"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Monday, November 10, 2008

Hatiku milikmu..(sambungan ke-2)


Suasana Wad intensive care unit(ICU) itu muram dan sunyi..

Zinnirah setia menanti di birai katil tempat Fatimah terlantar kaku..

Dia menanti dengan penuh harap agar ada sedikit tindak balas dari temannya..biarpun hanya satu gerakan di hujung jari jemari itu..

Masa penantian yang entah bila akan berakhir itu diisi dengan zikrullah dalam hatinya..

Mengingatkan dirinya sendiri akan saat hujung perjalanan sorang manusia yang berkemudi dalam lautan dunia…makin hampir dengan tujuan atau masih jauh.. namun yang pasti baki tempoh kemudi makin singkat..hanya ALLAH mengetahui saat itu..

Mungkin saat untuknya akan tiba lebih awal dari Fatimah..

Sambil muhasabah dirinya,doa terus dipohon buat Fatimah agar dipermudahkan urusan sahabatnya itu biarpun dihujani dengan dugaan yang lebih besar dari itu..

Zinnirah tenggelam sebentar dalam kenangannya berdiskusi dengan Fatimah

Kata-kata Fatimah tatkala dia mempersoalkan hal kesabaran dengan ujian yang ALLAH timpakan pada manusia…mudah dan ringkas..cukup buatkan dirinya faham erti bertuhan…jelas terngiang-ngiang hujah Fatimah..

“Zi,untuk apa kita berdoa?”

“Hmmm…untuk minta hajat kan?Sebab kita ni hamba ALLAH yang lemah.Doa tu sebagai penguat kita..Tapi Tim..kadang tu Zi sendiri ragu-ragu dengan apa yang Zi cakap tadi..If doa tu sebagai penguat,kenapa selalunya kita doa tapi bila ALLAH tak tunaikan apa yang kita hajati kita jadi lemah?contoh la kan..Zi minta ALLAH jadikan Zi lebih sabar tapi Zi rasa macam makin banyak plak kesusahan yang dilalui..tak sempat nak sabar,benda ujian lain plak datang..camne ek Tim?”

Dia tahu soalannya seperti kebudakan..seharusnya di usia 19 tahun,dia wajar faham konsep berdoa..namun apa daya,hatinya masih belum mengerti..riak senyum Fatimah semacam memberitahu ada lopak-lopak dalam hatinya dalam memahami konsep berdoa..

“Zi pernah dengar tak ayat Quran ni.Innallaha ya’lamu wa antum la ta’lamun?”

“Tim ni,orang tanye soalan dia tanya orang balik..ermm..penah..penah dengar tapi maksudnye ape ek??”

Fatimah tersenyum lagi…Ah!Fatimah memang macam tu..sangat murah dengan senyuman…

“Tim bukan tak nak jawab..but better if kefahaman kita terhubung dengan Quran..sebab Quran kan ALLAH yang berkata-kata..supaya kita lebih yakin!”

Zinnirah mengangguk akur bercampur malu…memang dia tidak sabar!

Fatimah menyambung hujahnya..

“ayat tadi maksudnya,sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI dan kamu referring to manusia ..dalam keadaan tidak TAHU..

So..berbalik kepada jawapan Zi tentang doa tadi..You are certainly absolutely right about kita as hamba yang lemah and doa as penguat kita..sebab kita rasa kita lemah la kita minta pada ALLAH..and sebab sifat lemah itu juga kita not certain tentang semua hal yang terjadi or bakal terjadi kat kita..even kita kadang-kadang tak tahu asbab sesuatu benda yang menimpa diri kita..menjadikan kita sering memepersoalkan keadaan..especially when we face difficulties in life..”

“Jadi??”

“Zi ni kan..Tim tak habis cakap lagi..aiyee..rase nak piat je telinga tuh..cucu dok diam-diam situ nooo..nenek tak habis syarah lagi nih..”

seloroh Tim disambut gelak kecil Zinnirah.

“..nenek nak sambung nih…ok,so bila kita dah faham konsep ‘kita as hamba ALLAH yang lemah’,kita akan lalui hidup ni dengan pergantungan pada ALLAH..kita akan teruskan hidup tanpa mempersoalkan keadaan yang ALLAH taqdirkan atas kita walau dalam keadaan susah sekali pun..contoh macam Zi cakap tadi..minta kt ALLAH nk jadi sabar tapi cam masalah plak yg bertambah..jom kita fakir same,katakanlah Zi dapat sesuatu yang sangat berharga dari hasil usaha Zi dengan Zi dapat sesuatu tu cam bola yang bergolek..tup..sampai kat kaki Zi..situasi mana yang akak buat Zi lebih hargai dan kenang sesuatu tu?”

“mestila yang Zi usahakan..macam nk compare kerusi yang Zi beli dengan kerusi yang Zi buat..kualiti sama..semua sama..mestilah Zi akan lebih hargai yang Zi buat”

“Wah!siap bagi contoh lagi..bagus-bagus..maksudnya Zi paham apa yang nenek ni bebelkan..hehe”

“err..sempat lagi!cepat la sambung nek..”

“ok..ok..macam tu juga la bila kita minta kat ALLAH diberikan kesabaran..ALLAH MAHA MENGETAHUI keadaan dan sifat kita lebih dari kita tahu diri kita sendiri..

So,bila Zi minta nak jadi sabar,ALLAH berikan situasi yang sesuai untuk latih Zi jadi seorang yang sabar…ingat..ALLAH berikan situasi yang sesuai dengan keadaan hambanya..lain orang,lain ujiannya..lain situasinya untuk jadi sabar..Macam Tim nih..Tim minta sgt kat ALLAH agar jadikan Tim manusia yang sabar..mungkin ALLAH ajar Tim dengan sakit yang diberikan pada Tim..tapi sakit ni sikit pun tak jejaskan pergantungan Tim pada ALLAH sebab kan Zi,sesakit mana pun yang Tim tanggung selama ni..ALLAH masih bagi Tim macam-macam ni’mat..contoh,ni’mat kasih sayang dan persahabatan dari Zi..”

Suara Fatimah sebak..ada genangan air mata di matanya yang redup..

Dirangkulnya Fatimah kedap dalam dakapannya..sesungguhnya dirinya juga bahagia memiliki sahabat seperti Fatimah..

Masih dalam simpanannya email dari Fatimah buat dirinya semasa mereka jauh terpisah dek kerana menuntut ilmu di sekolah yang berlainan..Hampir saja mereka lost contact namun kuasa ALLAH menemukan mereka semula..

To : Zinnirah

Zinnirah syg,
hidup kita diburu musuh yg tak mampu dilihat..
hati kita diusik dan diketuk dgn maksiat dan lalai oleh musuh jahannam..
melawan musuh ini seolah di gelanggang gusti melawan musuh dlm keadaan mata terpejam..
musuh melihat kita dan menyedari kealpaan kita,mengutuk dikala kita dalam tarbiah iman..
hanya kita mampu menepis serangan musuh ni dengan skill dan latihan tarbiyah..
skill yg perlu kita kuasai ialah iman dan taqwa..disertai tarbiyah 'amal hanya keranaNya..
ubat dari kesakitan serangan musuh akibat kealpaan kita adalah kesediaan taubat setiap ketika dan maghfirahnya..
moga hati kita dalam keadaan makmur dgn cintaNya..
Ya ALLAH,selamatkan diri ku dan sahabatku..
Semailah hati kami dgn taqwa dan pergantungan padaMu..
jernihkanlah hati2 kami dari segala bentuk maksiat hati mahupun anggota..
baluti hati kami dengan sifat qanaah dan tawaddhu'..agar kami mampu membentengi sifat ria' dan u'jub dari menelusi hati kami yang rapuh ini..
Ya ALLAH..benar suratMU..demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian..
cukup ayatMu itu membuatkan hatiku menangis..jiwaku bergetar mengenangkan nasibku sesudah kembara dunia ini..
Ya ALLAH,kami mengharapkan bimbinganMu..
Jadikanlah kami hambamu yang beroleh kefahaman agama dan hati kami lembut dengan surat-suratMU..
Ya ALLAH..hatiku menangis..air mataku tak mampu berhenti mengenangkan kehidupan yg sia2..
Ya ALLAH,ku terima segala kesakitan ini..sungguh kesakitan dan kekecewaan membuatkan ku merasa kasihMu..
moga sahabatku merasai apa yang kurasai..
makmurkan setiap detik hidup kami dengan rasa bertuhan..
Ya ALLAH,sahabatku jauh di sana..
Aku menyayanginya dengan iman dan kasihMU..
berilah kebaikan padanya sepertimana kebaikan yg Engkau berikan padaku..
dan moga aku dapat menitip kebaikan darinya..
Ya ALLAH,aku letakkan pencarian keranaMu dan syukur Engkau menemukanku semula dengannya..
Biar jauh terpisah namun Kau tautlah hati kami dengan mahabbah dan keimanan pdMu..
peliharalah hatinya dan peliaharalah hati ku dari kegelapan maksiat dan fana dunia..
Ya ALLAH,sepertimana Engkau ingatkan aku dengan kematian setiap hari..
seperti itulah juga aku mohon Engkau igtkan hatinya akan saat itu..agar dirinya terus terpelihara..
YA ALLAH,kami hambaMu yang lemah dan sering lupa..namun itu bukan alasan untuk kami jauh dariMu..
peliharalah ikatan ini agar kami terus memelihara haqMU ketika senang dan susah,
moga ikatan ini menyuburkan cinta kami pd MU..
ya ALLAH..padaMU segala kebaikan..Segala puji bgMU..dan Maha suci Engkau dari sebarang kelemahan..
Engkau Maha mendengar dan Maha mengetahui..
Engkau Mengetahui apa yang tidak kami ketahui dan pengetahuanMU terhadap kami melebihi apa yg kami ketahui tentang diri kami sendiri..
Ya ALLAH,makmurkanlah hidup kami dalam keadaan sentiasa taubat dan kembali padaMu..
terimalah Ya ALLAH...doa buat sahabatku yg jauh...

Tanpa sedar air mata mengalir di pipinya..Hatinya tersentuh mengenangkan kata-kata doa Fatimah…Direnungnya Fatimah yang masih belum sedar.. “Bangunlah,Tim..biar pun untuk kali terakhir..”

Sementara menunggu..Zinnirah mencoretkan kata-kata buat Fatimah seolah-olah dirinya sedang berkata-kata dengan sahabatnya itu..

Hanya 3 helai ruang kosong yang berbaki dalam notebook kecilnya itu..hanya itu bekal yang sentiasa ada dalam beg galasnya..beg itu sahaja yang sempat dicapai kerana terlalu sibuk mempersiapkan keperluan Fatimah sebelum ke hospital tadi..dimanfaatkan sepenuhnya notebook itu untuk ‘berbicara’ dengan Tim…

Luruh air matanya tak henti-henti sambil menulis..

Akhirnya penuh setiap muka surat..diletakkan notebook itu di atas meja kecil bersebelahan katil Fatimah..

“Zi…”

Eh!..mana datang suara tu??Zinnirah mencari-cari suara halus tersebut..

“Zi…Zin..niii..rah..”…kali ni nama penuhnya dipanggil..sayup-sayup suara tersebut..

“Tim!!..Ya ALLAH..Alhamdulillah..Tim dah sedar ya?..Zi kat sini Tim..Zi ada ni..”

Tiada kata mampu dituturkan..hatinya bersorak syukur..

“Zi,thanks..”lemah suara itu menuturkan..

“Zi,Tim nak solat isya..Tim tak solat lagi tadi”

Ya ALLAH Tim..hatimu sentiasa kekal bertuhan..sungguh belum ku temui orang yang begini..

Zinnirah mahu berjemaah bersama sahabatnya itu biarpun dia sudah menunaikan kewajipannya sementara menunggu rawatan kecemasan diberikan pada Fatimah sebentar tadi..

Tanpa tangguh,Zinnirah bantu tayammumkan sahabatnya..selepas dirinya juga sudah bersedia dengan wudhu..Perlahan dia bisikkan ke telinga Fatimah..
”Tim,kita jemaah ya Tim..Zi rindu nak jemaah dengan Tim..Zi jadi imam ya..”

Benar..hatinya sentiasa rindu untuk berjemaah dengan Fatimah..biarpun baru maghrib tadi mereka solat bersama…

Zinnirah mengimami solat isya..pergerakannya pantas namun cermat..agar tidak menyusahkan Fatimah..seusai memberi salam,zikir taubat dialunkan sambil teresak-esak keduanya..

Kebiasaan mereka berjemaah,salah seorang akan membaca doa apabila seorang lagi sudah mengimamkan solat..

Namun kali ini,Zinnirah melafazkan doa dan Fatimah mengaminkan..Sungguh syahdu dan rasa kehambaan meresap masuk dalam hati keduanya tiap kali bait-bait doa dilafazkan oleh Zinnirah.

Sesudah selesai segalanya,Zinnirah mendekati sahabatnya lalu dibisikkan sesuatu

“Tim,Zi minta maaf tak dapat berikan yang terbaik pada Tim sepanjang kita bersahabat.Zi syukur sangat kasih sayang antara kita disuburkan dengan ikatan Iman.Bukan mudah untuk merasai pertemuan dan perpisahan kerana ALLAH kan Tim?Tapi itulah yang Zi dapat rasakan sekarang.Kita bertemu keranaNYA..Tapi..hmm..moga perpisahan kita disandarkan padaNya juga..Zi sayang Tim Lillah.Andai ada keajaiban jantung boleh bercambah dua,Zi lah orang pertama nak derma kat Tim..ermm..Tim,Zi nak solat sunat hajat sat ek.Tim rest la tau”

Air jernih yang mengalir di pipi Fatimah dikesatnya dengan kasih sayang.Sungguh lembut sentuhannya.

Fatimah hanya mampu akur dan mengangguk setuju membenarkan Zinnirah meneruskan pengabdiannya pada sang pencipta.Kata-kata Zinnirah cukup menyentuh hati.

Dia juga sangat bersyukur diizinkan berada di samping Zinnirah dalam melalui hidup 5 tahun yang lepas sehingga kini.Pertemuan yang amat berharga buat mereka berdua.Bertemu di sebuah program Kepimpinan Islam merupakan bibit permulaan persahabatan mereka bercambah.Mekar dengan peringatan demi peringatan menerusi surat dan telefon biar jarak sekolah memisahkan mereka.Seorang di negeri Pantai Timur,seorang lagi jauh di Hulu Selangor.Sungguh dirinya sendiri banyak belajar dari peribadi dan kehidupan Zinnirah..Insan yang sentiasa dahaga ilmu dan mencari erti rasa bertuhan..Melihat kesungguhan Zinnirah mencari erti hidup bermatlamatkan akhirat membuatkan hatinya sering bermuhasabah..Uhibbuki fillah ila mahabbatullah ya ukhti Zinnirah..

Fatimah turut menunaikan solat hajat disusuli solat taubat sekadar kemampuan fizikalnya biarpun dalam keadaan berbaring.

Seusai pengabdiannya dlm roh solat,Fatimah tekun memerhatikan pergerakan Zinnirah..

Namun hatinya sedikit tidak tenteram melihat Zinnirah tidak berganjak dari posisi sujudnya..

Dia tersedar dan berkata dlm hati.. “oh,mungkin Zi memanjangkan doanya buat ku..”

10 minit berlalu dan Zinnirah masih lg di posisi sama…

Seakan terkena kejutan letrik,tiba-tiba jantung Fatimah yang lemah berdegup kencang..tanpa keraguan lagi,Fatimah pantas menekan butang kecemasan yang sengaja diletakkan oleh Zinnirah berdekatan dengannya.


bersambung...

p/s:tikah@tabung ujiku..really dedicate this to you..sorry,in this chapter i've put some of our story inside..just very small part..to share with others..but no matter what,the part that i included inside d story remain urs forever..all the best tikah in ur imtihan..

0 pesanan:

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template