)

Allah Ta'ala berfirman lagi: "Bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan sehabis kemampuan kamu." (at-Taghabun: 16)

Allah Ta'ala berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah dengan kata-kata yang betul - sesuai dengan apa yang sesungguhnya." (al-Ahzab: 70)

Sering kita terlepas pandang menilai taqwa..kita sering hanyut dlm ‘bahasa2’ indah yg ‘mahu’ membenarkan perbuatan2 yg hakikatnya mendorong ita kpd maksiat..dari sekecil2 maksiat kpd sebesar2 maksiat..

Cth: Gossip!!…kita bisa menggunakan word ni dlm ‘perbincangan’ dan perbualan..seronok ek bergossip nih..ada pula yg bertanya bila bertemu..”apa gossip hr ni ?!”..namun bila kita menilai dgn taqwa,perbuatan ini bukan sekadar perbincangan biasa apatah lg yg menyumbang kpd kemaslahatan persaudaraan..

Disebalik gossip terkandung umpatan kpd insan lain,andaian tanpa asas,fitnah dan keseronokan yg tiada tujuan..

Bermula dr perbualan biasa yg akhirnya bisa menggoyahkan hubungan persaudaraan..

Bisa juga menghumban kita kpd perbuatan yg dihina Rasulullah s.a.w..

Maksudnya?bertambahkah iman atau berkurangkah?

Jom kita Tanya diri masing2..saya percaya..most of the reader sudah faham,mungkin kita jarang diingatkan dan mengingatkan antara satu sama lain..

Sama juga dlm memelihara batas pergaulan..sering kita cenderung kpd arguement berbanding utk memahami hukum yg ditetapkan..segalanya argue seboleh mungkin utk ‘mengizinkan’ perbuatan yg dilakukan sedangkan konsep taqwa mengajar kita sebaik mungkin memelihara diri dari azab ALLAH…kerana itu di dalam Al-quran Allah pesan..jgn dekati zina..(memelihara diri dgn taqwa dr terjebak dlm maksiat ini)

Bagaimana pula dlm konteks ibadah fardhu?bagaimana tingkatan taqwa ini membantu kita mengutamakan urusan kefardhuan tanpa sebarang alasan?

Cth dlm menunaikan solat..tiada alasan bg kta utk menangguhkan solat tanpa sebarang keuzuran yg memudharatkan..even terlantar di atas katil dgn hanya mata yg mampu digerakkan,solat tetap wajib dilaksanakan di awal waktu.

video

Juga semasa bermusafir,di mana sahaja seandainya tiba waktu,wajib ditunaikan sesempurna mungkin..

seperti mana yg diceritakan oleh seorang adik di republic chezch,(nur syakirin zakirah)..terpakasa beratur semalaman utk menguruskan prosedur pulang ke tanah air..solat tetap wajib dilaksanakan..biarpun di tepi jalan..

usah tggu berada di katil...telantar sepi...baru teringat utk solat..baru taqwa hendak dibajai...

(cukup jerih pengalaman hendak menunaikan solat ketika terbaring di atas katil di wad ICU Kasturba Hospital...)

Saya yakin,kalian semua memiliki ilmu yg mungkin lebih jauh tinggi dr sang kerdil ini..sama2 kita manfaatkan ilmu ini agar bercahaya kelak di akhirat..

Mohon rakan2 topup andai ada pengisian yg lebih ‘mengesankan hati’ dan jika ada kekurangan dari apa yg disampaikan,harap diberikan teguran dan pembetulan..

Moga kita sama2 beroleh kefahaman ttg taqwa dan aplikasikan dlm setiap saat yg dilalui..

Ayuh kita igt kembali bahawa usia ini tidak menanti tahun atau ulangtahun kelahiran utk membuktikan usia sudah meningkat tetapi setiap saat yg berlalu sudah cukup menggerunkan hati ini bahawa saat meningalkan dunia semakin hampir..namun andai taqwa masih belum difhami,kasihanilah diri kita yg entah apa nasibnya di hadapan ALLAH yg Maha BERKUASA..

Jika hati ini cukup cuak dan gerun melihat setiap masa yg berlalu dlm countdown exam,seharusnya hati ni lebih gerun menghadapi saat kematian yg melambai lambai…beza cuma kita tidak mampu utk mengira bila waktu itu akan tiba!

Namun yakinlah kita bahawa ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang…

Sgt berharap agar kita semua sentiasa berada dlm keredhaan ALLAH…

Igtkanlah diri ini andai apa yg dilaku bukan bagai yg dikongsi…

May HE bless us always with iman and islam till d last breath…

asiif jiddan atas kelemahan diri penulis...sama2 meraih redha ALLAH mudah mudahan..


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_


Ten Sicknesses of the Heart...

1. You believe in the existance of Allah (SWT) but you do not fulfil His Commands.

2. You say you love the Prophet Mohammed (SAW) but you do not follow his Sunnah.

3. You read the Holy Qur'an but you do not put it into practice.

4. You enjoy all the benefits from Allah (SWT) but you are not grateful to him.

5. You acknowledge Shaitan as your enemy but you do not go against him.

6. You want to enter Paradise but you do not work for it.

7. You do not want to be thrown into Hell-Fire but you do not try to run away from it.

8. You believe that every living-thing will face death but you do not prepare for it.

9. You gossip and find faults in others but you forget your own faults and habits.

10. You bury the Dead but you do not take a lesson from it.




Friday, July 18, 2008

kembali...

4 pesanan
Assalamualaikum...

ninna heraru annu?

how are you everyone?
sorry for my long silent...baru sahaja sudah block 4 exam pg td..alhamdulillah segalanya telah dilalui..byk yg sukar berbanding yg senang...moga kita semua beroleh yg terbaik dgn tingkatan redha dan syukur yg tinggi..

selesai viva(oral exam) physiology pg td,saya berangkat ke udupi...melihat 'dunia manusia' sambil membeli belah saree yg bakal dibawa pulang 23 aug nanti..
countdown university exam tinggal kurang 3 minggu lg dr sekarang..within this three weeks,we should finish revise all the three subjects anatomy including histology,physiology and biochemistry from our first class of this year till the last class...quiet bulky if i dont prioritize and work my plan properly..all of us have to go through this...izinkanlah kami ya ALLAH melalui hari2 dunia dgn bersungguh tanpa meniggalkan ketatan kpdMU biar sesukar mana dugaan..izinkan juga kami melalu hari2 dunia dlm keadaan sentiasa mengingati MU dan hari akhirat walau semudah mana hidup yg kami lalui agar kami tidak lalai dr taat kpdMU.

turun sahaja dr bas jam menunjukkan pukul 9.34pg..seronok jg naik bas pagi2..udara segar sikit..lalu tempat sampah pun tak bau..kali ni tak turun di main bus stand..turun di tgh2 cabang tiga..but not exactly tgh2 la...=)
tiba2 bahu disapa...'assalamualaikum'
"eh!!akka zeenath!!...waalaikumussalam..how are you?where are you going?"
"i'm fine..how are you?!.i'm going to fish market!"
"you walk to fish market?is it far from here?last time i stop at the bus stand...then i took auto to there.."inilah 'auto' di india..gambar di bangalore..jln nampak proper sikit..

"yes..i walk from here..it's not far from here.."
"owh..can i follow you?"
"are you sure?"
"very sure..excercise...i like to walk around..i'm waiting for my friend but maybe she will come half an hour from now"
"ok..come.."..
dipegang kemas tgn ni.."come,we cross the road"
jalan tu sgt sibuk..masa ni locals kt sini baru nk keluar bekerja..berduyun2 la manusia di jln dan bas..salah melangkah mmg bahaya..jalan pula tak besar mana..bas lalu sebelah bahu je..silap2 tergesel..
makin kemas tgn saya dipegangnya..tiba2 rasa sebak..teringat mak ayah di malaysia..teringat arwah tok nik yah dan tok ayah...tgn ni dulu selalu dipegang kemas oleh mereke..tak kira nk melintas jalan atau tak..rasa kasih syg dan secure.sebak...makin sebak..dah berhari2 perasaan ni bermain2...perasaan ni bukan utk dilawan..biarlah terus tersemat jd penguat semangat..
pasar udupi..kotor..sorry, i've to say this..

sampai ke destinasi...tak sampai 10 minit berjalan..if bleh lintas cepat td,rasanya dlm 5 minit je..tak jauh..alhamdulillah,dpt kenal jln lg hr ni..senang hidup..
masuk je pasar rasa mcm 'artist' plak..sana sini panggilan.."madam,madam...come here..come..fresh fish"..meriah suasana di pasar...even customer sikit je...=)
senyum je yg mampu diberi..sebab tak nak beli apa2 pn..nnti busuk..jauh lg nk berjalan hr nih..lg pun ikan dlm peti ais tu memangil2 utk digulai...
saya pun ikut je akka dr belakang..teringat ms dulu2 teman mak pegi pasar..
kejap2 akka toleh utk pastikan saya bersama dia..pasar tu kecik je..dh penah pegi pn sebelum ni..concern akka ni.. kelibat merah tu akka zeenath..ikan besar2 tp akka geleng kepala je..

dari satu makcik ke satu makcik...tak de yg menarik perhatian akka..kenapa ye??
ada satu tempat ni ada jual selonggok ikan..nk kata best tak de la sgt..ikan biasa je..ikan selar kuning..makcik tu offer akka Rs300..akka geleng kepala..selonggok yg kt atas papan tu la Rs300

baru saya faham..org susah..bukan senang nk rasa nikmat membeli..kemudian sampai ke satu makcik ni..dia jual ikan sgt kecik..rasanya if saya yg beli,ikan tu mcm lauk ratah je..goreng garing2,makan dgn nasi sbg lauk sampingan..akka pilih yg tu.mungkin sebab murah..dia kata nak beli banyak,ada keluarga dr bangalore dtg..nk raikan org kahwin..
kasihan..tp offer nak belikan ikan,dia tak mahu..
saya pun minta diri sekejap,kata nak kol kawan..pegi la tempat jual ikan td..beli ikan besar2 sket 4 ekor..
"akka,take it..for your family"
"why?..how much you buy?"
"alaaa...secret..hehe.take it...for your children"
"thank you so much..alhamdulillah"
tiba2 akka ajak keluar kejap dr pasar..suruh saya ikut..katanya nak ke bakery..hmm..ni mesti kes nak balas nih sbb akka tahu saya tak sarapan proper lg..
"ermmm,akka..i need to go now..my friend wait for me..see ou again insyaALLAH"
saya bohong sebenarnya..kwn yg ditunggu still kt manipal lg..bas pun tak naik lg..lepas ni jumpa balik admit,"i lied to you.."
"owh..ok..hope to see you again..take care"
"ok,akka..sure..i see you again..insyaALLAH..assalamualaikum"
saya berlalu pergi tanpa menoleh..sebak..bkn terkenangkan famili yg jauh je,tp melihatka kehidupan yg susah menyara keluarga dan ibu bapa..kasihan akka..moga terus diberikan ketabahan..
sungguh,saya akui,kehidupan kita semakin demnading skrg ni..Barang Naik,petrol naik,segalanya menuntut duit..'blink blink'..namun dalam kita merungut dan mengeluh,ada insan2 yg lebih susah hidupnya..bukan sehari menanggung..mg terus SABAR dah beroleh balasan syurga yg KEKAL..

memetik senikata lagu hijjaz..
'ikhlas itu jiwa yg murni,
rahsia ALLAH di dalam hati,
terlalu sembunyi tp dpt dikesan,
jika disuluh dgn saksama,
nista dan puji tiada berbeza,

redha sifat hati yg suci,
ujian yg tiba..rasa gembira,
atau tiada apa terasa,
kerana menerima anugerah tuhanny..

sifat sabar sedikit berbeza,
ujian yg menimpa sakit di rasa,
tapi dapat ditahan perasaanya,
hanya bermain di dalam sahaja,
di luar tidak nampak terang nyata..

inilah sebahagian sifat mahmudah,
yg patut ada pd diri kita..
susah dimiliki,payah dijaga,
hanya yg punya yg bermujahadah.."

kemudian berjalan jauh sikit kali ni..pergi big bazaar..saja nk jalan..exercise pagi2..kata mak,brisk walking...sambil dpt nikmat vitamin D original..alhamdulillah..best!..rasa segar!!

syukur perjalanan hr ni sgt dimudahkan..
selesai shj pusing2 di big bazaar,tggu bus kat tepi jln..cari2 if ada bas nk ke bus stand..tak sampai seminit dh dpt bas..penuh bas tu..dpt berdiri pn jd laa..Rs3 je nk ke main bus stand..sampai intercity bus stand,conductor tu suruh turun..hmmm..saya nak ke main bus stand..apa boleh buat turun je la..dah la keseorangan..kak ja and huda tak sampai2 lg di udupi..tiba2 berhenti satu lg bas..saya kata nk ke bust stand..conductor tu angguk2 sambil buat isyarat suruh naik..bas tu dh jalan sebenarnya..sempat jg melangkah naik..fenomena ni dh biasa di sini..
sampai je bus stand yg dimaksudkan,nk bayar kat conductor tu..dia senyum je sambil geleng2 tanda "tak apa..halal"..geleng dia lain sket dr geleng kte..hehe..alhamdulillah..btol2 mudah perjalanan hari ni..berkat ajaran ayah..setiap kali melangkah keluar,minta doa pada ALLAH agar dimudahkan perjalanan dan bergantung harap hanya kepadaNya..setiap kali kaki ini jejak keluar dr bilik..automatik.."bismillahitawakkal a'la ALLAH" sambil hati rasa sayu meletakkan diri dlm pergantungan pd ALLAH..apatah lagi tiap kali melangkah keluar menuntut ilmu ALLAH..

insyaALLAH,saya akan schedule kn entry saya..memandangkan internet connection akan ditamatkan hujung bulan ni..(mungkin 29@30 july)..dan juga final exam yg melambai2 meminta usaha yg berterusan,saya akan kurang bersama laptop..moga keluarga di m'sia,anda yg membaca dan rakan2 seperjuangan sentiasa berada dlm rahmat dan kasih sayang ALLAH..mg kita semua kekal dgn nikmat iman dan islam till d last breath..dan moga setiap denyut nadi dan hela nafas ini digunakan utk kebaikan Islam serta mengajak manusia kpd keindahan Islam..Islam adalah cara hidup,bukan adat atau ritual ibadah semata...usah nilai ibadah sbg iman kerana kadangkala ibadah kita tak ubah seperti ritual..hati tidak hidup,tiada kesan dlm pengabdian pd yg MAHA AGUNG..sama2 kita muhsabah menilai taqwa kita...
apa maksud taqwa?apa itu iman?..pertanyaan ni saya berikan kpd adik2 dlm halaqah..kadang2 kita mudah berkata2 ttg taqwa,ttg iman..kita berpesan2 pada org lain ttg taqwa dan iman..tapi mungkin kita sendiri tercari2 apa sebenarnya taqwa yg menjadi pengukur kita dihadapan ALLAH..kita sendiri samar2 apa sebenarnya iman..kerana itu kita mudah menghukum manusia tanpa kita sendiri sedar..
insyaALLAH,diizinkan usia akan saya bincangkan sedikit ttg taqwa...

take care everyone..
slm syg dari manipal,india...

ps:kak long,naufa rindu sgt2!!!!!!!!...same goes to abg ngah(bakal bergelar suami),kak cik yg best,naheed tersayang,dr abdullah zahid,Im yg tabah,zainab,ruqayya,hafsa,safiya yg sentiasa mendoakan akak di sini...jg buat kekasih hati si comel aqil ihsan...rindu naufa bersalut doa..nantikan kepulangan tanggal 23 august..insyaALLAH

*to encik naim(cousin yg concern),get well soon...=)
people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Wednesday, July 9, 2008

cendawan sama tumbuh dgn kulat...aduhai..

2 pesanan
Assalamualaikum wbt..apa khabar hati kita hr ni??

kali ni saya terpanggil utk menulis sedikit ttg matlamat da'wah,jemaah dan kesedaran di kalangan kita sbg 'little' khalifah..
dah lama ingin berdiskusi..cuma memikirkan corak bahasa yg perlu diolah..
entry ini timbul tika mana saya tertanya2 pd diri..mengapa saya lihat terlalu byk organisasi bercorak Islamic yg kita sebut sbg 'jemaah' di dunia ini amnya dan Malaysia khasnya..gambar hiasan..mulimat badar KTT
namun..pertumbuhan organisasi ini sama naiknya dgn kenaikan statistik gejala sosial..mungkin jika saya umpamakan 'jemaah' ini sbg cendawan,gejala sosial pula spt kulat..pertumbuhannya sama..

  • apa kekurangan kita?..saya tidak melihat khusus pd 'jemaah'2 tertentu tetapi secara keseluruhannya..
  • apa aspek yg sebenarnya kita sudah terlepas pandang?
  • apa kekurangan di sebalik matlamat yg sama?
  • mengapa kita tidak berjaya mendekati golongan yg kita label sbg 'runtuh akhlaq'?
  • sejauh mana peranan yg sudah kita ambil?

saya kongsikan dgn kalian satu pengalaman saya bersama seorang junior semasa di kolej dulu,Ema(bukan nama sebenar)..gambar hiasan..nurul di bandung yg sgt dirindui
ptg hr kejadian,saya tgh best main badminton bersama seorang teman...lepas beberapa minit,saya dpt panggilan yg tidak sempat saya jwb..kemudian disusuli messge dr Ema..
"kak naufa,akak bz tak..saya nak jumpa akak..sgt nk jumpa akak..kalau akak ada masa,message saya ye"gambar hiasan..ereen comel yg dirindui..(2 dr kanan)
terus saya stop main..kebetulan dh letih..saya call Ema semula.."assalamualaikum,dik..kenapa ni?ada msalah ke?"
"adik saya kak(sambil teresa-esak)..boleh saya jumpa akak?nk cerita something n nk minta pandangan"
"owh..ok..boleh2..be calm,dik..akak tggu kt belakang bangunan..baru lepas main td..maaf ye"
..saya pun tggu kedatangan Ema..maklumlah,kolej kami bangunannye mmg straight je..takde tempat lain..mungkin ada perkara privacy Ema nk sampaikan..jd saya pilih belakang bangunan..kebetulan baru lepas main badminton kt situ..
sampai saja Ema,saya lihat ada kekusutan di wajahnya..dia memulakan cerita..
"kak,saya baru lepas kol rumah..mak saya nangis teresak2..dia baru lepas marah adik saya,kak..mak ckp adik bohong dia..adik ckp dh solat tp rupa2 nya dia bohong..adik tak mcm ni kak dulu..dia duduk asrama..skrg dia tgh cuti..saya igt adik dok asrama ajar dia lebih berdisiplin..saya sedih dengar mak saya nangis..geramnya saya dgn adik saya.."

"skrg ni,apa yg Ema rasa?"
"marah sgt dgn adik,kak"..sambil mengalir air mata Ema menceritakan kisah adiknya..
"Ema dah ckp dgn adik?"
"belum,kak..dia merajuk..tak nak keluar bilik"
"bagusla belum..Ema,tenang ye..manusia ni iman kita naik turun..kadang kita tewas..if jd kat adik akak,akak pn rasa cam nk cubittttttt je dia...mungkin lg aggressive tindakan tu..tp cuba kita lihat dr sudut lain..bila kita realise manusia tu sifatnya lemah,mungkin ada sebab dia bertindak demikian..dan cara kita bertindak dgn sikap dia pun kena berhati2..if ur mum dah marah dia..sure hati dia tak tenteram dan memberontak..sbb ada benda yg dia nak org lain phm..bukan akak bermaksud kita sokong perbuatan dia tak solat..cuma kita counter masalah dgn menelusi hati manusia..adik Ema mungkin ada reason tersmbunyi kenapa dia buat camtu..bila mak dh marah,kita jgn tambah marah dia..kita jd pelembut hati dia walau pahit utk ditelan..beginilah da'wah..kadang,kerana terlalu ikutkan hati atas dasar amal' ma'ruf nahi mungkar,kita cepat utk bertindak tanpa menelusi dilemma manusia yg sebenarnya mudah dilentur dgn kasih sayang dan memahami mereka..mlm ni Ema call adik..tanya khabar dia..sampaikan pd dia yg Ema sgt rindu pd dia..mungkin dari situ dia mula nk ceritakan apa yg berlaku disebalik tindakan dia..buat masa ni..itu pandangan akak..ok Ema?"
Ema mula nampak lega..sambil tersenyum,"ok,kak..anything saya btau akak.."
(sebenarnya pjg lagi perbualan,tp saya ringkaskan je la..)
gambar hiasan..aqil dan abg ngah..
mlm tu saya mesge Ema tanya khabarnya..
reply dari Ema.."salam,akak..betul ckp akak..adik buat mcm tu sbb dia rasa marah dan sedih kenapa saya yg diberi penyakit tu,bukan dia..dia sgt sedih bila dpt tahu saya ada penyakit tu n tak dpt cure..dia protes dgn ketentuan pd saya.sbb tu dia tak nak solat..mungkin adik belum phm dan dpt terima.kak,dia buat mcm tu sbb sayangkan saya kak..syukur saya belum sempat marah dia ptg td..mungkin keadaan jd lebih buruk if saya marah dia td.weekend ni saya balik nk jumpa adik.saya dh jelaskan sikit sebanyak pd adik..dia mula phm..thnks,kak"
(*Ema mengidap penyakit yg tak dpt cure..saya rahsiakan atas dasar peribadi..alhamdulillah dia etetap menjalani hidup yg normal)

apa yg saya ingin kongsikan melalui cerita td(tidak merujuk kpd Ema) ialah kita sering terlepas pandang tujuan dan cara da'wah..kerana mungkin kita rasa secure dgn keadaan sekeliling kita yg rata2 menyeru ke arah ma'ruf..lebih2 lagi bila kita berada dlm sesuatu organisasi a.k.a 'jemaah'..gambar adik2 di chezch..ukhuwwah itu indah..
  1. kita cepat menilai insan2 yg lain haluannya dr kita..
  2. kita SELALU melabel insan2 lain yg tidak sefikrah dgn kita..
  3. kita TERLALU berprasangka mengapa mereka tidak berminat dgn aktiviti yg kita buat..
  4. kita rasa CUKUP dgn kaedah da'wah yg kita buat..
  5. kita rasa SELESA dgn aktiviti yg kita anjurkan
  6. kita rasa SUDAH TUNAIKAN bahagian kita dlm menyampaikan yg ma'ruf..
hakikatnya..kita terlupa yang
  1. kita TIDAK BERINTERAKSI dgn mad'u dlm suasana ukhuwwah dan kasih sayang
  2. kita sebenarnya TIDAK BERINTERAKSI dgn HATI manusia..
  3. kita TIDAK MENYELAMI MASALAH sebenar mad'u.
  4. kita tidak menyedari DILEMMA insan2 ini
  5. kita sebenarnya HANYA MELIHAT MATLAMAT KITA berbanding punca permasalahan
  6. mungkin juga kita tidak memahami suasana da'wah
  7. atau mungkin kita lupa hikmah dlm da'wah kerana terlalu menuju kpd penyelesaian..
  8. mungkin juga kita rasa selesa@cukup islah dgn suasana secure yg kita lalui dlm organisasi
ini hanyalah apa yg saya lihat melalui pengalaman yg sedikit dan diri yg masih lagi menagih ilmu..
saya juga pernah dan cukup lama berada dlm organisasi..kadang2,ada beberapa persoalan yg saya terlepas pandang..dan hanya saya dpt jawapannya dgn berinteraksi dgn insan2 disekeliling..bila kenal hati budi..tahu cara nk merapati..bila sudah ada bond kasih sayang..mudah utk menyelami..akhirnya mudah untuk memberi..cukup indah da'wah ini..biarpun pahit ditelan..

namun,kita sering tidak melihat da'wah dari sudut ukhuwwah secara keseluruhan..kadang kala kita menumpukan ukhuwwah kpd rakan2 di dlm organisasi sahaja..itu sudah tidak dinamakan ukhuwwah..mungkin saya memanggil fenomena itu sbg assabiyah..sedikit tidak mengapa tetapi bila terlalu ukhuwwah itu disempitkan dgn assabiyah..kesan da'wah makin sukar biarpun beratus2 aktiviti yg kita lakukan..tanpa sedar,kita membina batas antara kita..mungkin kerana terlalu selesa dgn berada diantara rakan2 'seperjuangan' sahaja..cth,pelajar2 bertudung ada kelompoknya..pelajar2 tidak bertudung ada kelompoknya..padahal kita sama2 memiliki pegangan yg sama..laa ilaha illallah..muhammad rasaulullah..
mana tidaknya..kita tidak mengenal rakan2 seagama biarpun belajar di tempat yg sama..tinggal di bangunan yg sama,makan di tempat yang sama..bereakriasi di tempat yg sama..hampir bertembung setiap hari tapi nama tak pernah diketahui..bagimana pula dgn ucapan salam atau senyuman kecil yg mmg diajar dan terkandung dlm hadith...aduhai da'ie..fenomena ini berlaku di setiap kelompok masyarakat biarpun ada berpuluh2 'jemaah'..'jemaah' tetap 'jemaah'..sosial tetap sosial..ada batas..tiada penyelesaian..

"Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. [al-Rum 30:31-32] "



satu lagi fenomena yg dilihat seperti viral infection di kalangan ahli2 yg berada dlm 'jamaah' ialah kelangsungan untuk me'label' insan2 sekeliling..cthnya..if ada rakan menceritakan keaiban dia pada kita (cth:dia tidak berpuasa di bulan ramadhan tanpa uzur yg harus mahupun uzur syar'ie)..kita lantas melihat dia dgn satu pandangan yg tidak menyenangkan..atas dasar mencari penyelesaian, tanpa kita sedari kita buka keaiban itu..ya..kerana atas dasar mencari penyelesaian..mungkin meminta pendapat rakan satu 'jamaah' yg lebih 'afdhal'..=)
..hakikatnya..cerita keaiban dia itu adalah amanah buat kita..seharusnya kita mencari penyelesaian dgn megetahui punca sebenar tindakan dia..(ada insan yg belum faham mengapa dia perlu beribadah,ada insan meninggalkan ibadah kerana protes..mungkin kerana iman yg menurun..dan mungkin juga masih belum memahami hakikat hidup yg tak terduga..)..insan2 ini memerlukan bimbingan insan2 yg sedar..bukan bimbingan semata,tetapi perhatian..
mungkin penceritaan ttg keaiban dia itu kerana tidak rasa senang dlm hati..
namun sedarilah dirinya sedang mencari penyelesaian...tutuplah keaibannya..bimbinglah dgn kasih sayang...bukan dgn hati yg dikaburi matlamat perjuangan semata..
kita sama2 ingatkan diri bahawa insan2 disekeliling kita memiliki latar belakang yg berbeza..tinkatan ilmu agama yg berbeza..tingkatan aplikasi yg berbeza..kefahaman yg berbeza..

"sesungguhnya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka dan mereka menjadi bergolongan-golongan, tiadalah engkau (Wahai Muhammad) terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada Hari Kiamat kelak) apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya). [al-An’aam 6:159]

da'wah itu bukan sekadar menyampaikan..da'wah mengandungi tindakan,reaksi dan hubungan..
da'wah ada kemesraan,pengorbanan,kerahsiaan dan kepahitan..
matlamat da'wah bukan sehari dua boleh dicapai..memimpin mad'u bukan untuk sebulan dua utk melihat kesan..mungkin mengambil masa bertahun tahun,berpuluh tahun..mungkin juga sepanjang hayat..
peringatkan diri..usah terlalu tertumpu melihat kesan kerana kesan tidak akan dtg jika kita melompat..seperti mana kita melompat dari bati ke batu..mungkin sekali di antara batu2 itu ada lopak2 air..mungkin airnya jernih..mungkin ada airnya seperti lumpur..ada yg panas,ada yg sejuk..ada yg berselut..mcm2 ada...andai terus melompat,tidak merasalah kita kesan dari keadaan air itu ..sejukkah,panaskah,baikkah,baguskah..kerana terlalu menumpu kpd destinasi yg belum tentu kita tiba..

mungkin ada yg tertanya,mengapa saya tidak terus type word jemaah..mengapa perlu ada dlm column..
apa yg difahami,jemaah refer selagi mana seseorang insan itu berada dlm kebenaran walaupun seorang dan ada jg dimaksudkan kpd golongan ulama' hadith/feqh..
jd tidak kurang kena nk panggil jemaah..mungkin lebih tepat kita panggil organisasi Islam/da'wah...
sbb itu ada pilihan untuk bersama organisasi ataupun tidak,tidak menjadi hukum..
tidak menyertai organisasi juga bukan bererti tidak menyumbang secara jama'i(jamak/berkumpulan)..
itu sahaja..=)


perkongsian di atas hanyalah sebagai renungan buat diri dan rakan2..pasti ada kekurangan tetapi inilah pandangan dr pengalaman saya menyertai organisasi..penulisan ini tidak mengkhususkan kpd mana2 organisasi termasuk yg pernah saya sertai dan juga yg masih lagi saya bergiat ('exco pemerhati' Semashur Islamic Society) mahupun yang akan saya sertai....hanyalah semata kerana kasihkan saudara2 segama dan mencari jawapan kepada persoalan yg timbul..sama2 kita melihat apa lg kekuranagan yg perlu sama2 kita tampung dan apa lagi yg mampu kita lakukan..tidak kepada apa yg sudah kita lakukan dan berpa byk yg sudah kita jayakan..
"andai ummat terbeban dgn masalah keruntuhan akhlaq,siapakan yg mahu bertanggungjawab?
andai tiada yg menyusul,biarlah kita yg memikulnya...biar sedikit yg mampu dilakukan..biar pahit utk ditelan.."
salam ukhuwwah,salam perjungan..
berjuang ertinya terkorban..rela terhina kerana kebenaran..
hijrah ini memang susah..
hijrah ini memeang payah..
hijrah ini menuju ALLAH..
dihujungnya hasanah..

'wahai tuhan yg Maha Pemurah,
terangi kami dgn nur iman MU,
hanya Engkau tempat kami berserah,
memohon maghfirah di dalam syahdu,

Wahai tuhan yg Maaha Pengasih,
Ampunilah segala dosa kami,
laksana buih di laut memutih,
hanyut ditelan gelombang nafsu,
hari2 yg telah kami lalui,
ingin kami tinggalkan terus bersemadi,
ingin kami kembali kpd fitrah insani,
tak sanggup kami jelajahi rimba duniawi,
bebaskanlah diri kami,
dari dibelenggu dosa,
noda,nafsu durjana,
terimalah taubat kami ya ALLAH,
terangi kami di jalan redhamu,
moga sinarMu terangi
hidup kami yg didalam kegelapan,
kami kembali padaMu ya Rabbi,
Mengadap Mu ya Rabbul Izzati..
segala ketentuan kami pasrahkan,
di hujung penghayatan..'


_people dont care how much we know untill they know how much we care_
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Sunday, July 6, 2008

refugee at own country

5 pesanan


cont from pengalaman di dalam 'sel'

after lebih sejam duduk kt emergency,akhirnya saya dipindahkan ke ward..buat kali ke berapa saya tak igt diusung dgn wheelchair.
dibawa oleh akka hosp ke charaka3 (tingkat7)...sampai je charaka3,..terlihat sister yg sama masa saya kena admit sebelum ni.."hai,our regular patient..what happened?"..sambil tersenyum..
"hai sister!"..itu saja yg mampu dibalas..
saya dihantar ke room 4 diiringi nad and anis..terharu..sampai sudah mereka ikut..(teringat kak yani masa first and second time kena admit..kak yani tetap setia tggu)
a few minutes after settle down,sister dtg balik utk amik darah..cucuk tgn kanan,darah tak mahu keluar..ditarik ditolak jarum tu byk kali but still darah tak keluar..finally beralih ke tgn kiri..kali ni keluar sikit..sister guna tube pjg plak kali ni..cam nk pump..ada la 3 saiz tabung uji dia amik..
then after settle,akka td dtg balik with wheele chair..dlm bahasa yg tak difahami except word x-ray,fahamlah kami now kena hantar gi chest x-ray..
alhamdulillah,hr tu berjalan lancar.tak perlu tggu lama..sbb takde patient waiting for x-ray mcm before this kena queue..so terus dpt masuk..process x-ray ni kejap je..then radiologist yg bertugas ajak kami(masa tu anis teman)..tengok x-ray direct from comp..dia tunjuk my chest x-ray..ada rhonchi scattered all over lungs...hmm..inflammation lg..
then dia tunjuk x-ray patient lain..he didn't exposed about the ilness,but from the x-ray i guess the patient suffered from pleurisy..
Sebelum maghrib,sister dtg lg..ask if i need anything.."sister,can i change my bed..i've difficulty in breathing..i can't lie down..need support".."owh..ok..is this common bed?ok..we cant change the bed..i'll tansfer you to another room"
after a few minutes,saya dipindahkan ke room 12a..same level..still in charaka3..
Mlm tu jumpa dgn sister sharada...she is very thoughtful and considerate person..seronok dpt kenal dgn sister2..dpt la belajar bahasa sepatah dua...
Sister sharada dtg dgn sister sharmila...tak pernah kenal dgn sister sharmila..

lepas 2hari kena admit,sempat sembang dgn sister sharmila...sister sharmila ni staff baru rupanya..

sister sharmila (SS):where r u come from?
me:i'm from malaysia..(hope no more mistaken me come from china)
SS:ooo..last time i work in singapore..there is a malaysian patient said mambo...mambo..is that what you call when you fill nausea?
me:(blank seketika...ade ke word tu in BM??)..hahaha..mabuk...we call mabuk..
SS:haha..ya..ya..mabuk..
me:sister,why you work in singapore previously and what make you come back?
SS:hmmm..i want to earn more money..in india our salary is the lowest compared to other country..here is the highest pay but still it's around Rs2000-Rs3000..when i work in singapore,i earn more..double,triple..even in Malaysia i can get more..
now,i and my husband plan t work in UK..maybe in 2-3 month from now..
me:owh...(biasiswa kami jauh lg byk..sgt beza dunia ni..pembahagian tak balance..yg miskin terus miskin,yg kaya terus kaya..)..can i ask you something?on my way to Udupi,i saw that a group of people live in small hut near the garbage dump...
SS:oooo..they were not our people...they come from Bijapur...they are poor people..they come here to do any kind of job..
me:why there are no people helping them or give them a proper place to live?
SS:hmm...the landfill belong to goverment..so..they only allowed to stay there..beacause they come from somewhere else..this is india..poor people become more poor,rich people become richer..that's why brilliant people will go to other country to earn more..

monolog..-->but they still india citizens...become refugee at their own country..kurang2,org miskin kt malaysia tak mcm ni...lebih menguntungkan ada sistem zakat..kurang2,muslim yg miskin masih terbela...indah sungguh Islam..tiada penindasan.

me:hmmm...but they usually won't come back.
SS:i'll come back..(smile)

lepas habis buat kerja dia..(salin cadar)..ada pekerja hosp masuk bg newspaper..The Times Of India..under tajuk Times Global..tiba2 terpaku mata dgn cerita dari malaysia..newspaper tarikh 1st july..terpampang tajuk "MALAYSIA ROW:ANWAR EXITS TURKISH EMBASSY"..
igtkan locals indian je seek refuge at their own country..rupanya m'sia pn ada jg kes cam ni..anwar ibrahim seek for 'refuge' from turkish embassy...
terus capai paper 2 hr lepas..30 june(tak sempat nk baca)..apa la lg kes anwar ni..
..sbg rakyat malaysia,terasa malu dgn situasi politik m'sia..hmm..kisah lama dibuka...apa lg yg tak kena..kes lama pun belum dibuktikan kesahihan..Ya ALLAH,Engkau Maha Tahu yg benar...dan kami yakin yg benar pasti di hadapan..tak nak comment lama..tp malu la...nk baca tajuk pn rasa malu..cerita mcm ni pula yg keluar kt akhbar india..

till here i stop..tomorrow is our physio practical exam...minta doa dari mak,ayah,adik2 dan rakan2 agar dipermudahkan urusan kami di sini dan tetap teguh dlm Iman dan Islam..DEKUJI MOC!! to all yg membantu dan menjadi sokongan bila diri memerlukan..hanya ALLAH mampu beri anugerah setimpal dgn pengorbanan kalian..moga dipermudahkan urusan..
thanks too to dik nurul,maduku ereen,dik kirin and adik2 di chezch yg mendoakan...ALL the best to those sitting for final exam in chezch and taking remed exam in bandung n UGM..Mohon ALLAH pinjamkan kejayaan pd kita dgn usaha istiqamah...sama2 kita jg solat,jg akhlaq,tingkat iman dan taqwa..tc everyone..

ps:may ALLAH make ease for you(nurul izyan rahmat)..


people dont care how much we know untill they know how much we care
_ISLAM MILIK BERSAMA_

Thursday, July 3, 2008

pengalaman di dalam 'sel'

2 pesanan
bismillahirrahmnairrahim...

innalillahiwainnailaihiraji'un...

demikianlah kalimah yg mampu diucapkan...tatkala ditimpa kesusahan dan kesedihan..

mohon maaf kpd para pembaca...semalam saya baru sahaja dibenarkan pulang dari hospital kasturba medical college..(KMC Hosp)
kali ni buat kali ke-3 saya ditahan sbg tahanan hospital...syukur kali ni saya ditahan hanya 4 hari berbanding sebelumnya melebihi seminggu...
malahan kali ni tiada wayar2 atau tube yg berselirat...cukup sekali sekala tube disambungkan utk bantu pernafasan(nebulizer)..dlm 5-6 kali sehari tube dipasangkan...lemas...rimas...tapi itu sahaja yg mampu beri kelegaan..dgn izinNya..
syukur juga kali ini tidak perlu menjadi tahanan 'veteran'...berada di katil ICU...cukuplah sekali...perit berada di ICU...tiada tandas...segalanya dilakukan atas katil...situlah tempat nak tunaikan solat..di situ jg tempat resuscitation..di atas katil itu jg tempat buang air...betapa tak selesanya berada di ICU..apatah lagi melihat insan2 yg lebih berkali ganda kronik melalui hari2 yg sepi dan sukar...tambahan,tidak dibenarkan pelawat menemani 'tahanan' hospital..no handphone allowed..have to wear hospital cloth...hanya air mata mampu mengalir mengenangkan aurat yg tidak mampu ditutup saat itu...darurat...kepala tak dibenarkan bertudung...hanya sehari selepas itu saya dibenarkan memakai 'anak tudung'...

kali ini saya ingin kongsi cerita menjadi tahanan hospital selama 4 hari..di ward Charaka3..
alhamdulillah saya memiliki sahabat2 yg SANGAT prihatin...suka membantu dan memudahkan urusan saya..
bermula demam sikit2 2minggu sebelum ke hospital...saya rasa cukup dgn banyakkan minum air dan bekalan vitamin..hari2 yg dilalui digagahkan juga ke kelas...kadang ada juga kosong tempat duduk roll no 53..apakan daya,pagi2 lg struggle untuk bernafas..tambahan migrain yg kerap menyerang...walaupun tidur cukup...segalanya cukup...

selang beberapa hari after onset of fever,saya kena flu...kerap bersin...letih...longlai rasa...gagahkan juga kaki menapak ke interact..terasa bersalah bila kaki mampu bergerak tp tak dimanfaatkan...sekurang2nya tak byk pn,ada jg ilmu yg dpt..
ptg tu jg melangkah ke'drug house'..beli ubat dan vitamin C..
after have a gud rest and sleep,flu under control...rasa2 mcm nk baik dah..mkn supplement yg mak ayah bekalkan..tak miss everyday mkn Vita-Lea n B-Complex..
hmm ALLAH MAHA TAHU segalanya...2-3 hari selepas tu,flu masih menyerang...kali ni tambah demam pula...demam tak lama tp on n off..."sabar,naufa...ALLAH sedang 'berbicara' pd diri ini...ujian yg sementara menjadi kifarat dosa..mendidik sabar,keyakinan dan pergantungan pd ALLAH"...memujuk diri yg makin lemah..

rasa lemah badan...namun Alhamdulillah kerana pergantungan pdNya yg cukup kuat,semangat masih ada...mlm tu saya ke library...siapkan note PBL and revise biochem...

esoknya masih sama...tiada tanda2 nk baik demam...kali ni 'running nose' dan bersin yg tak henti...pedih hidung dibuatnya..mlm tu,berbekalkan baki kredit yg ada,pantas jari ni dial no rumah...sempat ckp dgn Im..lama sungguh tak sembang dgn Im..selalu kol rumah,tak berkesempatan ckp dgn mamat hensem sorang ni..."Im,jgn putus asa...if Im sedih,akak tambah sedih..do something for your own good regardless what people said..ALLAH know every single thing and every hardship you have to go through..be tough,Im"..memujuk Im..sedih tak dpt bersama2nya..adik sorang ni pendam sikit orangnye...jarang meluahkan..teringat kata2 Im.."bile kak teh nak balik ni...if kak teh ade kan best.."-->kak naheed yg btau akak,Im..
Dulu selalu jg sembang dgn Im kat bilik dia...tukar2 cerita,then dpt la tahu perkembangan Im..Im n Me only!!..=)..be tough,dear brother!!langit tak selamanya gelap...insyaALLAH..
mlm tu tak motivate nk ke library...tak dpt sembang lama dgn Im..tiba2 putus...
sementara tggu masuk waktu isya,on YM kejap...naheed tgh ol...tiba2 naheed ckp wan masuk hosp...terkejut!..terus berlinang air mata..segalanya serba tak kena mlm tu...sebelum sempat isya,buka kitabullah kejap..mlm tu pilih surah waqiah memandangkan masa ada sekejap je before isya..menitis lg airmata dgn tiap2 ayat yg dibaca...
"Apabila berlaku hari kiamat itu, (1) Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. (2) Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). (3) (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. (4) Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, (5) Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, (6) Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); (7) Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? (8) Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? (9)"

sehingga tamat surah waqiah..air mata tak mampu nk tahan..
"Ya ALLAH,peliharalah insan2 disekeliling ku..yg memudahkan urusanku,yang sentiasa berada bersama ketika susahku..peliharah ahli keluargaku keseluruhannya dan peliharah aku..pelihara kami dari maksiat,bisikan syaitan dan manusia yg membawa kesesatan..pelihara kami dr menyekutukanMu dan pelihara kami agar terus tetap dlm Iman dan Islam..selamatkan kami Ya ALLAH dgn kasih sayangMu dr azab sikasaan kubur dan neraka..ameen ya mujibassaaileen.."
doa dan pengaduan pd ALLAH membuatkan hati terpujuk sedikit....yakin bhw ALLAH Maha Tahu dan sentiasa memelihara hamba2 yg taat pdNya..
badan makin lemah...tak cukup dgn flu and fever,menangis buatkan badan lg lemah...tak motivate nk study...belek juga buku...
jeling2 kat YM,nampak protozoa_paramesium online...bercerita kejap dgn Kirin..thnks,dear..lega juga hati ni..kembali semangat...thnks for the reminder...
mlm tu tido awal...menjadi rutin dibilik,sebelum keluar bilik air mesti berwudhu dulu..so that sentiasa dlm keadaan berwudhu..mudah mudahan rutin ni bantu elak dr maksiat2 kecil..
keesokan pagi,bangun subuh rasa letih sgt2..nk pitam tiba2...kenapa ni???tido dh cukup dah rasanya..
tiba masa nk bersahur,tekak rasa sakit...hmmm...apa pula kali ni??takpela...teruskan juga niat nk berpuasa hr khamis ni...bermonolog-->'andai tak tertahan,buka la nanti..mg kuat hr ni..'
gagahkan juga ke kelas...
lepas dissection,rasa tak tahan dh sakit dlm tekak ni..temperature pn tiba2 naik...
rasa perlu dibasahkan tekak ni...terus tanya nadzirah...teman setia duk kt sebelah.."nad,ada air tak?nak buka puasa laa...tak mampu rasa..cukup takat ni..".."laaa,siannye tp kte tak bw air hr ni..sat.."..nad terus pegi tnye org depan...fareshah terus hulur air dia...cukup dpt seteguk..itupun peritnk telan..nad n kak ja dgn pantas hulurkan biskut..tp tak tertelan..mampu memandang je dulu..then melangkah ke bilik air...nk tgk 'benda' apa la yg buatkan terasa sakit sgt ni..
tgk kat cermin,palatine tonsil dua2 bengkak merah...tp yg kanan ni lain bengkaknya..ada something whitish..try nk kikis keluar tp tak boleh..sakit pula..balik kelas,tanya ziilal and prasana..ziilal terkejut.."eh,ape tu?"..concern si Ziilal tak stop situ je...terus dia pi minta gula2 sakit tekak kt Izzah.."nah,mkn ni...kasi lega sket"..syukurnya tak terkira...sahabat2 sekeliling semuanya sgt membantu..bukan ckp atas angin semata..
mlm tu temperature naik lagi...tambah dgn migrain...kali ni migrain rasa sakit sgt2...smpi rasa nk muntah..dh tdo kejap pn tak kurang juga..tak bermayanyeeeeeeeeeee...
mlm tu mlm jumaat,pujuk hati dgn rutin al kahfi..berjuraian air mata sambil melihat maksud setiap ayat...kali ni deras pula air mengalir..dekat sejam pula kali ni baca al kahfi..tersekat sekat..seusai dgn sadaqallahul azheem..rasa tenang sikit demi sikit..kepala berat so tdo awal..
esoknya perkara yg sama...tosilitis+demam+flu+bersin+migrain=package yg memerlukan kesabaran..kelas pagi sabtu tak dpt pegi..kepala berat terasa...kelas pkl 10.30pg gagahkan juga...sampai di kelas nad ckp.."nape pucat?gi hosp la lepas ni...kitorang bawa.."..noen pn toleh(noen duduk depan saya dlm lecture hall).."aah...kte bawa kay..kte teman awak gi hosp"..nad mencelah sambil bergurau"mane boleh,kte yg nak bawa naufa dulu"..."eh eh..dah2...apa la u all ni..noen dh ckp lama nk teman gi hosp..nad pn...due2 je la bw kte gi hosp..ok?"..mampu tersenyum...
ptg tu tak jd pegi hosp sbb nad tertido,saya sengaja tdo sbb migrain yg worsen...noen pn tdo juga rasanya...dh lewat ptg,malas pula nk ke hosp hr tu..janji dgn nad esok if tak kurang juga sakit,naufa akan ke hosp...

esoknya,hari ahad...lepas subuh,rasa lembik...nk pitam..tak mampu berdiri lama...bangun pagi batuk2...this time ada wheezing sound..breathless..terus duduk kt katil...cari posisi yg paling sesuai nak bernafas...
tgh hari nad dtg ketuk pintu..ada anis same..."naufa mcmana?".."sakit dada..migrain dh 2 hari tak baik..makin sakit..demam on n off..".."hmmm...jom gi hosp!..kte dh masakkan sup ayam dgn anis...makan dulu then lepas zohor kte pi hosp same2"..
alhamdulillah...sungguh prihatin sahabat2..siap tolong masak lg..
sebelum zohor saya bersiap2 nk ke hosp...hati rasa berat skit..terus kemaskan barang..pack baju2 dan keperluan masuk dlm beg..persediaan andai kena dmit lagi..so that tak susahkan kwn2 sgt nk kena tolong pack brg saya..if tak kena admit,bagus la..hope sgt tak pyh admit this time..
sampai je di hosp terus ke emergency...sgt susah nk bernafas..batuk2..nak berdiri pn tak mampu..syukur ada anis dan nad..terus papah masuk emergency..
doc intern dtg ambil history..then i ask for nebulizer..tak mampu nak tahan dah...
terus dibawa ke resuscitation bed..after several minutes inhale oxygen with salbutamol through nebulizer,rasa lega sikit..walaupun terasa sakit..sambil2 berbual dgn anis dan nad..

saya stop sampai sini dulu..cerita saya dihantar ke 'sel' Charaka3 no 4 akan saya sambung kemudian..tggu follow up..pengalaman dlm 'sel' lebih menarik!now i need rest and take medicine..sesak rasa dada ni..insyaALLAH esok akan ke kelas..lusa exam..mg dipermudahkan urusan kita semua..
*buat masa skrg saya di rumah izzah,fatin,kak ja,ziilal...*gambar 3 'gemok'*..dr kanan:izzah,fatin,ziilal



_people dont care how much we know untill they know how much we care_
_ISLAM MILIK BERSAMA_
 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template