"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Saturday, May 3, 2008

nilai ibadah...dunia atau akhirat..


Asslamualaikum wbt to the readers..

tajuk yg diberi sgt dalam utk dibincangkan secara detail..tapi kali ni saya nak bincangkan secara ringan je..welcome to my world!!..=)

sebelum saya menyelam lebih dalam..sedikit persoalan perlu dirungkai..

apa yg kita faham dgn akhirat?
apa yg kita faham dgn dunia?

dari segi bahasanya: dunia-dekat
akhirat-akhir/jauh

dari segi kefahaman: dunia-sementara
akhirat-kekal

jadi bila kita kaitkan,dunia ni sesuatu yg dekat dan sementara..manfaat yg kita dpt dlm waktu yg terdekat dan bersifat sementara...contohnya kita pegi solat tarawikh bertujuan nk jumpa kwn2 lama or nk makan burbur lambuk..kita dpt apa yg kita hajati tp ianya bersifat sementara..jumpa kwn,borak2,berpisah kembali...mkn bubur lambuk,kenyang kemudian akan lapar semula..betol tak?

akhirat pula sesuatu yg kita lakukan dan manfaatnya jauh lg utk kita nikmati dan bersifat kekal..cth yg sama kita pegi solat tarawikh tp dgn tujuan nk dpt keredhaan ALLAH..balasannya kita tak nampak dan jauh lg utk kita nikmati tapi ianya bersifat kekal...

sama juga dgn kita tuntut ilmu..jika semata utk pandai dan lulus periksa,insyaALLAH kita dpt kt dunia tp malangnya hasilnya hanya sementara..dan mungkin juga ilmu yg diperolehi tu juga hayatnya dlm minda dan hati kita semnetara juga(mcm ilmu mase nak amik SPM..sape rase dia bleh igt lg??)..na'uzhubillahi min zaalik

bila kita tuntut ilmu kerana ALLAH,nk tolong umat islam,nak bantu tingkatkan nilai umat Islam,nk dpt keredhaan ALLAH..insyaALLAH dgn rahmatNy,ilmu tu akan kekal dan balasan di akhirat yg kekal jg menanti..

jadi apakah nilai dunia nak dibandingkan dgn akhirat?
saya petik dari tafsir riwayat Muslim,Rasulullah s.a.w bersabda:

"dunia ini juka dibandingkan dgn akhirat tak lebih daripada misalan air yg lekat pd sepotong jari yg dicelup dlm laut"


bila nilai2 balik dunia ni..terasa hina diri bila apa yg dikejar di dunia hanyalah umpama air yg lekat pada sepotong jari yg dicelup ke dalam lautan..mlahan tidak luak sedikit pun air laut tu dgn celupan jari tadi..(rasa membodohkan diri pun ada..)...


apa cth2 dunia dr segi ibadah??
  1. buat sesuatu kerana nk dpt kan nama w/pun misinya atas nama agama
  2. buat sesuatu utk pujian
  3. buat sesuatu kerana manusia..cth:solat sbb takut ayah marah..
saje je kasi cth.=)..kesimpulannya sesuatu ibadah yg kita lakukan kerana utk kepuasan nafsu atau kerana manusia..kita kategorikan sbg dunia..

maksudnya,ibadah yg kita lakukan tu boleh jadi dunia dan juga boleh jadi akhirat..semuanya bergantung kpd niat(refer hadith pertama dlm Hadith arba'in)

ada juga ibadah atau sesuatu yg kita lakukan mmg tak dpt ganjaran dunia tp ada ganjaran di akhirat..
contohnya,bagi hutang kat kawan yg memerlukan..
saya kongsi sikit cerita "memberi hutang tak berbayar" yg berlaku pd ibu saya..
ibu saya ni cepat sgt kesiankan org..sampai suatu tahap diberi org pinjam beribu2 ringgit tp tak berbayar..melihatkan nasib si ibu mcm tu,saya pun bertanya..

pai: "mak,kenapa mak tak minta je duit kat org tu?..kan dah lama sgt..lebih 5 tahun pun..if dia nk selesaikan hutang spy tak masuk penjara,rasanya dh selesai pun kan?"
mak: mana la mak nk cari dia..
pai: mesti mak ade ctc number dia..kena bg pengajaran sikit..
mak: buat apa naufa mak nk pegi marah2...mak niat beri pinjam kerana ALLAH..if mak marah2 seolah2 mak tak redha dgn tindakan mak..lg pun buat apa nak runsingkan hati..kita juga tak tenang nanti..lagipun mak tak miskin if dia tak bayar pun...if jadi miskin pun,mak tak miskin kat akhirat..biar miskin kerana tolong org,bukan miskin sbb meminjam..rasulullah pun tak hidup mewah mcm kita ni..tidur bertilam dan berbantal..

...indah sungguh kata2 mak..setiap bait masih terngiang2 sehingga skrg..
sungguh saya miliki ibu yg sentiasa mengingatkan diri ini pada ALLAH dan RasulNya..alhamdulillah..segala puji untuk ALLAH..

berbalik pada perbincangan..saya petik hadith muslim (no 7059..buku 42)
dari Jabir bin Abdullah meriwayatkan,sewaktu Rsulullah S.A.W berjalan melintasi tempat bungan smph, bersama para sahabat di kiri dan kanan baginda,terlihat baginda bangkai seekor biri-biri (bertelinga sgt pendek)..Baginda mengambil bhg telinga bangkai tersebut sambil berkata:" siapakah di antara kalian sanggup membeli bangkai ini dgn satu dirham?"..sahabat menjawab"kami tidak akan membelinya walaupun dgn harga kurang dari itu kerana tiada manfaat bagi kami"..Baginda berkata lg,"inginkah kamu jika aku berikan dgn percuma?".. sahabat jwb,"demi ALLAH,kami tidak mahu memilikinya walaupun biri-biri itu masih hidup kerana ia memiliki telingan yg huduh..sedangkan ia sudah pun mati ketika ini.." lalu Baginda menjelaskan,"demi ALLAH,dunia ini dinilai di mata ALLAH seperti mana kamu menilai bangkai biri-biri ini dgn mata kamu"

Sungguh jelek nilai dunia disisi ALLAH..tapi hakikatnya,kepuasan dunia lah yg sering kita cari dan kita nikmati..kadang tu,nk berjalan2 bukan kerana ALLAH tp kerana nk bercuti semata2..makan kerana utk kenyang,berehat utk bermalasan..berhibur utk kepuasan hati..

sungguh jika diri ini tidak bermuhasabah..akan hanyutlah bersama dunia..
perbincangan ini utk peringatan diri dan renungan sahabat2..

drpd Abu hurairah meriwayatkkan Rsulullah berkata: ad dunya sijnul mukmin wa jannatul kaafir..dunia ini ibarat penjara bagi org mukmin dan syurga bg org kafir..

sbg penutup..nk kongsi ayat favourite saya dikala terleka.. dari surah ar rahman(tak igt ayat berapa)..yg berbunyi..'kulluman a'laiha faan." yg bermaksud.."segala yg dibumi akan musnah"..


_ISLAM MILIK BERSAMA_



p/s:harap maaf,hadith2 di atas,saya translate sendiri..if ada kekurangan sila tegur ya..maaf saya dahulukan dari awal penulisan saya..

8 pesanan:

amicus curiae on May 4, 2008, 12:16:00 AM said...

slm alaiki
just tumbled upon ur blog today.

smg sntiasa diberi kekuatan.

maan najah.

a.h

pai_ilham al-adwa' on May 4, 2008, 12:32:00 AM said...

salam,kak af..thnks..tgh demam panas ni..yup..mg diberi kekuatan..thnks again..

alonq_exe on May 4, 2008, 2:04:00 AM said...

assalamualaikum.

Mintak izin nak link ke blog ni ye naufa.

pai_ilham al-adwa' on May 4, 2008, 2:09:00 AM said...

salam,qamarus..silakan..

izzah on May 4, 2008, 2:53:00 AM said...

hmm..nilah hasilnye ye..mencari erti akhirat dan dunia..chaiyouk!!

imanulhassan on May 5, 2008, 9:22:00 PM said...

ya btol tu.. dunia ni hanya tmpt ujian..

akhirat ler yg kekal abadi~

good luck dlm ujian dunia! moga2 jumpa kat jannatul adnin insyaAllah ameen..

pai_ilham al-adwa' on May 6, 2008, 1:26:00 AM said...

salam,iman...teruskan usaha dan doa iman tu..tak jumpa di dunia tp matlamat kita sama..mg jumpa do syurga..tc,man

cloudtalks on May 28, 2008, 10:13:00 AM said...

kak naufa,terima kasih.
it looks simple,tp u make me think.
thank u,
semoga diberi kekuatan berdakwah utk insan2 mcm kite:)

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template