"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Thursday, December 18, 2008

Kajian oleh Ustadz Abdullah Zaen di Masjid Kampus UGM, Yogyakarta




عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.



Assalamualaikum sahabat yang di dikasihi

Hadith yang akan dikongsi pada kesempatan kali ini adalah salah satu dari 4 hadis yang menghimpun adab-adab akhlaq dalam agama Islam..yang juga merupakan salah satu batasan adab-adab dan etika-etika dlm agama Islam..

disebutkan oleh ibnu Abi Zaid Al-Qayrawani sepertimana dinukilkan oleh ibnu Rajab..
"Adab-adab kebaikan terhimpun dan bersumber dari 4 hadis iaitu:
  • -barangsiapa yang beriman kpd ALLAH dgn hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam
  • -Salah satu tanda keindahan(keelokan) keislaman seseorang adalah apabila dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya
  • -jangan kamu marah!
  • -seorang mukmin mencintai kebaikan untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai kebaikan untuk dirinya sendiri

sahabat yang dikasihi,hadis yang bakal saya kongsi pada hari ini diriwayatkan oleh salah seorang sahabat Nabi S.A.W yg paling banyak meriwayatkan hadis..

siapakah dia??

beliau adalah Abdul Rahman Ibnu Sakhar Aj-Jauzi...kun'yah nya Abu Hurairah r.a..
hadis yang diriwayatkan oleh beliau adalah sebanyak 5374 hadis..oleh kerana banyaknya hadis yang beliau riwayatkan menyebabkan ramai orientalis dan sekutunya mahu menjatuhkan kedudukan beliau di pandangan ummat Islam..kerana dengan berbuat begitu,ummat Islam akan kehilangan sebahagian besar dari himpunan ajaran Nabi s.a.w.

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.
(Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sepertinya)

Bagaimana kita mengetahui bermanfaatnya sesuatu perbuatan?
Apa standard dan 'patukan' yang kita gunakan untuk klasifikasi perkara-perkara itu bermanfaat atau tidak?

jawapannya adalah s.y.a.r.i.a.t dan bukan hawa nafsu..

mengapa harus berdasarkan syariat?
kerana dalam hadis ini Rasulullah menyatakan bahawa meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat sebagai tanda kebaikan keislaman seseorang.Ini menunjukkan segalanya disandarkan kepada syariat..

kenapa syariat menjadi sandaran?
kerana ada sebahagian di antara kita sengaja atau tidak mengahadapi kekeliruan dalam memahami hadis ini..ada yang meninggalkan sunnah malah perkara wajib dengan alasan tidak mendatangkan manfaat..


kembali kpd huraian hadis..

apakah perkara yang tidak bermanfaat??
perkara2 tidak bermanfaat ini boleh berbentuk perkataan ataupun perbuatan..


pertama adalah maksiat..
maksiat bukan sahaja tidak bermanfaat bagi seorang muslim,malah berbahaya bagi agama seorang muslim..kerana itu hukum meninggalkan maksiat adalah WAJIB..
di antara bahaya yang ditimbulkan oleh maksiat adalah mengeras dan menghitamnya hati sehingga hati itu menjadi buta kepada kebenaran..

kedua adalah hal-hal yang hukumnya makruh di dalam islam dan juga berlebih lebihan dalam hal-hal yang diperbolehkan dalam Islam..
Di antara hal-hal yang perlu diberi perhatian di antara anggota kita adalah lisan..
Berkata imam Nawawi rahimahullah dalam kitab Riadus Solihin..
"ketahuilah bahawasanya setiap muslim seharusnya sentiasa menahan lisannya dari sebarang bentuk perkataan kecuali perkataan yang mempunyai maslahah(kebaikan)..dan jika berlaku pertembungan antara menyatakan maslahah dan tidak mengucapkannya,maka yang disunatkan adalah tidak mengucapkan perkataan itu..kerana seringkali perkataan yang diperbolehkan menjerumuskan atau menarik seseorang melakukan perbuatan yang haram atau perbuatan yang makruh"

ibnu Hibban pula pernah menyatakan dalam nasihat beliau.
"mengapa ALLAH kurniakan kita dua telinga dan satu mulut dan mengapa tidak sebaliknya?
jawapannya adalah untuk kita lebih banyak mendengar dari berbicara"

Dalam kehidupan seharian juga,andai kita berlebih lebihan,ia akan mengundang masalah dan perkara yang tidak bermanfaat..
contoh,makan berlebih lebihan yang akhirnya menyebabkan penyakit2 yang memudaratkan seumur hidup..
berkasih berlebih lebihan yang dengannya anda sanggup mengambil tindakan yang salah kononnya atas dasar pengorbanan...
dan banyak lagi akibat dari berlebih lebihan..even dalam melakukan ibadah..contohnya berwudhu yang berlebih lebihan boleh mengakibatkan was2 dan pembaziran..
dan berlebih lebihan yang dimaksudkan ini adalah berlebih lebihan yang dipandu oleh hawa nafsu..

Ketiga adalah menyibukkan diri dengan kesalahan orang lain tetapi terlupa dengan kesalahan sendiri..
Jika kita benar2 hayati surah al asr,sungguh kita tidak ada masa untuk mencari kesalahan orang lain..apalagi untuk menggunjing(mengumpat) hal2 yang tidak sahih kebenarannya..

demi masa(1)
sesungguhnya manusia dalam kerugian(2)
kecuali orang2 yang berpesan dengan kebenaran(3)
dan orang2 yang berpesan dengan kesabaran(4)

characteristic yang perlu ada pada diri kita adalah memperbaiki diri sebelum mendakwa orang lain..sepertimana celaan ALLAH pada bani Israil dalam surah al baqarah ayat 44:

Mengapakah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (44)

Kita kembali pula pada perbincangan tentang kekeliruan yang nyata dihadapi oleh certain ummat islam bersangkutan hadis ini..
ada diantara kita meninggalkan amal makruf nahi mungkar atau hanya melakukan amal makruf sahaja kerana beranggapan tidak bermanfaat bagi dirinya..
ia sama sekali melanggari ayat ALLAH dalam surah al Imran ayat 104

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung(104).


Dan ada juga yang meninggalkan nasihat sesama saudara kerana baginya tiada manfaat pada dirinya,kerana kekhuatiran ditempelak atau dibenci jika memberikan nasihat..

Dan kita juga meninggalkan kritikan kepada kemungkaran dengan alasan itu adalah ghibah...namun hakikatnya,kritikan dan tentangan kita untuk menerangkan kemungkaran dan bahaya perbuatan tersebut adalah ghibah yang dibenarkan..
mendiamkan diri terhadap kemungkaran seolah sama-sama bersubahat melakukannya.

Namun dalam praktik nahi mungkar atau menegur orang2 yang jatuh kedalam gaung kemungkaran, kita harus mengikut norma-norma(aturan-aturan) yang ditetapkan dalam Islam...
melakukan teguran dan bantahan tanpa diiringi dengan norma-norma adalah salah,
dan yang tidak mebantah turut lebih2 lagi bersalah..

jadi yang bagaimana seharusnya bantahan atau teguran itu dilakukan??

1.pengingkaran terhadap kesalahan tersebut dilakukan dengan rasa ikhlas..niat yang tulus untuk mebela kebenaran dan bukan untuk kepentingan peribadi atau hasad.

dalam hal ini,kita harus terdetik dalam hati agar orang yang kita lakukan teguran ke atasnya itu beroleh hidayah dan ditunjuki yg haq..bukan kita menempelak atau mentertawakan atas kesilapan dan kejahilannya..

pernahkah anda mendoakan dengan tulus dan istiqamah agar rakan anda yang melakukan kemungkaran ditunjuki ALLAH jalan yang benar..atau anda hanya protes dengan kritikan dan cacian?di mana keikhlasan anda dalam menilai kebenaran dan kemungkaran?

2.Hendaklah teguran itu dilakukan oleh orang alim..yang berilmu dan berpengetahuan atas perkara yang mahu ditegur atau dibantah itu..dengan dalil2 yg kuat dan keterangan yang jelas semasa membantah.

3.Hendaklah orang yang membantah mengetahui beberapa perbedaan perkara seperti tingkatan kesalahan,latar orang yang melakukan kesalahan...
hal ini penting kerana untuk membantah kesalahan berbentuk ingkar pada perintah berbeza dengan membantah permasalahan berkaitan aqidah..
begitu juga membantah kepada orang yang berbeda latar belakang,style approach juga harus berbeza..
ada orang bersalah kerana tidak tahu dan ada orang bersalah kerana hawa nafsu,jadi cara menjelaskan dan membantah adalah berbeza..

4.Berusaha mewujudkan maslahah(kebaikan/penyatuan) dari bantahan yang dilakukan..maksudnya seandainya bantahan tersebut mengakibatkan kerosakan yang lebih besar daripada kerosakan kesalahan yang akan dibantah,justeru,lebih baik tidak melakukan bantahan..
jangan menghilangkan kerosakan yang kecil dengan mengakibatkan kerosakan yang lebih besar..

5. Hendaklah bantahan tersebut disesuaikan dengan tingkatnya tersebar kesalahan tersebut..
maksudnya,sekiranya kesalahan tersebut hanya disekitar satu kelompok atau daerah sahaja,jangan disebar luaskan bantahan kepada kelompok atau daerah2 atau masyarakat lain yang tidak mengetahuinya lagi..dalam apa bentuk sekalipun tidak kira dalam apa bentuk sekalipun..media massa atau penulisan atau sebagainya..

kerana dengan demikian akan turut menyebarkan kesalahan2 yg dibantah kerana pasti dalam setiap bantahan itu mengandungi kesalahan2 yg akan disebut..hal ini dilarang kerana khuatir akan menimbulkan syubhat2 dlm hati dalam masyarakat..

kemungkinan orang yang mendengar bantahan tersebut tidak merasa puas hati dengan bantahan yang dilakukan...

untuk penutup,sama2 kita hayati satu lagi sabda baginda s.a.w

sabda baginda Rasulullah s.a.w:
mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai ALAH dari mukmin yang lemah.Bersungguh-sungguhlah dalam melakukan perkara yang bermanfaat,dan mohonlah pertolongan ALLAH dan janganlah kalian bersikap lemah
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahu'alam..
sekian sahaja perkongsian saya..andai ada bahasa yang sukar difahami,mohon tinggalkan pesanan kerana penyampaian kuliah ini adalah dalam bahasa indonesia dan pengisiannya hanyalah yang sempat saya catitkan..
sebarang kekurangan adalah dari ALLAH yg disandarkan pada saya yang lemah..yang baik itu segalanya dari ALLAH dan kepadaNyalah bergantung segala sesuatu..
mudah mudahan,wasiat yang ditinggalkan Nabi Muhammad menerusi hadisnya ini dapat sama2 kita manfaatkan..


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

4 pesanan:

izzah on Dec 18, 2008, 8:44:00 PM said...

=) terima kasih for the info.moga Allah mudahkan urusan kita dunia dan akhirat..

memang sedikit terserlah ke'indonesia'annya..huhu..

pai_ilham al-adwa' on Dec 18, 2008, 10:11:00 PM said...

@izzah...

jom sama2 elakkan perkara tak bermanfaat dan berlebih lebihan dlm sesuatu perkara..

erm...aah la..bila baca balik..rasa mcm susunan bahasa tu gaya artikel indonesia plak..hmm..=)

run^nia in wonderland on Dec 24, 2008, 4:02:00 PM said...

salam naufa.thanx for this article.penambahan satu ilmu lagi utk ain. :)

pai_ilham al-adwa' on Dec 26, 2008, 10:52:00 AM said...

salam ain@noen!
Alhamdulillah..AllahuRabbi..Al haqqu min rabbik..

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template