Dalam melalui hidup seharian,pasti tidak terlepas hati ini dari merasa resah dan gelisah..
contoh:
kita gelisah bila datangnya nikmat hujan.. "mcmana ni,rain coat tak beli lagi..".."musim hujan nanti sure susah kering baju2..terpaksala pakai washing machine"
gelisah bila cuaca panas.."panasnye..cepat pulak berpeluh hr ni.."
gelisah nak menduduki peperiksaan.."hmm...byk lagi tak baca ni"
resah bila didatangkan ujian dengan kesihatan yang kurang baik..
resah gelisah mengenangkan duit di bank yang sentiasa berkurang..
resah dan gelisah datang silih berganti...
renungkan doa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah..
"Ya ALLAH,aku berlindung kepadaMu dari kesedihan dan kedukaan,
aku berlindung padaMU dari sifat lemah dan malas,
aku berlindung padaMu dari sifat kikir dan kedekut,
aku berlindung padaMU dari beban hutang dan penindasan manusia"
8 sifat manusia yang membawa keresahan dan kegelisahan...lengkap di dalam satu doa yang ringkas..
manusia berasa gresah dan gelisah dalam mencari sesuatu..rasa ingin memiliki sesuatu..dan tertanya-tanya adakah aku mampu dan akan memilikinya..
sepertimana kita renung kisah SITI HAJAR berlari lari dalam resah gelisah mencari sedikit air utk meredakan anak yg menangis kelaparan...berlari berulang kali dari Safa ke Marwah,Marwah ke Safa...Safa ke Marwah..dan berterusan...resah mencari setitis air..resah memikirkan apakah mungkin mendapat air di padang tandus itu...
Manusia juga resah dan gelisah dalam mengenal erti bertuhan...resah mencari tuhan..
sanggup melakukan apa saja utk mencari tuhan...mengukir patung..baratur berhari2 menunggu giliran "mengadap" tuhan seperti mana kita lihat penganut hindu..malah yang miskin juga sanggup 'mengorbankan' harta demi imbuhan yang perlu didahulukan utk menyertai pesta 'meraikan' tuhan..ada juga yang sanggup mengadakan cerita2 luarbiasa utk mencari tuhan..
sebagaimana sejarah membuktikan bagaimana resah dan gelisahnya Ibrahim a.s mencari tuhan..
disembahnya bintang tatkala melihat sinaran bintang yg luarbiasa,katanya"inilah tuhanku!"..kemudian hilanglah bintang dan terbitlah matahari..dikatanya pula"bintang sudah hilang..bintang bukan tuhanku tp mataharilah tuhanku!"
kemudian lenyaplah matahari bila datangnya malam..dilihatnya matahari terbenam dan munculnya bulan..dikatanya lagi sambil memandang kpd bulan.."inilah tuhanku!'
lihat,bagaimana resahnya manusia bila tidak mengenal tuhan..keresahan akibat tidak mengenal tuhan juga tidak dapat melenyapkan keresahan-keresahan lain yang datang silih berganti..
hiduplah kita dlm keadaan tertanya2 dan bersangka2..
kenallah ALLAH agar segala keresahan dapat dilupakan..agar segala persangkaan bertemu dgn jawapannya..
cth..manusia sentiasa resah dan bersangka dalam hal rezeki..
tahukah kita bahawa rezeki merupakan Haq mutlaq ALLAH...TIDAK TERHAD dan TIDAK BERSYARAT..
bila kita menganal ALLAH,kita akan yakin rezeki kita ditetapkan olehNya..dan kita yakin bahawa setiap dari manusia itu memiliki rezekinya masing2..
dan kita juga yakin bahawa dari harta atau milikan yg kita ada pasti terselit rezeki individu lain..
bila kita faham konsep ni..hilanglah resah kikir dan kedekut..hilanglah resah berputus asa..hilanglah rasa pergantunagn pada manusia..lenyaplah gelisah menghadapi kegagalan dan kekurangan..
rezeki ALLAH tidak terhad kepada hamba2 yang tertentu sahaja..
rezeki ALLAH juga tidak bersyarat dgn apa2 keadaan..ALLAH hanya berikan tanggungjawab kpd kita utk terus berusaha tetapi tidak dibebankan kepada kita dalam menentukan hasil usaha tadi..
bila keyakinan kepada ALLAH tidak terbatas lagi..segalanya kita hadapi dengan sabar dan redha..kita terus melangkah kehadapan..melalui hidup yg sementara dgn bekal keyakinan kpd Tuhan yg Esa..
bila kita yakin dengan ALLAH..hilanglah keresahan bila hilang atau lenyap sesuatu dari harta yg dimiliki...kerana kita yakin segalanya yang kita ada merupakan pinjaman yg dipertanggungjawabkan keatas kita dan ianya bersifat sementara..
kita akan sentiasa diingatkan dgn matlamat hidup di akhirat bila kita kenal ALLAH..kerana kita sudah yakin dgn firmanNya..
kulluman 'alaiha faan-segala yang di dunia ini akan binasa..(surah ar rahman)
bila kita kenal ALLAH,hati ini akan terdidik dgn sifat zuhud..merasa cukup dgn nikmat yang diberi..syukur atas apa yang sudah dimiliki..
Bila kenal ALLAH,segalanya akan disandarkan kepadanya..agar tidak terleka mahupun putus harap dgn rahmatNya..seprtimana yg ALLAH kata dlm quran:
maksunya:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (QS. al-Baqarah:155- 157)
konsep pergantunag pd ALLAH ini juga disebutkan dalam hadith Rasulullah S.A.W..
Di dalam musnad Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda,
"Tidaklah seorang hamba yang ditimpa musibah mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku ini dan gantilah untukku dengan sesuatu yang lebih baik," kecuali Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya dan akan memberikan kepadanya ganti yang lebih baik." (HR. Ahmad 3/27)
sekali lagi diingatkan kpd kita dalam ayat berikut
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
(al-Hadid:22- 23)
kenallah ALLAH agar terlerai kekusutan hati..
dan akhirnya terjawab segala keresahan bila kita yakin tempat kembalinya kpd yg menciptakan.
Bahwa kesudahan dan tempat kembali seorang hamba adalah kepada Allah Pemilik yang Haq. Dan seseorang sudah pasti akan meninggalkan dunia ini lalu menghadap Allah s.w.t. sendiri-sendiri sebagaimana ketika mula-mula diciptakan, tidak memiliki harta, tidak membawa keluarga dan anak isteri. Akan tetapi manusia menghadap Allah dengan membawa nilaian amal..
Jika awal mula dan kesudahan seorang hamba adalah demikian maka bagaimana dia akan berbangga-bangga dengan apa yang dia miliki atau berputus asa dari apa yang tidak dimilikinya. Maka memikirkan bagaimana awal dirinya dan bagaimana kesudahannya nanti adalah merupakan penawar paling mujarab untuk mengubati resah dan gelisah. Demikian juga bila realise dgn yakin bahwa apa yang akan menimpanya pasti tidak akan sia-sia atau luput dan begitu juga sebaliknya andai nilaian tuhan diambil kira..jika nilaian dunia yang dijadikan paksi..pasti gusarlah hati..dan tiada manfaatnya utk kehidupan yg kekal abadi nanti..kerana segala yg berlaku di dunia ini bersifat sementara..kita lah yang merubah nilainya kpd akhirat(sila lihat post--->_nilai ibadah..dunia atau akhirat_)
3 pesanan:
salam..
nice post.superb!!
kadang2 dek sebok sangat kejar dunia , lupe bahawa "segala didunia akan binasa"..
thanx a lot for the reminder..=D
great words!! as usual.. thnx 4 reminding toO.. insya-allh~ nnt kalo I hav a strong courage as yours, farah tulis lg blog ~ keh3
assalamualaikum.
baru tadi ter'resah' dan ter'gelisah' dengan exam yang makin dekat. Alhamdulillah, dapat singgah sini jap.
Post a Comment