Selamat hari ulangtahun ke 47...buat ayah tersayang lagi dirindui selalu..
Doa anakmu di perantauan sentiasa basah dibibir dan terasa dlm getaran denyutan nadi..
Moga dikurniakan keberkatan usia dan tergolong dalam lingkungan para syuhada dan org2 beriman..
Masih basah kenangan silam...
ayah seorang yang pandai memujuk biarpun ketegasanya terserlah dalam setiap tindakan...maklumlah..ayahku bergelar seorang ayah seawal usia 21 tahun(usiaku kini!!)
Tanggungjawab yang dipikul membina keluarga tidak setara dengan usianya namun aya membuktikan dirinya muslim yang taat kpd agama..Tangungjawab sgt berat dan berada dlm kekangan hidup yg susah,namun ayah mampu berdiri membela keluarga..dan kini mampu untuk meberi lebih dari sebuah kesenangan kpd keluarga...
masih jelas di ruang mata ini..kami berempat..(kak long,abg ngah,kak cik,naufa) selalu juga pura2 tidur di ruang tamu kerana yakin,ayah pasti angkat kami dengan penuh kasih sayang dan letakkan kami di bilik tidur..rasa selamat dalam pelukan ayah...
Sehingga kini,ayah menjadi pendamping dan penguat untuk kami berusaha...Kerisauan dan keprihatinannya masih jelas terpancar biarpun kami semua sudah meningkat dewasa..
Ayah,kami sayang ayah sampai bila..
Maafkan kami kerana sering juga mengundang susah dalam hidup ayah..
Bukan mudah mengawal dan membesarkan sebelas orang anak..dan emak menjadi pendamping setia ayah dlm susah dan senang..
Kerana kalian,kami membesar dgn baik..biarpun hidup kita suatu masa dulu boleh di kata kategori kais pagi makan pagi...namun diri ini tidak pernah ada memori sedemikian kerana pengorbanan kalian..
Ayah,mg perjuangan mu di jalan ALLAH sentiasa dalam istiqamah dan diberkatinya.dibukakan jalan selepas tiap kesusahan dan kepayahan..
moga ALLAH kurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik buat ayah...
Dedicate this song to ayah...
..people dont care how much we know untill they know how much we care..
2 pesanan:
moga sentiasa berkat dalam kasih sayangNya
ameen!
Salam naufa-pai
pkabo, shat ke. amcam stadi.
abgngah ok. kak ema pun shat. doakan kami bhgia sntiasa ye. hope to c u soon.
Abgngah, bertam-penang.
Post a Comment