"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Wednesday, November 5, 2008

Politik Obama dan politik Malaysia...


Salam dan sejahtera buat pembaca...

Sekadar meluahkan pandangan dan perasaan..
Kemenangan Barrack Hussein Obama dirasaai hangatnya di seluruh dunia.
Setiap manusia pelbagai lapisan darjat ekonomi mahupun mentaliti mengharapkan perubahan dalam pembaharuan politik Amerika.
Cukup matang perjalanan politik Amerika sehinggakan menarik minat seluruh dunia mengikuti setiap episod perdebatan dan masalah berbangkit.
Meneliti baris ucapan Obama,"to Mc Cain.Mc Cain fought hard and long for this campaign,and it is harder and longer for the country that he loves, he has indured sacrifice for America.I congratulate him, and governor Palin for all they achieved, I look forward to work with them, renew this promise nation into mountain heat."

Kemudian saya meneliti beberapa baris kata-kata McCain..
"His success alone commands my respect for his ability and perseverance,"
"we must move beyond it and work together to get our country moving again." "We fought as hard as we could. And though we feel short, the failure is mine, not yours," McCain said

tidak seperti suasana politik Malaysia..menjadi 'adab'..kutuk mengutuk...caci mencaci...salah menyalahkan...walaupun beberapa ulama telah menegur suasana jelek ini..
Ulama tidak diperlukan dalam sistem politik Malaysia...mungkin kata-kata ulama hanya untuk Fatwa semata..

Politik Malaysia sebaliknya.Dewan rakyat umpama 'taman permainan' bagi majoriti perwakilan di Malaysia.
Masakan tidak..baru-baru ini perbahasan mengenai bajet 2009 dibincangkan tanpa kehadiran Menteri Kewangan mahupun Naib Menterinya..Yang hadir sebagai wakil adalah pegawai Menteri di jabatan Perdana Menteri..Tidakkan ini memalukan?Untuk apa perbahasan diteruskan tapi tiada manfaat di akhirnya kerana kedudukan kewangan negara tidak jelas untuk dibahaskan.
Secara sinis,lebih baik pegawai jadi menteri jika menteri tidak sanggup berada di kerusi parlimen bermusyawwarah untuk kepentingan negara.
Melihat kepada situasi politik Malaysia yang 'ahlinya' merasa bangga sebagai negara Islam yang kononnya cemerlang tetapi tidak mampu menjadi contoh sistem politik dunia.
Segalanya penuh dengan mainan dan penghinaan kepada agama.

Cukup terasa 'heart ache' bila menyaksikan pertengkaran MP di dewan rakyat yag tiada penghujungnya..

Di manakah kedudukan politik negara Malaysia.sebuah negara Islam..yang mempunyai tauladan sejarah politik yang hebat dengan pemimpin yang hebat sehingga dikagumi dan diakui hampir seluruh pemimpin dunia..
Di manakah bayangan kepimpinan Muhammad S.A.W..Umar Abdul Aziz..Qutuz...Abu Bakar As Siddiq..Ummar Al Khattab...Ali Abu Thalib...Muawwiyah r.a...Uthman 'ibnu 'Affan...Salahuddin Al Ayyubi...Sultan Muhammad Al Fateh...Sheikh Ahmad Yassin..

Islam di hati ataupun di bibir??
Tanya diri...koreksi hati..
Selamat berjuang dan terus berjuang...
fahami apa yang diperjuangkan...bukan menggunakan perjuangan untuk kepentingan,kepopularan dan keduniaan..
Koreksi diri dan hati sendiri..
'Bagaimana hati yang berkarat mahu membersihkan hati yang berkarat??'
maaf kepada mana-mana pemimpin yang tercuit dengan luahan ini...

..people dont care how much we know untill they know how much we care..
_ISLAM MILIK BERSAMA_

2 pesanan:

izzah on Nov 6, 2008, 12:29:00 AM said...

saya setuju..

suasana jelek yang memualkan.

pai_ilham al-adwa' on Nov 6, 2008, 12:44:00 AM said...

betul tu gemuk

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template