"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Saturday, December 6, 2008

Bertarung mempertahankan aqidah..doakan..


Bismillahirrahmanirrahim..

Dah seminggu saya tak update blog ni..sengaja dibiarkan kosong..terlalu banyak yang dilalui untuk saya berfikir...

kesihatan yang tak menentu juga tidak mengizinkan saya duduk terlalu lama depan laptop menaip segala yg diingini..

Baru-baru ini saya berkenalan dgn seorang saudara baru..Baru sebulan yg lepas beliau mengucap dua kalimah syahadah..Tapi dirinya sudah mula untuk memahami Islam sejak 3 tahun yg lalu..
Namun,keyakinannya masih belum cukup utuh kpd baginda Rasulullah s.a.w..Pengalaman lalu dalam agama kristian menghantui fikirannya menyebabkan dia sukar meyakini al quran..baginya al quran tak ubah seperti kitab penganut kristian yg diubah2..
Sepanjang perbualan,saya beristighfar panjang dengan setiap 'kefahaman' dia kepada quran..
Kerap saya tanpa sedar membaca doa qunut memohon hidayah..Hampir saja mata yg kantuk ini mengalirkan air mata kerana mengenangkan betapa bertuahnya bila kita telah dipupuk dengan keyakinan kpd ALLAH tanpa berbelah bahagi..
Perbualan ini membuatkan saya realise yang 'Hidayah milik ALLAH'..tanpa hidayah dariNya,siapalah kita untuk memahami Islam..

Kadang,dlm setiap pertanyaannya membuatkan saya sedikit rasa marah..marah untuk mempertahankan aqidah...aqidah seorang muslim...
syukur,ALLAH masih melembutkan hati saya agar beristigfar tiap kali ada perasaaan marah..
Saya faham,bukan salahnya seratus peratus jika kurang memahami Islam..
Saya diceritakan olehnya yg kerap dimarahi oleh ustaz-ustaz dan professor di tempat kuliahnya sekiranya dia bertanyakan tentang Islam..
ya..saya akui,jika tidak sabar,persoalan yang dibangkitkan akan membuatkan anda marah..
Dia memberitahu saya,kekliruannya bertambah tiap kali bertanya kepada ustaz-ustaz kerana bukan jawapan yg diperolehi tapi tempelak...
Dia saudara kita..masih baru dlm dunia ni...masih bertatih dlm memupuk keyakinan...
Pengakuannya yang berkata dia hampir saja kembali kepada agama asal buat saya beristighfar panjang dan menangis mengenangkan betapa cemasnya saya dlm mempertahankan aqidah seorang insan yg butuh pertolongan....
Tiap persolan yang dibangkitkannya membuatkan saya cemas...cemas untuk meberikan jawapan kpdnya agar kekliruan yang mengikatnya terurai..tiap2 kali memberikan jawapan,saya sentiasa memohon agar ALLAH memandu kata-kata saya...
serius,saya cemas!
begitu payah rupanya untuk memupuk yakin...
bukan seperti kita yang sudah dipupuk sejak kecil..mudah untuk kita menempelak segala persoalan yang dia bangkitkan..
so far,saya sudah selesai 2 sesi bersama beliau..saya tidur selewat 2-3pagi untuk memahami kekliruan dia..kemudian saya akan memohon pd ALLAH dlm tangis..sungguh saya kerdil dan hanya mampu menolongnya sebaiknya..namun hidayah tetap milikNya...moga ALLAH berikan hidayah kpd rakan itu...

Kekeliruannya bertambah kusut bila seorang rakannya bertanyakan soalan2 yg pada saya merupakan soalan yg ditujukan kpd mereka yg benar2 mendalami ilmu agama....
nur muhammad??
nah!...siapa berani hurai??
saya pun belum mampu...inikan pula yg setahun jagung menerima dgn yakin Muhammad sebagai nabi terakhir?
Saya bertarung untuk membenarkan Nabi Muhammad...sayu tiap kali soalan tentang nabi ditanyakan...
Ya Rasulullah,moga ini menjadi saksi cintaku padamu...

Mohon sahabat2 yang membaca terus mendoakan saudari ini..insyaALLAH,dengan kebenaran darinya akan saya post perbualan saya dan dia di blog ini..(tapi bukan dalam masa yang terdekat)..
Untuk entry ini,saya paste sebahagian dari persoalan yang ditanya..buat renungan kita semua betapa berharganya aqidah dan yakin yang ALLAH dah kurniakan ke atas kita..

Perbualan yg saya paste di bawah ini bermula ketika dia mempertikaikan hudud adalah ciptaan manusia..(ini adalah sebahagian kecil dari perbualan sahaja)

naufa azhari: hukum hudud bukan asal dr org arab yg cipta

Sara: ia ke?

naufa azhari: hukum hudud ada dlm quran

Sara: tp...

naufa azhari: hukum hudud ni ALLAH ciptakan utk peihara agama...bukan utk menghukum manusia semata2

Sara: al-quran kan ditulis oleh manusia

Sara: dibukukan kan pada zmn khalifah umar kot

Sara: bacaan dia pun pd zmn Khalifah Omar di seragamkan

Sara: kalau sara tak salah

Sara: anis tak persoalkan al-quran

naufa azhari: astaghfirullah..Sara keliru ni

Sara: tp sebahagian al-quran tu

Sara: hemm...

Sara: sori

naufa azhari: sila2...nnti saya jelaskan

Sara: jd sara tak percaya jika

Sara :ALLAH taala turunkan cerita dlm al-quran setebal al-quran sekrg

Sara: ada juga kisah nabi la..kisah cara hidup org arab la

Sara: sejarah saidina abu bakar la

Sara: poligami la

Sara: keliru la

Sara: tu kekdg sara rasa mcm tipu

Sara: Sara jd kurang percaya

Sara: sara was-ws

Sara: mcm sama je dgn bible

Sara: semua ditokok tmbh oleh tgn manusia yg menulis

(saya beristighfar panjang...meremang bulu roma)

Sara: maaf k

naufa azhari: Sara keliru dgn apa yg Sara tahu..akak jelaskan ye..syukur Sara bertanya..

Sara: ok..Sara berikan laluan

naufa azhari: al quran tu wahyu yg ALLAH turunkan kpd nabi muhammad melalui perantaraan jibril..

Sara: ok

Sara: tau

naufa azhari: jadi umat islam dulu,menghafal je ayat2 quran ni

naufa azhari: sbb nabi pun buta huruf...tak reti menulis

naufa azhari: jd nabi sampaikan secara lisan pd semua

Sara: ok..betul

Sara: tu sara percaya

naufa azhari: kemudian org2 yg dh terima islam dan terima ayat2 quran ni mula tulis kt kayu pokok,kt batu...supaya mereka igt

naufa azhari: even rasulullah sendiri ada juru tulis dia..(maaf saya tak igt nama apa)

Sara: tu sara tak tahu

Sara: tak pe tak ingat nama mereka

Sara: selepas tu>?

naufa azhari: jd pada zaman khalifah,utk memudahkan ummat islam dan tak ada penyelewengan terhadap al quran,sahabat nabi iaitu khalifah umar ambil inisiatif untuk buku kan al quran

Sara: betul

Sara: itu yg saya ingat dlm buku sejarah islam la

naufa azhari: jd seragam..sbb zaman dulu lg dh ada org munafiq(pura pura islam)..jd utk pelihara,saidina umar ambil langkah ni

Sara: bukukan maksudnya alquran ini?

Sara: tebal ke masa tu al quran?

naufa azhari: kemudian bila tiba zaman saidina uthsman,islam dah tersebar ke merata tempat even bukan tanah arab.

naufa azhari: yup..betul..setebal mana quran skrg,mcm tu la tebal sejak dulu..bermula dibukukan

Sara: ok..lepas tu?

naufa azhari: jd untuk memudahkan semua org baca quran even yg bukan org arab,saidina uthsman wujudkan sistem baris pd ayat quran

naufa azhari: if org arab,diorang tak baca dgn baris pun diorang boleh baca n faham

Sara: takpe teruskan

naufa azhari: sorry..terdc td

naufa azhari: ada apa2 yg saya tertinggal?

Sara: sampai uthman yg letakkan baris

naufa azhari: yup...khalifah uthsman(sahabat nabi) meletakkan baris sepertimana sepatutnya ayat tu disebut..bila kita baca quran,ada cerita tentang org arab kan?sbb al quran diturunkan pd nabi muhammad(org arab)..jd ada cerita berkaitan org arab..

Sara: tp

naufa azhari: tp kita kena ingat,bukan keseluruhan quran tu cerita ttg org arab..sebahagiannya je..and apa yg diperintahkan bukan ditujukan utk org arab sahaja..untuk seluruh muslim

naufa azhari: cerita tu ALLAH sampaikan pada kita sebagai panduan

Sara: hemm..

Sara: jap..japp..

Sara: sara nak tau

naufa azhari: apa dia?sila2

Sara: cerita al-quran mempuyai cerita sebhgian org arab?

Sara: maksud nya?

Sara: kenapa jd cam tu?al0quran kan ayat dr allah shj

Sara: patutnya tak leh cammpur adukkan

naufa azhari: eh2..sara jgn keliru

naufa azhari: ok

naufa azhari: maksud saya

Sara: ok

Sara: sori

naufa azhari: dlm quran ALLAH ada ceritakan tentang org arab

naufa azhari: org musyrikin quraisy yg menentang nabi

Sara: betul

Sara: tp tu bukan Allah

Sara: tu mcm org arab sendiri yg tulis

Sara: takkan Allah boleh ckp cam tu

Sara: allah bg petunjuk je

Sara: bukan cerita kan

naufa azhari: maksud sara 'takkan Allah boleh ckp cam tu'?

Sara: betul x?atau sara yg salah

Sara: betul

Sara: sara rasa,pada masa

Sara: n.muhammad dlm kecemasan

Sara: Allah berikan signal nak selamatkan nabi

Sara: bukan dalam bentuk cerita

naufa azhari: ALLAH bg signal nk selamatkan nabi?

naufa azhari: maksud sara?

naufa azhari: apa yg sara fhm 'bukan cerita?'

Sara: maksud sara

Sara: Allah itu berikan signal utk nabi selamatkan diri..

Sara: jd melaui haiwan nabi dan org2nya terselamat

Sara: Allah mana ada cerita akan berlaku sesuatu perkara mcm tu

Sara: takkan Allah sebaik itu?

Sara: betul ke?

Sara: atau sara yg keliru?

naufa azhari: ooo..

naufa azhari: sara kena faham..ayat quran yg ceritakan ttg semua tu berlaku selepas kejadian

naufa azhari: dan dalam quran sendiri ada cerita tentang ummat nabi2 yg lain

naufa azhari: ummat nabi luth,nabi musa,nabi noh

naufa azhari: dan ada lg

naufa azhari: manusia takkan mampu menulis tanpa pengetahuan..ALLAH yg maha tahu

naufa azhari: jd ALLAH sahaja yg mampu mengkhabarkan setiap peristiwa yg berlaku tu..

Sara: hemm..

Sara: betul ke?

naufa azhari: iye syg..even rasulullah pun tak mampu nk tahu peristiwa yg berlaku ke atas ummat terdahulu kalau bukan dari ALLAH

Sara: adakah cerita nabi sebelum ini utk jdkan cerita tauladan utk umat islam nnt?

naufa azhari: benar

naufa azhari: sebab tu tak boleh nk buktikan manusia yg cipta al quran..sebab segala peristiwa dan penemuan sains yg ada dlm quran tu melebihi jangkauan manusia

naufa azhari: hanya kuasa hebat yg mengetahuinya..dan kuasa itu adalah milik ALLAH

Setakat ini dulu yang saya boleh paste..nama saudari tersebut bukan nama sebenar..dan perbincangan di atas merupakan sesi pertama saya bersama beliau..kiranya ni part 1/4 terakhir dari sesi pertama..

Saya juga akan cuba memujuk beliau untuk merujuk kdp PERKIM...mungkin kerana sudah kerap kali dimarahi membuatkan beliau rasa jauh hati untuk merujuk mana2 bantuan lagi..

dan di akhir sesi,saya minta kepastian dia atas huraian(yg saya rasa sgt ringkas) yang saya berikan..adakah menambah keliru atau mudah untuk diterima..Saya hentikan sesi pertama kerana sudah tidak mampu menahan sakit duduk terlalu lama di hadapan laptop..

naufa azhari: sebelum tu saya nk tahu,adakah penjelasan saya membantu Sara?

Sara: maaf saya nyusahkan

Sara: saya minta maaf byk2

Sara: saya bukan nak jd baik..tp saya nak tahu kebenaran

Sara: tu sahja

Sara: saya tak nak meliar lg

Sara: yup

Sara: sedikit sebyk

naufa azhari: takpe2..saya boleh je...if nk tunggu sihat,nanti apa saya nk jwb kt ALLAH,tak tolong saudaranya

Sara: penjelasan kali ni membantu

naufa azhari: saya faham

naufa azhari: tak menyusahkan pun

Sara: simple dan mudah saya fhmi

Sara: ok..saya akan online malam je la

Sara: mcm time 9.00 mlm waktu m'sia

Sara: apa-apa un

Sara: ini adalah perbincangan 1st time

naufa azhari: ye ..saya pun..saya cuba..sbb esok mlm saya ada hal..

Sara: yg tak kelirukan saya


buat masa ini...cukup saya katakan,segala kekeliruannya seperti kekeliruan anak kecil yang bertanya tentang bagaimana turunnya quran,kenapa tuhan hukumkan begini dan sebagainya..
nampak mudah...tapi hakikatnya,untuk mempertahankan aqidahnya membuatkan bulu roma anda meremang setiap kali persoalan ditanyakan...membuatkan anda memohon hidayah dan bergantung pd ALLAH dlm keadaan yg tidak putus2 dengan istighfar..

cukup dulu buat masa ini...

mohon juga rakan2 mendoakan kesihatan saya dan agar saya terus kuat dalam mengharungi sisa hidup di dunia ini....kesakitan ini tiada apa untuk dikeluhkan berbanding nikmat yang ALLAH kurniakan...doakan jiwa ini terus gagah!...seperti gagahnya sahabatku(sila click untuk tahu ceritanya) ini..
salam syg buat semua..moga kalian juga dalam kesejahteraan iman dan jasmani untuk teruskan perjuangan kalian..Ya ALLAH,terimalah doa ini untuk setiap yang membacanya..

Islam itu mudah...jgn disusah-susahkan...jgn pula diperlekehkan...


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

p/s: saya juga memohon sahabat2 yang melewati page ini agar mendoakan keselamatan kak long saya dan kandungannya..beliau masih lagi di hospital..demam panas minggu lepas dan kini bertarung dengan athsma dan Hb(hemoglobin) yg sgt rendah..mohon rakan2 mendoakannya..kandungannya berusia lebih kurang 4 bulan..

mohon juga doakan agar dimudahkan perjalanan rawatan ayah di Kota Tinggi,Johor dan ketabahan ahli keluarganya(NIZRINK)..

Moga ayah dan mak serta adik2 di Shah Alam dalam kesihatan yg baik dan dilindungi dari bahaya manusia dan sekeliling...Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami di Manipal,India

0 pesanan:

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template