Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? -Al Ghaasyiah 1
Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar; An Naazia'at 32
Dan (bagi menjawabnya) berkatalah orang-orang yang berilmu serta beriman: Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal menurut yang terkandung dalam Kitab Allah sampai ke hari kebangkitan (hari kiamat); maka inilah dia hari kebangkitan (yang dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui (kebenarannya). Ar-Ruum 56
Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata: Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia! Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu. -Al An'am 31
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.- Ghaafir 18
2,30,210 people were are estimated to have been killed in the Indian Ocean-wide tsunami generated by this earthquake (from Wikipedia); 1,84,168 of these were confirmed and 45,752 were missing. The highest death toll was from Sumatra where 1,30,736 persons were confirmed dead. This was followed by Sri Lanka where 35,322 fatalities were confirmed. 12,504 deaths were confirmed in India, 5,395 in Thailand, 82 in the Maldives, 78 in Somalia, 69 in Malaysia, 61 in Myanmar, 10 in Tanzania, 3 in the Seyschelles, 2 in Bangladesh, 2 in South Africa, 2 in Yemen and 1 in Kenya.
26 Disember 2004 - Gempa bumi yang berkuatan 8,9 pada sekala Richter menggoncang bumi Aceh yang disertai oleh Tsunami, it was the most powerfull earthquake in a decade.
26 Disember 2003 - Gempa bumi kuat di Bam, barat daya Iran berukuran 6.5 pada skala Richter dan menyebabkan lebih 41,000 terbunuh.
26 Disember, 1939 - Wilayah Erzincan, Turki pada ukuran 7.9, dan menyebabkan 33,000 orang maut.26 Disember, 1932 - gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa
26 Disember?
"Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil
(mempunyai anak." ::88::"Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara
yang sangat mungkar." ::89::"Hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi
membelah, dan gunung-gunung runtuh." ::90::"Kerana mereka mendakwa ALLAH Yang Maha Pemurah
mempunyai anak." ::91::
..:: Surah Maryam | Ayat 88, 89, 90 & 91 ::..
Sejarah gempa bumi besar pada abad ke-20
26 Desember 2004 - Gempa bumi yang berkuatan 8,9 pada sekala Richter mengguncang bumi Aceh yang disertai oleh Tsunami, it was the most powerfull earthquake in a decade.
26 Disember 2003 - Gempa bumi kuat di Bam, barat daya Iran berukuran 6.5 pada skala Richter dan menyebabkan lebih 41,000 terbunuh.
21 Mei, 2002 - Di utara Afghanistan, berukuran 5.8 pada skala Richter dan menyebabkan lebih 1,000 orang mati.
26 Januari, 2001 - India, berukuran 7.9 pada skala Richter dan menyebabkan sekurang-kurangnya 2,500 maut biarpun ada meletakkan angka korban seramai 13,000 orang.
21 September, 1999 - Taiwan, berukuran 7.6 pada skala Richter, menyebabkan 2,400 maut.
17 Ogos, 1999 - barat Turki, berukuran 7.4 pada skala Richter dan meragut 17,000 nyawa.
25 Januari, 1999 - Barat Colombia, pada magnitud 6 dan meragut 1,171 nyawa.
30 Mei, 1998 - Di utara Afghanistan dan Tajikistan dengan ukuran 6.9 pada skala Richter menyebabkan seramai 5,000 orang terbunuh.
17 Januari, 1995 - Di Kobe, Jepun dengan ukuran 7.2 skala Richter dan meragut 6,000 nyawa.
30 September, 1993 - Di Latur, India dengan ukuran 6.0 pada skala Richter dan menyebabkan seramai 1,000 mati.
21 Jun, 1990 - Di barat laut Iran, berukuran 7.3 pada skala Richter, meragut 50,000 nyawa.
7 Disember, 1988 - Barat laut Armenia, berukuran 6.9 pada skala Richter dan menyebabkan 25,000 maut.
19 September, 1985 - Di Mexico Tengah dan berukuran 8.1 pada Skala Richter, meragut lebih 9,500 nyawa.
16 September, 1978 - Di timur laut Iran, berukuran 7.7 pada skala Richter dan menyebabkan 25,000 maut.
28 Julai, 1976 - Tangshan, China. Berukuran 7.8 pada skala Richter dan menyebabkan 240,000 orang terbunuh.
4 Februari, 1976 - Di Guatemala, berukuran 7.5 pada skala Richter dan menyebabkan 22,778 terbunuh.
29 Februari 1960 - Di barat daya pesisiran pantai Atlantik di Maghribi pada ukuran 5.7 skala Richter, menyebabkan kira-kira 12,000 maut dan memusnahkan keseluruhan bandar Agadir.
26 Disember, 1939 - Wilayah Erzincan, Turki pada ukuran 7.9, dan menyebabkan 33,000 orang maut.
24 Januari, 1939 - Di Chillan, Chile dengan ukuran 8.3 pada skala Richter, 28,000 maut.
31 Mei, 1935 - Di Quetta, India pada ukuran 7.5 skala Richter dan meragut 50,000 nyawa.
1 September, 1923 - Di Yokohama, Jepun pada ukuran 8.3 skala Richter dan meragut sekurang-kurangnya 140,000 nyawa.
masih ingatkah lagi kita dengan tsunami?
Masih berbekaskah lagi peristiwa itu?
Andai ulama' menggariskan musibah dlm 3 keadaan:
musibatul jaza'
musibatul bala'
musibatul tarbiyah....
yang mana agaknya kategori tsunami ini sesuai untuk kita?
Andai dengan izinNya berlaku ke atas kita?apa mungkin kita mampu menepis ombak itu?atau menyelamatkan diri dengan berlari sepantas mungkin?
Air bah yg pernah menenggelamkan Johor(Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Pontian) tanggal 2006 yg lalu,...banjir 'adat' yg melanda negeri pantai timur including kedah..even Kala Lumpur yg bergenang air bah..apa lagi untuk dibanggakan..
Malaysia tampak lagak dengan terowong SMART (maaf..kata ini kasar).namun hakikatnya lumpuh dgn ketakjuban pd diri sendiri.bukan pada Ilahi....lihat saja petikan ini:
The Star(Metro) beratrikh 30 April 2008:SMART has not failed to curb floods..
Utusan Malaysia bertarikh 16 okt 2008:TIADA LAGI BANJIR BESAR-Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong jln raya(SMART) yakin ibu negara tidak lagi akan dilanda banjir besar......pengurus besar operasi SMART,Muhd Fuad Kamal Ariffin dilaporkan berkata,"Banjir besar yg terakhir melanda KL berlaku pada 10 Jun tahun lalu iaitu sebelum SMART beroperasi pada 23 Jun.Selepas itu tidak berlaku lagi banjir besar"..ish..ish...nilailah sendiri ucapan ini..
kemudian kita beralih pula pada petikan ini:
Berita harian bertarikh 18 okt 2008:Terowong SMART ditutup-Terowong SMART ditutup kepada lalu lintas mulai jam 4.25 petang semalam berikutan hujan lebat di kawasan tadahan sungai Klang/sungai Ampang.Pengarah pusat kawalan SMART,Low Koon Sing berkata paras air Sungai Klang di Jambatan Tun Perak mencecah 29meter pada jam 4.34 petang.
"Jika paras ini naik lagi,beberapa kawasan tumpuan di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur,(9 lagi kawasan disebut..)...akan ditenggelami air limpahan sungai sebagaimana berlaku sebelum siapnya Terowong SMART"
wallahua'lam..
Ayuh kita buka kembali lembaran hitam peristiwa Tsunami..(lihat video pasca Tsunami di mana mayat-mayat bergelimpangan dikutip satu persatu dlm keadaan yang pelbagai..adakah kita masih mampu melarikan diri atau kurang2 'memastikan' diri mati dlm keadaan yg sempurna??)
Lihat juga video peristiwa gempa di Bantul(Parangtritis,Yogyakarta)..mereka sedikit pun tidak mampu mengawal keadaan tersebut..Yang mampu hanya lari ke mana sahaja di bawa ketakutan ketika itu..
Sama-sama kita ambil iktibar...jadikan sejarah sebagai 'ibrah..
video mayat-mayat yg diangkut selepas surut air yg membanjiri Aceh 'angkara' Tsunami..
Video permulaan dan ketika berlakunya Tsunami
Video detik-detik menjelang gempa di Pantai Parangtritis,Yogyakarta
1 pesanan:
owh sangat ngeri mengenangkan ini... :(
naufa, i've replied to ur comment..in my blog
tqvm dear
may Allah preserves u
Post a Comment