Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Allah berfirman:
Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku.
Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka.
Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinyadengan jarak sedepa.
Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.”
[HR Muslim]
~hadis Qudsi~
_ISLAM MILIK BERSAMA_
1 pesanan:
“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku."
Alangkah beruntungnya jika sentiasa mampu mengingatkan diri sendiri supaya mengingati Dia walau dalam apa jua keadaan sekalipun..tapi diri cuma manusia biasa, insan yang lemah, sering 'terlupa'..
Post a Comment