First of all,saya agak keberatan nk menulis ttg topik ni..memandangkan kita semua perlu AMBIL TAHU apa itu CINTA dan sejauh mana perasaan fitrah ini memberi kesan dlm hidup kita..saya rajinkan juga jari ni menari di papan keyboard..
if boleh saya tak nak sentuh bab couple dlm persoalan ni..tp sedikit sebanyak saya akan membawa beberapa contoh untuk kita ambil iktibar bersama..
APA ITU CINTA??
cinta adalah suatu nikmat yg dikurniakan oleh ALLAH kpd manusia..CINTA adalah fitrah semulajadi..
cth paling mudah..seorang bayi(dlm 2thn+) akan menangis jika melihat kelibat ibunya dan seandainya melihat si ibu berada jauh darinya...tu sbb bayi tu sgt mencintai si ibu dan sangat takut kehilangan ibu yg dicintai..
org kata cinta ni subjektif...saya setuju CINTA ni subjektif tetapi persoalan cinta yg kita kena rungkai..
apa yg kita paham ttg cinta?adakah cinta tu salah?adakah cinta tu haram?..adakah cinta ada halal dan ada haram??
CINTA adalah satu fitrah..perasaan yg HALAL yg ada pada setiap individu..
CINTA pd ALLAH memberi motivasi untuk kita terus beribadah dan mempertahankan maruah agama biar sekalipun disiksa dan dihina..
CINTA pada ibu ayah menyebabkan kita rasa rindu bila berjauhan,kita nak tunaikan tanggungjawab sbg anak..dan kita bercita2 nak jadi anak yang soleh..
dan banyak lagi kesan cinta ke atas diri kita..
jadi mungkin ada yang akan mempersoalkan begini..
"cinta tu HALAL...jd apa yg boleh sampai haram?org couple sbb cinta kan?..so kenapa nk bising2 kata couple tu haram??"
CINTA tak pernah jadi haram..yang haram adalah perbuatan kita..yang salah adalah bagaimana kita mengurus CINTA...CINTA tak pernah buta tp kita buta mengurus CINTA..
Islam adalah agama fitrah kerana itulah islam tidaklah membelenggu perasaan manusia. Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia. Akan tetapi islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa sahaja yang mengotorinya.
Couple terang-terangan tak mencirikan Cinta berpaksikan Islam...Islam mebersihkan dan mengarahkan perasaan cinta dan mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah harus bersih dari 'persentuhan' yang haram.
mungkin akan timbul pula argument mcm ni..
"habis mcmana pula couple berlandaskan ISLAM?..saya bercinta menurut Islam..saya tak dating,saya message tazkirah2 dan peringatan...if jumpa saya bawa teman.."
tapi sampai satu tahap CINTA yg tidak berpaksikan Islam membawa kepada pergaulan yg melampaui batas..cth,"tak ape la..sentuh bahu je..tepuk tampar je.." yang 'baik' sikit argue.."alaah,naufa..i naik motor same2 bukan rapat pon..i taruk buku jadi penghadang"..adush..buku yg mulia mengandungi ilmu tu dibuatnya pnyebab membolehkan perbuatan tu..sedih saya mendengar..
igt lah..
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).
kerana tak faham apa itu nilai cinta membuatkan kita rasa tak selesa bila org against apa yg kita buat yg pada anggapan kita sudah bercirikan ISLAM.apa yg dimaksudkan CINTA berpaksikan ISLAM??
sebelum saya rungkai persoalan ni..ingin diingatkan kpd diri dan para pembaca bhw iblis dan syaitan telah berjanji akan menyesatkan Umat Islam bermula dari Adam alaihissalam sehinggalah tamat usia dunia..
pertarungan kita dengan 'golongan' ni seolah-olah kita bertarung di medan gusti dengan menutup mata..lawan kita(iblis dan syaitan) dpt melihat dan terus attack kita tp kita tak dpt melihat 'mereka'..
apa yang kita mampu adalah mempertahankan diri dari serangan2 tersebut dan kita juga mampu menyerang si lawan dgn bekal ilmu berlawan yg cukup kuat..
apa ilmu berlawan tu?-->iman dan taqwa..
'golongan' ini juga sentiasa menghasut kita supaya memandang baik apa yang dilakukan biarpun hakikatnya perbuatan itu menyalahi agama..seperti cth kt atas tadi...mempergunakan agama dan berhujah dgn batasan agama untuk membenarkan apa perbuatan yg jelas dlm Quran bahawa perbuatan tu salah..
Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:
“Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.
jadi kenapa ALLAH kurniakan perasaan CINTA kepada opposite jantina tetapi tak benarkan hubungan percintaan sebelum nikah??perasaan tu ada dan mmg satu kurniaan..jd mengapa perlu dibatasi??
ada lagi yang nak gunakan al quran sbg hujah..contoh..ALLAH jadikan kita ni berpasang-pasangan tapi kenapa tak boleh couple?golongan ni menggunakan ayat..
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
dalam ayat di atas,ALLAH berfirman bahawa DIA jadikan dalam dunia ni semuanya berpasangan supaya kitaran hidup menjadi lengkap dan saling mengukuhkan dia antara satu sama lain..tak ada kaitan langsung dgn hal couple..ALLAH MAHA TAHU segala penciptaannya..ikut logik juga..cth:gembira lawannya sedih..if sepanjang masa kita gembira dan tak pernah rasa dan melihat apa itu sedih..sure bosan kan?mungkin juga kita tak dpt feel rasa gembira tu..
berbalik kpd persolan asal..macammana nak mengurus cinta?
Saya kongsi satu peristiwa benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam ceramahnya:
cerita pertama:
seorang akhi dengan secara tak sengaja telah jatuh cinta kepada seorang ustazah..sangat elok peribadi si muslimah..
mereka ni takpernah kenal antara satu sama lain..tak pernah berjumpa..kebetulan sewaktu mengadakan forum,ustazah td bertanyakan soalan kpd akhi tersebuat(ahli panel)...mungkin boleh kita kategorikan sbg cinta pandang pertama..
akhi td bertindak dgn terus bertemu keluarga wanita tadi..bertanyakan hasrat nak menyunting bunga yg elok tadi..unfortunately,keluarga ustazah td tak bersetuju dgn alasan mereka nak cari bakal suami seorang ustaz utk anak mereka,bukannya engineer..
si akhi tadi ckp dia akan datang semula meminang setelah bergelar seorang ustaz..dia sangat bersungguh-sungguh sehingga sanggup mengambil jurusan agama dan belajar selama 4 tahun lg utk bergelar ustaz..sungguh besar effect CINTA dlm diri manusia..sanggup berkorban.
Moralnya di sini..akhi tu tidak pernah bertemu ustazah tadi dan tidak pernah meluahkan perasaan CINTAnya..apa yg berlaku disini,perasaan ustazah td tak pernah diganggu dgn perasaan yg bukan2..andaikata si akhi td langsung meluahkan perasaan dan keinginan pd ustazah tu,mungkin akan menjurus perhubungan di luar nikah yang tidak diredhai ALLAH...mungkin akan ada kesinambunagn bibit2 cinta(org melayu panggil) dlm hidup mereka...dan andaikata selepas mengetahui perasaan akhi td,si ustazah turut jatuh hati tp keluarga tak setuju..tentu sekali cinta yg mengatasi segala tu akan ada kesinambungan kpd sesuatu yg tak elok juga..mungkin dr anak yg soleh dan taat akan bertukar wajah jadi anak yang degil dan berbohong..dan juga perasaan tu besar kemungkinan akan mengganggu ibadah dan iman ustazah td.
cerita kedua:
seorang akhawat minta kenalan bmenyampaikan hasratnya untuk menjadi isteri kepada seorang akhi kerana terpikat ciri2 yg ada pada akhi tersebut..
namun,akhi tadi setelah mengetahui cerita tersebut dan kenal akhawat yang dimaksudkan..dia rasa tak ada perasaan yang timbul..perasaaan berminat mahupun cinta...
then.akhi tadi menolak dgn baik hasrat akhawat td mencadangkan seorang muslimin yg baik untuk dijadikan suami..
akhirnya,muslimin tadi bersetuju dan akhawat tadi juga bersetuju..mereka bernikah dalam keadaan tidak menjerumuskan diri dlm maksiat hati,perbuatan dan sebagainya..
itulah contoh wanita yang baik..
cerita ketiga:
ni cerita tentang sejarah perkahwinan ibu bapa saya..
sampai suatu tahap,kita akan merasakan inilah masanya kita nak berumahtangga..
kebetulan masa tu mak dan ayah belajar di England tp berlainan universiti..bergerak dln jemaah Islam yang sama tetapi tak pernah kenal antara satu sama lain..mungkin cuma kenal individu sekadar nama sahaja..
Ayah sedang mencari bakal isteri...kebetulan mak juga mencari bakal suami...
mak minta seorang seniornya mencarikan bakal suami hanya dengan satu syarat..."saya nak org yang mahu bekerja untuk agama ALLAH"
maka jumpalah senior tadi dgn ayah melalui suaminya..
setelah kedua-dua pihak bermusyawwarah ,akhirnya bersetuju untuk bernikah..
mak cakap dia tak pernah jumpa ayah sebelum kahwin melainkan sewaktu bermusyawwarah(sbb harus bagi bakal suami melihat bakal isteri)..
Cinta bermula tetapi mengikut paksi Islam..bukan menyemai cinta dgn nafsu.
*byk lagi kisah teladan utk dikongsi...insyaALLAH cerita2 akn dikongsi dlm pertemuan2 nanti..
ikutkan hati muda,memang nak berhubung..nak berSMS,nak jumpa..etc etc etc..
betul kan? kpd yg sedang dan pernah bercinta?tapi tanpa disedari Cinta yg kita semai tu tak selari dgn peraturan yang ALLAH gariskan..sbb tu ada yg berakhir dgn kecewa,menangis..merintih kerana pengurusan cinta yg tidak diredhai ALLAH ni..dah banyak saya lihat airmata tumpah kerana kekasih..tp tak juga serik..
hindarilah diri kita dari menjadi manusia yang ALLAH sebut dalam Quran:
Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:
“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
jadilah kita seperti yang disebut dalam ayat di bawah:dalam Surah Al-A’raf ayat 201:
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Janganlah kita mencari selain ALLAH dalam beralasan..yakinlah kita dgn firman ALLAH dalam surah An-Nur:26
tak perlulah nak couple2 dan memberi alasan "saya couple ikut Islam"..muak juga saya dengar dan sampai satu tahap ada juga rasa malas dah nak jelaskan sbb semua yg couple ni asyik nak argue walau sudah berulang-ulang ayat ni dijelaskan..“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32)..
fikir2lah..
Jadi apa peranan kita sbg kawan dan ahli keluarga yg melihat seseorang tu bercinta tidak megikut paksi Islam @ bercouple..
1.jgn terjebak dan teringin nak campakkan diri dalam perkara ni
2.nasihatlah dgn kasih sayang dan hikmah..bukan nasihat sbb kita rasa kita betul..kerana org yg bercinta ni dia ada ego yg extra sikit..nk mempertahan kan cinta yg dianggapnya telah mengikut ISLAM.
3.JANGAN SEKALI KITA MENYUCUK2 DAN MENGGALAKKAN PERHUBUNGAN SEPERTI ITU..
(saya highlightkan sbb inilah yg selalu kita lakukan tanpa disedari..cth:kwn kita pesan"eh,kau tolong jaga siti(girlfriend) tu..tengok2kan dia ye.."kita pn jwb"ok2..no hal,aku sure jaga siti tu utk kau"..
adakalaanya juga kita menggalakkan dgn menggelar2 pasangan tersebut..ada juga masanya kita yg initiate kwn kita utk berhubung dgn si kekasih hati..cth:"jgn lupe kirim salam kat cik abang hang tu ek"...or.."you rindu i ke you rindu si Saleh tu?"
"you dgn die cammana?i tgk dia tu soleh..sesuai utk you..jgn tipu hati you sendiri.."
inilah beberapa contoh yg pernah saya lihat ..dan pernah juga saya lalui..dan masih berlaku dari hari ke hari..persekitaran tak membantu kpd kebaikan malah seolah menggalakkan yg tidak baik..alhamdulillah,prinsip yg benar tetap kukuh dlm diri ini..
wahai rakan2,dlm hati kita menolak hubungan mcm tu tp at the same time kita initiate si pelaku utk berinteraksi dgn si kekasih or blom jd kekasih tp seolah2 kita ingin mereka jadi kekasih....apa peranan kita sebenarnya??..sama naik je dgn si pelaku..btol tak?
buat yg sedang bercinta dan baru berputik rasa cinta..saya ingin petik hadith yg sahih dari rasulullah SAW..maaf,saya lupa sanad dan matan..
tp apa yg mahu disampaikan dlm hadith tersebut ialah andaikata kita mati bersama2 rasa cinta yg tidak diluahkan kpd org yg dicintai kerana tidak mahu mengganggu emosi dan ibadahnya serta kerana mendari keredhaanNya,maka berbahagilah kerana kita mati dlm keadaan syahid..
Islam is OUR way to live in this brief life...utk selamat di akhirat yg kekal,ikutlah Islam..
saya petik lirik nasyid lama dari kumpulan yg dianggotai muslimin..
gerak langkahmu memikat hati,
lirik senyummu manis sekali,
namun kini aku menyedari,
ia adalah ranjau berduri,
yg semestinya aku lalui untuk menguji iman di hati,
setinggi mana ketaqwaan,
sekuat mana keimanan,
janganlah kau cuba menggoda diriku,
membuang waktu dan tenagamu,
cinta ku hanya cinta abadi,
cinta ALLAH cinta abadi,
senyumanmu itu racun berbisa,
menggugat naluri menggugah jiwa,
walau rupamu amat menawan,
namun ku tetap pilih yang beriman.
18 pesanan:
sy nak komen, tapi nak tengok orang lain komen dulu.
salam naufa,
artikel yang menarik.huraian dan contoh yang baik tentang cinta.^^,
'jadi kenapa ALLAH kurniakan perasaan CINTA kepada opposite jantina tetapi tak benarkan hubungan bercinta??
ada lagi yang nak gunakan al quran sbg hujah..contoh..ALLAH jadikan kita ni berpasang-pasangan tapi kenapa tak boleh couple?golongan ni menggunakan ayat..
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui'
jika golongan yang ingin meng'halal'kan couple menggunakan ayat firman Allah diatas, sudah lupakah mereka pada firman Allah:
'Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya...(24:31)
juga berpasang-pasangan yang dimaksudkan antara manusia tentulah suami dan pasangannya isteri.bukan 'buaya'friend dan 'geli'friend
adakah mereka ingin menjadi sesetengah golongan yang disebut dalam Al-quran, iaitu mereka yang beriman hanya kepada sebahagian ayat al-quran sahaja?
bagi yang hanya bermesej@berYM ber calling2 w/pun tak ber'dating' jangan mengatasnamakan cinta dalam islam, ukhuwah islamiyah..etc...tiada hubungan cinta antara lelaki dan perempuan yang dibenarkan dalam islam melainkan nikah.
'jangan menaruh harapan pada yang tak pasti'
yakinlah pada janji Allah :
'Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (26)
maaf kerana mencuri space yang byk di sini.
sekadar pandangan.salam ukhuwah dari saya.^^
bagus sungguh artikel yg ditulis...
assalamualaikum..
to khariah:syukran atas penambahan..salam ukhuwwah..mg kita saling topup kekurangan antara satu sama lain..andai diri ini terleka sedarkanlah..supaya apa yg diseru turut diamalkan oleh sang penyeru..
to shafiq:segala puji bgNYA..sekadar berkongsi buat pesanan diri dan rakan..
to qamarus:kenapa perlu tunggu comment dr org lain?teguhkn pendirian..sekalipun kritikan,saya akan terima..
kata-kata perangsang <- ni utk kak naufa...
hehe...
bak kata kawan saye la kan:
Don't worry about anything.
Instead pray about everything.
Tell Allah your needs.
And don't forget to thank Him for His answers!
InsyaAllah, kite akan dapat pahala yg setimpal dgn usaha kite. Natijah tu pulak, di tgn Maha Pencipta.
Jadi, jgn bersedih2 tapi, jom kite bersemangat-semangat (work with an end in mind bak kate senior kat praha)! Ganbateh ne!!!
ps: setiap kali usrah makin bertambah plak rindu kat kak naufa~ huhu~ Alhamdulillah jumpa blog ni~
subhanallah... cantik sungguh article ni di tulis.. x sangka ade bakat yg terpendam... awk nk bekerja utk ISLAM???
salam..to nora:
akak rindu nora jg..aiyee..kejap panggil nora kejap zizi...i panggil u nenek la cam dulu2..
thnks nenek!!..thnks so much!..miss u all..kem salam sume kt sana!
doa akak utk kalian jg..tc
salam to brother khairil..
alhamdulillah..segala puji bagiNya..sebenarnya artikel2 kt sini peringatan diri sendiri..sambil2 berkongsi..masih bekerja utk Islam..dan sentiasa..
saya tgh stabilkan kesihatan ni dulu..i'll join organization soon..
doa saya utk IYA..
tu la...
panggil nenek kan senang..
hehehe...
anw - hezky den! (have a nice day!)
ps: nak kata-kata perangsang gak! hihi~
salamu'alaik orang sebelah..agar sentiasa tetap diatas jalanNya..nice artikel..hoho..=)
doakan kami.insya'Allah sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayangNya selalu..
moga artikel ni berjaya terang dan jelas menerangkan erti cinta dalam paksi islam..bukan cinta yang disalut islam kat luar,berlumpur nafsu kat dalam..=)
alhmdulillah~ bnyk persoalan yg bermain dfikiran tlh terjwb!! tahniak kak naufa~ kecantikan cinta itu selalu dsalah tafsir...kerana manusia slalu menggunakan akal fikiran sendiri yg serba jahil untuk mentafsir cinta itu..Allah shj yg Maha Mgetahui setiap sesuatu..syukran jazilan... rase cm nk copy je article ni...hehe~
salam,izzah..sama2 saling memperingati dan menerima kebenaran..adakala kita lalai,org lain pula mngingatkan harapnya..
to farah,mg artikel ni bermanfaat kpd ramai demi menjaga maruah Islam yg kian tercemar..setidak tidaknye utk kita sama2 renungkan.silakn copy..andai ada pesanan,teguran dan nasihat,silakan ek farah..akak jg belajar dr yg muda..
salam..nice artikel..but u shud thnk bout urself skali..not nice for u too eat wif someguys n cause fitnah n then u write this stuff..
salam to anyonymous..
saya biasa melalui fitnah kerana manusia mmg lumrah suka memantau kehidupan org lain..biar sekukuh mana explaination yg diberi..jika anda tahu ia fitnah..tidak perlu bersoal jawab..tambahan pula hanya sekali sahaja saya MINUM bersama sahabat saya tu(dan bukan dlm keadaan berdua-dua)..saya silap kerana terima ajakan tu walaupun kami membincangkan masalah murtad dan persolan kenapa org islam suka meragui agama dgn soalan yg 'tak cerdik' padahal jwp sudah diketahui..wallahua'lam..ALLAH MAHA MENGETAHUI sedangkan manusia hanya bersangka-sangka..terpulang utk anda menilai post saya..mahu pertikai atau terima..kenapa memandang diri saya yg difitnah tetapi tidak menghiraukan insan2 lain yg hidup dlm keadaan maksiat terang terangan..sama2 kita fikirkan..mg diberi petunjuk..anda juga memfitnah saya..saya hanya pernah minum bersama satu lelaki..bukan 'someguys'-->plural..
salam..
ukhti sy jgak pnah sekali tersasar.terbuai2 dgn lelaki.bila ALLAH rentap nikmat tu rasa cam br bgn dari mimpi.sakit mmg sakit.tapi mmg sy perlukan sakit itu utk jadi diri sy yg sekarang ni.ALLAH sygkan sy.tu yg pasti.
and about mgalak2kan kwn yg bercouple tu sgt2 terasa.rs cam hipokrit kdg2.dlm hati rase lain tp dr mulut keluar lain.macam mana ye..
Salam,dik anamynawwarah..alhamdulillah..ALLAH sentiasa kasihkan hambanya..kadang2 dibiarkan kita melakukan kesalahan dan diberikan pengajaran melalui kesalahan tu..manusia fitrahnya muslim dan sentiasa ingin kembali kpd ALLAH..cume permulaan kita membuat pilihan..bila kita membohongi diri sendiri,sbb tu kita tend to pilih perkara tak baik sedangkan hati kata 'benda ni salah,tak elok buat'..bila sekali dah berjaya bohongi diri,perkara yg sama kita tend to ulang..mcm org nk mencuri,before dia mencuri mesti dia rasa takut n tahu benda tu salah,but bila buat juga dan tak tertangkap,dia rasa nk buat lg..inilah kehidupan.kadang2 salah memilih..tetapi sentiasa igt,ALLAH sgt suka pd hambaNYA yg kembali pd NYA..tc..
and about hipokrisi..sentiasa igtkan diri..andai tidak suka dgn perbuatan yg salah..istiqamahlah..jg perkataan dan andaikanlah yg rasulullah mendengar perbualan dan prkataan tu..if baginda ada,tentu baginda tak suka..tetapkan hati..sama2 kita minta pd yg mencipta kita agar dijadikan kita a better muslim each day..
عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله t قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم ))
رواه مسلم.
Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi
bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.
Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Post a Comment