"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Tuesday, December 23, 2008

Tuntut Hak vs Tunaikan Hak


Bismillahirrahmanirrahim

Para pembaca yang dikasihi..moga sentiasa di dalam rahmatNya..
Kurang dari seminggu dari sekarang,kita bakal menginjak ke dunia baru..injakan setahun usia..
dan degan injakan itu,maka telah berlalunya satu lagi chapter dlm sejarah hidup kita..
Bila kita flashback kembali apa yang telah berlaku dan apa yg telah kita lakukan..kita akan dapati perjalanan selama setahun itu lebih banyak kpd konsep menuntut/meminta/memohon..baik kpd ALLAH mahupun makhluq..

contoh..jika seorang pelajar menelusuri kertas jawapan peperiksaannya yg sudah disemak..dia akan cuba untuk mencari 'kekurangan' pada marking yg diberikan agar mungkin sekurang-kurangnya dapat claim setengah markah...

contoh lagi...kita melihat ada situasi yg berlaku di kalangan pelajar yang menerima biasiswa yg cukup malah mungkin lebih dari cukup..namun kerana comparison yang dibuat mendapati rakan-rakan senegara yg belajar di tempat lain mendapat nilai yg lebih tinggi dengan kadar perbelanjaan yang hampir sama,maka dimohon tuntutan untuk kenaikan biasiswanya..

kemudian dalam hari2 yang kita lalui..kita sentiasa memohon pada ALLAH agar diberikan rezeki,kejayaan dan sebagainya atas usaha2 yang dilakukan..boleh diumpamakan kita mengharapkan timbal balik dari pekerjaan yg dilakukan..

kemudian lagi kita melihat peristiwa2 atau kes2 tertentu yang menuntut hak..isteri menuntut haknya..suami menuntut haknya...jiran...pemimpin...rakyat...rakan...dan sebagainya..
dan tuntutan ini seringkali membawa perpecahan dan menjatuhkan nilai sebuah institusi masyarakat..apa lagi ummah..

Namun sebaliknya kita lebih banyak mendiamkan diri dalam konteks menunaikan hak..

Pelajar hari ini cuai dalam menunaikan hak menuntut ilmu..tidak seperti semangat dan ikhtiar ibnu sina mencari ilmu...

Guru hari ini kabur dalam tugas menyampaikan ilmu..tidak seperti dedikasinya Imam Malik kepada muridnya...

Anak hari ini kecundang dalam memahami erti untuk berjasa pada keluarga..tidak seperti Ismail alaihissalam yang akur dan sama2 mendokong dalam pembinaan semula ka'bah bersama ayahnya Ibrahim..

Ibu Bapa hari ini terlalu sibuk dengan kewangan yg disangka membahagiakan keluarga...tidak seperti Luqman al hakim yang berhikmah meletakkan didikan agama dan kasih kpd anaknya..

Masyarakat hari ini lebih kpd melaungkan hak2 tertentu...namun gagal untuk menunaikan amanah yg sudah sedia dlm genggaman...

Pemimpin hari ini berlumba-lumba menuntut gaji dan kerusi(kekuasaan) dgn hujah sbg wakil pembela rakyat..tidak seperti Umar Abdul Aziz yg dilantik kerana biah dan wasiat pemimpin yang hebat...malah hidupnya bukan dgn kekayaan tapi rakyatnya senang..

Juga sebagai da'ie dan orang2 yang telah memilih dan terpilih untuk berada dalam kebenaran..(alhamdulillah)..kita menuntut 'pengikut' dan orang menuruti da'wah yang kita sampaikan..namun hakikatnya da'wah kita hanya picisan yang lemah tak berdaya..cepat berasa lemah bila ditentang..ego untuk melangkah...
tidak seperti hebatnya dakwah nabi ALLAH Nuh alaihissalam...mengikut riwayat,usia Nabi Nuh lebih kurang 950 tahun dan diutus Allah menjadi Nabi dan Rasul ketika berumur 480 tahun sampai wafatnya, iaitu dalam masa 500 tahun, atau 5 abad lamanya...
Namun kenalkah kita dengan perjalanan da'wahnya?Selama hampir 5 abad menyampaikan risalah ALLAH..namun pengikutnya hanya sekitar 70 hingga 80 org yg rata2 terdiri dari golongan yg lemah...namun tidak pernah berputus asa...
apa lagi bila kita telusuri reaksi ummatnya kpd dakwah baginda baik secara umum atau fardhiah..setiap mereka menutup telinga dan berpaling dari dakwah yang disampaikan..
biarpun apa yang disampaikan adalah agar ALLAH mengampuni mereka..bukan menuntut utk mendapatkan pengikut dalam seruan baginda rasul kpd ALLAH..

Cuba bayangkan jika kita sampaikan sesuatu yang baik..hanya dgn satu permulaan,org tersebut menutup telinga atau memalingkan muka..adakah kita masih bertekad untuk tetap disitu dan cuba menyampaikannya atau kita lari dan pasti tidak menoleh kepadanya kembali??yg mana satu agaknya reaksi kita hari ini?adakah tindakan kita melaksanakan apa yg dituntut atau reaksi kita lebih menjurus ke arah menuntut sesuatu dlm tindakan??

Ayuh kita renung pula kepada kepimpinan Umar Abdul Aziz dalam ucapan beliau

"wahai manusia,
tidak ada kitab selepas al quran dan tidak ada nabi selepas Muhammad saw..
Aku bukan penentu hukum tapi aku adalah pelaksana hukum ALLAH
Aku bukan ahli bida'ah namun aku hanyalah orang yg mengikut sunnah
Aku bukan org yg paling baik di kalangan kamu malah aku adalah org yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu
Aku mengucapkan ucapanku ini sedang aku tahu aku adalah org yg banyak dosanya disisi ALLAH
(baginda duduk dan menangis)lalu menyambung..
Alangkah besarnya ujian ALLAH kepadaku"


Andai perjalanan memasuki tahun baru kita analogikan kpd usia yang kita sudah lalui..seolah kita berada di penghujung usia dan hanya menanti untuk dihitung segala gerak kerja yang lalu..
Adakah selayaknya bagi kita untuk masuki alam yang baru dengan janji2 pada ALLAH yang belum ditunaikan..hak2 manusia sekitar yang kita tangguh2kan..kemungkaran yg tidak kita endahkan..makruf hanya pelepas dlm amal kegiatan...wahai diri,adakah selayaknya untuk kita diizinkan melangkah ke alam baru dengan pikulan-pikulan yang bertambah berat yang belum ditunaikan..namun hanya menuntut sahaja untuk dimudahkan urusan dan sebagainya...adakah layak bagi kita??

Wallahua'lam..tulisan ini adalah hisab(hitungan) yg saya buat pada diri...seterusnya untuk dikongsi dengan yang membaca..
sungguh diri yang menulis ini penuh dengan dosa2 dan kelemahan..dan belum tentu gerak kerja makruf yang dilakukan diri yang hina ini diterima ALLAH..dan nahi mungkar yang masih lg berlambakan terabai dari kaca mata yang terhijab dengan kesenangan dan keselesaan yang belum tentu kekal..AllahuRabbi...am i prepared enough?

Mohon maaf atas segala kekurangan..tiap yang lemah dan kecacatan itu dari saya yg sedia lemah..dan segala yg baik dan tanpa cacat cela itu dari ALLAH..

akhir kata...Adakah aku telah menunaikan hak ALLAH dan orang sekelilingku?

P/s:
  • Moga ayah,mak dan adik2 dalam kesihatan dan kesejahteraan sepanjang perjalanan di Acheh..dan juga selamat pulang kembali..insyaALLAH,dlm peliharaanNYA..sampaikan salam persaudaraan naufa pada anak2 acheh..insyaALLAH,dilapangkan ruang akan bersama nnti..
  • Naheed,bile la hang tak bz..akak nk kol nih!rindu sampai rase nak panjat pokok intai hang kat mana..=)
  • Abdullah,study elok2..kak teh doakan dari jauh..sentiasa!istiqamah ya Zahid!
  • Kak Long,jg diri ya..rindu!!
  • Lil Brother Sahar..terus berdiri dgn teguh dan kukuh atas kekuatan iman..thanks for ur very much concern n advices..tc!
  • Sister2 dan adik2 yang tetap memberi dokongan dan doa..moga kalian dalam sejahtera dan kekuatan selalu..insyaALLAH kita jumpa nanti..sayang kalian!
  • sahabat2 yang tetap setia disisi..kalian penguat di kala lemah..yang menarikku ke hadapan ketika ku di belakang..yang menghulurkan tangan ketika ku jatuh di bawah..yang seiring berjalan biarpun ditujah pelbagai kesusahan..kekuatan itu adalah kekuatan bersama..
  • anaconda,saya akan tetap jadi anak bulan!!hehe..thnks for d title but actually ia terlalu berat utk diterima..sgt berat!
  • CIK TABUNG UJI,lamanya menyepi!if do tumble up,please drop some words for me..(risau n rindu pd kamu!)
  • Sara,moga tahun baru ini lebih bermakna buatmu dalam melalui hidup dgn aqidah yg bersih dari prasangka dan kebejatan dakyah syirik...



..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

3 pesanan:

Hasbi on Dec 24, 2008, 4:24:00 PM said...

nice entry..
huhu..pemberi semangat! bagus!
=)

Anonymous said...

salam..cik ilham, macamna dgn mode exm?

semoga kita sama2 menjaga hak kita, sebagai seorang kita!

care~

pai_ilham al-adwa' on Dec 26, 2008, 10:51:00 AM said...

Waalaikumussalam wbt..

@Hasbi-mencari semangat yg longlai...=(..

@Sister Saffa-exam mode alhamdulillah..berakhir dgn baik...yup!sama2!

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template