"tinta dari ilham si kerdil yg mencari selautan MARDHATILLAH ini hanyalah pandangan diri saya dlm menjalani kehidupan harian...sedikit perkongsian diselitkan buat renungan bersama...penulisan ini tiada selain dari hanya..thalaban liridha ar rahman(mencari keredhaanNya) dan shirahan liqulubil ikhwan (menyenangkan hati sahabat2).."

..mg ALLAH mengampuniku dgn setiap pembacaan,ampuni keluargaku,ampuni muslimin muslimat keseluruhannya..

Tuesday, November 4, 2008

Hatiku milikmu..(sambungan 1)


“Tim! Tim!” suaranya semakin deras sambil digoncangkan tubuh kecil sahabatnya.

Dirasakan nadi di leher Tim…

Masih ada lagi..

Zinnirah melihat pula tangan rakannya..pucat!

Kuku di jari-jari halus Tim kelihatan sedikit kebiruan..

Hati kecil Zinnirah terusik melihat keadaan itu, “ish,takkan Tim kena cyanosis??tapi kenapa?!!”

*Baca :cyanosis-a condition in which the skin and mucous membranes take on a bluish color because there is not enough oxygen in the blood

“Ya ALLAH..Tim..bangun Tim..bangun sayang..” deras terasa hangat air yang mengalir di pipi Zinnirah..

Tubuh kecil itu tenang tidak bergerak..

Fatimah pengsan dalam kepenatan bertarung menghirup oksigen akibat penyakit yang lama menghuni tubuh kecilnya..

dikuatkan tubuhnya memangku sahabatnya..moga dapat membantu pernafasan Fatimah..

Sempat dia menggapai telefon nokia 6330 nya di bucu tilam Fatimah..

Lantas jari jemarinya mendail no warden, Miss Zein..

“Assalamualaikum,miss.Zinnirah ni miss…”sambil tersekat-sekat suaranya..

“Waalaikumussalam.Kenapa Zinnirah?kamu sakit?suara kamu semacam je nih”

“Miss,Fatimah pengsan miss.Hujung tangan dia dah kebiruan”

“Ya ALLAH,kamu tunggu!saya panggilkan ambulans!Zinnirah,kamu pernah belajar CPR tak?Fatimah still bernafas?cuba kamu rasa nadinya”

‘Ya ALLAH!mcmana aku boleh lupa CPR?!’dengus Zinnirah dlm hati.

“Tahu Miss!..aaa…adaa…na nadi dia masih ada..tapi pernafasan dia sangat lemah”

“ok..ok..sementara saya panggil ambulan,kamu tengokkan pernafasan dia dan pastikan nadi dia ada.If pernafasan dia hilang kamu bagi rescue breathing sementara saya nak sampai bilik kamu.anything call saya!”

Talian dimatikan..Miss Zein beri arahan bagaikan paramedik..sangat pantas..tak sempat Zinnirah memberi laporan lanjut..

“Syukur”,kata itu masih mampu dimuntahkannya walau dalam saat genting begini.

Dengan pengalamannya sebagai anggota Kadet Remaja Sekolah berpangkat Koperal dan menyertai kursus Kadet ‘Perubatan dan Kecemasan’,dia mampu membantu Tim dalam keadaan kritikal itu.

Zinnirah turut menghubungi rakan-rakan berhampiran dengan biliknya memohon bantuan.

Pantas 3 orang rakan tiba dengan alat kecemasan masing-masing yang kurang lengkap.

Yang pasti,setiap mereka hadir dengan Yassin kecil untuk dibacakan memohon dipermudahkan keadaan buat Fatimah.

Sambil memastikan keadaan Tim,Zinnirah tidak henti-henti berselawat dan membaca surah al Fatihah berselang-seli.Lidahnya basah dengan Zikrullah.Ditatap wajah lembut sahabatnya bersilih ganti kerisauan.

Dia turut memberi 2 kali ‘rescue breathing’ kepada Fatimah.

Pantas!..

Miss Zein tiba di bilik Zinnirah.Tanpa lengah,dia mengarahkan pelajar-pelajar muslimah yang ada mengusung Fatimah ke bawah.Ambulan akan tiba kurang seminit lagi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di hospital..

Fatimah terus dimasukkan ke wad ‘Emergency’..

Doktor memberitahu jantungn Fatimah sangat lemah dan peparunya mengalami ‘ventilation-perfusion defect’..

Tertera di tag nama Doktor muda itu…

Pro.Dr. Fahim Majdi ,MBBS,Cardiosurgeon & Hematologist

Dr.Fahim tenang menerangkan keadaan kepada Miss Zein namun terlihat rias kerisauan dalam selang tuturnya.

“Buat sementara waktu kami hanya mampu ventilate her with oxygen and give her medication to help her heart beating well and strong.For the time being,we want to see the progress after giving her Digitalis* before we get her into heart transplant plan.Saya perlu bercakap dengan famili Fatimah dulu sebab dari hasil blood test,she is anemic.This worsen her sypmtom

Baca: Digitalis- a drug that helps the heart pump more strongly.

Zinnirah jadi serba salah untuk menjelaskan kedudukan Fatimah..

Fatimah membesar tanpa keluarga yang punya ikatan darah..

Fatimah di antara puluhan anak-anak Rumah Ihsan Kulai.

Rentetan sejarah bagaimana sahabatnya tiba di ‘perkampungan’ itu cukup membuatkan Zinnirah hilang selera makan selama 3 hari mengenangkan keperitan sahabatnya.

Baginya,Fatimah insan bertuah..Akhlaknya bagai suri yang terdidik dalam suasana biah solehah.Peribadinya luhur,jujur dan qanaah.

Sedikit sekali keluhan yang didengar sepanjang sahabatnya itu menceritakan perjalanan kisahnya tiba ke dunia..Walau ada keluhan sekalipun,di padamkan dengan istighfar yang mendalam hinggakan yang mendengar turut merasai pergantungannya pada Ilahi.

‘Fatimah merupakan anak buangan’..sungguh dirinya tidak punya kuasa untuk menuturkan ayat itu..Tak mampu..Fatimah terlalu indah baginya.

Miss Zein turut terdiam tatkala Dr.Fahim mengulangi kenyataannya untuk diskusi dengan keluarga Fatimah.

Pantas Zinnirah mencari jalan menjelaskan..

“ermm..Doktor..Saya saudara Fatimah.Dia dari Rumah Ihsan Kulai,Doktor.Fatimah takde famili.Saya saudaranya sejak sekolah menengah,Doktor.Dia adik saya”..Zinnirah sedikit emosi..dia tidak sedar ayat itu meluncur laju dari bibirnya “Dia adik saya”..

‘Ya!Zi dah anggap Tim macam adik Zi sendiri.Tim selalu bagi semangat kat Zi.Tim ada bila Zi susah.Tim yang banyak menyokong bila Zi rebah…Paling bermakna,Tim tolong Zi kenal tuhan..dekat dengan tuhan..Ya ALLAH,selamatkanlah adikku’..rintih hati Zinnirah.

Dr Fahim terdiam…

“Hmmm..macam ni la,dik.Saya cuba faham apa yang awak lalui.Pasti Fatimah sangat sayang pada awak.Tapi saya perlu ikut prosedur.Paling tidak saya perlu hubungi Rumah Ihsan Kulai untuk confirmation dan tahu lebih lanjut latar belakang Fatimah.Jangan risau..ermm..apa nama adik?”,lembut tutur Dr Fahim memujuk Zinnirah.

“Zinnirah”..pendek dan jelas..

“ok,Zinnirah..saya akan cuba pastikan awak tahu progress Fatimah.Tenang ye.Kita ada ALLAH.Kita sama-sama berusaha dan berdoa.Lepas ni,cikgu dan Zinnirah boleh masuk jenguk Fatimah.If rakan-rakan lain datang,boleh gilir-gilir.Sementara ni,mohon dua orang sahaja yang masuk.Untuk pastikan keadaan Fatimah stabil dulu.InsyaALLAH,10 minit lagi dia akan sedar kesan ubat yang mudah-mudahan membantu”

Zinnirah akur..apa lagi mampu dilakukan saat itu.Air mata masih mengalir tanpa henti.Terasa malu di hadapan Dr.Fahim,namun itulah hakikat hatinya yang sudah bertaut dengan peribadi Fatimah.



Perlahan dia menguak pintu wad ICU yang dihuni Fatimah sebentar tadi..
Miss Zein membiarkan Zinnirah bersendirian dengan Fatimah...
Jam casio di tangannya sudah menunjukkan pukul 1.23pagi.Zinnirah menunggu sepasang mata comel itu terbukan.Dengan berhati-hati dia memegang tangan sahabatnya itu..Pilu melihat keadaan Fatimah.Terlalu banyak wayar yang melingkari tubuhnya..I.V drip tertulis sodium saline..

hatinya terusik.."mampukah Fatimah melawan kali ini?!Bangkitkah Tim yg selalu temankan aku di tiap waktu?Tim..."

bersambung.....

1 pesanan:

izzah on Nov 4, 2008, 8:27:00 AM said...

salam..

we want more!!

=)

 

Ilham Al Adwa' Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template