"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Tuesday, December 30, 2008

sisters in the making..prt2..(maal hijrah)


(Kredit:::Jazakumullah khair kpd semua yg terlibat secara langsung ataupun tidak..penglibatan anda sgt bermakna...watak di belakang tabir seperti Fatin,Teah(cikgu aerobik),kak ja(jurukamera) dan Jiran Sebelah dgt2 dihargai!!!!Moga ALLAH kurniakan yg terbaik buat kalian di dunia & akhirat)
hmm...ni bukan gambar fasi mengganas..ni gambar fasi kebuluran...huhu..kami dh start program,mereka berdua kelaparan...kasihan..

ok..finally after LDK,we have sesi gulung menggulung oleh fasilitator..semua kepenatan..plus some of us dont have enough sleep...

Elok je ckp sesi menggulung,a few of them start gulung tikar kat ruang tamu tuh..haih..apa daa...

Sesi ni adalah sesi nilaian terakhir adakah mesej yg cuba disampaikan benar2 kesampaian atau hanya tinggal debu2 berterbangan..jd kami pun mula mengandaikan sekeping kertas sbg iman..andai dirobek2 kertas tu umpama ditujah dakyah2 mungkar dan kebejatan kejahatan sekeliling...yg disedari mahupun tidak..maka,rasa2 apa akan jadi dari sekping kertas yg elok bersih tanpa cacat cela selepas dibiarkan dgn segala kejahatan mencabulinya??
hanya dengan lipatan sahaja meninggalkan kesan..itu hanya kejahilan yg sedikit mungkin..dan kesan garisan lipatan belum tentu mahu hilang andai dibetulkan dari lipatan...namun apa pula jadinya andai direnyuk,dikoyak...dirobek??
pasti seolah iman itu dibiarkan tipis makin tipis..kesatuan ummah dibiar luluh dan lumpuh..
namun sepanjang andaian dan penceritaan tersebut,kami tak kelihatan adik2 bertindak..jika ada pun hanya dgn kata2 agar dihentikan..dan hanya selepas kertas tersebut menjadi lunyai dan menjadi kepingan2 kecil,ketika itulah 2 dari mereka tampil..namun terkilan..bicaraku tampak kosong agaknya..

inilah mesej yg ingin kami sampaikan..andai ummah dan iman kita terus dibiar dan penegahan dan kemakrufan dipupuk hanya dengan kata-kata tanpa tindakan..masihkah mampu kita memberi perubahan..
lihat saja di sekitar kita..rakan2 yang melakukan kemungkaran..mulut kita hanya bijak menutur sumbang..mengeji..menyuruh melakukan kebaikan..namun adakah kita bertindak?..adakah kita berusaha melindungi mereka dari terlelap dlm kebakaran???adakh kita menyelami hidup mereka?adakah kita telah meletakkan mereka dlm ruang2 hati kita?adakah kita masih kasih pada mereka sebagai saudara?
andai saudara kita dibaham keganasan kuffar,adakah kita bersatu bertindak melindungi mereka atau hanya kata2 bijak.."kasihan mereka".."ish,melampau betul si kuffar ni".."moga kejayaan milik mereka"...adakah cukup dgn lisan petah itu?

kata hanya tinggal kata..

andai pula iman yg disandarkan..adakah kita membiarkan iman kita hanyut dlm gelombang jahat yg kian hebat magnifikasinya??adakah kita sama2 terbuai dgn alunan bisik2 mengambil mudah hukum dan perintah?ALLAHuRabbi...Allah Ya ghaffar...kerdilnya kami..lemahnya ikatan kami...lembiknya pautan kami padaMu..

kemudian..tiba masa kami beraksi..kami bertindak hanya untuk menguji adakah mereka fhm benar dgn ujikaji kami dan huraian kami dgn sekeping kertas tadi..lalu kami andaikan mereka sbg sebuah ummah dgn persaudaraan yg utuh...
tanpa ragu,kami umpamakan diri kami sbg dakyah jahat dan pengganas yg menindas ummah..

kami serang mereka sepenuh hati kami..kami tarik dgn 'keganasan' kami salah seorang di antara mereka..kami terus terusan menyerang walau pada satu tahap kami keletihan..
bila letih,kami tipu mereka yg kami 'surrender' dan kalah..namun sebaik sahaja kami dilepaskan..kami terus lagi menyerang...hingga satu tahap saya benar2 kesakitan..benar..saya kesakitan yg amat..sekali lg saya menyerah..tapi lagak musuh yg tak bisa mengalah,sebaik sahaja saya rasa reda dari sakit yg menyerang dada dan belakang,saya serang kembali...hingga suatu tahap,saya dipegang dari belakang,kiri,kanan dan kaki saya juga dikunci rapi..
sekali lagi persis musuh yg terus gempur,saya capai apa yg mampu..gelupur bersama pegangan2 kuat di tiap kujur tubuh...tendangan demi tendangan..namun tak berhasil..

kali yg terkahir saya benar2 menyerah dan saya yakinkan mereka saya mahu beri pnjelasan..
tapi apa kata mereka.."akak ckp je..kami dengar..tak..kami takkan lepas.."

adik-adik yg dikasihi..jgn pernah kamu lepaskan musuh dari genggaman dan perhatian kamu..dan jangan pernah kamu biar saudaramu 'dibaham' musuh2 halus atau tegar...
lindungi mereka..
bukan sengaja kami beraksi..
bukan kami sengaja mahu menyakiti diri kami..apa lagi menyakiti kalian..adik2,hingga saat ini,saya masih kesakitan..namun apa lah nilai kesakitan ini dibandingkan dgn manfaat yg boleh kalian fahami..

kami menjadi musuh yg tegar dan kuat..hanya kerana kami mahu beri gambaran,inilah rentak dan gaya musuh2 kita..musuh2 islam..mereka bukan sahaja kuat malah tidak berputus asa..tidak cukup itu sahaja,mereka turut perdaya kita dgn kata2 manis dan reserve..konon mereka mengalah padahal mereka merancang utk kesesatan yg lebih besar...ayuh 'tegapkan' ukhuwah kita..ikatkan dgn simpulan yang rapi...satukan hati kami,ya Rabb..


sayangilah saudara2 kita dan ayuh benar2 bertindak..kenali saudara2 kita biar seteruk mana perilakunya..
sejahil mana dia adalah tanggungan kita membebaskannya dari kejahilan..
cukuplah dgn tempias kata yg kita lontar namun tindakannya sifar...
cukup lah 'merasa cukup' menjadi baik padahal yg hampir dengan kita bergelumang dgn pasir kotor lagi jijik..

nilai pula amal makruf nahi mungkar kita..
cuba bayangkan ada sebuah tanaman padi yang amat luas..dan petaninya berusaha menghasilkan padi yang baik dan bermutu dgn membaja dan mengairinya namun petani ini terlupa dgn kehadiran tikus2 perosak..
petani2 hanya sibuk dgn baja dan air namun tidak bisa sibuk untuk menghapuskan perosak2 padi..
rasanya,adakah padi yg baik dan elok dpt terhasil?
pasti anda tahu jawapannya..
lewat kini..kita hanya lebih sibuk dgn hal2 makruf tp kita lupa nahi mungkar..adakah sesuai untuk dpt kondisi ummah yang islah dan bermutu??
salah kita atau salah mereka sahaja??
renung2kan semua...saya tidak menuding pada sesiapa krn jari yg menuding pada diri saya lebih banyak untuk saya nilai kembali..1429H dlm memori...kamilah srikandi islam...Ya ALLAH,jgn biarkan antara kami terlepas dari ikatan ini

moga dengan program ini dan perkongsian ini menjadi renungan buat semua dalam melalui jangka hayat yang tersisa..
tahun baru untuk kita semai dgn baja makruf dan kita selamatkan dari prosak mungkar..untuk suburkan iman dan suburkan ukhuwah...

salam tahun baru buat semua..
moga ALLAH terima amal kalian dan amalku..moga diampunkan dosa2 lalu yg diketahui atau tidak..sedar atau tidak..moga hidup kita sentiasa dlm keadaan taubat dan kembali padaNya..
masing2 kita adalah hamba yg kerdil..nilaian kedudukan kita hanya ALLAH yang mengetahui..usah bertanding utk jadi hebat disisi manusia..moga kita hebat disisi ALLAH biar di mata manusia kita hina..


Ya ALLAH,kurniakan kebaikan kepad kami..yg kami ketahui atau tidak kami ketahui..yang dekat mahupun jauh..dan Ya ALLAH,lindungi kami dari segala kejahatan dan fitnah..yang kami sedar mahupun tidak..yang dekat mahupun jauh..pada ALLAH tempat kami bergantung dan kpdMu kami sandarkan kehidupan kami..
jadikan kami tegar menghadapi musuhMu namun terkulai dihadapanMu..jadikan kami yang bersyukur kepadaMu..

ALLAHUMMA HASIBNA HISABAN YASEERA
Ya ALLAH,hisablah kami dgn hitungan yg paling mudah..amin ya Rabb..

sungguh diri yang menulis ini penuh dengan dosa2 dan kelemahan..dan belum tentu gerak kerja makruf yang dilakukan diri yang hina ini diterima ALLAH..dan nahi mungkar yang masih lg berlambakan terabai dari kaca mata yang terhijab dengan kesenangan dan keselesaan yang belum tentu kekal..AllahuRabbi...am i prepared enough?

Mohon maaf atas segala kekurangan..tiap yang lemah dan kecacatan itu dari saya yg sedia lemah..dan segala yg baik dan tanpa cacat cela itu dari ALLAH..

ayuh sama-sama kita turut mendoakan saudara2 kita di Palestin..Israel sedang gasak menyerang dan menindas mereka..
petikan dari berita harian 29 disember 2008/1Muharam 1430H

Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, mengeluarkan fatwa kepada penduduk Muslim di seluruh dunia supaya mempertahankan Palestin daripada serangan Israel di Gaza.

"Semua pejuang Palestin dan semua orang Islam yang beriman di seluruh dunia perlu mempertahankan wanita yang tidak dapat mempertahankan diri mereka, kanak-kanak dan rakyat Gaza dengan apa cara sekali pun. "

Menteri Kesehatan Palestina, Basem Naeem menegaskan korban pembantaian terbuka yang dilakukan pasukan penjajah Zionis Israel di Jalur Gaza sejak Sabtu (27/12) telah mencapai lebih dari 300 syuhada dan lebih dari 1000 lainnya terluka, 180 dalam kondisi kritis. Sementara itu puluhan korban lain masih tertimbun di bawah puing rerutuhan. sumber:http://www.infopalestina.com/


..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_


5 pesanan:

Anonymous said...

salam maal hijrah enti~

Anonymous said...

salam k.naufa...jazakalallahu khai ran jaza'...ganjaran terbaik hny dr Allah...doakn kite same2 dbwh kshsygNYA...thanks akak bwk zam back to reality...maaf menyakitkan akak ari tuh...syafakillah...t8 care akak...akak penting utk ummah..kuatkan semangat!!!zam alwez doakan akak...insyaAllah

pai_ilham al-adwa' on Dec 29, 2008, 4:41:00 PM said...

waalaikumussalam warahmatullah..

@maisarah..salam maal hijrah..ayuh terus hijrah..sejahtera bersama hijrah..

@dear zam...jazakillah khair...moga Allah pelihara adik2 semua..really have a gud time with u all..cuma masa mungkin belum cukup utk kita lebih kenal..usah risau,akak mmg sakit sebelum program lg..kena kuatkan diri demi mesej yg nk disampaikan..sakit akak ni sbb effect accident..jd masa bergelut dgn u all tu degree kesakitan bertambah...hehe..Allah knows best..yg penting kita satu hati...akak pun byk belajar dari u all!really!

izzah on Dec 29, 2008, 10:07:00 PM said...

betul2.kata2 xmengubah apa-apa.apatah lagi kalau cakap tak serupa bikin.

"sesungguhnya besarlah kemurkaan Allah kepada mereka mengatakan apa yang tidak mereka perbuat"
As-Saff:3

Ya ALLAH,kurniakan kebaikan kepad kami..yg kami ketahui atau tidak kami ketahui..yang dekat mahuoun jauh..dan Ya ALLAH,lindungi kami dari segala kejahatan dan fitnah..yang kami sedar mahupun tidak..yang dekat mahupun jauh..pada ALLAH tempat kami bergantung dan kpdMu kami sandarkan kehidupan kami..
jadikan kami tegar menghadapi musuhMu namun terkulai dihadapanMu..jadikan kami yang bersyukur kepadaMu..

ALLAHUMMA HASIBNA HISABAN YASEERA
Ya ALLAH,hisablah kami dgn hitungan yg paling mudah..amin ya Rabb..

ameen.

pai_ilham al-adwa' on Dec 29, 2008, 10:42:00 PM said...

@Izzah..
benar ya sahabat...moga kita saling menampung kekurangan..dan bersedia untuk bertindak seperti apa yg diseru..apa guna kita seru makruf tapi kita terkulai layu melaksanakannya..

thnks izzah dan angkatan semua!
kita pasti bersatu!

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template