Persoalannya bermula di sini…sbg insan yang mengaku diri ini muslim, bagaimana anda mengatakan ALLAH itu MAHA BIJAKSANA, MAHA PENYAYANG dan MAHA SEMPURNA sedangkan DIA telah menciptakan keburukan dan kejahatan, malapetaka dan berbagai bencana spt penyakit, umur yang semakin tua, kudrat yang semakin tiada, kematian, kepanasan, sejuk yang melampau, tsunami, kemiskinan dan sebagainya.Jika ALLAH itu merupakan lambang kasih sayang, lambang keindahan dan kebajikan , mengapa dia adakan rasa kebencian, keburukan dan kejahatan?
Sekilas pandang, tentu sekali ada perasaan syak pada sifat2 mulia yg ada pada ALLAH…tanpa berfikir,kita pasti terpedaya..apatah lagi jika pemikiran itu bukan berlandaskan aqal yang waras, AL-Quran dan Hadith. Sedarlah wahai sahabat ,muhasabah diri. Alhamdulillah, sekiranya kita mampu menjawab soalan ini secara relevan mengikut pengetahuan terhadap ISLAM, InsyaALLAH, terselamatlah iman kita. Namun jika sebaliknya, nauzubillah..kerana ini persoalan yang dibangkitkan td hanyalah soalan dari seorang yang tiada kepercayaan pada tuhan…
Pada hakikat kebenaran , memang benar ALLAH itu sebagai pemberi rahmat. ALLAH tidak pernah menganjurkan kepada kemaksiatan tetapi kerana beberapa nikmat dan kebijaksanaannya, maka diberiNYA kesempatan2 untuk keburukan dan kejahatan dilakukan.
Andainya dikehendaki, ALLAH mampu dengan sekelip mata menjadikan semua manusia itu taat kepadaNYA,tetapi tiada kebebasan diberikan. Dalam sunnatullah, kebebasan dengan hadirnya suka dan duka lebih baik dari 'dijajah' walaupun penuh kesejahteraan.
Terang lagi bersuluh ana katakan, ALLAH membiarkan manusia membuat kesalahan yang kemudiannya berakhir dengan penderitaan atau penyesalan supaya kita mengambil pengajaran atas kesilapan dan menjadi ummat yang lebih baik dari hari ke hari. Fikirkanlah ,siapa yang kurniakan penderitaan dan penyesalan tersebut? Mengapa berlakunya demikian? Untuk manfaat siapakah berlaku sebegitu rupa?
Oleh itu, DEMI KEBIJAKSANAAN ALLAH ITULAH ,ALLAH MEMBERI KESEMPATAN DIANTARA RUANG2 MASA UNTUK KEKEJIAN DAN KEBURUKAN BERFUNGSI…ALLAH ITU MAHA TAHU SETIAP PERBUATANNYA….YAKINI DAN BERIMANLAH TANPA SANGSI..
Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya…bagaimana untuk kita rasa nikmat sihat sekiranya ALLAH tidak pernah memberi kita rasa sakit?
ALLAH tetapkan kematian juga ada sebabnya. Sebagai peringatan atas nikmat hidup yang diberikan, agar kita ada matlamat hidup selepas mati, dan supaya kita tidak sombong dan angkuh atas nikmat2 lain yang dikurniakan, sekiranya kita sedar perkara ini, pasti kita yakin bahawa ALLAH itu sentiasa bersifat penyayang pada kita walhal telah dijanjikanNYA banyak nikmat yang berlipat kali ganda di akhirat nanti.
Banyak lagi yang ingin dinukilkan di sini tapi memadailah dengan penjelasan yang dibuat. Jangan sia2kan aqal yang ALLAH kurniakan, nikmat AL-Quran yang merupakan kalamullah…sebaiknya ,antum yang membaca berfikir dan muhasabah diri dengan pengetahuan islam dan iman dalam diri masing2. Ana sendiri masih banyak kurangnya.
Semoga, sedikit perkongsian ini dapat menyedarkan kita bersama.
Buat renunagn bersama sebelum diakhiri warkah ini,ingin ana bangkitkan persoalan mengapa ummat pada hari ini yang dahulunya sarat dengan ilmu dunia dan akhirat malahan menjadi rujukan kaum lain..tetapi pada hari ini,dahaga ilmu,cetek ilmu,kurang ilmu malah tidak mampu menguasai ilmu.
Dan mengapa pula ummat ini yang dikatakan TERBAIK di dalam AL-Quran, tetapi hakikat pada hari ini,banyak peratusannya terlibat dengan kemaksiatan dan jauh tersasar dari pangkalan ISLAM.
Mengapa pula ummat ini yang suatu ketika dulu hidup penuh dengan prinsip yang mulia dan identiti murni, namun pada hari ini hidup tanpa prinsip agama malah kurang yang menampilkan identiti keISLAMan dan lebih malang lagi ,ummat ini pada hari ini kehilanagn identiti dan rakus mencari identiti barat dan sanggup menggadaikan prinsip agama..
Wallaua'lam…
Yang baik itu dikurniakan terus oleh ALLAH kepada ana dan segala kelemahan itu juga datang dari ALLAH tapi atas kelemahan ana sendiri yang memilihnya..
ILALLIQA'
0 pesanan:
Post a Comment