Bismillahirrahmanirrahim..
Melihat kepada fenomena dunia hari ini membuatkan saya terpanggil untuk menarik diri kerdil ini serta sahabat-sahabat sekelian bermuhasabah dan merenung siapa diri kita sebagai muslim dan siapa kita dalam masyarakat muslim..
Tulisan ini sekadar luahan dan pandangan dari diri yang naif dan dhaif ttg ilmu dan pengalaman..
Ayuh kita kembali kepada konsep syahadatul haq..
Dalam kitab karangan Al Maududi mengenai Syahadatul Haq ini,beliau memperincikan syahadatul Haq ini kepada 2 bahagian..
Yang pertama,syahadah dalam konteks perkataan
Syahadah kita dalam bentuk ini ialah kita menyampaikan kepada manusia tidak kira apa bangsa,agama dan keturunan tentang kebenaran Islam yg telah sampai kpd kita melalui perantaraan para nabi dan rasul di masa lampau..
Syahadah ini perlu kita sampaikan dalam bentuk apa cara sekalipun..tazkirah,perbualan,ceramah,usrah,halaqah,sebarang majlis,media cetak dan seumpamanya..
Namun cara ini harus dilaksanakan dalam keadaan kebersamaan.Kita semua harus bergabung untuk membimbing setiap manusia.
Tidak mungkin tercapai andai 2-3 org menyampaikan kebenaran tetapi sekumpulan lagi menidakkan apa yang disampaikan..atau paling kurang memperlekehkan usaha tersebut..Bagaimana keadaan semacam ini mampu meyakinkan manusia-manusia lain untuk tertarik kpd Islam..
Lihat sahaja keadaan dunia hari ini khususnya negara kita..sebahagian menyeru kpd konsep negara islam tapi sebahagian lagi menolak walaupun masing-masing dalam satu 'pagar' yang sama iaitu beriman dengan kalimah tauhid yang sama..
Cukup kita kecilkan fokus kepada sebuah organisasi.Bagaimana ada organisasi yang menyeru sekian-sekian tata cara Islam tapi sekumpulan lagi menidakkan apa yang disamapaikan hanya kerana masing-masing mempertahankan ideologi masing-masing dan tidak menghormati perbezaan pendapat dalam agama..
Begitu juga dalam konsep fatwa dan sebagainya..jelas kita lihat walaupun jauh lautan memisahkan kita dari tanah air,aura pergolakan ini dapat kita rasai.
Kenapa baru sekarang baru kita mahu menilai semula badan fatwa dan sebagainya sedangkan dahulu lagi suara Mufti-mufti dan ulama-ulama seolah-olah hanya untuk 'menceriakan' muka hadapan akhbar..suara mereka hanya ringgal suara..contoh dalam pengharaman 'undi melalui sms' dan sebagainya..kita tidak melihat konsep kebersamaan dalam menyampaikan kebenaran..
Persoalannya..di mana kita 'sorokkan' syahadah kita dalam bentuk perkataan??
Yang kedua ialah syahadah dalam bentuk perbuatan..
Syahadah dalam bentuk ini bermaksud kita menjadikan kehidupan seharian kita sebagai cermin kepada kebenaran yang kita laungkan.
Tidak cukup dengan hanya melaung-laungkan dan bersyarah panjang tapi hakikat dari bait-bait kata yang dikeluarkan itu umpama kapas ditiup angin.Kita mahu setiap penyampaian kita itu seperti panah yang menuju kepada 'score'..yaitu kepada hati mereka yang mendengar dan melihat..
Manusia akan menjadi tertarik dengam pembuktian melalui perlakuan.Mereka melihat kebenaran dengan praktikal...bukan teori semata..
Langsung,mereka akan lebih tertarik dan YAKIN dengan kebenaran yang kita sampaikan..
Mana mungkin mereka akan tertarik sekiranya kita menyampaikan kpd mereka misalnya 'senyum adalah sedekah dan mampu menghubungkan jiwa manusia' namun dalam realiti hidup,kita tidak mengamalkannya..kita masam mencuka dalam situasi apa pun..kita tersenyum hanya bila diberikan hadiah,penghargaan..malahan kita sering tersenyum kepada orang yang kita kenal sahaja..adakah cukup sekadar kata-kata tanpa perbuatan untuk meyakinkan mereka tentang keindahan Islam?
Ayuh kita lihat pula kepada muslimat...kita bangga dengan konsep menutup aurat yang mampu menjaga maruah wanita dan mengangkat martabat wanita menjadi wanita terhormat..tapi rata-rata di kalangan kita tidak memenuhi seruan dan tuntutan ini..kita anggap remeh tp kesannta besar kpd si pemerhati..
Bila kita lihat kepada muslimin..Kita juga bangga dengan konsep dalam Islam yang meletakkan tanggungjawab kepada lelaki muslim untuk menjaga kehormatan dan kebajikan wanita..Namun apa yang kita lihat hari ini ialah lelaki 'menceroboh' kehormatan wanita dalam setiap 'peluang terbuka' yang mereka ada..seharusnya,merekalah yang membawa wanita-wanita ini kepada cahaya..aduhai muslimin...
ini hanyalah contoh-contoh yang tidak dikaitkan dengan siapa pun..Cukuplah kita merenung kembali di mana kita letakkan syahadah kita..
Syahadah perbuatan ini sgt penting untuk meyakinkan manusia tentang kebenaran Islam.Benar sejarah sebagai 'Ibrah(pengajaran)..
Ayuh kita renung kembali mengapa Islam tidak begitu diterima ketika di Makkah walaupun ada dia antara kafir musyrik mendengar kebaikan ajran yang disampaikan kepada mereka?
Dan bagaimana pula dengan penerimaan orang-orang kafir di Madinah?
Dua tanah suci dengan situasi berbeza...ketika di Makkah,belum ada aplikasi secara mnyeluruh namun ketika berjaya bertapak di Madinah,Islam telah dilihat dalam bentuk practikal dengan tertubuhnya negara Islam,di bawah pemerintahan pemimpin Islam yang adil dan undang-undang Islam yang tidak menganiyayai mana-mana pihak atau agama..Masyarakat Madinah mampu hidup dalam keadaan damai tenteram biarpun mereka terdiri dari pelbagai agama,bangsa dan suku..
Apa yang dapat kita tonjolkan melalui kehidupan kita ialah bila mereka dapat merasakan melalui pergaulan mereka dengan kita suatu nilai akhlaq hasanah dan amanah yang disemai oleh iman.
Namun sedih bila kita sendiri mengabaikan kepentingan pergaulan..menjadikan alasan tidak sefikrah dan sebagainya..hinggakan dalam kelompok kita sebagai saudara seagama pun ada 'double standard'....yang' bertudung' dan 'berkopiah' hanya duduk dlm 'halaqah' mereka..tidak mencampuri mereka-mereka yang lain yang mungkin belum lagi dapat merasa keindahan Islam..biasa kita dengar perbualan ini.."dia pakai skirt pendek,mane bleh join kita.".."dia tu belum thiqah,rase2 nak ke dia join kita?"
Namun sedarlah kita semua yang setiap dari kita memiliki fitrah yang sama iaitu fitrah yang menjurus kpd kebaikan..kepada pengabdian diri pada tuhan..
maka hormatilah fitrah ini dan letakkanlah syahdatul haq di tempat yang sepatutnya..bukan hanya dlm konteks2 tertentu..
p/s:..moga kita beroleh sesuatu dari perkongsian ini..menilai kembali ketelitian kita dalam syahadatul haq..
people dont care how much we know untill they know how much we care.._ISLAM MILIK BERSAMA_
Meme
5 years ago
0 pesanan:
Post a Comment