benar..manusia sering lupa...
adakah kita sentiasa lupa?
hmmm...tak juga..kadang2 sengaja buat2 lupa...lama2,dh terbiasa..jd la betul2 sentiasa lupa..dan akhirnya,tergelincir bersama mereka yg leka...
masihkah kau igt?...
kita dahulu tidak berkuasa berkata-kata...
tidak mengenal walau sepatah huruf..
tidak mampu menyampaikan maksud dgn perkataan..
tapi hari ini..
kita biasa memuntahkan kata2 dusta..
kata2 yg mengingkari perintah ALLAH...
memperlekehkan hukum ALLAH..
kata2 fasih dgn puluhan carut yg pelbagai..bisa dipilih mengikut keadaan..haih..
kata2 yg mengundang kedukaan insan lain..
masihkan kau igt?
dahulu kita tidak mampu melangkah utk berjalan..melompat,..memanjat..
kaki ini lemah dahulunya...lembik tak berdaya..
siapakah yg beri kekuatan dan skill berjalan?
adakah dgn sendiri kita menguasainya atau ada KUASA yg mencipta membenarkannya?
kini...
kaki yg dulu lemah sudah kuat...
kaki ini membawa kita ke mana ingin dituju...
mula kaki ini tidak diberi penghargaan...
langkahnya tak dijaga..tujunya tak dipandu...
sepasang kaki yg molek ini membawa sekujur jasad ke sana ke mari..
rasa syukur kian hilang...
kaki mula melangkah tanpa tujuan redha pencipta...
masihkah kau igt?
dahulu ibu yg membantu kita mengurus diri..memudahkan kita ..
membersih najis kita..
berjaga malam menyusukan si anak..
berjaga malam berturutan ketika kita demam yg sedikit..
betapa hati ibu tidak tenang menanti anaknya pulang..
betapa ibu sanggup 'berbohong' mengatakan dirinya kenyang padahal menanggung lapar semata2 membiarkan perut si anak dahulu terisi..
ibu terus mendoakan tatkala baru selangkah anaknya meninggalkan rumah..moga selamat pulang kembali hendaknya..
ibu selalu mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anaknya..
ibu menangis bila kita menangis..
ibu sedih bila kita sedih...
tapi sekarang...semakin hari kita meninggalkan ibu..
jarang kita menilai pengorbanan ibu..
melahirkan..membesarkan...memudahkan..
sgt mudah kata2 yg menyakitkan hati ibu kita ludahkan...tanpa kita sedar..
kita bohong kpd ibu bkn kerana berkorban untuknya tetapi utk kesenangan kita..
kita tidak belajar bersungguh-sungguh..
kita lupa nasihat ibu..hanya ketika susah,nasihat itu bermain2 di kotak minda..tapi sekadar ulangan spt kaset di radio..bila tak suka..kita tekan butang 'stop'..bila perlu,baru kita 'play'...
bagai melukut di tepi gantang nasihat itu..
kita jarang meluangkan masa mendengar rintihan ibu...kita tak terdetik menyelami kesusahan ibu..
ibu...
ibu..
kau semakin tua membilang usia..namun masih kau berkorban dan terus berkorban...
diriku menginjak usia,berjiwa merdeka..semakin 'merdeka' juga hati dari terus menilik kesusahan dan pengorbanan mu...
maafkan kami..
masihkah kau ingat?
si ayah berhempas pulas mencari sesuap rezeki...biar hanya seringgit di dalam kocek seluar..dirahsiakan dr si anak...
tidak pernah kita diberitahu betapa susahnya dia mencari rezeki..
tidak pernah dia mengadu betapa penatnya hari2 yg dilalui..
tidak pernah tersedar hati ini mengira titik peluh yg diberi kpd kita..
dlm keringat rezeki,ayah tak lupa mendidik dan memberi nasihat..
ayah mendoakan selangkah anaknya meninggalkan rumah..moga selamat pulang kembali hendaknya..
ayah mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anaknya..
ayah memberi sokongan ketika anaknya lemah..
ayah memberi dorongan utk anaknya meneruskan perjuangan..
ayah menitiskan air mata tatkala membaca kad2 kiriman rakan2 yg menghargai anaknya...sambil berkata.."ayah terharu...teruskan memberi kebaikan pada insan lain"
ayah provide everything yg kita perlu...malah ditunaikan apa yg kita inginkan..
ayah juga berlapar seperti ibu..ketika hidup kami susah..
namun anak2 hari ini..
anak2 mudah melupakan ayah ketika dirinya senang..
duit yg diberikan ayah tidak dimanfaatkan sepenuhnya..
meronta2 jika tidak diberikan apa yg diinginkan..
mula bersangka2 kpd ayah andai sedikit dut yg diberi..
jarang mendoakan keselamatan dan kesihatan si ayah..
anak tidak menjaga maruah si ayah...akhlaq tidak dipelihara..
hanya teringat si ayah ketika di dlm kesusahan..
mendoakan si ayah bila shj ayah sudah ditarik sedikit demi sedikit kesihatan..
igtlah,ayah dan ibu sentiasa menghargai anak2 nya seawal kelahiran kita...tapi kita belajar menghargai mereka bila kita dlm kesusahan,nk exam,dan akhirnya bila mereka sakit..takut2 kita kehilangan mereka...kenapa mesti begitu lambat kita meghargai merek?
masihkan kau igt?
rasulullah dahulu sgt susah dan jerih melalui halangan dan dugaan utk membawa ISLAM sehingga hari ini...
susahnya baginda menyampaikan isi AL-QURAN yg kekal hingga hari ini..
berapa pasang mata yg berderaian menangis mempertahankan isi Al-Quran..
berapa jasad yg terkorban kerana mengutamakan syariat yg berpandukan Al Quran..
tp pada hari ini...
kita tidak menilai Al Quran..kita tidak meletakkan nilai pd Al Quran yg tak ternilai itu..
kita mudah menghabiskan beribu2 novel...tapi susah utk menghabiskan walau satu surah pendek..yg didalamnya terisi pelbagai nasihat dan pengajaran yg BENAR..
kita suka menonton drama,filem..dll..yg didalamnya terkandung beribu macam dongengan,syubhah,maksiat dan perkara yg tidak benar...sehingga seringkali di akhir paparan tertuli..'kisah ini tiada kena mengena bg yg hidup mahupun yg mati..'
namun Al Quran yg sentiasa terabai itu mengandungi bermacam-macam kisah yg benar...tidak boleh disangkal..kisah sejarah mahupun kisah akan dtg...
bila bermasalah,kita sering mencari buku2 motivasi,pakar motivasi,mengadu pd insan lain yg mungkin tidak mampu mebantu..adakala menambah buruk keadaan..
namun Al Quran mempunyai jawapan2 yg melembutkan dan menenangkan hati...
juga jawapan kpd pertanyaan yg kita tidak mampu memikir penyelesaiannya..
cth ada rakan bertanya pd saya..."sejarah membuktikan org2 zaman dulu hidup tak bertamadun..tak ada pakaian sempurna..bahasa sempurna...jadi,adakah nabi2 pd awal zaman mcm nabi adam dan idris kehidupan mereka mcm tu?"
...saya terfikir...mudah menjawab "tidak"..kerana mana mungkin nabi ALLAH hidup dlm keadaan begitu...tapi bagaimana mahu menyangkal...pasti perlu bukti yg kukuh..
mula saya mencari...rupanya jwp telah tersedia dlm quran...sungguh indah jwp itu terbentang dlm quran...bukan sahaja menjawab pertanyaan tersebut..malah sejarah selepas itu juga membenarkan kewujudan manusia tanpa tamadun...hmmm..jd,manusia tanpa tamadun ni wujud..tp nabi adam alaihissalam bkn manusia tak bertamadun..hidup baginda bermula awal penciptaannya penuh ketamadunan..buat yg berminat...akan saya kongsikan jwpnnya dlm post akan dtg..or dlm halaqah akan dtg..insyaALLAH(buat jr2 manipal)..boleh juga melalui YM bg yg mahu tahu jwpnnya secara diskusi langsung..
“ Sesungguhnya, al-Quran adalah ubat di dalam dada(hati)”. (Surah Yunus 10:57)kita sudah terbiasa...adakah kerana lupa..atau kerana sentiasa lupa..sehingga kita mula membiasakan yg tidak benar..jom ambil peringatan,mulakan perubahan..
“Maka tidak pernahkah mereka berjalan di Bumi, sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tapi yang buta itu ialah hati yang ada di dalam dada.” (Surah Al-Hajj 22:46)
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-Araf 7:179)
jom hijrah..kembali ingat..bukan kembali lupa..."biasakan yg betul..betulkan yg biasa.."
_ISLAM MILIK BERSAMA_
1 pesanan:
btol tu.... *insaf*
nnt sy nak tau kesah camne leh wujud org yg xbertamadun tu, interesting2. *menuggu post akan dtg*
Post a Comment