"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Sunday, November 2, 2008

Hatiku milik mu..



“aduh!sakitnye weih.”Tim mengadu.. “aiyeee Tim.nape nih?tetibe je” respond Zi menyembunyikan kerisauannya.. “Haha,I melawak je.Saje nak tengok Zi peduli ke tak”

Zi sedikit pun tidak mengeluh dengan telatah Tim apatah lagi memarahi temannya itu..

Sambil menggeleng kepala, “Tim,if Zi tak peduli,Zi tak tolak wheel chair Tim nih..penat tau nak naik bukit nih.Zi tinggal Tim dgn wheelchair ni kt sini juga nak?” Zi sambil mengugut nakal,cuba menjelaskan betapa dia sayangkan temannya itu.

Cantik sungguh pemandangan ptg itu.Dari atas bukit tersebut jelas kelihatan kolej tempat mereka sama-sama berjuang menuntut secalit dari selautan ilmu ALLAH.

Kabus yang melitupi bumbung kolej menyerlahkan lagi keindahan suasana petang itu.

Sungguh syahdu kedua-dua teman berbicara setelah seminggu berlalu meninggalkan kenangan pahit buat Tim.

Tim bertubuh rendah dan halus “seperti papan”,usik Zi yang selalu menjadi pemecah sunyi.

Kehidupan Tim seminggu lalu menyentuh hati siapa yang melihatnya.

Sakit yang ditanggungnya sekian lama memakan dirinya hari demi hari namun hati kecilnya bercambah mekar dgn zikrullah.

“Zi,cuba you tengok kt lagit tu.Tinggi kan awan-awan tu?”

“Aah Tim.nape?”

“Zi kan selalu ckp I ‘renek’ singkatan untuk ‘nenek rendah’ yg you panggil I selalu tu”

“Tim,jgn la gitu..Zi gurau je”

“Bukan la Zi.I pun melawak je.Hmm,cuba you tengok awan tu,tinggi awan tu tinggi yg bermakna”

“Apa maksud you?You ni ade je benda pelik tau”

Sambil menuding jari kea rah kepulan awan putih,Tim berfalsafah..

“Awan tu berada di tempat yang sepatutnya.Tinggi awan tu tinggi yang melindungi.Cuba kita tengok ek,bila cuaca terik dgn matahari awan tu litup supaya keadaan jd redup dan nyaman.Bila rasa perlu hujan,awan tu dtg bawa berita gembira.Sampai kita ada rasa nak menggapai awan tu kan?Tapi awan tu dia tak dok static kat situ.Awan tu akan berhijrah ke tempat yang ditujunya.Macam tu juga manusia,ALLAH ciptakan kita untuk berada di bumi selepas apa yg brlaku di sebalik peristiwa nabi Adam dan Hawa.Kita ni dah berada di tempat yang sepatutnya.Peranan kita untuk memakmurkan bumi umpama awan tu yang memakmurkan langit.Tapi kita hanyalah pengembara macam awan tu juga.Kat atas bumi ni kita mengembara sebelum tiba ke tempat tujuan kita.Kiranye kite ni kt pit stop la.Blom kt garis penamat lagi”

Zi hanya diam membisu.

“Zi,you dengar tak I membebel nih?”

“Eh,maaf Tim.Mestilah I dengar.I tgh hadam apa yang you cakap.Betol la Tim.Tapi camne ek nak jadi cam awan tu?nak memakmurkan bumi dengan kekurangan orang macam I ni?”

“Alaaa Zi.You jgn la rasa macam tu.Manusia ni pelupa Zi.Memang itu antara kelemahan ‘wajib’ kite.Sebab tu la namenye manusia.Tim teringat surah Ar-Rum ayat 30 till 37.Disebabkan daya ingatan Tim ni K.O,nnti Zi belek ek tafsir if Zi ada masa.Moga-moga membantu.Tim pun kena refresh balik”

Jauh di sudut hati Zinnirah, “Thanks Tim,you tak pernah tinggalkan I tanpa rasa bertuhan.I akan selalu rindukan you,Tim.Even you kat sebelah I!!”

“Oit,makcik!You ni mengelamun lagi ek.I ni cakap sorang ke?”

Tergelak kecil Zinnirah melihat telatah Fatimah di atas kerusi roda berwarna hijau tua itu.

“I dengar la Tim.Lupa plak you ni suke I respond”

Sambil tersenyum manis,Tim membalas gurauan Zi, “Tau pon you ‘penyakit’ I yang satu tu..Hmm..sebut tentang sifat pelupa manusia ni,kita memang selalu lupa,Zi.Tapi jangan sampai kita jadikan alasan ‘manusia itu pelupa’ untuk terus jauh dari ALLAH”

Zinnirah akur dengan setiap kata-kata sahabatnya.Sentiasa apa yang keluar dari bibir mugil itu amat bermakna untuk tarbiyah dirinya.

“Tim,jom balik.Dah nak maghrib ni.Cantik kan sunset tu?”

“Subhnallah,cantik Zi.Thanks a lot,my dear.Without you,I tak dapat nikmati keindahan petang nih”

Sambil menukar arah kerusi roda Fatimah,Zinnirah membalas penghargaan sahabatnya berselit gurauan,

“Keindahan petang ni mungkin berlalu macam tu je tanpa mulut you yang best tuh”

………………………………………………………………………………………..

Seusai solat maghrib,Zinnirah terus mencapai Tafsir Al Quran terjemahan Indonesia yang rapi terselit di celah susunan buku-buku agamanya.

Di beleknya mukasurat terkhir mencari surah Ar Rum..

Kemudian diselaknya sehingga bertemu ayat yang dicari-cari.

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,[30]

dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertaqwalah kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah[31],

iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan.Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka[32].

Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepada-Nya, kemudian apabila Tuhan merasakan kepada mereka sedikit rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian daripada mereka mempersekutukan Tuhannya[33],

Menitis air matanya seawal sahaja tafsir ayat pertama ditadabburnya..Diteruskannya lagi diselang seli dengan istighfar yang mendalam dan doa memohon kefahaman dalam pembacaannya.

sehingga mereka mengingkari akan rahmat yang telah Kami berikan kepada mereka.
Maka bersenang-senanglah kamu sekalian kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu)[34].

Atau pernahkah Kami menurunkan kepada mereka keterangan, lalu keterangan itu menunjukkan (kebenaran) apa yang mereka selalu mempersekutukan dengan

Tuhan?[35]

Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu.Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.[36]

Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.[37]

Thsodaqallohul’azhim…

Direnungnya jam di dinding,20 minit lagi sebelum panggilan ‘Isya.

Tim langsung lena di sejadahnya selesai mereka berjemaah tadi.Serba salah Zinnirah mahu mengejutkan sahabatnya yang masih lemah itu..Namun malam-malam yang berlalu terasa kosong tanpa bacaan hadith dari temannya.Setidak-tidak pun,seringan bicara tentang dunia Islam.

Dengan lembut,tangannya mengusap kepala Tim,

“Tim,bangun Tim.Kita baca hadith jom”

Kaku..

Tiada sebarang tanda Tim rasa kehadirannya.

Dikejut lagi.Kali ini suaranya sedikit deras.

“Tim,if you sayangkan I,baik bangun cepat”

Tiada respon..

Tubuh kecil itu seakan lena dibuai mimpi..

Zinnirah mula bimbang..



akan bersambung..



p/s: dedicate to Atikah Amaran @ tabung ujiku,kak long,patrick,kak cik,along,naheed,gemok,ummu hanani,kak toy,anaconda,eena,nurani,maisarah,'orang tua',kirin,bulan,nurul,kak nurul,kak yani,dan semua sahabat2 yg diingati selalu..(panjang lagi if nak list down)..

0 pesanan:

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template